Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAHASA MELAYU-SPM PELAJARAN 3 (M3 /JUN /21)

Latihan 1 (SPM PERCUBAAN 2013- TERENGGANU)


Tukar cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi
dalam petikan tersebut.

Mashitah memberitahu Mauzah bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus pemiagaan yang
dianjurkan oleh kerajaan pada bulan itu. Mauzah menyokong rancangan Mashitah itu.
Seterusnya, Mauzah menyatakan bahawa" Mashitah akan dapat menimba pengetahuan melalui
kursus itu. Mashitah meJahirkan hasratnya untuk menjadi peniaga yang terkenal pada suatu hari
nanti. Mauzah menyatakan keyakinannya bahawa Mashitah mampu untuk mencapai cita-citanya
dan mendoakan kejayaannya. Mashitah mengucapkan terima kasih kepada Mauzah.

Mashitah :

Mauzah :

Mashitah :

Mauzah :

Mashitah :

Latihan 2 (SPM PERCUBAAN 2013- PULAU PINANG


Kenal pasti jenis ayat
i. Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada
urus setia.
ii. Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.

iii. “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang


tamu,” kata kakak kepada jirannya.
iv. “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis
kepada para hadirin.
v. Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu
kerana berbahaya.
vi. Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.

Latihan 3 (SPM PERCUBAAN 2013- SBP)


Bina satu ayat berdasarkan pola ayat dasar di bawah
i. FN +FK

ii. FN + FA

iii. FN + FS

Latihan 4 (SPM PERCUBAAN 2013- KEDAH


Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah

Aiman          :   Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong   :   Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman          :   Kalau  begitu,  saya  cadangkan  awak  mengikut  saya pulang ke kampung
saya                 
Kok Seong   : Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman          :   Di  kampung  saya  ada  sungai,  kita  boleh  memancing di sana. 
Sekarang juga musim buah-buahan.

Latihan 5 (SPM PERCUBAAN 2013- JOHOR


Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Cikgu Azlan : Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?

Rajesh : Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya
dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)

Cikgu Azlan : Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?
Rajesh : Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan : Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk- anggukkan
kepalanya)

Rajesh : Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

Latihan 6 (SPM PERCUBAAN 2013 –MRSM


Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap
Subjek :........................................................................................
Predikat: ....................................................................................
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut
keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar
daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu
menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu
menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada peIjalanan itu jauh atau dekat.

i. SUBJEK :
PREDIKAT :
ii. SUBJEK :
PREDIKAT :

iii. SUBJEK :
PREDIKAT :
iv. SUBJEK :
PREDIKAT :
v. SUBJEK :
PREDIKAT :
vi. SUBJEK :
PREDIKAT :

Latihan 7 (SPM PERCUBAAN 2013-SELANGOR


Nyatakan jenis ayat
i. Siapkan tugasan itu sekarang juga.

ii. Usah dikenang lagi kisah yang lama

iii. Sila datang ke rumah saya malam ini

iv. Jagalah adik kamu dengan baik.

