Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ASPEK KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PUSAT PDK

Bagi aspek kemudahan yang terdapat di pusat PDK, pihak PDK Pokok Sena turut
menyatakan kemudahan infrastruktur yang terdapat di sana tidak mencukupi kerana mereka
mempunyai pelatih-pelatih PDK yang ramai dan ruangan tempat yang sempit. Mengikut
nisbah pelatih yang terdapat di PDK Pokok Sena petugas tidak akan merasa terbeban kerana
mereka akan hadir ke pusat PDK mengikut peringkat atau kategori pada setiap hari. Selain
itu, pihak PDK Pokok Sena tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma
kepada pelatih PDK. Hal ini demikian kerana di PDK Pokok Sena, waris atau keluarga
pelatih akan menghantar dan mengambil pelatih pada setiap hari. Sekiranya, di PDK Pokok
Sena mempunyai aktiviti luar untuk dilaksanakan, petugas akan memaklumkan kepada waris
atau keluarga mereka dan pihak PDK akan mengambil dan membawa mereka ke tempat
aktiviti luar tersebut. Namun, ada sesetengah PDK ada yang menyediakan kemudahan van
untuk mengambil kanak-kanak yang bermasalah bagi waris atau keluarga yang tidak boleh
menghantar dan sebagainya. Seterusnya, pihak PDK tidak menyediakan kemudahan khidmat
nasihat dan bimbingan tetapi sekiranya ibu bapa dan keluarga mempunyai masalah berkaitan
dengan anak mereka, pihak PDK akan meminta bantuan kaunseling daripada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) . Bukan itu sahaja, Pihak PDK juga ada menyediakan
program luar yang boleh dianjurkan bersama dengan kumpulan khidmat sokongan. Sebagai
contoh, program yang dilaksanakan oleh PDK Pokok Sena ialah program pergigian bersama
Klinik Pokok Sena, program bersama bomba dan jabatan-jabatan lain. Oleh itu, terdapat
pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak PDK kepada pelatih-pelatih PDK agar
mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran serta dapat digunakan pada masa hadapan.

You might also like