Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka


guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru
bimbingan dan kaunseling bagi menghindari masalah-masalah dalam
sistem persekolahan. Ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid
mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan
maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah
meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid,
memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait
dengan konsep kendiri yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien
spesifik dan mengendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa serta
mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk menyediakan
keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan
dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling
seupaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi
masalah “vandalism” atau mereka yang tidak dapat menumpukan
perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu


menjalankan prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan


kendiri yang rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang
berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada
secara individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan
kaunseling untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu
membantu murid-murid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih
terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih jelas
mengenai diri mereka sebagai seorang individu, membantu murid-murid
lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-isu seperti
stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan,
masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih
mata pelajaran yang ingin mereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah


berusaha untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi,
sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu,
menolong murid menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian
dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini
juga turut memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi
tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi
seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja,
menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di
samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru
biasa juga menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik,
menghargai diri di samping berusaha untuk bekerjasama dengan ibu
bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.

You might also like