Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 75

Biodata

Nama : Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh


No K/P : 891019-01-5395
Unit : KPLSPM PSV/BI/BM
Alamat : No. 2060 Taman Bersatu 06300 Kuala Nerang Kedah
Tutor : En. Pozi B. Mohd Zaki
Pensyarah : Pn Azibah

1
Kolaborasi Kerja Khusus

Nama Pelajar : Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh


Kumpulan : KPLSPM Semester : Tiga
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu 1 Akademik
Pensyarah Pembimbing : Puan Azibah

T/Tangan
Tarikh Perkara Yang Dibincangkan
Pensyarah
Tugasan diterima
11/08/2008

Penerangan berkaitandengan tugasan yang


13/08/2008
dijalankan oleh pensyarah pembimbing

Penerangan lebih terperinci daripada pensyarah


20/08/2008
tentang penghasilan teks pengacaraan

28/08/2008 Kerja khusus mula dijalankan

Penerangan oleh pensyarah tentang soalan


01/09/2008
perbandingbezaan.

Bertanya pendapat pensyarah tentang analisis


11/09/2008
teks pengacaraan majlis.

22/09/2008 Penyerahan Tugasan

2
Jadual Perlaksanaan Tugas

Tarikh Perlaksanaan Kerja Catatan


11/08/2008  Tarikh kerja khusus  Penerangan oleh pensyarah
diedarkan pembimbing
 Contoh dan maklumat berkaitan
dibincangkan bersama
pensyarah.
13/08/2008  Perbincangan tajuk  Carian maklumat melalui
bersama-sama rakan perpustakaan
berkaitan tugasan.
20/08/2008  Mencari maklumat  Pegumpulan maklumat
berkaitan sistem ejaan berdasarkan buku rujukan
bahasa Melayu
21/08/2008  Mencari buku rujukan  Membeli buku yang berkaitan
di Bandar dengan tugasan
22/08/2008  Menganalisa maklumat  Didapati bahan yang diperoleh
yang diperoleh melalui melalui buku rujukan terbaru
perpustakaan mempunyai persamaan dengan
buku yang lama tetapi buku yang
terbaru mempunyai banyak
penambahan.
23/08/2008  Memulakan tugasan  Menaip semula koleksi teks
– dengan mencari pengacaraan yang diperoleh
26/08/2008 contoh-contoh teks melalui majlis-majlis yang pernah
pengacaraan majlis. dihadiri
27/08/2008  Menghabiskan masa  Banyak idea yang diperolehi
– dengan menaip teks hasil daripada rujukan koleksi
29/08/2008 pengacaraan majlis teks.
sendiri.
01/09/2008  Merujuk pensyarah  Terdapat banyak kesalahan
– berkaitan cerpen yang tatabahasa yang turut ditegur
03//09/2008 dikarang. pensyarah.
10/09/2008  Hasil kerja dikumpul  Kerja-kerja penyudahan dan
– dalam bentuk folio penjilidan
18/09/2008
19/09/2008  Penulisan refleksi
keseluruhan tugasan
22/08/2008  Folio yang sempurna
diserahkan kepada
Pensyarah untuk
penilaian

3
1.0 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini
ialah Sistem Ejaan Baharu yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos
1972.Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka , sistem ejaan ini hasil daripada
perjanjian penyatuan ejaan Rumi.
Bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui
pada tahun 1967.Sistem Ejaan Rumi Baharu yang dilaksanakan pada tahun
1972 itu merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia
(MBIM) bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.Di
Malaysia,badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan rumi ialah
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia ( JKTBM).
Dalam sistem ejaan ini,terdapat 26 huruf.Lima daripadanya tergolong
kepada huruf vokal,yang melambangkan enam fonem vokal,iaitu e pepet(seperti
dalam perkataan emak) dan e taling (seperti perkataan elok).
Dalam ejaan ini,terdapat 26 huruf konsonan lima daripadanya berbentuk
gabungan atau digraf iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy.
:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

4
1.1 Huruf Vokal

Dalam system ejaan Rumi bagi bahasa Melayu, terdapat enam fonem
atau bunyi vokal tetapi bunyi-bunyi itu dilambangkan oleh lima huruf vokal seperti
yang berikut:

Huruf Fonem Contoh Penggunaan


Di depan Di tengah Di belakang
a /a/ adu sapi rasa
e (i) /e/ pepet enau pening komunisme
(ii) /e/ taling elok petah tauke
i /i/ isu sikap dahi
o /o/ oleh bolos kuno
u /u/ ular buluh abu

Dalam bahasa Melayu, ejaan baku huruf “e” melambangkan dua fonem
atau dua bunyi vokal, iaitu:

Fonem e pepet yang dahulunya dikenali sebagai e bertanda di atas ,


seperti dalam perkataan e*mbun, le*mak, se*mak. Dalam penulisan ini, e pepet
akan ditanda sebagai [e*]
Fonem e taling seperti dalam perkataan elak, ekar, dan ekor.

1.2 Vokal Berganding


Vokal berganding ialah urutan dua vokal penuh dan tiap-tiap vokal
merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain.Dalam daun
misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dn perkataan ini terdiri daripada dua
suku kata iaitu da dan un.

5
1.3 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh


26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/b/ b bahasa sebut adab

/c/ c cakap kaca Mac

/d/ d dua ada abad

/f/ f fakir tafsir maaf

/g/ g guna tiga beg

/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h hari saham tuah

/j/ j jalan manja kolej

/k/ k kami paksa katak

/x/ kh khusus akhir tarikh

/l/ l lekas alas kesal

/m/ m maka kami diam

/n/ n nama anak daun

6
/ŋ/ ng ngilu angin pening

/ń/ ny nyata hanya -

/p/ p pasang apa siap

/q/ q Qur’an wuquf buraq

/r/ r raih bara putar

/s/ s sampai asli lemas

/ś/ sy syarat isytihar Quraisy

/t/ t tali mata rapat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w wanita hawa -

/y/ y yang payung -

/z/ (i) z zaman lazat lafaz


(ii) x xenon - -

7
1.3.1 Lima Perubahan Huruf Konsonan

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf Jawi Hamzah ,
dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya
masa’alah menjadi masalah
so’al menjadi soal

Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup
suku kata. Contohnya:
Enchi’ menjadi encik
Dato’ menjadi datuk

Daripada 26 huru konsonan,tiga huruf diperkenalkan secara tetap iaitu q,


v , dan x
Q berpadanan dengan huruf Jawi Qaf, untuk kata atau istilah agama.
Contohnya: :
Qariah dan Qunut

Huruf v, yang lazimnya untuk mengeja kata bahasa Inggeris, atau bahasa
asing yang lain, dipangkal kata atau dipangkal suku kata. Contohnya :
Versi dan Subversi

Huruf –ve di akhir kata ditukar menjadi huruf f. Contoh:


active menjadi aktif

8
Huruf x , digunakan pada pangkal kata istilah khusus, tidak ditukar
menjadi z. Contoh:
xenon menjadi xenon

Lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan rumi
baru.
-Ch menjadi c
chachat menjadi cacat
chuchi menjadi cuci

-Dh menjadi d
dharab menjadi darab
khadi menjadi kadi

- Dz menjadi z
bedza menjadi beza
dzalim menjadi zalim

-Sh menjadi sy
mashor menjadi masyhur
sharat menjadi syarat

-Th menjadi s
Ithnain menjadi Isnin
mithal menjadi misal

9
1.3.2 Penggunaan Khusus

Huruf konsonan C dan Ch

Perkataan Cina yang dieja C (dengan huruf besar C) bermaksud nama


khas orang cina di luar negara Republik Rakyat China, iaitu orang, kaum ,
kebudayaan dan bahasa Cina di Malaysia dan di tempat-tempat lain.

Pertubuhan Cina Selangor


Selamat Tahun Baru Cina

Selain itu,perkataan Cina dengan huruf c yang kecil.Apabila digunakan


untuk pengertian umum:

bunga cina
teh cina
kecina-cinaan

Perkataan China ,khusus untuk menulis nama negara Republik Rakyat


China, yakni menurut ejaan yang biasa digunakan di dunia antarabangsa.

Republik Rakyat China


Tanah Besar China
negeri China

Perkataan China digunakan juga untuk nama tempat di Malaysia yang


sudah lama dieja dengan huruf Ch.Contoh:

Bukit China
Laut China Selatan

1.4 Konsonan Rangkap

10
Daripada 26 huruf konsonan,terdapat lima huruf gabungan iaitu gh, kh,ng,
ny dan sy.Huruf gabungan kh dan sy telah memnjadi sebahagian daripada huruf
konsonan bahasa Melayu apabila bahasa Melayu meminjam perkataan –
perkataan Arab untuk dijadikan perkataan-perkataan akhir, khabar, syarat dan
syuhabat

Ejaan huruf gugus konsonan di awal kata, ada dua jenis.

1.4.1 Gugus dua huruf konsonan

Gugus Contoh kata


bl- blaus
br- brek
dr- draf
fr- fragmen
gl- glasier
kl- klasifikasi
kr- kredit
pl- plaintif
pr- proses
ps- psikiatri
sk- skuter
sl- slogan
sn- snek
sp- spekulasi
st- sterotaip
tr- tribunal

1.4.2 Gugus tiga huruf konsonan

Gugus Contoh kata


skr- skrip, skru
spr- spring
str- strategi

11
Ejaan salah jika disisipkan huruf e pepet di antara dua atau lebih huruf
konsonan yang bergugus.

Contoh:

Bahasa Inggeris Betul Salah


brake brek berek
store stor setor
clinic klinik kelinik

1.4.3 Ejaan Huruf Gugus Konsonan Di Akhir Kata

Hanya gugus dua konsonan sahaja.

