Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

DSH 203 – SAFETY ENGINEERING

TUGASAN 1: 6 KERATAN AKHBAR YANG MEMBERIKAN BERITA TENTANG


KEMALANGAN YANG MELIBATKAN MESIN ATAU JENTERA DI TEMPAT
KERJA.

LECTURER: SIR HASBULLAH ABD JALIL

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NURAZIMAH BINTI RAZALI - DSH190610040

2. NUR AUNI ALISA BINTI ABDUL AZIZ - DSH190610053

3. NOOR NAJIHAH M.AZNAN - DSH190610051

4. NURSYAFIQAH BINTI KHAIROL LIZA - DSH190610049

5. AIDIL SYAHIDUL FITRI - DSH190610001


1. MAUT DIHEMPAP JENTERA PENGGELEK

Jentera backhoe digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang maut dihempap jentera
penggelek di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai.- Foto NSTP/Ihsan PDRM

KULIM-19/08/2020: Seorang lelaki maut dihempap jentera penggelek yang sedang


dikendalikannya di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Riduan Mohd Ali, 33, dipercayai sedang
memandu jentera itu sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit berair.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya sedang melakukan kerja membaiki jalan di
kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata jentera itu kemudian
menghempap mangsa menyebabkan dia tersepit di bahagian bawah.

Beliau berkata, rakan mangsa yang kemudian ternampak kejadian itu cuba membantu dengan
menggunakan jentera"backhoe" untuk mengangkat jentera penggelek itu bagi mengeluarkan
mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Kementerian
Kesihatan (KKM) yang tiba pada jam 3.15 petang dengan ambulans.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2. PEKERJA KILANG MAUT TERSEPIT MESIN ACUAN

Mangsa yang sedang bekerja tersepit pada bahagian tangan dan kepala pada mesin
'moulding' di kilang tersebut. - Foto NSTP/ JBPM Pulau Pinang

Pulau Pinang – 19/06/2012: Seorang pekerja kilang maut akibat tersepit pada mesin membuat
acuan ketika sedang bekerja di sini awal pagi ini. Mangsa dikenali sebagai Mohd Zaid Ibrahim,
33 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Pulau
Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi sebelum
anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu telah
tersepit pada mesin 'Moulding' semasa bekerja. "Mangsa telah tersepit pada bahagian tangan
dan kepala dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan. Anggota
bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengeluarkan mangsa tersepit. Mangsa berjaya
dikeluarkan pada jam 6.09 pagi.Katanya, operasi menyelamat ditamatkan pada 6.32 pagi dan
mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
3. PEKERJA BANGLADESH MAUT DIHEMPAP JENTERA PENGOREK DI
TAPAK KERJA UBI

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 37 tahun meninggal dunia pada
Khamis (22 Apr 2021) setelah sebahagian daripada sebuah jentera pengorek menghempapnya
di sebuah tapak kerja di Ubi.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada


Jumaat bahawa lelaki itu sedang membantu rakan sekerjanya untuk mengalihkan beberapa
rangka keluli menggunakan mesin pengorek yang dipasang dengan alat pemecah konkrit
apabila sebahagian daripada peralatan itu terlepas lalu menghempapnya.

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes kemalangan perindustrian itu
pada 4.17 petang pada Khamis.

Lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila beliau dibawa ke Hospital Besar
Changi, lalu kemudian meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki perbuatan khianat. Siasatan polis sedang
dijalankan,” menurutnya.

Kejadian itu menyusuli beberapa kemalangan maut yang melibatkan pekerja hijrahan sejak
beberapa bulan kebelakangan ini.
4. PEKERJA MAUT TERSEPIT DALAM MESIN

KUANTAN - Seorang pekerja maut tersepit dalam sebuah mesin di kilang kelapa sawit di
Felda Selancar 2A di sini pada 24/10/2019 hari rabu.

Pegawai Operasi Zon 1 Pahang, Nor Rulfarihan Ab Rahman berkata, pihaknya menerima
panggilan sekitar jam 4.48 petang dan tiba ke lokasi kejadian sejam kemudian kerana lokasi
terletak sejauh 65 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah.
Menurutnya, pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa, Mohamad Khairunnash Khairol
Hisam, 22, menggunakan peralatan menyelamat dengan memotong besi mesin tersebut.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Katanya, operasi itu diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba, Zahri Zainal bersama lapan
anggota turut membabitkan tiga jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
(EMRS)
5. TANGAN PEKERJA KILANG TERSEPIT DALAM MESIN – BERITA
HARIAN ONLINE

NILAI – Seorang pekerja kilang warga Nepal terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit
apabila tangan kanannya tersepit dalam mesin pembersih di sebuah kilang susu formula di
Kawasan Perindustrian Nilai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 8/03/2017 tersebut, mangsa lelaki berusia 30 tahun itu mengalami patah
tangan kanan dan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Mangsa dikatakan mahu memastikan mesin pembersih itu dalam keadaan baik namun secara
tiba-tiba tangannya tersepit dan rakan yang melihat kejadian segera memaklumkan kepada
penyelia kilang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd
Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.40 pagi dan tiba
10 minit kemudian.

Sebuah jentera dan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama 10 anggota dikejarkan
ke lokasi kejadian. Kita mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tangan mangsa
yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
6. MAUT TERSEPIT MESIN SARUNG TANGAN

20 Februari 2019, ALOR GAJAH - Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut
selepas badannya tersepit pada mesin pembuat sarung tangan getah di sebuah kilang di
Kelemak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, mayat Mohd
Sharif Kolok, 31, dijumpai tersepit pada mesin itu pagi ini.

"Polis terima aduan mengenai kejadian itu pada jam 7.15 pagi. Majikan mangsa
memberitahu polis bahawa mangsa bekerja seorang diri ketika kejadian dan pihak bomba
berjaya mengeluarkan mayatnya.

"Hasil daripada siasatan mendapati bahawa tidak ada unsur jenayah atau khianat
dilakukan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan
punca kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Berita Harian
RUJUKAN

1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/532974/maut-tersepit-mesin-
sarung-tangan
2. https://www.dosh.gov.my/index.php/546-media-resources/arkib/arkib-
berita/2016-arkib-berita/1715-tangan-pekerja-kilang-tersepit-dalam-mesin-
sinar-harian-online
3. https://www.bharian.com.my/amp/berita/wilayah/2020/10/747365/maut-
dihempap-jentera-penggelek
4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-kilang-maut-tersepit-
mesin-acuan-254366?amp=1
5. https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/pekerja-bangladesh-maut-
dihempap-jentera-pengorek-di-tapak-kerja/4601162.html
6. https://www.sinarharian.com.my/article/53846/BERITA/Tragedi/Pekerja-
maut-tersepit-dalam-mesin

You might also like