Sulit

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SULIT*

Bahagian A [ 50 markah ]

Jawab semua soalan

1 Huraikan tiga peranan pengurus sebagai antara perorangan (interpersonal). [6]

2 Huraikan dua jenis perancangan mengikut jangka masa dan kaitannya dengan peringkat [4]
pengurusan.

3 Dengan bantuan gambar rajah, huraikan carta organisasi penjabatanan mengikut fungsi. [4]

4 Terangkan amalan teori Herzberg dalam organisasi. [6]

5 Huraikan tiga bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan). [6]

6 Terangkan dua elemen kontrak jualan di bawah Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk
pindaan). [6]

7 Terangkan dua elemen perundingan antara pengurus kilang keropok dengan pembekal ikan [4]

8 Pengurus Pemasaran Syarikat Sinar Bintang iaitu Encik Kamal-Ludin Satar sedang memberi
taklimat kepada 10 orang jurujual tentang strategi pemasaran dengan menggunakan Internet.
Beliau telah membawa contoh kejayaan syarikat pesaing yang telah berjaya dalam perniagaan
menggunakan strategi tersebut. Semasa memberi taklimat, beliau menjawab semua persoalan
yang diajukan oleh segelintir jurujual.

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan tiga langkah pertama dalam proses komunikasi yang berlaku
semasa taklimat tersebut. [6]

9 Jelaskan konsep keputusan rutin dan keputusan tak rutin [4]


10 Huraikan dua faktor yang boleh mempengaruhi pembuatan keputusan. [4]

CUBA STPM P2 2018 – 946/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian B [ 50 markah ]

Jawab semua soalan

11 Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan
Sejarah pada tahun 1970. Beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat
Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan
Pesuruhjaya Tanah dan Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah
dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.

Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan,
pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau berjaya
menubuh dan memajukan perniagaan sendiri iaitu Kumpulan Syarikat Emkay yang kini dikenali sebagai
MK Land Holdings Berhad pada tahun 1983. Pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri
pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi
Eksekutif yang aktif dan praktikal serta dihormati dalam kalangan pekerja, rakan dan pesaing
perniagaannya. Sepanjang kariernya menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan
syarikatnya dengan merangka wawasan serta matlamat yang jelas, pada masa yang sama, beliau
mencurahkan pengetahuan luas yang dimiliki dalam industri kepada kakitangannya.

Asalnya MK Land Holding Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd yang melibatkan
diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Namun
pada 2003, beliau menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Industries dan beberapa anak syarikat
lain kerana mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Akhirnya beliau berjaya membawa status MKLand selaku syarikat pengurusan hartanah yang berjaya
membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada
kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan
Damansara Perdana, Cyberjaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan
dan hiburan dengan pusat beli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay
Cineleisure. MKLand juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah
Laketown Resort dan Langkawi Lagoon. Beliau berani memulakan sesuatu yang baru dengan
mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan
perumahan di bawah syarikat MKLand.

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah
temapatan dan antarabangsa. Antaranya, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad
(MASSCORP), ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan
Penyelaras Negara bagi Afrika. Atas sumbangan besar ini, beliau telah diberi beberapa anugerah sebagai
penghargaan terhadap sumbangan besar yang dicurahkan sepanjang kariernya. Antaranya Anugerah
Usahawan Cemerlang Selangor pada 1995, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta
Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001. Pada 2002, beliau menerima
Anugerah Fellowship DPMMKL, Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 dan mendapat pengiktirafan
“Professor Adjung” dari Universiti Utara Malaysia pada 2004.

[http://malaysiantopusahawanproperty.html yang dicapai pada 24 Feb 2017].

Berdasarkan kes di muka surat 3,


a) Jelaskan jenis kuasa yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal. [12]
b) Jelaskan bagaimana ciri kepimpinan berwawasan beliau membantu kejayaan MKLand
Holding Berhad. [9]
c) Terangkan jenis-jenis kemahiran yang dimiliki Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal. [9]

CUBA STPM P2 2018 – 946/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 ATAU soalan 13

12 Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bentuk komunikasi yang berlaku dalam sesebuah
organisasi perniagaan. [20]

ATAU

13 Encik Idris bercadang untuk membuka ladang penanaman pisang untuk meningkatkan
jualannya. Jelaskan langkah-langkah dalam membuat keputusan yang perlu diambil oleh
Encik Idris untuk membuka ladang tersebut. [20]

-SOALAN TAMAT-

CUBA STPM P2 2018 – 946/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like