1.4.3.1 Gugus konsonan akhir –rt.

Bahasa Inggeris Betul Salah

12
Export eksport ekspot
Import import impot
Passport paspot paspot

1.4.3.2 Gugus konsonan akhir yang lain

Gugus Contoh kata


-lf golf
-lm napalm
-lt kobalt
-rd standard
-rf alomorf
-rm kloroform
-nk bank

1.4.3.3 Ejaan huruf gugus konsonan yang disesuaikan di akhir kata

Bentuk –nce dalam bahasa Inggeris menjadi –ns dan –n dalam bahasa
Melayu. Contoh:

-ns insurans

-n elaun

Bentuk –rd dalam bahasa Inggeris dikekalkan –rd atau dijadikan –d dalam
bahasa Melayu. Contoh:

-rd standard

13
-d poskod

Bentuk –rt dijadikan –rta, selain dikekalkan –rt. Contoh:

-rt konsert

-rta carta daripada kata bahasa inggeris chart

Bentuk –rm dikekalkan –rm atau dijadikan –rma. Contoh:

-rm kloroform

-rma firma,norma

Kata-kata yang ditambah huruf vokal a.

Lazimnya, kata-kata istilah. Untuk mengekalkan gugus konsonan.


Contoh:

Sperma, protoplasma, logaritma, akta

1.5 Persukuan
Dalam bahasa Melayu,setiap suku kata terdiri daripada satu vokal.Vokal
itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan.
Dari segi ejaan,terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa
Melayu,seperti yang berikut.:

V a-ku ; i – bu
VK un – di ; er – ti
KV sa – kit ; tung – gu
KVK ban – tu ; pu – sat
KKV dra – ma ; indus – tri
KKVK trak – tor ; elek – trik
VKK eks – port
KVKK bank – rap ; kon – teks
KKVKK kom – pleks
KKKV stra – tegi ; skru

14
KKKVK struk – tur ; spring

Pola (1) hingga (4) merupakan empat pola umum suku kata yang terdapat
pada kebanyakan kata dasar dalam Bahasa Melayu. Dengan kata lain, empat
pola inilah yang mendasari sebahagian besar kata dasar dalam bahasa Melayu.
Tujuh pola seterusnya,iaitu pola (5) hingga (11) merupakan pola suku kata
yang terdapat padanya huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan (misalnya
dr,tr,eks, dan str) iaitu bentuk yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau
bahasa Eropah lain.
Gejala suku kata dilihat sama ada diakhiri oleh huruf vokal atau
konsonan.Jikalau suku kata diakhiri oleh huruf vokal atau konsonan.Jikalau suku
kata diakhiri oleh huruf vokal , suku kata itu disebut suku kata terbuka , misalnya
sa dalam sakit dan hi dalam hilang.Suku kata tertutup ialah suku kata yang
diakhiri dengan huruf konsonan , misalnya kit dalam sakit dan lang dalam hilang
1.5.1 Definisi Suku Kata

Menurut Daniel Jones ,satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak
kelantangan

a+ku, du+duk

Menurut R.H. Robins, satu kumpulan konsonan dan vokal yang


mempunyai status unit, iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal
kata, di tengah kata dan di akhir kata. Ujaran yang paling minimum. Contoh:
ah, a.

1.5.2 Pemisahan Suku Kata Pada Kata Dasar

Dua huruf vokal berurutan pada tengah kata. Pemisahannya dilakukan di


antara kedua-dua huruf vokal. Contoh:
ma-in, sa-at

15
Ada huruf konsonan termasuk gabungan huruf konsonan, di antara dua
huruf vokal pada tengah kata. Pemisahannya dilakukan sebelum huruf
konsonan atau gabungan huruf konsonan tersebut. Contohnya:

a-nak, ba-rang,a-syik,ke-nyang

Dua huruf konsonan yang berurutan pada tengah kata, kecuali gabungan
huruf konsonan. Pemisahannya dilakukan di antara kedua-dua huruf
konsonan tersebut. Contoh:

man-di, som-bong

Tiga atau lebih konsonan pada tengah kata, termasuk gabungan huruf.
Pemisahannya dilakukan di antara huruf konsona pertama dengan huruf
konsonan yang kedua. Contoh:

kon-tra, ul-tra, in-fra,sang-gul, ang-klung

Imbuhan termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan


partikel yang biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya dalam
penyukuan kata dipisahkan sebagai satu kesatuan. Contoh:

ma-kan-an, me-me-nuh-i, bel-a-jar, Kilo-gram; ki-lo-gram,Kilo-meter;


ki-lo-me-ter,Foto-grafi; fo-to-gra-fi

16
1.5.3 Konsep Suku Kata/ Persukuan

Bahasa Melayu mempunyai empat pola umum suku kata contohnya,


V a-nak, e-kor, ka-edah
VK er-ti, om-bak,ma-in
KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau
KVK pin-tu, pe-ker-ti

Pola suku kata yang lain pula adalah,


KKVK blok, trak-tor, prak-tis
VKK eks
KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans
KKVKK kom-pleks
KKKV stra-te-gi, skru
KKKVK struk-tur, skrip

Lazimnya daripada kata pinjaman adalah seperti berikut,

17
KKV pra-ja, kri-tik, in-fra
KKVK blok, trak-tor, prak-tis

1.5.4 Pembentukan Suku Kata

1) Vokal : a, e, i, o, u
2) KVKV

konsonan
a e i o u e
b ba be bi bo bu be
c ca ce ci co cu ce
d da de di do du de
f fa fe fi fo fu fe
g ga ge gi go gu ge
h ha he hi ho hu he
j ja je ji jo ju je
k ka ke ki ko ku ke
l la le li lo lu le
m ma me mi mo mu me
n na ne ni no nu ne
p pa pe pi po pu pe
q qa qe qi qo qu qe
r ra re ri ro ru re
s sa se si so su se
t ta te ti to tu te
v va ve vi vo vu ve
w wa we wi wo wu we
x xa xe xi xo xu xe
y ya ye yi yo yu ye

18
z za ze zi zo zu ze

KVKV
baca jasa kubu
beli mari baku
muka kita beku
tubi kaki tuba
beca kuku susu
budi buku suka

KVKVKV
bidara kepala serupa
kereta pelita gerudi
menara tomato telaga
Selasa kamera kelapa
Mereka Melaka terima

KVKVKVKV
bidadari peribadi
serigala generasi
maharaja
ceritera
matahari
daripada

VKV
ada api itu
abu ini ubi

19
aku adu ibu

KVK
pen pin gel
bas dan jam
tak pun jus
tin kes gas
cek sup
rak jem

VKVK
itik ayah ayam
ulit esok ukir
ubat alih akar
elok emak agih

1.6 Diftong
Pengertian Diftong

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan
nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak
sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambing vokal.Kamus
linguistik mengatakan diftong sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam
pandai. Dan [au] dalam pulau.

Senarai Diftong Bahasa Melayu adalah seperti berikut,

[ ai ] hairan, pakai, gemalai


[ au ] aurat, taulan, kerbau
[ oi ] amboi, sekoi, sepoi

Analisis Fonem Diftong

20
Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan
dua unit vokal dalam bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya ;
Urat – aurat Baka-bakau Bala-Balai
Asin

1.6.1 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh
gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/ai/ ai aising ghairah pandai
trailer

/au/ au aurat saudara harimau


auditorium

/oi/ oi oidium boikot amboi

21
1.7 Pola Keselarasan Vokal Dan Kekecualiannya

Aspek keselarasan vokal agak luas mempengaruhi Sistem Ejaan Baru.


Dalam sistem bahaaru ini, pemakaian huruf vokal telah diselaraskan dan ia
dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal yang mempunyai 18 pola.

Penyelarasan vokal dalam Sistem Ejaan Baharu ini selalu


disalahfahamkan. Penyelaraaan vokal hanya berlaku pada dua suku kata akhir,
kata akhir dan kata akar sahaja, itu pun sekiranya suku kata akhir itu tertutup.

Kata akar ialah bahagian perkataan yang tertinggal apabila semua


imbuhan telah diasingkan. Contohnya perkataan ‘mempersoalkan’ akarnya ialah
‘soal’.

22
Suku kata ialah pecahan perkataan mengikut adanya bunyi vokal.
Contohnya :

‘pagi’ – 2 suku kata; ‘pa’ dan ‘gi’.


‘perigi’ – 3 suku kata; ‘pe’, ‘ri’ dan ‘gi’
‘keluarga’ – 4 suku kata; ‘ke’, ‘lu’, ‘ar’ dan ‘ga’
‘cenderawasih’ – 5 lima suku kata; ‘cen’, ‘de’, ‘ra’, ‘wa’ dan ‘sih’
‘lap’, ‘pun’ – 1 suku kata.

Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, maka
penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya
ia adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata yang
berakhir dengan huruf konsonan seperti ‘dak’, ‘kang’, ‘ih’, ‘ut’ dan lain-lain.

Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu
(iaitu dalam kata akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i
dan u yang boleh berlaku dalam suku kata akhir tertutup. Contoh :

bilek  bilik
pikol  pikul
kecimpong  kecimpung
basoh  basuh
serundeng  serunding
kedekot  kedekut

Sekiranya suku kata sebelum akhir mempunyai vokal e atau o, maka suku
kata akhir tertutupnya juga mempunyai vokal yang sama. Contoh:

e – e : belek, tempeleng

23
e – o : selok, belok
o – e : korek, celoreng
o – o : korok, tembolok

Ada dua hal penting mengenai penyelarasan vokal ini:

Pemakaian vokal di tempat lain tidak berubah. Contoh : boleh, orang,


kurang, terompah dan goreng
Kata pinjaman tidak menurut sistem ini. Contoh : kabaret, jaket, atom,
kontraktor dan setem.

