Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ANALISIS DAN BINCANGKAN ASPEK—ASPEK KEBUDAYAAN MELAYU YANG

DILESTARIKAN MELALUI BAHAN BUKAN KESUSASTERAAN. (1200PP)

Kebudayaan adalah merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara


bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat. Kebudayaan Melayu adalah cara
hidup terancang masyarakat yang berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka. Seperti
mana yang kita ketahui, khazanah kebudayaan Melayu termuat dalam pelbagai bentuk
yang telah disusun dan dipelihara sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk tersebut itu ialah
bahan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama dan sebagainya. Setiap
bahan tersebut diadun rapi dengan aspek-aspek penting seperti sosiopolitik,
sosioekonomi dan sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi kebudayaan Melayu.
Identiti budaya melayu ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan merupakan
salah satu aktiviti manusia dalam masyarakat itu sendiri yang bertujuan untuk
menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang
sebenar.

Untuk menganalisis aspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui bahan


bukan kesusasteraan, filem melayu klasik telah dipilih. Seperti mana yang kita ketahui,
filem-filem Melayu klasik banyak memaparkan aspek-aspek budaya Melayu yang cukup
terserlah dan begitu jelas digarap melalui filem tersebut. Ia akan dianalisis dari sudut
politik, ekonomi dan sosial. Tujuan sebuah karya seni seperti filem Melayu Klasik ini
adalah untuk menyampaikan informasi terhadap masyarakat dan seterusnya
menghiburkan khalayak yang menonton. Di sini juga dapat dilihat ianya memperkatakan
tentang kebudayaanMelayu dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Kesemuanya pula
perlu disampaikan dengan menampakkan gaya hidup dan norma yang terdapat di
dalam budaya Melayu pada sesuatu masa. 

Untuk tujuan itu, Filem Hang Tuah dipillih kerana filem ini memaparkan banyak
aspek budaya Melayu. Filem ini ditayangkan pada 28 Januari 1956 dan dilakonkan
oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah iaitu watak utama dalam filem tersebut . Filem ini
yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai
Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada cerita asal.

6
Bidang Politik/Pentadbiran

Di dalam kebanyakan filem Melayu klasik, banyak memaparkan sistem


pentadbiran Melayu di mana ia menonjolkan sistem pemerintahan kerajaan. Pada
amnya, filem Melayu klasik ini mengisahkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional
yang hidup dalam hierarki dan ketamadunan di raja.Ini dapat digambarkan dari makna
Melayu Tradisional. Dalam Filem Hang Tuah (1956) lakonan P. Ramlee, telah
ditonjolkan sosiopolitik di mana masyarakat Melayu dinaungi oleh institusi diraja. Sultan
Melaka sebagai kepala atau ketua yang menaungi kerajaan Melayu Melaka sekitar
abad 14 dan abad ke 15. Filem ini turut menceritakan orang Melayu menyanjung tinggi
istitusi diraja dimana mereka sanggup berkorban menjaga dan mendaulatkan Ketuanan
Melayu. Ini terbukti apabila Hang Tuah lima bersaudara bergabung tenaga merancang,
melawan dan berjuang habis-habisan menentang penentang Sultan Melaka pada masa
itu Dalam filem ini, ia meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi di samping beberapa
jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana. Dalam filem ini
memaparkan Kesultanan Melaka mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
luar iaitu Kerajaan Majapahit. Di samping itu, dalam filem ini juga menunjukkan
pemerintahan yang zalim apabila Hang Tuah difitnah dan dihukum bunuh akibat
perasaan cemburu pembesar istana. Keadaan ini menyebabkan berlaku kezaliman,
ketidakadilan dan penindasan.

Pada zaman tersebut di dalam filem ini juga menunjukkan wujudnya hubungan
diplomatik. Ini terbukti apabila Hang Tuah dihantar ke Pahang bagi urusan diplomatik
negeri Melaka. Selain itu juga, Hang Tuah mengetuai rombongan diplomatik ketika
diperintahkan oleh Sultan untuk bertemu dengan pemerintah Kerajaan Majapahit.

6
Sosial

Susun lapis masyarakat Melayu dalam Filem Hang Tuah dibahagikan kepada
dua golongan iaitu pemerintah yang merupakan Sultan Melaka, Pembesar Istana dan
Ulama dan juga golongan rakyat biasa. Ia turut menonjolkan cara hidup golongan
bangsawan merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian. Malahan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat menitikberatkan adat istiadat bersama
pembesar dan juga ketika berada di istana. Bahasa yang digunakan ketika mengadap
dan berinteraksi bersama pembesar atau raja juga sangat sopan dan beradab. Dalam
filem ini memaparkan suasana kampung tradisional dan masyarakatnya sangat
menghormati jiran, suka tolong-menolong, bertoleransi dan kerap mengamalkan aktiviti
gotong-royong.

