Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA

MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 1)

KURSUS
PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI DAN JAWI
KOD
(BMM1044)

NAMA MUHAMMAD IZZAT DANIEL NASR BIN NOORHISHAM

ANGKA GILIRAN 2018192310039

NOMBOR KAD 001017-03-0869


PENGENALAN

KUMPULAN E3

TUGASAN ESEI 1

NAMA PENSYARAH EN ZURIHAN BIN YUSOFF

TARIKH HANTAR 1 MAC 2019


PENGENALAN

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia
secara arbitari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa
untuk perhubungan (Hashim Musa,1981).Maksudnya, bahasa merupakan satu medium
perhubungan yang dikeluarkan secara spontan namun maknanya dapat difahami oleh
penutur dan pendengar. Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak
menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam
bentuk yang senang difahami oleh penulis dan orang lain. Oleh itu, tulisan merupakan
bentuk perhubungan secara non-verbal namun maklumat atau isi penyampaian masih boleh
memberi makna walaupun tidak menggunakan pertuturan secara normal kerana boleh
difahami oleh orang lain. Demikian itu, sejarah perkembangan bahasa Melayu telah melalui
beberapa tahap dan setiap tahap mempunyai sifatnya yang tersendiri. Perkembangan
bahasa Melayu dipengaruhi oleh kedatangan agama Islam, peranan Kerajaan-Kesultanan
Melayu Melaka, kedatangan orang Eropah serta penglibatan organisasi dan tokoh-tokoh
tempatan. Pengaruh kedatangan agama Islam dari Arab telah memperkenalkan tulisan Jawi
dan mengembangkan sastera Melayu dalam bentuk tulisan. Tulisan Rumi berasal dari
tulisan Latin yang menjadi tulisan seragam bagi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain dan kini penggunaannya begitu meluas sekali. Sejarah tulisan Rumi di
Nusantara bermula dengan kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511 Masihi . Oleh
itu, jelaskan sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi dan Jawi dalam konteks
perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka dengan idea yang berkesan.

SEJARAH PERKEMBANGAN RUMI DAN JAWI SEBELUM MERDEKA

TULISAN JAWI

Tulisan Melayu huruf Arab atau Jawi telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan
rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau sebelumnya bahkan menurut Kang Kyong
Seock, dapat dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, iaitu serentak dengan
kelahiran-kelahiran kerajaan Islam yang silam. Sebagai contoh makan-makam Diraja
Melayu Islam yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Gerisik yang diperbuat daripada batu
pualam yang bertulis huruf-huruf Aram, jelas membuktikan hakikat ini. Tulisan Jawi
digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Antara
perkembangan dalam usaha penyebaran dan dakwah agama Islam ini, ialah penggunaan
huruf-huruf Arab untuk menulis bunyi-bunyi bahasa Melayu untuk berkomunikasi (Hamdan
Abd Rahman, 1999). Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini
disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javawipa. Hashim
Musa (1999) mengatakan bahawa Jawi ialah sistem tulisan bagi bahasa Melayu dengan
mengadaptasi huruf-huruf Arab untuk bahasa Melayu dengan sedikit modifikasi (tambahan
beberapa huruf bagi bunyi-bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat pada bahasa Arab).
Batu bersurat yang bertarikh 702H/1303M yang menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya itu
menunjukkan bahawa Jawi berusia hampir 700 tahun lamanya. Selama kira-kira 200 tahun
ia berkembang selaras dengan perkembangan agama Islam. Oleh sebab itu, terdapat
banyak tulisan Jawi pada manuskrip-manuskrip lama kerana ia merupakan tulisan utama
yang digunakan pada zaman dahulu. Kemudian, bukti arkeologi yang paling penting tentang
perkembangan Islam dan khususnya skrip Jawi dan bahasa Melayu adalah penemuan batu
bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 Masihi (Syed Muhammad Naquib Al-Atas, 1970). Batu
bersurat tersebut dijumpai dalam tahun 1902 oleh Syed Hussin bin Ghulam Al-Bukhari iaitu
pedagang berketurunan Arab Melayu dari Riau-Lingga. Selain itu, sebuah lagi inskripsi yang
berkaitan dengan sejarah tulisan Jawi ialah inskripsi Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
Tarikh batu bersurat tersebut ialah 870 Hijrah bersamaan dengan 1467-1468 Masihi. Selain
itu, isnkripsi tersebut yang bahagiannya ditulis dalam bahasa Melayu terdapat pada muka 4
tiang empat segi tersebut iaitu 2 muka dalam skrip Jawi dan 2 muka lagi dalam skrip kawi.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tulisan Jawi telah lama digunakan, bukan sahaja dalam
kerajaan Melayu bahkan dibahagian lain di Nusantara. Hal ini terjadi kerana perkembangan
agama Islam telah mempengaruhi beberapa kerajaan di sekitar Nusantara.