1.7.1 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf


vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara
huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir
tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut:

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan
tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang
terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup.

Sistem keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang
di bawah.

24
Huruf vokal e taling atau o dikata suku tidak berubah apabila kata tersebut
diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya:

bom: mengebom bukan mengebum


syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan

Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah
sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya.
Contohnya:

belerang anggota
daerah gelora
kaedah kelopak
kecewa kuno
mereka pidato
pendekar sekolah
selera semboyan
temberang semoga

Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi


huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-a: beta cetak gelenggang


meja dewan selempang
reka dendang selendang
sewa semak terendak
o-a: goda borang berontak
kota hormat gelombang
ronda johan kerongsang

25
rongga rosak terompah

Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan  e-e,


e-o, o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a,
e pepet, i, atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-e: cerewet, kelengkeng, tempeleng


e-o: kerekot, pelecok, selekoh
o-e: celoreng, kerobek, temponek
o-o: ceroboh, kelompok, pelopor

10 pola keselarasan vokal yang tidak berubah.

POLA CONTOH
a-a batal, awam
e(p)-a lekat, empat
e(t)-a petak, bebas
e(t)-e(t) leceh, leper
e(t)-o esok, tempoh
i-a bilang, sikat
o-a botak, sekolah, ombak, rotan
o-e(t) toleh, oleh, boleh
o-o tolong, seloroh
u-a pusat, belukar

8 pola keselarasan vokal yang berubah.

SISTEM EJAAN BARU SISTEM EJAAN LAMA


POLA CONTOH POLA CONTOH
a-i alih a-i alih
a-u batuk a-u batuk
e-i lebih e-i lebih
e-u tempuh e-u tempuh
i-i pilih i-i pilih
i-u tidur i-u tidur
u-i putih u-i putih
u-u untuk u-u untuk

26
Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama (primer)
seperti yang berikut:

Pola Keselarasan Contoh


Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Penggunaan
(1) a a asah, balak, halaman
(2) a i alih, balik, sumbangsih
(3) a u asuh, datuk, lembayung
(4) e pepet a emas, kelam, cemerlang
(5) e pepet i lebih, betik, sembelih
(6) e pepet u telur, tempuh, temenggung
(7) e taling a elak, dewan, belerang
(8) e taling e taling leceh, gelek, selekeh
(9) e taling o esok, telor, selekoh
(10) i a ingat, kilang, selinap
(11) i i intip, sisih, belimbing
(12) i u riuh, tidur, periuk
(13) o a otak, borang, sekolah
(14) o e taling oleh, boleh, celoteh
(15) o o obor, borong, kelompok
(16) u a ubat, tumpang, ketupat
(17) u i usik, kuih, gerusih
(18) u u untuk, tunduk, tengkujuh

27
Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah
daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai
perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata
akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata
praakhir.

Ejaan Rumi Sekarang Ejaan Rumi Lama


Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
(1) a - e taling aleh a-i alih
(2) a-o batok a-u batuk
(3) e pepet - e taling lebeh e-i lebih
(4) e pepet - o tempoh e-u tempuh
(5) i - e taling pileh i-i pilih
(6) i-o tidor i-u tidur
(7) u - e taling usek u-i usik
Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya


mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada


sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya
digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya
digunakan huruf vokal e taling atau o juga di suku kata praakhir.

Pola Ejaan Contoh


(1) e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh
(2) e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot
(3) o - e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng
(4) o-o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

Di samping 18pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan


Rumi sekarang terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf vokal seperti yang
digunakan dalam ejaan lama itu (lihat perenggan 7.4), iaitu untuk mengeja kata-
kata yang diserap daripada bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris
dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di

28
Nusantara.Selainitu, ada sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa
digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan
huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem keselarasan
huruf vokal.

Contoh Kata daripada Bahasa di Contoh Kata daripada


Pola Ejaan
Nusantara Bahasa Inggeris
aneh, awet, kaget, laden, pamer,
(1) a-e taling kabaret, jaket
raden
barong, calon, lakon, lancong,
(2) a-o atom, kontraktor
lapor, keraton, perabot, rampok
(3) e pepet-e taling Gembleng setem
(4) e pepet-o bendok,jempol gabenor, interkom
(5) i-e taling Imlek tiket, kriket
(6) i-o ijon, pilon diftong, transistor
(7) u-e taling tulen, ulet subjek
(8) u-o bunglon, buron, lelucon kupon, konduktor
(9) a-e pepet Pakem teater, plaster
(10) etaling-i hipotesis, objektif
(11) e taling-u petroleum, spektrum
(12) e pepet-e pepet demdem, pepet
(13) i-e pepet Iseng artikel, filem, dividen
(14) o-i fosil, hipokrit
(15) o-u bonus, forum
(16) u-e pepet Lumer skuter, snuker
(17) e taling-e pepet meter
(18) o-e pepet Oktober, broker

1.8 Ejaan Kata Terbitan 

Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang
mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s. 

29
Contohnya : deru - menderu

duga - menduga

caci - mencaci

1.9  Ejaan Kata Majmuk 

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya


dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun
bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja
sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:

tanggungjawab olahraga
tandatangan matahari
suruhanjaya jawatankuasa
sukarela warganegara
setiausaha kakitangan
pesuruhjaya bumiputera
antarabangsa beritahu

Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh:

              jalan raya tunjuk ajar


              ambil alih kuat kuasa
              kenal pasti ibu bapa
              campur aduk daya serap

1.10 Ejaan Kata Pinjaman 

Bahasa Melayu meminjam ratusan ribu perkataan daripada bahasa-


bahasa lain , terutama daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris serta bahasa Eropah lain.Perkataan-perkataan daripada bahasa
Sanskrit telah begitu terserap sehingga menjadi sebahagian daripada kosa kata
bahasa Melayu.

30
Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh
ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi
sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang
menggunakan nombor. Contoh:

klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran


psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota
dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20

1.11 Ejaan Kata/Istilah Pinjaman

1.11.1 Bahasa Inggeris

Terdapat beberapa cara untuk mengeja kata serap daripada bahasa


Inggeris.Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


c– s cent sen
c– k computer komputer
s– z music muzik
x– ks express ekspres
y– i economy ekonomi

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


ch – c charge caj

31
ch – k technique teknik
ph – f graph graf

Pengguguran satu daripada gabungan yang sama

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


bb – b lobby lobi
ff – f effective efektif
gg – g aggressive agresif
ll – i pill pil

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


nn – n annuity anuiti
ss- s asset aset
tt –t lottery loteri
zz – z jazz jaz Kesesuaian huruf bagi
gabungan dua huruf vokal

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


au – au automatic automatik
ea – ea creative kreatif
ea – i grease gris
Huruf
ai – ai Bahasa Inggeris
dialect Bahasa Melayu
dialek
iu – iu premium premium
ou – au
paun paun
pound
ou – u
kupon kupon
coupon
ue – u tissue tisu

32
1.11.2 Bahasa Arab

Perkataan-perkataan daripada bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis.


Melayu dan dieja dalam sistem ejaan Rumi mengikut cara perkataan jati bahasa
Melayu.Dengan kata lain, walaupun perkataan-perkataan ini berasal daripada
bahasa Arab, anggapan pengguna adalah bahawa perkataan-perkataan ini telah
dimelayukan, dan oleh yang demikian,dieja mengikut kelaziman sistem ejaan
bahasa Melayu huruf rumi. Beberapa contoh yang dipetik daripda Pedoman
Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(1996)Pertama ialah kata-kata umum.Kata-kata ini telah terserap ke dalam
bahasa Melayu.

Ejaan Jawi Ejaan Rumi


Sahabat
Darurat
Hakim
Izin
Kubur
Zat
Zalim

Bagi istilah-istilah khusus agama islam, perkataan-perkataan boleh ditulis


dengan menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti
yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf
Rumi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Beberapa contoh utama

Ejaan Jawi Ejaan Rumi


Hadith
Kidhib

33
Isti’mal
Qunut
Riya’

2.0 Teks Pengacaraan Majlis

2.1 Format Pengacaraan Majlis

1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat (hadirin diminta berdiri).


2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas berkenaan majlis yang diadakan.
4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1 Ucapan alua-aluan.

 Mengucapkan selamat datang.


 Menyatakan fungsi dan objektif majlis.
 Melaporkan aktiviti.
 Mengemukakan cadangan dan permintaan.
 Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada.....
5. Ucapan terima kasih daripada penganjur (jika perlu).
5.1 Perucap terima kasih
 Berterima kasih diberi peluang berucap.
 Mengucapkan selamat datang ke majlis
 Melaporkan aktiviti
 Mengemukakan cadangan dan permintaan.
 Mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat dan
AJK
6. Ucapan utama daripada tetamu kehormat (jika beliau ingin berucap).
6.1 Perucap utama
 Mengucapkan terima kasihkepada pengelola
 Melaporkan informasi terkini.
 Memberi nasihat.
 Menjawab cadangan dan permintaan.

34
 Kata penutup
7. Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam ataupun
anugerah.
8. Penutup
9. Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat (hadirin diminta
berdiri).

