E Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pedagogi ialah teori, kaedah dan falsafah yang semestinya diguna pakai oleh semua

pendidik dulu dan kini didalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
untuk mencapai keberkesanan didalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.

Melalui video tersebut, dapat dirumuskan bahawa terdapat penekanan berkenaan 4


teori pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal untuk menguji
keberhasilan setiap teori ataupun kaedah . Antaranya teori Behaviourisme yang diasaskan
oleh Ivan Pavlov (1927) dan diketengahkan oleh Thorndike (1911) dan Skinner (1957) yang
menekankan perubahan tingkah laku pelajar samada positif atau negatif. Ia disebabkan oleh
adanya sistem ganjaran dan sasaran, dimana pelajar dianggap pasif dan proses pembelajaran
berpusat pada guru. Namun begitu, kaedah ini masih releven sehingga kini. Seterusnya, teori
Liberationsim oleh Paulo Friere yang mana mempercayai bahawa setiap pelajar merupakan
pencipta kepada ilmu pengetahuan. Setiap pelajar perlu diberi kebebasan untuk memilih cara
mereka memperoleh ilmu pengetahuan.Guru hanyalah sebagai pembimbing manakala pelajar
lah tunggak pembelajaran itu. Social Contructivisme yang merupakan hasil idea oleh Piaget
dan Vygotsky yang berkonsep kan bahawa pembelajaran adalah proses membina
pemahaman, dimana pelajar lebih aktif berdasarkan pengalaman yang mempengaruhi
pembelajaran pelajar itu sendiri. Pelajar mempunyai maklumat sedia ada, kemudian diberi
maklumat tambahan, seterusnya terhasil lah maklumat baharu. Teori Connectivisme adalah
kaedah baru didalam pedagogi.Teori George Siemen ini merupakan kaedah dimana pelajar
boleh mendapatkan sumber maklumat dan pengetahun mengenai pembelajaran dengan
adanya rangakaian internet menggunakan alat elektronik.

Merujuk pada video kedua, penceramah membincangkan tentang kluster pedagogi.


Ia terdiri daripada pedagogi antik, pedagogi klasik dan pedagogi kontemporari. Jika kita lihat,
sebelum pandemik Covid 19 melanda negara kita Malaysia, sudah tentunya rata-rata pendidik
berfokus pada penggunaan pedagogi klasik sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, asbab pandemik ini sedikit sebanyak telah mengubah teknik yang telah diguna
pakai oleh pendidik-pendidik kepada pedagogi kontemporari. Pedagogi kontemporari ini pula
memerlukan peralatan komunikasi, pembelajaran secara maya, menjurus kepada penggunaan
teknologi dan masa yang lebih fleksibel. Penggunaan pedagogi kontemporari berkait rapat
dengan teori Connectivisme yang mana melibatkan penggunaan alat elektronik yang
membolehkan guru dan pelajar berhubung walaupun secara dalam talian.
Kesimpulan daripada kedua-dua video tersebut, dapat kita ringkaskan bahawa setiap
teori yang diketengahkan adalah penting untuk dipelajari , difahami dan diaplikasikan oleh
setiap pendidik. Ia adalah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan setiap kaedah itu
terhadap pelajar yang berbeza tahap pemikiran dan penguasaan.

You might also like