Professional Documents
Culture Documents
2.1 Manual KK PP 2019
2.1 Manual KK PP 2019
2.1 Manual KK PP 2019
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
0 TERHAD
Kandungan
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
3.1 Arahan Am 2
BAHAGIAN II : CALON
Lampiran 16-20
1
TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh
yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan
diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk
membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan
akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.2 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.3 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam
sebuah organisasi yang baik
2.4 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes
berkenaan
2.5 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.2 Arahan am
3.2.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon
sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon
persendirian individu.
3.2.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam.
3.2.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.3 Tanggungjawab Pengetua
3.3.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
semester kerja kursus.
3.3.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.3.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.3.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang
ditetapkan
3.3.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru
mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
3.3.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
2 TERHAD
3.3.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah dalam e-submission
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3.4.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.4.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)
3.4.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.4.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.4.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.4.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.4.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh
membaiki hasil kerja
3.4.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.4.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
secara individu
3.4.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.4.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.4.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.4.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.4.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
3.4.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.4.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika
mentaksir kerja kursus calon
3.4.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.4.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.4.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.4.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
3.4.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission
yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus
calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak
mengambil kertas 946/4.
3.4.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama
enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan
tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Kerja Kursus
3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan
kerja kursus
3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.6 Tanggungjawab Calon
3.6.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.6.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester
tiga sehingga tamat semester tersebut.
3.6.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
3.6.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
bagi mencari dan mengumpul data.
3.6.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.6.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.6.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti
19 April Tugasan kerja kursus Taklimat tugasan kerja Menerima arahan tugasan
2019 diterima kursus kepada calon Menyemak
(sila rujuk manual kerja http://www.mpm.edu.my
kursus) Memahami skop tugasan
kerja kursus
Merancang jadual kerja
Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
5.3 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.4 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.5 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.6 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.7 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
6.1 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut:
1. Proses pengeluaran
2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek
Jenis pengeluaran
Susun atur pengeluaran
3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:
Persekitaran umum
Persekitaran tugas
4. Dua elemen dalam campuran pemasaran
Produk
Pengedaran
Harga
Promosi
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja
7.0 Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon
mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan
sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik
oleh MPM.
2 Objektif kajian 2
4 Kaedah kajian 7
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10 Kemahiran manipulatif 5
11 Kemahiran insaniah 6
Perancangan dan
Tarikh Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja
Soalan Kerja Kursus
Calon dikehendaki memilih satu produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi perniagaan yang sesuai
bagi mengkaji dan menganalisis proses serta perancangan pengeluaran produk tersebut. Calon juga perlu
menerangkan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi pengeluaran produk yang dipilih dan
seterusnya, jelaskan mana-mana dua (2) elemen campuran pemasaran bagi produk berkenaan.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.
Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2019.
LAMPIRAN 1
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
LAMPIRAN 2
BPC
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Tandatangan Calon
Tarikh
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada
bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
18 TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
LAMPIRAN
5
BRuMKK
SEMESTER: TAHUN:
MATA PELAJARAN:
Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.