2.2 Menyediakan Teks


Teks bagi pengacara dalam semua majlis yang penuh istiadat dan majlis formal,
sepatutnya disediakan oleh penganjur majlis

2.2.1 Kepentingan Teks Untuk Pengacara


i. Sebagai panduan utama
ii. Mengelakkan kesilapan
iii. Turutan yang sempurna(salam susunan protokol,permulaan majlis,isi
majlis dan penutup)
iv. Pemilihan perkataan yang tepat dan sesuai
v. Gaya bahasa yang indah dan mudah

2.2.2 Panduan Menyediakan Teks


Kriteria teks mestilah
i. Jelas
ii. Jarak yang sesuai
iii. Baik
iv. Mengikut protokol
v. Berukuran separuh A4
vi. Satu mukasurat untuk satu pengumuman
vii. Nama majlis dicatatkan di atas dan di muka pertama sahaja.

35
2.3 Perbandingbezaan Teks Pengacaraan Majlis

Pantun a
Lampiran Tajuk Jenis Penganjur Laras Bahasa
Gurinda
Bahagian Teori dan
Kritikan Sastera,
Majlis Perasmian Bicara
1 Formal Dewan Bahasa dan Sastera Ada
Karya Negeri Sembilan
Pustaka, Kuala
Lumpur
Pengacaraan Majlis Institut Perguruan
2 Sambutan Penutupan Formal Raja Melewar, Baku Ada
Bulan Kemerdekaan Seremban
Majlis Perasmian
Persidangan
Bahagian
3 Jawatankuasa Perwakilan Formal Baku Ada
Pendidikan Guru
Pelajar, Institut Perguruan
Malaysia
Formal
Konsert Gema Gemilang dan
Kementrian
4 Kementrian Pelajaran Penuh Istana Ada
Pelajaran Malaysia
Malaysia Adat
IStiadat

36
2.3.1 Ulasan Lampiran 1

Teks pengacaraan lampiran 1, adalah majlis Perasmian Bicara Karya


Negeri Sembilan yang diadakan di Balai Ilmu Institut Perguruan Raja
Melewar,teks ini disusun untuk majlis yang kecil, dihadiri hanya seramai dua
ratus lima puluh orang sahaja. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Teori dan
Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama
Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban dan Persatuan Penulis Negeri
Sembilan (PEN). Audiens terdiri daripada para pensyarah, guru-guru pelatih,
jemputan-jemputan yang terdiri daripada guru-guru dan juga pelajar-pelajar
sekolah. Majlis ini diadakan untuk mengupas dan mengkaji hasil karya sastera
daripada penulis-penulis tempatan.
Majlis adalah formal kerana dihadiri ahli-ahli panel yang yang terdiri
daripada tokoh-tokoh sastera. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada
pengerusi majlis serta diikuti dengan baaan doa. Majlis kemudiannya diserahkan
kepada pengerusi untuk sesi forum. Majlis ini diadakan berperingkat institut
sahaja. Tetapi jelas di sini pengisisan majlis adalah menarik dengan
perbincangan berkaitan hasil karya yang menarik, audiens tidak jemu dengan
ulasan serta pandangan yang diberikan oleh panel-panel pengulas. Hadirin juga
diberi peluang untuk berinteraksi secara dua hala dengan panel jemputan. Laras
bahasa yang digunakan adalah bahasa sastera sinonim dengan majlis yang
beragendakan sastera.
Karya-karya ilmiah yang dibentangkan adalah bertepatan dengan selera
pembacaan audiens. Matlamat majlis pada hari tersebut tercapai untuk
memberikan pengulasan oleh pencara majlis secara jelas kepada audiens. Teks
pengacaraan juga diselit dengan puisi dan juga pantun. Pantun yang dikarang
tidak dipetik dari mana-mana buku atau pun petikan,malahan pantun dihasilkan
secara kreatif oleh pengerusi majlis sendiri. Selain itu turut didapati pengacaraan
banyak diselang-seli dengan pantun dan puisi.

37
Majlis kemudiannya diserahan semula majlis kepada pengerusi, majlis
berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada ahli panel dan tetamu
undangan. Teks pula diakhiri dengan puisi dan pantun yang berisi ucapan terima
kasih kepada ahli panel dan juga audiens yang hadir. Perbezaan yang ketara
antara lampiran satu dan lampiran lain adalah lampiran satu banyak diisi dengan
puisi dan pantun manakala lampiran lain kurang.Tetapi pengisian majlis adalah
bermakna dan bertepatan dengan halatuju majlis.

38
Lampiran 1

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Bicara Karya Negeri Sembilan 2008

Pembukaan majlis

Asslammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia
Pn. Hjh. Asmah binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar/ wakil

Yang Berusaha
Encik Mohamad Daud bin Mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang Berbahagia
Pn. Hjh. Mahaya binti Mohamad Yassin, Ketua 1, Persatuan Penulis Negeri
Sembilan (PEN)

Ahli-ahli panel pembentang pada pagi ini.

Tuan-tuan Pengetua,

Para pensyarah,

dan guru-guru yang berkesempatan hadir pada pagi yang berbahagia ini,

Seterusnya,

Para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sirih pinang di dalam puan


Mari dimakan Datuk Menteri
Selamat datang saya ucapkan
Kepada tuan di majlis ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan
para pelajar ke Majlis Bicara Karya Negeri Sembilan 2008. Institut Perguruan
Raja Melewar selaku tuan rumah juga sangat berbesar hati menyambut
kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.

39
Pahala kerja kerana lillah,
Pahala beramal kerana Allah,
Pahala harta untuk sedekah,
Pahala doa anak menakah,
Pahala laku tidak menyalah,
Pahala mulut berlembut lidah,
Pahala mata memandang faedah,
Pahala telinga mendengar amanah,
Pahala kaki lurus melangkah,
Pahala tangan membantu yang susah,
Pahala hati iman dan takwa,
Pahala diri berserah kepada Allah.

Demi memohon restu Ilahi, dengan sukacitanya dijemput Saudara Zainuddin bin
Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Muslimin muslimat, sama-samalah
kita mengaminkan doa yang akan dilafazkan.

(Doa)

Kalau mencari kehebatan dunia


Terhadap masa jangan berlengah
Terhadap dunia jangan terlena
Terhadap akhirat jangan terlupa
Terhadap agama jangan sia-sia

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara Zainuddin bin Zainal
Abidin atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Kita sungguh bertuah, kerana pada pagi yang indah yang berbahagia ini, kita
dapat berhimpun di dewan yang indah ini kerana suatu lagi majlis ilmu, iaitu
Bicara Karya Negeri Sembilan 2008 yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan
Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama
Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban dan Persatuan Penulis Negeri
Sembilan (PEN).

Tanpa berlengah masa, majlis ini kita teruskan dengan mempersilakan


Yang Berusaha Encik Mohamad Daud bin Mohamad,
Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

(Ucapan)

Kalau duduk mendengarkan amanah


Yang tersirat jadi tersurat

40
Yang jauh menjadi dekat
Yang terendam boleh terangkat
Yang panjang menjadi singkat
Yang terbentang boleh dilipat
Yang tergenggam boleh disukat
Yang culas menjadi lekat
Yang terlupa menjadi ingat.

Dalam majlis ini, tiga buah karya akan dibicarakan iaitu Kotak Renung dan
Tenung (skrip drama) karya Dr. Anuar Nor Arai, Mengutip Manik Waktu Yang
Masih Tersisa (Kumpulan Puisi) karya Mahaya Mohd Yassin dan Tawarikh Cinta
(novel) karya Nisah Harun.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, ketiga-tiga penulis yang karyanya


akan dibicarakan pagi ini merupakan penulis kelahiran Negeri Sembilan. Oleh
itu, sudah semestinya kita rasa sungguh berbagga dan bertuah kerana buku-
buku yang akan dibicarakan pada pagi ini dihasilkan oleh penulis Negeri
Sembilan sendiri. Peluang yang diberikan oleh DBP dalam program seperti ini
sudah tentu akan dapat mengangkat lagi sesebuah karya. Apatah lagi, buku-
buku yang akan dibicarakan nanti adalah buku-buku yang baru sahaja
diterbitkan. Jadi saya kira khalayak pastinya beruntung kerana mendapat
sesuatu yang baru, masih segar dan masih belum diteroka dalam majlis ini.

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk


mendengar pembentangan oleh ahli panel dalam majlis bicara karya pada pagi
ini, jadi tanpa melengahkan masa lagi, saya serahkan kepada Tn. Hj. Zulkifli bin
Abu selaku pengerusi majlis untuk meneruskan Bicara Karya pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis Penutup

Alahamdulillah,
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pengerusi Majlis Bicara
Karya, Tn. Hj. Zulkifli bin Abu yang telah selesai jalankan tugasnya membawa
ketiga-tiga ahli panel membentangkan pembicaraan masing-masing.

Sekali lagi, terima kasih kepada Encik Zakaria Ariffin (ASWARA) yang telah
membicarakan Kotak Renung dan Tenung (skrip drama) karya Dr. Anuar Nor
Arai, Dr. Amida Abdul Hamid (Universiti Malaya) yang membicarakan karya
Mahaya Mohamad Yassin, iaitu Mengutip Manik Waktu Yang Masih Tersisa
(Kumpulan Puisi) dan Encik Saifullizan Yahaya dari Dewan Bahasa dan Pustaka
yang telah membicarakan Tawarikh Cinta (novel) karya Nisah Harun.

41
Melalui majlis ini, saya kira banyak manfaat yang kita peroleh terutama untuk
mengetahui tentang sesuah karya dengan lebih baik. Selain mengenali hasil
karya, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengenali penulisnya. Jadi
dengan ilmu pengetahuan yang kita peroleh pada pagi ini, sedikit sebanyak akan
memberi manfaat kepada kita.

