Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Latihan 4 Struktur Semester 2

1.Jelaskan dua matlamat pembentukan Rukun Negar Malaysia . [4]


i.Untuk mencipta masyarakat yang adil
-kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama serta mempunyai peluang yang
sama untuk menikmati kejayaantersebut.
ii.Untuk memelihra cara hidup demokratik
-Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak
melanggar undang-undang negara
iii.Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
-semua rakyat hendaklah mendokong cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara yang
bersatu-padu

2.Untuk mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah memperkenalkan beberapa strategi. Terangkan dua
strategi tersebut. [4]
i.Mewujudkan sekolah-sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
-hal ini bertujuan untuk melahirkan rakyat yang bersatu-padu
ii.Memberi penekanan mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Siviks, dan Pendidikan Islam
-supaya rakyat mempunyai moral yang tinggi dan berdisiplin
iii.Meningkatkan kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh system pendidikan negara
-dapat membantu memajukan negara dalam pelbagai bidang

3.Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis Perundingan Negara
setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969. Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara
kepada negara. [4]
i. Mewujudkan dan menguatkan perpaduan kaum
-masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum perlu bersatu-padu bagi sama-sama memajukan
negara
ii.Memelihara pengamalan system demokratik
-Perlembagaan Malaysia menjamin bahawa pentadbiran negara mesti dilaksanakan secara demokrasi
iaitu melalui pilihan raya setiap lima tahun sekali
iii.Melahirkan sebuah masyarakat yang adil
-setiap kaum akan dilayan sama dalam pelbagai bidang dan tidak ada kaum yang terpinggir dengan arus
kemajuan negara
iv.Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
-setiap kaum mempunyai budaya dan kepercayaan yang berbeza yang bebas diamalkan dalam negara

4.Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang menggambarkan aspirasi masyarakat dan negara
Malaysia mengikut acuannya sendiri. Jelaskan du acara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip yang
kedua dalam kehidupan seharian kita. [4]
i.Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan keutamaan peribadi.
-Kita sanggup berkorban dan berkhidmat untuk negara dalam memajukan negara dalam pelbagai bidang
ii.Kita hendaklah sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan raja-raja sebagai ketua negara
-kita tidak boleh menghina dan melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan imej Ketua Negara

You might also like