TULISAN RUMI

Sejarah Perkembangan tulisan Rumi bermula pada tahun 1902, apabila tulisan Rumi
yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R>J Wilkinson. Sistem ini
kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Za’ba dan dikenali dikenali sebagai Sistem Ejaan
Sekolah. Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun. Ketika Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor Bharu pada tahun
1956, satu sistem ejaan yang dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk. Namun, sistem ini
tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak
sukar untuk diikuti. Kemasukan tulisan Rumi terjadi apabila semasa kedatangan orang
Eropah ke alam Melayu. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang pertama datang ke
kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali. Kemudian, selepas Kejatuhan
Melaka pada 1511, maka bermulalah kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun kuasa
Portugis tidak bertahan lama selepas kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris.
Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandungi lebih kurang 426
perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Sistem ejaan yang digunakan
oleh Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu tempat
asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan
oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaam Rumi/Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad
yang dapat dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan
nilai bunyinya. Antara contoh senarai kata ejaan Rumi/Latin Pigafetta yang sepadan dengan
abjad Rumi dapat dilihat seperti berikut :

 Allah – God – Allah


 Mischit – mosque – masjid
 Bapa – father – bapa
 Anach – son – anak
 Capala – head – kepala

Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal catatan pelayaran
Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskhah Itali dan tiga naskhah
Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah Itali tersebut. Pigafetta dikatakan mempelajari
bahasa Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak perkataan-
perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan Bausani tentang tulisan Rumi ini telah
dipetik oleh Hashim Musa seperti yang berikut : (a) Abjad vokal <e> pepet dalam bahasa
Melayu/Indonesia moden kebanyakkannya dieja dengan abjad vokal <a> dalam senarai
Pigafetta, kecuali dalam beberapa perkara. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu
dilambangkan oleh lebih daripada satu jenis abjad atau grafem yang berbeza-beza. Malah
terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan tiga grafem yang berbeza-
beza atau lebih. Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-Bahasa
Melayu yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang berjudul “A
Dictionary of English and Malayo, and English” diterbitkan di London. Menurut Hashim Musa
(2006), sistem ejaan Thomas Bowrey ternyata mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan
gugus konsonan yang sama misalnya gg, dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama
iaitu ee, dan oo. Ejaan Wilkinson telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1904 dan
kemudian digunakan dalam kamusnya ‘Kamus Melayu-Inggeris’ dan sebagainya dalam
kamus-kamus lain, kecuali kamus yang diterbitkan oleh W.G Shellabar pada tahun 1902 dan
1916. Sejak itu buku yang diterbitkan di Tanah Melayu telah mengikut kaedah ejaan tersebut
dengan sedikit pindaan sahaja. Oleh sebab itu, penggunaan tulisan Rumi dalam kalangan
masyarakat semakin meluas kerana proses penerbitan buku telas menggunakan sistem
tulisan Rumi. Kemudian, kaedah yang sama juga diikuti oleh Za’ba dalam bukunya ‘Daftar
Ejaan Melayu’. Usaha tersebut dikembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1922(kini dikenali sebagai UPSI). Maktab ini
berperanan penting dalam perkembangan sistem ejaan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu,
munculnya Sistem Ejaan Za’ba. Antara buku yang terkenal daripada tulisan Za’ba ialah Ilmu
Bahasa Melayu (1926), Pelita Bahasa Melayu (1941) dan daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi
(1949).

Sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za’ba dalam
buku “Pedoman Bahasa Melayu” iaitu penggal 1 hingga 3. Sistem ini dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang telah
diisytiharkan. Walau bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum
sahaja. Oleh itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Hal ini telah
menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan.

Sebelum Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura (1952),


kedua di Seremban (1954), dan ketiga di Johor Bahru (1956), sudah menjadi keinginan
dalam kalangan para cendekiawan melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan
bahasa Indonesia yang perlu dirumuskan secara fonemik, khusunya selepas penubuhan
Angkatan Sasterawan 50 pada 6 Ogos 1950. Selepas Kongres ketiga pula iaitu pada tahun
1956, pengkaji bahasa bersetuju untuk memperbaiki ejaan Za’ba dan cadangan tersebut
dinamakan sebagai Ejaan Kongres. Menerusi kongres ketiga tersebut, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah ditubuhkan pada tahun yang sama. Perkara yang dirumuskan atas dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi ialah :

 Ejaan di Malaysia dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan.


 Peraturan ejaan hendaklah mudah dan sistem fonolgi diterima sebagai sistem
yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonem yang digambarkan
dengan satu huruf sahaja.
 Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama.
 Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya
dengan hukum-hukum fonologi Melayu.

Dalam kongres yang ketiga ini juga masalah ejaan Rumi diberi perhatian dengan
bersungguh-sungguh. Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak
radikal. Perakuan-perakuan kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan dan
Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk pada tahun 1957. Kesimpulan yang dapat dibuat,
selepas kedatangan penjajah dari barat, mereka telah memperkenalkan sistem tulisan Rumi
bagi Tanah Melayu bagi menguatkan lagi pengaruh mereka di Tanah Melayu. Oleh itu,
pelbagai sistem ejaan diperkenalkan bagi memudahkan penduduk tempatan
menggunakannya.
RUMUSAN
Tuntasnya, tulisan Jawi berkembang dengan kemunculan dan penyebaran akhbar-
akhbar dan majalah-majalah Melayu dalam ejaan jawi. Bukan itu sahaja, perkembangan ini
juga dipengaruhi oleh penubuhan sekolah-sekolah Melayu dan penerbitan buku-buku
pelajaran sekolah. Namun begitu, terdapat masalah dalam penyelarasan ejaan Jawi
terutama sekali dalam pengejaan diftong dan juga pada persukuan tertentu. Walaupun
terdapat kedua-dua buah buku panduan ejaan jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, namun dari segi perlaksanaannya mengambil masa yang lama terutama untuk
mengubah sesuatu sistem yang sekian lama wujud dan telah berakar umbi dalam kebiasaan
masyarakat Melayu. Namun setelah tulisan Jawi diketepikan dalam pengajaran di sekolah,
maka penggunaannya kini telah merosot. Oleh yang demikian, masyarakat seyogia
memartabatkan lagi tulisan Jawi agar tulisan ini tidak akan pernah ditelan zaman.
RUJUKAN
Aziz, S. H. (2011). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1 . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Dollah, S. (2017). Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi. Kuala Lumpur: IPG Kampus
Bahasa Melayu.

Hassan, T. M. (1980). Bunga Rampai Tentang Acheh, Jakarta. 136.

Musa, H. (1981). Intonasi dalam Bahasa Melayu.

Musa, H. H. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka .

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, P. (2009). Sejarah Tulisan Jawi Melalui Kajian
Arkeologi di Alam Melayu. Jurnal Arkeologi Malaysia, 114-119.

Omar, A. H. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Omar, A. H. (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Seock, K. K. (1986). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Tesis Sarjana
Sastera, 2-3.

Wilkinson, R. (1954). A Practical Modern Malay Dictionary. London.

Yusoff, M. A. (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam
di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 23-38.

You might also like