Dengan itu sempurnalah sudah program kita pada pagi ini.


Seterusnya majlis penyampaian cenderamata.

Untuk itu majlis mempersilakan


Yang Berusaha
Encik Mohamad Daud bin Mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan
Wakil Pengarah IPRM/ Pn. Hjh. Asmah binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan
Raja Melewar

Dipersilakan
Encik Zakaria Ariffin (Akademi Seni Warisan Negara ASWARA)
Dr. Amida Abdul Hamid (UM)
Encik Saifullizan Yahaya (DBP)
Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Abu (IPRM – Pengerusi)

...............................................

Hadirin yang dihormati,

Umpama berkayuh dah sampai ke batas


Umpama memanjat dah sampai ke puncak.
Jadinya...
Sepuluh jari saya susun
Menunduk kepala yang suatu
Kok kata salah sebut
Kok hajat salah sampai

Entah saya salah sapa


Entah tikar salah bentang
Entah sirih salah sorong
Entah duduk salah tempat
Mohon ampun dan maaf.

Dengan ini..
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak IPRM, DBP,
PEN, Ahli-ahli panel yang turut serta, Jawatankuasa Majlis Bicara Karya serta
hadirin sekalian atas kesudian hadir dan menyempurnakan majlis.

42
Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
..............................................

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis menjempuat tuan-tuan dan puan-puan untuk majlis jamuan makan tengah
hari.Sekian.

43
2.3.2 Ulasan Lampiran 2

Lampiran 2 merupakan teks pengacaraan majlis Sambutan Penutup


Bulan Kemerdekaan yang disambut di dalam Balai Kerapatan Institut Perguruan
Raja Melewar. Majlis dimulakan dengan pengumuman perarakan masuk
Pengarah IPRM, Timbalan Pengarah , ketua-ketua jabatan dan pensyarah-
pensyarah yang diiringi dengan paluan kompang. Kemudiannya dengan bacaan
doa sebagai pelengkap majlis.
Majlis ini disambut secara formal dan besar-besaran walaupun berada di
dalam bulan Ramadhan. Majlis ini adalah anjuran Badan Kebudayaan IPRM.
Majlis ini diadakan atas tujuan untuk menyamput penutupan bulan kemerdekaan
bagi tahun 2008 peringkat IPRM. Majlis dimulakan dengan persembahan para
pelajar yang di selang selikan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan
yang dianjurkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan khas daripada para pensyarah
yang menyanyikan lagu-lagu patriotik bersempena dengan hari kemerdekaan
lalu. Turut tidak dilupakan deklamasi sajak daripada pelajar-pelajar yang telah
memenangi tempat pertama dalam pertandigan sajak mengikut kategori. Majlis
turut berpeluang mendengar ucapan daripada Yang Berbahagia Pengarah
IPRM.
Ucapan yang disampaikan sangat bersemangat dan memotivasikan
semnagat patriotik yag ada di kalangan guru pelatih. Majlis kemudiannya
diteruskan dengan nyanyi lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh
semangat oleh guru-guru pelatih. Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian
lagu institut ,diikuti dengan naynyian laku kebesaran Negeri Sembilan dan akhir
sekali lagu Negaraku.

44
Lampiran 2

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia, Pengarah IPRM,


Timbalan Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pensyarah-
pensyarah IPRM, diiringi kumpulan kompang IPRM.

Hadirin dipohon berdiri.

(Perarakan masuk)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daun pelepah daun kelapa,


Kelapa tua kelapa matang,
Awal bismillah pembuka bicara,
Pemanis kata selamat datang.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung dibuat hantaran,
Hadirin hadiat selamat datang,
Majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Yang Berbahagia,
Pn. Hajah Asmah binti Yahya,
Pengarah IPRM,
Yang Berusaha,
En. Tan Ying Kee,
Timbalan Pengarah IPRM,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Pensyarah-pensyarah,
Staf-staf sokongan,
Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, dapat kita berkumpul di balai kerapatan yang serba indah


ini dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Peringkat IPRM bagi
tahun 2008. Untuk makluman hadirin hadirat, Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat IPRM telah bermula dan dirasmikan pada 15hb Ogos 2008 yang lalu.

45
Dari Kedah puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan doa
ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-
Fadhil Ustaz Shairozi bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-


Fadhil ustaz Shairozi bin Hashim atas bacaan doa tadi, majlis kta akan lebih
diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Majlis hari ini dimulakan dengan Persembahan Deklamasi Sajak yang


akan disampaikan oleh pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
kategori Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPRm, saudara Mohd
Ridzuan bin Husni dengan sajak yang bertajuk “Ayahku seorang penjual roti”.
Marilah sama-sama kita menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh
beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohd Ridzuan


bin Husni, pelajar PISMP-IPGM PJ semester 4 atas persembahan deklamasi
sajak itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi telah diiringi petikan gitar oleh
saudara Azwan bin Ismail, juga pelajar unit PISMP-IPGM PJ semester 4.

Kita teruskan persembahan pada pagi ini dengan mempersilakan pelajar


QUT Sains 1 dan 2 dengan persembahan lagu bertajuk “Let there be peace”.
Sama-samalah kita saksikan.
( Persembahan Nyanyian)

Terima kasih diucapkan kepada pelajar PISMP-QUT Sains 1 dan 2 atas


persembahan mereka yang bertajuk ”Let there be peace” sebentar tadi.

Meneruskan persembahan pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Saudara Mohd Saifullah bin Mohd Jendeh dan Saudari Aini
Sharina binti Esa diiringi kumpulan muzik yang terdiri daripada pelajar PISMP-
IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 dengan
persembahan nyanyian lagu patriotic yang bertajuk “Pahlawanku” dan
“Pewiraku”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Persembahan Nyanyian Berkumpulan)

46
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar PISMP-IPGM
Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 atas persembahan
bagi memeriahkan majlis pada pagi ini.

Seterusnya marilah kita hayati pula sebuah lagi persembahan


pendeklamasian sajak yang akan disampaikan oleh Pemenang Deklamasi Sajak
Kategori Bukan Melayu, Saudara Thamaraj a/l Subramaniam dengan sajak yang
bertajuk “Srikandi Merdeka” . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak Bukan Melayu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Saudara


Thamaraj a/l Subramaniam unit KPLSPM MT/BT semester 3 atas persembahan
beliau sebentar tadi yang telah diiringi petikan gitar oleh saudara Mohd Hanafi
bin Khalid, pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan


persembahan nyanyian lagu patriotik yang akan disampaikan oleh pensyarah
yang terdiri daripada En Azlan bin Harun, En Samsudin bin Ahmad, En Wan
Mahamad Saad bin Wan Chik, En Rohaizad bin Ismail dan En Samuel Yesuiah.
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

( Persembahan Nyanyian Pensyarah)

Begitulah lunak dan merdunya suara dari pensyarah-pensyarah IPRM


yang sememangnya mempunyai bakat terpendam dengan menyanyikan medley
dua buah lagu yang bertajuk “ Sejahtera Malaysia” dan “ Malaysia Tanah Airku”
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyerikan lagi majlis pada
pagi ini.

Seterusnya, hadirin dan hadirat dipohon berdiri dan sama-sama kita


nyanyikan empat buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat. Dimulakan
dengan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-51, “Perpaduan Teras Kejayaan”,
“Malaysiaku Gemilang” seterusnya “Jalur Gemilang” dan diakhiri dengan lagu
“Keranamu Malaysia”

(Nyanyian Lagu Patriotik)

Hadirin dipohon duduk, terima kasih diucapkan kerana sudi menyanyikan


lagu-lagu patriotik sebentar tadi dengan penuh semangat . tidak lengkaplah
majlis penutupan kita pada hari ini tanpa ucapan perasmian penutup dari yang
berbahagia, Pengarah IPRM.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia,


Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan

47
seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan
peringkat IPRM bagi tahun 2008. dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti


Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan yang seterusnya
merasmikan majlis penutpan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi
tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Pemyampaian Hadiah, Cenderamata dan


Sijil kepada peserta-perseta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam
memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang
Berusaha Dr. Hj Nizam bin Abd Latib, ketua jabatan Teknologi Makluamt untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha , En Tan Ying Kee, Timbalan
Pengarah IPRm naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih duicapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti


Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian memberikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPRM bagi tahun
2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, Cenderamata dan


Sijil kepada perserta-peserta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam
memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha, Dr Haji Nizam bin Abdul Latib, Ketua Jabatan Teknologi
Maklumat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Tan Ying Kee,
Timbalan Pengarah IPRM naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 1)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Tan Ying
Kee, Timbalan Pengarah IPRM atas kesudian beliau menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah


Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM diiringi oleh Yang Berusaha ,Pn. Chandrika
K.V Nair, Ketua Jabatan Bahasa untuk meneruskan upacara penyampaian
hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

48
( Penyampaian Hadiah 2)

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian
beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tibalah kita ke kemuncak Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan IPRM


2008. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri dan bersama kita nyanyikan lagu IPRM,
lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

( Nyanyian 3 Buah Lagu)

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar itu tadi.

Lebah bukan sebarang lebah,


Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga
IPRM yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM
pada hari ini. Biarlah sambutan sahaj yang berakhir di sini tapi kita terus
tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa, di
mana jua hingga ke akhir hayat. Biar sehingga titisan darah terakhir,
kemerdekaan tanah air ini perlu dikekalkan, jangan biar ia tergadai.

Untuk itu saya, Hamizi bin Mahpop


Dan saya , Nurul Syahiza binti Mohd Salleh
Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutup sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat IPRM memohon maaf sekiranya terdapat salah dan
silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau
tidak sengaja. Sekian.

