Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

6.

2 PENTADBIRAN BARAT BERKAITAN DENGAN EKONOMI


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.Menjelaskan DUA kesan pentadbiran Barat berkaitan ekonomi di negara kita.
1.Menjelaskan DUA kesan ekonomi kesan ekonomi akibat pentadbiran Barat di negara kita.
KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat:
1.Menjelaskan DUA kesan pentadbiran Barat berkaitan ekonomi di negara kita.
1.Menjelaskan DUA kesan ekonomi kesan ekonomi akibat pentadbiran Barat di negara kita.
PENGENALAN
 British kenalkan sistem pentadbiran moden (ekonomi) - kelangsungan penguasaan di negara
kita
 Perubahan dalam hal perundangan
 Wujudkan jabatan atau agensi kerajaan
 Wujudkan syarikat perwakilan
 Tubuhkan sistem kewangan dan insurans
6.2.1 PERUNDANGAN
 Tanah
 Buruh
A) PERUNDANGAN TANAH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
 1913 - Majlis Mesyuarat Persekutuan luluskan Akta Tanah Simpanan Melayu
 Menurut akta ini - Residen boleh isytiharkan mana-mana tanah dalam sesebuah negeri
sebagai hak orang Melayu
 Tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan
Melayu
 Akta ini tujuan - lindungi kepentingan ekonomi British. Kebanyakan kawasan tanah tersebut
tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian atau ekonomi perladangan
B) PERUNDANGAN TANAH DI SARAWAK
i. Land Order memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi diwartakan pada tahun
1931
ii. Matlamat - lindungi kepentingan masyarakat peribumi daripada dicerobohi oleh kaum
pendatang yang buka tanah untuk pertanian
iii. 1933 - Land Settlement Order dikuatkuasakan untuk lindungi masyarakat peribumi
iv. Kedua-dua undang-undang tanah ini jadi rujukan bagi pelaksanaan Land Order 1948
v. Tanah Sarawak dibahagikan kepada:
 kawasan tanah campuran
 kawasan tanah peribumi
 kawasan tanah adat peribumi
 kawasan tanah simpanan
 kawasan tanah pedalaman
PERUNDANGAN TANAH DI SABAH
 Urus niaga tanah - peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun 1888 dianggap tidak sah
 1889 - Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi diwartakan
 Di bawah akta ini - langkah lindungi hak dan kepentingan peribumi dilaksanakan
 Segala urus niaga dengan orang Eropah - ketua peribumi mesti diberitahu terlebih dahulu
 Penduduk peribumi - ada hak mohon dan dapatkan ganti rugi. Pegawai Daerah
bertanggungjawab jaga hak milik tanah peribumi
PERUNDANGAN BURUH
 Perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah - British galakkan kemasukan buruh
dari China dan India
 Tenaga buruh China - bekerja di lombong bijih timah (Sistem Kontrak)
 Buruh dari India - bekerja di ladang getah (Sistem Kangani)
 1877 - British tubuhkan Jabatan Hal Ehwal Cina (Chinese Protectorate) - lindungi buruh dari
China dieksploitasi
 1882 - Ordinan Buruh Kontrak diluluskan lindungi pekerja
 1908 - Majlis Perundangan Singapura tubuhkan Tabung Imigran India (belayar percuma dari
Madras ke NNM)
 Perkembangan ekonomi tarik buruh dari Indonesia - banyak peluang pekerjaan (bijih timah
dan getah) – merantau untuk bekerja sebagai buruh
PERUNDANGAN BURUH
SISTEM KONTRAK
• Melalui sistem ini - buruh China dibawa masuk ke negara kita oleh majikan
• Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan
SISTEM KANGANI
• Kangani bermaksud - ketua, tandil, mandur atau penyelia di ladang getah
• Pemilik ladang hantar Kangani ke India - cari tenaga buruh
• Kangani urus tambang dan perjalanan buruh tersebut ke ladang majikannya

6.2.2 JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN


• 1872 - British tubuhkan Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) - bina bangunan
Sultan Abdul Samad, Ibu Pejabat Kereta Api NNMB, Masjid Jamek KL dan Carcosa
• 1905 - British tubuhkan Jabatan Pertanian - majukan tanaman ekonomi dan bangunkan
industri getah, buat penyelidikan, sediakan pakar teknikal (pengusaha ladang dan pekebun
kecil)
• 1926 - British tubuhkan institusi khas penyelidikan getah - Institut Penyelidikan Getah
Malaya (RRIM) - kesan permintaan tinggi industri getah
• 1931 - British tubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air - tingkatkan keberkesanan sistem
pengairan
• Jabatan Pos dan Telegraf dan Jabatan Kereta Api Tanah Melayu ditubuhkan - licinkan sistem
pengangkutan dan perhubungan
• Sarawak dan Sabah
• - tubuhkan jabatan kerajaan bagi kemudahan perkhidmatan pos dan telegraf serta kegiatan
pertanian
6.2.3 KEWUJUDAN SYARIKAT PERWAKILAN
• Pemodal British dan Eropah bawa masuk modal asing yang besar ke negara kita. Mereka
import barangan terus dari negara-negara tertentu - peranan syarikat perwakilan
• Syarikat Perwakilan (Agency House) dikenali dengan nama Gedung Perwakilan atau Crown
Agent
• Memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans, syarikat perkapalan, pusat penyelidikan dan
jalankan perdagangan antarabangsa
• Syarikat perdagangan - Boustead and Company, Boustead Buttery, Estate Agency, Harrisons
& Crosfield, Guthrie & Company, Barlow & Company dan Sime Darby
• Syarikat perdagangan ini ada hubungan erat dengan kerajaan (peringkat tempatan dan
antarabangsa)
• Contoh Boustead and Company urus eksport getah dan bijih timah dan kuasai syarikat
perkapalan serta kewangan Hong Kong Bank

6.2.4 PEWUJUDAN SISTEM KEWANGAN DAN INSURANS


• Kenalkan penggunaan mata wang asing - contoh mata wang perak Sepanyol (1580 di NNM
dan NNS)
• 1897 - British tubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang - keluarkan wang kertas di bawah
Ordinan VIII
• Lembaga ini - diberikan kuasa keluarkan mata wang kertas NNS - mata wang kerajaan
Melayu terhapus
• 1939 - Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya
• Kepesatan ekonomi - British kenalkan sistem kewangan moden dan insurans - licinkan
urusan kewangan
• British tubuhkan sistem perbankan supaya modal dari luar negara mudah
• disalurkan ke NNM
• Syarikat insurans - Syarikat Royal Insurance Company (1860), Khean Guan Insurance
Limited (1885) di Pulau Pinang dan Commercial Union (1919) di Ipoh

6.2 KESIMPULAN
• British lakukan perubahan sistem pentadbiran bagi urus kegiatan ekonomi dengan cekap
• Memanfaatkan kekayaan negara melalui permuafakatan semua pihak kepentingan untuk
membangunkan negara
• APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.6.6)
• Perpaduan penting dalam menjaga keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
Bincangkan.

You might also like