Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ahmad Amzar Azhari Bin Suriadi,

No 26, Lorong Karyawan 29,


Taman Guru, Jalan Gambang,
25150, Kuantan, Pahang

En Ahmad Shafiq bin Mat Razali,


Pengetua Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. 5 Mei 2021

Encik,

PERMOHONAN MENETAP DI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI I 2021/2022

Berhubung perkara di atas, saya Ahmad Amzar Azhari Bin Suriadi, No. Matrik 18BI01112 ingin
memohon kebenaran untuk menetap di kolej kediaman bagi meneruskan proses pembelajaran
pada semester hadapan.

2. Untuk makluman encik, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar
Semester 8 untuk semester depan yang mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan
Perundangan Islam yang merupakan pelajar semester akhir. Hal ini kerana saya mengalami
beberapa kekangan jika meneruskan pembelajaran secara atas talian di rumah iaitu tidak fokus
untuk menjalani pembelajaran dan internet di rumah kurang memuaskan serta susah untuk
memasuki kelas secara atas talian.

3. Di samping itu, kemudahan yang terdapat di dalam parcel seperti ruang belajar dan
internet juga diperlukan dalam membantu saya untuk menjalani proses pembelajaran. Hal ini
kerana, capaian internet di rumah saya kurang memuaskan. Saya juga sering mengalami
masalah internet sewaktu pembelajaran dan juga peperiksaan.

4. Saya mengharap encik dapat pertimbangkan permohonan saya dengan sebaik mungkin
tanpa sebarang keraguan. Pertimbangan pihak encik ke atas permohonan ini amat saya hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..
AHMAD AMZAR AZHARI BIN SURIADI
18BI01112
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN PERUNDANGAN ISLAM

You might also like