49
2.3.3 Ulasan Lampiran 3

Lampiran 3 adalah teks pengacaraan untuk majlis yang formal iaitu


Perasmian Persidangan Perwakilan Pelajar yang diadakan di Balai Ilmu Institut
Perguruan Raja Melewar. Teks disusun dengan baik sekali bersesuaian dengan
bilangan perserta yang kecil. Teks ini lebih mengutamakan protokol, disebabkan
ia berasaskan kumpulan yag berorganisasi. Ia dianjurkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru. Audiens adalah daripada ahli jawatankuasa perwakilan pelajar
institut perguruan seluruh Malaysia, yang telah menghantar tiga orang ahli
perwakilan untuk setiap institut, pensyarah pengiring dan fasilitator bagi
menghadiri persidangan ini.
Persidangan yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk
membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan pelajar, disiplin dan juga cadangan
yang ingin diusulkan kepada bahagian pendidikan guru. Majlis dimulakan dengan
ucapan aluan oleh pengerusi majlis yang kemudiannya diikuti dengan bacaan
doa, lafaz ikrar pelajar dan diakhiri dengan ucapan Pn Pengarah IPRM.
Pengisian majlis adalah lebih ke arah membincangkan langkah-langkah yang
harus diambil dalam memperbaiki dan memenuhi kebajikan pelajar bagi setiap
institut.
Banyak pandangan dan cadangan yang diutarakan guru-guru pelatih
dalam mempersoalkan tentang kemudahan yang harus dimiliki pelajar. Teks
pengacaraan ini lebih ringkas daripada lampiran lain. Tetapi walaupun ringkas ia
masih mampu dalam menerajui majlis di peringkat kebangsaan.

50
Lampiran 3

Majlis Perasmian Persidangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut


Perguruan Malaysia, Peringkat Kebangsaan.

Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Pn. Hajah Asmah Binti Yahya,


Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar.

Merdu suara permata intan,


Bertaut irama beradu gema,
Salam diatur tanda penghormatan,
Rasmi persidangan agenda utama.

Yang Berbahagia- Pn. Hajah Asmah Binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan
Raja Melewar, Yang Berusaha- En. Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah Institut
Perguruan Raja Melewar, Pn. Salbiah, Penolong Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru, barisan Fasilitator, Para Pensyarah Pengiring, Urusetia dan
Perwakilan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam ukhwah dan salam perpaduan.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru merakamkan ucapan terima kasih kepada


Institut Peguruan Raja Melewar yang dengan ikhlas menjadi tuan rumah untuk
persidangan kali ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama memanjatkan
doa memohon keberkatan ilahi. Majlis dengan penuh takzim menjemput saudara
Mohd Adham Bin Hussien untuk memimpin bacaan doa.

(doa)

Amin rabbal alamin, semoga dengan bacaan doa itu tadi dapat memberkati
majlis kita pada pagi ini.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang


akan diketuai oleh saudara Balraj Pushperayah.

(ikrar)

Hinggap enggang di pohon jati,


Sambil membawa buah bidara,

51
Ucapan pengarah ucapan dinanti,
Sebagai tanda rasminya acara.

Dengan segala hormat, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia


Pn. Hajah Asmah Binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar untuk
meyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Persidangan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Peringkat
Kebangsaan.

(ucapan)

Maka dengan ucapan yang disampaikan tadi, rasmilah sudah majlis kita pada
kali ini. Sebelum bersurai, sidang dewan diminta bersedia untuk menyanyikan
lagu Negaraku.

52
2.3.4 Ulasan Lampiran 4

Lampiran ini iaitu lampiran 4 adalah berbeza dengan lampiran yang lain.
Lampiran ini direncanakan khas untuk majlis Konsert Gema Gemilang
Kementrian Pelajaran Malaysia tahun 2008 yang diadakan di Dewan Plenary,
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah bertaraf
antarabangsa kerana terdapat sebilangan kecil daripada tetamu undangan
khasnya adalah Menteri-menteri Pelajaran Negara Asia Tenggara. Majlis ini
adalah majlis formal, yang diadakan dengan penuh adat istiadat.
Ia dilangsungkan dengan penuh adat istiadat, disebabkan tetamu
terhormatnya pada malam majlis tersebut adalah Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong dan juga Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Baginda diarak masuk dengan paluan pelbagai gendang dari pelbagai bangsa
dan etnik di Malaysia. Keberangkatan tiba Baginda diumumkan pengacara majlis
dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku setelah Baginda mengambil tempat.
Majlis ini dianjurkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia, majlis ini
merupakan acara tahunan Kementrian Pelajaran Malaysia sejak sepuluh tahun
dahulu. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar-pelajar, warga
pendidik sekolah dan juga pelatih-pelatih institut perguruan seluruh Malaysia.
Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu tradisional dan juga
klasik. Pengacaraan majlis sangat istimewa kerana diselang-selikan dengan
persembahan, slot persembahan adalah di antara dua hingga tiga persembahan,
juga diselitkan pengkurniaan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong dan mempersembahkan cenderamata kepada Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong sebagai tanda ingatan dan kenangan. Selain itu undangan
majlis ini terdiri daripada orang-orang kenamaan.
Aliran protokol juga panjang bagi majlis ini. Laras bahasa juga merupakan
faktor keistimewaan teks ini, laras bahasa yang digunakan adalah bahasa istana.
Dimana kata ganti nama digunakan seperti

53
”patik”,”Tuanku”,”duli”,”memperkenan”,”menjunjung kasih”,”kurniaan” dan
sebagainya. Teks juga menggunakan laras bahasa sastera dimana turut
diselitkan pantun dua kerat pada akhir majlis. Majlis ini dijalankan kan dengan
penuh adat istiadat,dimana ia dimulakan dengan acara pentas iaitu ”buka
panggung” kemudian diikuti dengan pengacaraan majlis dan diselang dengan
persembahan okestra, nyanyian dan tarian. Majlis berakhir dengan nyanyian
khas lagu ”Dirgahayu Tuanku” yang dinyanyikan anak-anak cilik yang menyertai
konsert tersebut.

54
2.4 Analisis Sistem Ejaan

2.1.1 KESALAHAN EJAAN

Lampiran 1

SALAH BETUL
Asslammualaikum Assalamualaikum
berbagga berbangga
Alahamdulillah Alhamdulillah
sesuah sesebuah
menjempuat menjemput
suatu satu

Lampiran 2

SALAH BETUL
Duicapkan Diucapkan
makluamat maklumat

Lampiran 3

Tiada kesalahan ejaan.

Lampiran 4

Tiada Kesalahan

55
2.1.2 POLA KESELARASAN VOKAL

Dalam semua lampiran terdapat :

10 pola keselarasan vokal yang tidak berubah.

POLA PERKATAAN
salam Raja Bahasa
pada Para dalam
makan datang saya
a-a sangat Pahala amal
harta Allah anak
mata amanah langkah
tangan takwa bacaan
sama akan lafaz
hadap masa jangan
agama rakam atas
dapat karya tanpa
angkat panjang drama
rasa bangga apatah
adalah sahaja khalayak
sabar bawa banyak
manfaat batas kata
salah hajat sapa
maaf harga barat
larat ada Malaya
e(p)-a sejahtera Pengarah Sastera
bentang pensyarah berkesempatan
e(p)-a pelajar selamat kepada
berbesar kerja kerana
sedekah dengar berserah
dengan dekat terendam
tergengga
telah lekat
m
segar segala kepala

56
tentang secara cenderamata
Negara Entah tempat
serta petang tengah
selaku kerjasama Seremban
e(t)-a Dewan faedah kehebatan
lengah lena Melewar
e(t)-e(t) Tiada dalam teks
e(t)-o Teori
Sembilan pinang pihak
lillah lidah tidak
iman telinga Ilahi
muslimat kita akhirat
i-a terima indah sila
tersirat singkat dilipat
ingat tiga bicara
Tersisa kira tikar
Bintang Jika
Mohamad Kotak program
o-a diteroka hormat
o-e(t) boleh novel oleh
peroleh
o-o memohon sorong
Berusaha Pustaka susah
u-a ucapan tersurat disukat
culas terlupa sudah
merupakan tugas terutama
juga sempurna Umpama
puncak

57
Dan 8 pola keselarasan vokal yang berubah.

POLA SISTEM EJAAN BARU POLA SISTEM EJAAN LAMA


kasih kaseh
a-i masih a-e maseh
baik baek
Datuk Datok
menyambut menyambot
jauh jaoh
makluman makloman
langsung langsong
a-u ampun a-o ampon

lebih lebeh
e-i e-e
terbit terbet
Seterusnya Seterosnya
lembut lembot
dijemput dijempot
Renung e-o Renong
e-u Tenung Tenong
belum belom
sebut sebot

Sirih Sireh
i-i memimpin i-e memimpen
sedikit sediket
timur timor
i-u i-o
berhimpun berhimpon
u-i penulis u-e penules
u-u untuk u-o untok
mulut mulot
lurus luros
sungguh sunggoh
duduk dudok
beruntung beruntong
Sepuluh Sepuloh

58
susun suson
Menunduk Menundok
turut turot
umur umor

2.1.3 DIFTONG

DIFTONG PERKATAAN
Lampiran 1
Assalamualaikum menyampaikan selesai
sampai Wassalamualaikum
Lampiran 2
balai sains mempunyai
ai
menyertai naik
Lampiran 3
diketuai sebagai bersurai
Lampiran 4
Tiada dalam teks
Tiada dalam teks
Lampiran 2
Tiada dalam teks
oi
Lampiran 3
Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks
Lampiran 1
Saudara Kalau Wabillahitaufik
Lampiran 2
au
beliau atau
Lampiran 3
Sama dengan lampiran 1 dan 2
Lampiran 4
berdua semua

