Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AYAT MAJMUK KEPADA AYAT TUNGGAL.

Tukarkan kepada 6 ayat


Golongan remaja memerlukan kasih sayang kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak
seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja. Oleh sebab
itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak mereka di samping memastikan
pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

Tukarkan kepada 3 ayat


Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari
Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai
pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati
suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan
peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi
bersama rakan-rakan.

Tukarkan kepada 3 ayat


Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan
manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir
ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan
terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut
menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi
masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan.

Tukarkan kepada 3 ayat


Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-
rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini
membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi
pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai
sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

Tukarkan kepada 3 ayat


Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-
kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti
ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan
rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup
tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

Tukarkan kepada 3 ayat


Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa
tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong
rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki
taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan.
Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .
Tukarkan kepada 3 ayat
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh
dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan
bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut
keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.
Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Tukarkan kepada 3 ayat


Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan
Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan.
Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini
bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan
pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

Tukarkan kepada 3 ayat


Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan.
Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak
menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal
ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke
Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

Tukarkan kepada 3 ayat


Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada
sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di
Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu
diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara
masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu
pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

You might also like