Islam Dari Segi Bahasa Berasal Daripada Perkataan Arab Iaitu Salama Yang Bermaksud Taat Dan Patuh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

a.

Islam dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab iaitu salama yang bermaksud taat
dan patuh, damai dan sejahtera serta ketulenan dan kesucian. Manakala dari segi istilah
pula, Islam ialah kepatuhan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah SWT.

b. Antara skop ajaran Islam adalah akidah yang berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘aqada.
Dari segi istilah pula, akidah bermaksud kepercayaan yang teguh dan beriman kepada Allah
SWT dan segala ajaran RasulNya. Asas akidah islam terbahagi kepada dua iaitu rukun iman
dan rukun islam.

Selain itu, syariah yang berasal daripada perkataan Arab iaitu syara’ah yang bermaksud
sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut al-Quran dan Sunnah. Dari segi istilah pula,
Syariah bermaksud hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT
kepada manusia melalui RasulNya.

c. Al-thabat wa al-murunah
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah manakala al murunah bermaksud selain
daripada perkara-perkara dasar yang tidak berubah, terdapat juga perkara-perkara yang
boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia. Hal ini
menjadikan Islam sebagai agama yang sentiasa sesuai dan senang untuk diamalkan. Islam
mementingkan kemudahan dan tidak sesekali membebankan penganutnya dalam
mengerjakan ibadah. Sebagai contoh, solat merupakan ibadah wajib dan perlu dilaksanakan
mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, bagi para musafir khususnya, dibenarkan
untuk melakukan jamak dan qasar dalam solat. Kesimpulannya, agama Islam bersifat
fleksibel dengan memberikan keutamaan dan keselesaan kepada penganutnya.

Waq’iyyah
Waqi’yyah memberi maksud bahawa ajaran Islam bersifat praktikal dan realistic iaitu
bersesuaian dengan reality kehidupan manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum, islam
sentiasa mengambil kira reality semasa dan adat yang diamalkan. Dalam memerintahkan
ketaatanmanusia kepada hukumnya, islam tidak membebankan manusia dengan hukuman
yang tidak realistic

You might also like