59
2.1.4 VOKAL BERGANDING

VOKAL BERGANDING PERKATAAN


Lampiran 1
Assalamualaikum Perguruan Ketua
Persatuan Tuan Pengetua
puan ribuan bertuah
suatu Kuala aluan
buah Peluang pengetahuan
ua Jawatankuasa jamuan Wassalamualaikum
Lampiran 2
dibuat perpaduan
tua
ribuan
penjual
dua
Lampiran 3
perguruan
aluan
Lampiran 4
Dipertuan Tuanku biduanita
Lampiran 1
Berbahagia Bahagian sekalian
dunia sia-sia iaitu
dianjurkan kesudian Sekian
Lampiran 2
pengajian diakhiri Dianjurkan
ia
nyanyian perasmian kesudian
memeriahkan hadiah biar
sekian
Lampiran 3
diatur
bersedia

60
Lampiran 4
kementrian diampun demikian
Lampiran 1
Teori
Lampiran 2
seorang
eo Lampiran 3
Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks
Lampiran 1
doa
Lampiran 2
Sama dengan Lampiran 1
oa
Lampiran 3
Sama dengan Lampiran 1
Lampiran 4
Tiada dalam teks
Lampiran 1
bacaan pembicaraan manfaat
maaf penghargaan
Lampiran 2
aa
kemerdekaan kejayaan jutaan
Lampiran 3
ketibaan kebangsaan
Lampiran 4
pembukaan ciptaan pengkurniaan
Lampiran 1
puisi Melalui mengetahui
Lampiran 2
Sama dengan lampiran 1
ui
Lampiran 3
Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks
Lampiran 1

61
jauh
Lampiran 2
daun
Lampiran 3
au bertaut
Lampiran 4
setiausaha

2.1.5 KONSONAN BERANGKAP

POLA PERKATAAN
Lampiran 1
Hadapan Perkataan Tengah Perkataan Hujung Perkataan
Tiada dalam teks Pengarah yang
Tiada dalam teks mengalu-alukan datang
Tiada dalam teks mendengar terbentang
Tiada dalam teks dengan peluang
Tiada dalam teks berlengah masing-masing
ng Tiada dalam teks singkat pembentang
Lampiran 2
Tiada dalam teks Mengumumkan kompang
Tiada dalam teks Peringkat pinang
Tiada dalam teks sokongan matang
Tiada dalam teks junjung
Lampiran 3
Tiada dalam teks Persidangan Tiada dalam teks
Tiada dalam teks Hinggap Tiada dalam teks
Tiada dalam teks kebangsaan Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks angkatan agong
Tiada dalam teks bunga wayang
Lampiran 1
Tiada dalam teks Seterusnya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks sukacitanya Tiada dalam teks
ny Tiada dalam teks semestinya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks tugasnya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks penyampaian Tiada dalam teks
Tiada dalam teks menyambut Tiada dalam teks

62
Lampiran 2
nyanyian menyertai
Tiada dalam teks sekiranya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks menyempurnakan Tiada dalam teks
mempunyai
Lampiran 3
Tiada dalam teks rasminya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks seterusnya Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks menyaksikan Tiada dalam teks
Tiada dalam teks kiranya Tiada dalam teks
Tiada dalam teks penghujungnya Tiada dalam teks
Lampiran 1
khalayak akhirat tawarikh
Lampiran 2
Tiada dalam teks diakhiri Tiada dalam teks
Lampiran 3
kh
Tiada dalam teks Ukhwah Tiada dalam teks
Tiada dalam teks ikhlas Tiada dalam teks
Lampiran 4
khas Tiada dalam teks Tiada dalam teks
Lampiran 1
Tiada dalam teks penghargaan Tiada dalam teks
Lampiran 2
Tiada dalam teks menghayati Tiada dalam teks
gh
Lampiran 3
Tiada dalam teks penghormatan Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks Penghujungnya Tiada dalam teks
Lampiran 1
Tiada dalam teks pensyarah Tiada dalam teks
Lampiran 2
sy
Tiada dalam teks Sama dengan lampiran 1 Tiada dalam teks
Lampiran 3

63
Tiada dalam teks Sama dengan lampiran 1 Tiada dalam teks
Lampiran 4
Tiada dalam teks Tiada dalam teks Tiada dalam teks

2.5 Penghasilan Teks Pengacaraan Majlis

64
Majlis Istiadat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan tahun 2007.

Mengumumkan Ketibaan. Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B.


Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, diiringi Yang
Berbahagia Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, seterusnya Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang, Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Hadirin dipohon berdiri.

(perarakan masuk)

Assalamualaiikum w.b.t dan selamat pagi

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-


puan, kami sangat berbesar hati menyambut kedatangan tuan-tuan dan puan-
puan.

Selamat datang saya ucapkan kepada para hadirin sekalian ke Istiadat


Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan tahun 2007.

Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,

Yang Berbahagia Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan


Kebudayaan dan Kesenian Negara,

Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang, Rektor Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan,

Dif-dif Jemputan,

Ketua-ketua Jabatan Seni,

para pensyarah,

waris-waris dan

lulusan sekalian.

65
Majlis dengan ini dimulakan dengan menjemput Tn.Hj. Idrus Maskan
Ketua Jabatan Kerohanian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
untuk mengetuai bacaan doa demi memohon restu Ilahi kepada majlis kita pada
pagi ini.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn.Hj. Idrus Maskan atas
bacaan doa sebentar tadi, semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis kita pada
pagi ini akan dirahmati.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi majlis mempersilakan Yang Berusaha


Dato’ Omar B. Awang, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

(ucapan Rektor Akademi)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang sangat


memotivasikan yang diberi sebentar tadi .

Seterusnya, majlis dengan rasa takzimnya menjemput Yang Berbahagia


Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi melengkapkan majlis kita pada pagi
ini.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan dan juga harapan
Yang Berbahagia terhadap lulusan-lulusan untuk menerajui perpaduan,
kebudayaan, kesenian dan warisan negara kelak.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd


Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
merasmikan Istiadat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan tahun 2007.Dengan penuh takzimnya
majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas ucapan Yang


Berhormat yang begitu bersemangat sekali.

Majlis kita pada pagi ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan koir
daripada Jabatan Muzik ASWARA. Mereka akan menyampaikan tiga buah lagu
yang memuatkan lagu-lagu berikut ‘Warisan, ’Dimana kan ku cari ganti’, dan
sebuah lagu Inggeris ‘On top of the world ’. untuk makluman hadirin
persembahan ini diiringi dengan lakonan pentomin daripada Jabatan Seni Teater
ASWARA. Majlis dengan ini mempersilakan.

66
(persembahan)

Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kolaborasi antara


kedua-dua jabatan tersebut. Ini menunjukkan walaupun mereka daripada cabang
seni yang berbeza tetapi masih lagi satu fahaman yang sama dalam erti kata
seni.

Para hadirin sekalian,

ASWARA adalah stu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang


menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang seni, budaya dan warisan
kepada warga Malaysia, dengan tujuan untuk melahirkan tokoh, pemikir penulis,
pengerak dn seniman yang berilmu dan profesionalisme, tahan uji dan sentiasa
berketrampilan.

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia


sebuah negara maju menjelang 2020, pendidikan seni, budaya dan warisan juga
merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah
negara maju dan bertamadun tinggi, aspek kebudayaan dan kesenian tidak
pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan dan fizikal.
Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, ASWARA juga tetap
bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali
mengabaikan aspek kesenian tradisi yang menjadi teras kesenian dan
kebudayaan kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya ” Melangkah ke
hadapan Bersama Tradisi ”

Bagi menyempurnakan istiadat ini, majlis sekali lagi mempersilakan


mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang untuk mengiringi Yang
Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke tempat penganugerahan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Mengumumkan nama penerima Anugerahan Ijazah Sarjana Muda


Kesenian Akademi Seni Budaya dengan kehadiran.

(penyampaian ijazah)

Tahniah kepada semua graduan. Sebagai tanda berbesar hati dan


ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Tuan Rektor ASWARA untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd
Shafie B. Hj. Apdal. Dipersilakan.

67
Puas berdayung di atas rakit,
Sambil berdayung di bawah panas,
Tikar mengkuang dijadikan alas,
Budimu tuan bukan sedikit,
Tidak ternilai wang dan emas,
Sampai ke mati tidak terbalas.

Bagi mengakhiri majlis, sekali lagi dipersilakan kolaborasi antara dua


jabatan seni dalam menyanyikan lagu “Sebutir bintang di langit”.

Hadirin sekalian,

majlis kita telah sampai ke penghujung. Majlis mengucapkan jutaan terima


kasih kepada Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Bagi mengakhiri majlis ini, marilah
sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan diikuti dengan perarakan
keluar Yang Berhormat.

Mengumumkan Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal,
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan meninggalkan dewan.