v. Jemputlah makan kuih-muih yang dihidangkan itu

vi. Tolong buang sampah ini

...................................................................................................................................................................
PRAKTIS BERFORMAT SPM
Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
“Mak,adik telah mengoyakkan buku saya!” kata Samad.
“Kenapakah kamu tak simpan buku ksmu baik-baik?” tanya emak.
“Buku tu saya simpan di dalam beg sekolah, mak, “ ujar Samad.
“Adik,mari sini! Kenapakah kamu koyakkan buku abang?”kata emak.
“Saya nak kertas,untuk buat kapal terbang kertas,”jawab adik.
“Lain kali,jangan buat lagi. Pergi minta maaf dengan abang,” kata emak
“Baiklah,mak. Maafkan saya,abang.” [ 6 markah ]
SOALAN 6 : PEMAHAMAN (TEMA 3 : KERJAYA)
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Wanita dalam bidang penerbangan sering dikaitkan dengan kerjaya sebagai pramugari. Kini,
keadaan itu mula berubah apabila tugas sebagai juruterbang,jurutera dan coordinator pemulihan
pesawat yang dibiasanya dimonopoli lelaki mula mendapat tempat dalam kalangan wanita di
negara ini. Syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) antara yang memberikan peluang kepada
wanita untuk bersama-sama menerbangkan nama negara ke mata dunia. Bagi kerjaya sebagai
juruterbang, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah cuaca yang tidak mnentu seperti berangin,
rebut dan berkabus.
Sebagai isteri dan ibu, tugas sebagai juruterbang menjadi lebih mencabar kerana masa
bertugas yang tidak menentu. Oleh itu, mereka perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya
dengan keluarga. Kadang kala kerana tuntutan tugas, mereka perlu meninggalkan anak dan suami
dalam tempoh yang lama. Sokongan keluarga dan majikan sangat membantu untuk juruterbang
menyeimbangkan antara karier dengan keluarga .
( dipetik dan diubah suai daripada ‘Wanita dunia penerbangan’
oleh Muhammad Razis, Harian Metro,7 Mac 2020

Bahan 2
Bidang kejururawatan antara kerjaya mencabar dan banyak memberikan tekanan kepada
golongan itu ,namun perlu dilalui bagi memastikan amanah digalas dengan penuh
bertanggungjawab.Paparan umum menerusi media sosial tentang tugas mereka yang dipertikaikan
ahli keluarga pesakit sudah cukup mengganggu emosi. Pengarah Kejururawatan Pusat Pakar
Perubatan Universiti Malaya (UMSC),Zurainawaty A Rahman berkata, tidak dinafikan bahawa
bidang kejururawatan antara kerjaya paling sukar dan memberikan tekanan hebat sepanjang
menjalankan tugas.
Hari Jururawat dirai pada 12 Mei setiap tahun. Tema tahun ini ialah Keseimbangan Minda,
Tubuh dan Roh sebagai menghargai mereka yang terbabit dalam bidang kejururawatan. Selain
waktu bertugas yang tidak tetap kerana perlu bersedia bertugas 24 jam,antara aduan diterima ialah
doktor sering menengking jururawat di hadapan pesakit. Tugas yang mencabar ini membuatkan
ramai jururawat baharu tidak sanggup meneruskan kerjaya masing-masing. Walaupun berada
dalam keadaan tertekan, jururawat dinasihati supaya sentiasa memberikan senyuman sepanjang
tempoh bertugas
( dipetik dan diubah suai daripada ‘Jururawat kerjaya mencabar’
oleh Rozdan Mazalan, Berita Harian, 12 Mei 2019

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud amanah digalas. [ 2 markah ]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cabaran pramugari dan
jururawat. [ 3 markah ]

iii. Sejak bangku sekolah rendah lagi, murid telah dilatih untuk mempunyai cita-cita dalam bidang
kerjaya. Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan tersebut?
[ 3 markah ]

iv. Adik anda amat meminati bidang kesusasteraan. Oleh hal yang demikian, dia bercita-cita
untuk menjadi penulis. Sungguhpun begitu, ibu bapa anda menentang cita-citanya kerana
dikatakan tidak dapat menjamin masa depan. Ibu bapa mahu adik anda menjadi jurutera
seperti mereka berdua.
Sebagai ahli keluarga yang prihatin,cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan
untuk membantu adik anda mencapai cita-citanya? [ 4 markah ]
KARANGAN B : 70 MARKAH

TEMA 3 : KERJAYA MENITI JAYA

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 5.0 peratus pada April
berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu susulan peningkatan ketara individu yang
menganggur iaitu 778 800 orang. Situasi ini berlaku ekoran penutupan operasi bagi sebahagian
besar perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencetuskan faktor
kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan carta Jabatan
Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran berkenaan adalah yang tertinggi sejak tahun 1989.
Sumber : Berita Harian, 15 Jun 2020

Petikan berita di atas berkaitan dengan kadar pengangguran di negara kita. Sehubungan dengan itu,
anda telah diundang oleh badan kerajaan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “ Usaha-
usaha Membendung Masalah Pengangguran”. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya .

You might also like