Buku Skrap Eletronik Rukun Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

DISEDIAKAN OLEH:

ALI ZAKARIA BASHA BIN AZMAN


JANTINA : LELAKI
BANGSA: MELAYU
KELAS: 4 SALAM
SEKOLAH: SK TUANKU FATIMAH,BENTONG
NO MYKID 110723060021
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan
Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan
peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan
antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk
dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan
yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan
dan kestabilan Malaysia.

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang
mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak,
dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang
berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-


undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan
perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat
kuasa masing-masing daripada perlembagaan. Yang
di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga
menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh
kerana ia merupakan undang-undang tertinggi,
maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip
ketiga dalam Rukun Negara.

Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini


menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada
kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang
kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya,
perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah
dijadikan salah satu elemen penting dalam
prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu,
Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga
dalam prinsip Rukun Negara
KEDAULATAN UNDANG UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di


mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-
undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara
berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil.

Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh


institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil
dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasa selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas


asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan
Negara
1.PEMILIHAN TEMA
-MEMILIH TEMA YANG BERSESUAIAN DENGAN TAJUK

2.PENGUMPULAN BAHAN
-MELAYARI INTERNET DAN MENCARI BAHAN-BAHAN YANG BERSESUAIAN
DENGAN TAJUK

• https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my
• https://www.pmo.gov.my/ms/2020/07/objektif-dan-prinsip-rukun-negara/
• https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm/galeri-audio/778-rukun-negara
• https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/
rukun-negara-wadah-bentuk-masyarakat-berpandangan-jauh
• https://www.azemi09.wordpress.com/2015/02/14/esei-kepentingan-rukun-negara
1.PEMILIHAN TEMA

2.MEMASUKKAN MAKLUMAT KE DALAM SLIDE

You might also like