3.0 Kesimpulan

68
Berdasarkan kesemua koleksi teks yang dikaji, dapat dikonklusikan
pengacaraan adalah penting dalam mengkonduktorkan sesuatu majlis.
Sesebuah majlis tidak akan lengkap dengan ketiadaan pengacaraan majlis.
Pengacaraan adalah nadi kepada sesuatu majlis. Ia berperanan sebagai
perantara dalam menghubungkan audiens dengan majlis. Pengacaraan adalah
perlu dalam sesuatu majlis tidak kira samada formal, tidak formal ataupun penuh
dengan adat istiadat. Ini adalah bertujuan untuk menghidupkan sesuatu majlis.
Selain itu, dilihat melalui teks-teks pengacaraan yang dikaji, setiap teks
menggunakan laras bahasa yang berbeza. Ini bermakna pengacaraan
hendaklah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Penggunaan bahasa juga hendaklah betul mengikut lapisan audiens yang
bakal hadir dan juga majlis yang dipengerusikan, juga tetamu-tetamu terhormat.
Pengacaraan juga perlu sensitif terhadap perkara-perkara yang akan
diperkatakan supaya ianya tidak menyinggung mana-mana pihak ketika
mendengar pengacaraan. Pengacaraan juga perlu mengambil kira protokol yang
hadir, ini adalah kerana tetamu-tetamu mungkin daripada lapisan masyarakat
yang berbeza dan memegang darjat atau jawatan yang tinggi. Susunan protokol
hendaklah betul mengikut darjat, pangkat, jawatan dan kedudukan dalam kelas
masyarakat.
Dapatan saranan yang boleh disimpulkan di sini adalah merujuk kepada
keempat-empat teks pengacaraan. Untuk lampiran 1, penghasilan teks adalah
menarik, penggunaan laras bahasa sastera yang baik dengan mengaplikasikan
kepelbagaian pantun dan puisi di dalam teks pengacaraan, teks yang dihasilkan
adalah bersesuaian dengan majlis yang diadakan iaitu majlis yang
membicarakan tentang karya sastera. Kekurangan yang terdapat di dalam teks
ini adalah dalam penghasilan pantun dan puisinya,pantun dan puisi yang
dihasilkan kurang menarik dan terlalu stereotaip. Audiens dapat mengagak isi
kandungan pantun dan maksud puisi yang di sampaikan. Saranan yang dapat
diberikan adalah penghasilan pantun dan puisi hendaklah asli dan penggunaan

69
bahasa yang indah dan hiperbola. Metafora di dalam pantun juga boleh
dikurangkan supaya mudah untuk difahami audiens.
Bagi lampiran 2 pula, teks dihasilkan dengan baik dan memenuhi kriteria-
kriteria pengacaraan majlis. Teks ini dikarang dengan baik sekali. Susunan acara
yang terdapat di dalam teks ini diatur dengan baik. Satu tindakan yang bijak
untuk teks diselang-selikan dengan persembahan, bertujuan supaya majlis tidak
terlalu bosan. Pantun yang dikarang adalah indah dan asli. Laras bahasa
sasteranya adalah lembut. Teks adalah bersesuaian dengan nada suara
pengacara majlis yang lembut. Memandangkan majlis adalah berkaitan dengan
kemerdekaan, terdapat banyak ungkapan-ungkapan berkaitan dengan
kemerdekaan dimasukkan di dalam teks. Teks pengacaraaan sangat
bersesuaian dengan majlis tetapi pembawaan teks ini kurang menarik kerana
majlis yang diadakan adalah majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan.
Dalam konteks erti kemerdekaan ia seharusnya disampaikan dengan penuh
semangat patriotik. Tetapi untuk teks ini ianya diacarakan oleh dua pengerusi
majlis yang terdiri daripada perempuan dan lelaki. Tona suara kedua-dua
pengacara adalah lembut. Seharusnya terdapat kontra diantara kedua-dua
pengacara sebaliknya ia seperti diacarakan oleh seorang pengerusi majlis
sahaja. Saranan yang dapat diberikan, teks pengacaraan adalah sesuai dengan
penggunaan tona suara yang lembut walaupun ianya majlis yang berunsurkan
patriotik tetapi apabila ianya melibatkan dua pengacara yang berlainan jantina ia
memerlukan tona suara yang bersemangat dan keras untuk digandingkan
dengan tona suara yang lembut.
Tidak banyak yang dapat dihuraikan melalui lampiran 3 kerana teks
pengacaraan majlis adalah ringkas. Penggunaan laras bahasa yang bersesuai
dengan majlis yang berbentuk formal. Lampiran teks ini amat menitikberatkan
susunan protokol, kerana ianya merupakan majlis yang terdiri daripada
pentadbiran yang berorganisasi. Tidak banyak yang dapat diulaskan kerana teks
adalah terlalu ringkas. Teks yang dihasilkan menepati dengan kadar masa majlis
yang singkat. Pantun yang dihasilkan di dalam teks ini hampir sama dengan teks
di dalam lampiran satu, terlalu stereotaip dan ringkas. Saranan yang dapat

70
diberikan adalah, teks masih boleh dipanjangkan dengan pengisian informasi
berkaitan organisasi tersebut. Memandangkan majlis yang diadakan adalah
bertaraf kebangsaan ia seharusnya memenuhi jangkaan audiens.
Yang terakhir adalah lampiran 4, teks yang berkisarkan tentang majlis
yang bertaraf antarabangsa, terdapat tetamu undangan istimewa iaitu Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan, menteri-menteri pelajaran negara Asia
Tenggara dan tetamu berjawatan tinggi. Teks amat menitikberatkan laras bahasa
istana demi untuk menjaga kesopanan di hadapan audiens. Laras bahasa istana
digunakan dan disampaikan dengan baik. Teks diindahkan lagi dengan susunan
persembahan acara yang menarik. Acara di dalam teks diatur dengan baik.
Ungkapan memohon ampun adalah banyak di dalam teks ini, ia menunjukkan
keptuhan majlis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Laras
bahasa sastera adalah kurang di dalam teks ini. Pengakhiran teks kurang
menarik kerana ia disudahi dengan pantun dua kerat yang sangat stereotaip dan
tidak menarik. Teks masih boleh diperkayakan dengan penggunaan laras
bahasa sastera. Penggunaan kiasan masih lagi munasabah untuk menjaga
kesopanan di hadapan audiens.
Keseluruhan teks-teks pengacaraan adalah menarik untuk dikaji,
kesimpulan yang dapat dibuat sekali lagi adalah dalam menghasilkan teks
pengacaraan majlis beberapa faktor perlu diambil kira iaitu penggunaan laras
bahasa yang berkesan, mengenalpasti protokol dan jenis majlis samada
formal.tidak formal atau penuh adat istiadat.

71
4.0 Refleksi
Penulisan Refleksi Berdasarkan Tugasan Bahasa Melayu Akademik
Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh
KPLSPM PSV/BI/BM
891019-01-5395

Sepanjang khusus ini berjalan,saya mendapat sedikit kesukaran kerana


kurang faham dengan tugasan yang diberikan.Namun demikian setelah
berbincang bersama rakan-rakan dan penerangan yang diberikan oleh
pensyarah iaitu Pn Azibah, saya berjaya memahami serba sedikit tentang apa
yang patut saya lakukan untuk menjayakan kerja khusus ini.Selain itu,saya juga
kerap kali berbincang bersama rakan sekumpulan sepanjang tempoh kerja
kursus berjalan.Saya dapati bekerja secara kumpulan memudahkan dapatan
maklumat secara berkesan.

Saya juga mengalami sedikit masalah ketika memilih sumber rujukan


melalui buku,ini kerana terdapat pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan tajuk
tugasan.Penggunaan bahasa pada setiap buku juga berlainan ini disebabkan
buku-buku rujukan tersebut dikeluarkan pada tahun yang berbeza,malah
terdapat banyak perbezaan antara buku yang diterbitkan dahulu dengan buku
yang terkini. Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan maklumat berdasarkan
internet. Banyak maklumat yang ditemui malah saya juga mengambil
kesempatan ini untuk memuat turun bahan bacaan seperti ucapan,berita dan
laporan.Kebanyakan maklumat yang diperoleh adalah lengkap bagi menyiapkan
kerja khusus ini.

Bagi soalan berkaitan keselarasan vokal,saya dapati ia agak sukar untuk


mengelaskan perkataan mengikut pola. Pada mulanya ia agak sukar, tetapi
setelah lama meneliti teks pengacaraan yang dikaji, persoalan tersebut menjadi
mudah. Ini disebabkan saya telah biasa dengan teks pengacaraan tersebut dan

72
ia tidak menjadi masalah untuk saya mengelaskan perkataan mengikut
pola.Begitu juga dengan soalan berkaitan analsis teks dan juga perbandingan
yang saya perlu buat ke atas teks-teks yang telah dikumpul.

Sepanjang menjalankan kursus ini juga, saya dapat memahami dan


menghayati dalam penggunaan perkataan dengan betul serta membina ayat
yang dinamik untuk menghasilkan teks pengacaraan yang mantap. Selain itu ia
memberikan pengajaran dalam mengenalpasti kepentingan protokol mengikut
kesesuaian sesuatu majlis, juga penggunaan laras bahasa yang betul dalam
menghasilkan teks . Kerja kursus ini juga mengeratkan hubungan saya dan
rakan-rakan seunit. Tidak lupa hubungan saya dan juga pensyarah,ia juga
membantu saya untuk berkomunikasi dengan tenaga pengajar secara berkesan.

Sebagai kesimpulan, tugasan kerja kursus pendek ini banyak


mendatangkan manfaat yang berguna kepada saya bukan sahaja sebagai
pelajar, malah sebagai bakal pendidik. Segala pengalaman adalah amat
bermakna. Kesedaran tentang pola keselarasan vokal, penggunaan laras
bahasa dan sistem ejaan yang betul. Ilmu ini kelak boleh diaplikasi ketika
bersama dengan anak didik kami .

73
5.0 Rujukan

SPTL Bahasa Kebangsaan Bab 15 Pengacaraan Majlis

74
6.0 Lampiran

75

You might also like