 Filem Hang Tuah juga menunjukkan kepentingan menuntut ilmu sebagai suntikan
semangat dan benteng pertahanan diri. Hang Tuah telah memantapkan diri dengan
mempelajari ilmu pertahankan diri. Ini terbukti apabila Hang Tuah dan empat orang
sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu
bersama Adiputra di Gunung Ledang

Keunikan seni silat yang ditonjolkan dalam filem ini juga merupakan seni agung
masyarakat Melayu pada masa itu. Pada zaman dahulu setiap lelaki Melayu wajib
mempelajari silat agar boleh mempertahankan diri dan juga negeri mereka. Ini terbukti
apabila Hang Tuah ‘lima bersaudara’ dapat membantu Bendahara mengatasi masalah
orang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan
menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut,
baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah pula dilantik
sebagai Laksamana dan bertugas mengawal dan mengiringi Sultan ke mana sahaja. 
Terdapat juga majlis keramaian yang diraikan dalam filem tersebut, di mana majlis
keramaian itu untuk menyambut ulangtahun Patih Karma Wijaya. Terdapat
persembahan tarian tradisonal Melayu yang turut ditonjolkan semasa majlis tersebut
dijalankan.

6
Ekonomi

Melalui Filem Hang Tuah kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada
masa itu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ini merupakan suatu sistem di
mana sesuatu masyarakat melakukan sesuatu pekerjaan untuk menyara kehidupan diri
dan keluarga. Antara aktviti yang dijalankan oleh masyarakat ialah melalui pertanian
dan penternakan. Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan sebagai petani,
nelayan, peniaga juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu
lagi sudah berjinak-jinak dengan perniagaan. Melalui filem ini, penonton turut
dipertontonkan dengan babak-babak di mana wujudnya kedai-kedai makan. Kedai-
kedai ini merupakan medium untuk masyarakat Melayu bersosial dan merehatkan diri
daripada kerja-kerja yang mereka jalankan. Di sini dapat dilihat bahawa ekonomi sangat
berkait rapat dengan kehidupan sosial sesuatu masyarakat.. Masyarakat Melayu dahulu
telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan sistem ‘barter’, iaitu sistem pertukaran
barang.

Kesimpulan

Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu


bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih-lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang
berjaya dalam ekonomi dan perindustrian. Manusia juga akan bersatu apabila anggota
masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerjasama bagi mencapai
sesuatu. Melalui Filem Hang Tuah lakonan Tan Sri P. Ramlee ini, ia merupakan antara
filem yang begitu dekat dengan kebudayaan Melayu. Aspek kebudayaan merangkumi
aspek politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi serta lain-lain perkara lagi telah menjadi
intipati dalam filem ini. Hal ini menguatkan lagi kewujudan kebudayaan masyarakat
Melayu sejak zaman dahulu lagi.

6
Melalui filem Hang Tuah, ia banyak mengajar tentang kebudayaan yang
berkaitan dengan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pengarah banyak
menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa pengertian
yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuklah sistem
sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat
dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama. Dalam filem ini juga watak Hang
Tuah membawa lambang kesempurnaan bangsa Melayu yang dapat dijadikan sebagai
contoh oleh generasi yang terkemudian. Hal ini demikian kerana, setiap perlakuan serta
perbuatan Hang Tuah melambangkan keperibadian bangsa Melayu itu sendiri.

6
BIBLIOGRAFI

1. A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi


Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. http://fdam.blogspot.com/2006/07/filem-melayu-filem-malaysia-di-mana_09.html
Filem Melayu, Filem Malaysia - Di Mana Kita? oleh Mahadi J Murat
[Kertas dibentang di majlis Dialog Budaya Popular Institut Alam dan Tamadun
Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; 10 Mei 2006

3. http://jpmm.um.edu.my/filebank/articles/2724/JPMM2010_No2_FinalMOHAMMA
DMAHDIABAS.pdf Manusia Terpinggir Dalam Filem Melayu: Analisis Terhadap
Fenomena Rajuk dan Pujuk, MOHAMMAD MAHDI ABAS. Jurnal Pengajian
Media Malaysia Jilid 12 Malaysian Journal of Media Studies Volume 12 Vol. 12,
No. 2, 2010 Pages 83–95

4. http://journalarticle.ukm.my/3000/1/1-Zulkiflee.pdf Pemikiran Melayu dalam Filem


Malaysia Abad ke-21 Mohd. Ghazali Abdullah Akademi Seni Kebangsaan

5. Maniyamin Ibrahim (2009), Konteks Sastera & Budaya Melayu, Shah


Alam, Karisma Publications

6
REFLEKSI

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tugasan BMM 3142 Kebudayaan
Melayu ini dan telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan yang
dipertanggungjawabkan. Dengan bantuan dan pengajaran yang diberi oleh pensyarah
modul tersebut, Encik Muhamad Ruzi bin Darus, saya mempunyai keyakinan yang
tinggi bagi malaksanakan tugasan ini.. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak
mempunyai masalah kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman
sesawang untuk dirujuk. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi kerana
soalan tugasan diberikan awal, jadi saya dapat memulakan tugasan dengan lebih awal
dan sebelum tarikh menghantar tugasan tiba.

 Pertama sekali sewaktu menerima tugasan ini, persoalan utama yang sering berlegar-
legar difikiran saya ialah mampukah  saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hal ini
berlaku kerana memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan
kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini
sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan
tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi
alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
diberikan. 

Perkara baru yang saya pelajari adalah berkenaan penonjolan jati diri Melayu menerusi
watak Hang Tuah bersesuaian dengan kehendak atau ciri-ciri karya tersebut yang
dianggap oleh kebanyakan sarjana sebagai salah sebuah karya agung bagi bangsa
Melayu. Hal ini ternyata sekali jika kita merujuk mengenai persoalan pengorbanan untuk
raja, agama serta bangsa seperti yang telah ditunjukkan melalui watak Hang Tuah
dalam hikayat ini. 

 Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

6
6

You might also like