Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0 PENGENALAN

Ulasan artikel yang saya boleh ulaskan disini ialah mengenai amalan pemakanan bagi bayi
dan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan dan
perkembangan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Pengertian bagi pertumbuhan ialah
perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke suatu peringkat
yang lain. Ianya melibatkan asas-asas genetik bagi pembesaran fizikal pada semua bahagian
badan, perubahan-perubahan dalam perkembangan motor, deria dan sistem tubuh badan,
penjagaan kesihatan, pemakanan, tidur dan sebagainya (JAS LAILE, 2000). Faktor pemakanan
yang sihat akan menjamin pertumbuhan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Sebagai
contohnya ialah ibu yang sedang hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,
ini akan menyebabkan pertumbuhan fizikal dan mental bayi dan kanak-kanak menjadi lebih baik.
Manakala, jika ibu yang sedang hamil yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang,
sebaliknya akan memberikan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan bayi di dalam
kandungan. Kemungkinannya, pertumbuhan bayi akan terbantut.

Pengertian bagi perkembangan pula, menurut Slavin (1997), perkembangan adalah berkaitan
dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuaikan diri kepada
persekitaran, dan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan juga berkaitan dengan faktor
pemakanan, iaitu apabila bayi dan kanak-kanak makan makanan yang sihat dan seimbang,
perkembangan daripada aspek fizikal, emosi, sosial dan kognitif mereka akan menjadi lebih baik.
Sebagai salah satunya contohnya ialah daripada aspek kognitif, iaitu kanak-kanak pra sekolah
adalah kreatif, bebas dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-
orangan (scarecrow). Mereka boleh berbuat demikian adalah juga disebabkan pemakanan yang
berkhasiat, iaitu sebagai contohnya ibu bapa mereka memberikan buah-buahan yang
mengandungi banyak vitamin dan menyebabkan minda anak-anak mereka berkembang dengan
begitu baik sekali.

1
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Seterusnya, artikel ini menerangkan tentang pemakanan yang tidak seimbang dan tidak
berkhasiat bagi kanak-kanak iaitu daripada pemakanan ringan. Iklan yang terlalu banyak
disiarkan di media massa dan media elektronik, menyebabkan kanak-kanak begitu terpengaruh
dengan makanan ringan ini. Makanan ringan akan membawa kekurangan zat atau obesiti, kerana
kandungan dalam makanan ringan terlalu banyak kalori dan lemak. Kini, ramai kanak-kanak
yang menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, darah rendah, penyakit buah pinggang dan
sebagainya lagi, kerana makanan ringan yang berlebihan yang diambil akan menyebabkan
berlakunya penyakit yang tidak diingini. Selalunya, ibu bapa gemar memberikan anak-anak
mereka makanan ringan, kerana sibuk dengan kerjaya. Malahan, mereka tidak berfikir apa kesan
yang akan berlaku nanti pada anak-anak mereka jika makanan ringan ini selalu diambil. Selain
itu juga, artikel ini menerangkan tentang langkah-langkah pemakanan untuk memperbaiki
pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak iaitu beberapa garis panduan yang diberi
oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat. Ini menerangkan bagaimana cara pemakanan yang sihat
diambil, iaitu dari kanak-kanak yang berumur sejak lahir hingga 2 tahun. Bermulanya daripada
susu iaitu susu badan merupakan satu-satunya makanan yang terbaik bagi bayi sejak lahir hingga
berumur enam bulan. Ini disebabkan susu badan memberi pemakanan yang baik kepada bayi dan
melindungi daripada jangkitan. Susu badan juga diperkaya dengan zat besi. Sebaik-baiknya susu
lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas bayi berumur
12 bulan.

Selain itu juga, pemakanan bayi pada umur satu tahun juga perlu dititikberatkan, ini
kerana pertumbuhan dan perkembangan tengah berlaku pada peringkat awal ini. Jika pemakanan
yang berkhasiat diamalkan, mereka tidak mempunyai masalah kesihatan kelak. Seterusnya, ibu
bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap minggu. Jika kanak-
kanak hanya makan makanan berkhasiat sahaja, itu tidak mencukupi jika senaman tidak
dilakukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menanamkan sikap suka bersenam agar anak-anak dapat
hidup secara sihat dari aspek fizikal dan emosi mereka. Artikel ini juga menerangkan tentang
penyakit yang akan dialami oleh bayi dan kanak-kanak jika pemakanan mereka tIdak berkhasiat.
Contohnya ialah penyakit yang boleh dicegah seperti sakit gigi, cacar air, campak dan
sebagainya lagi. Penyakit ini sememangnya berkaitan dengan pemakanan kanak-kanak itu

2
Universiti Pendidikan Sultan Idris

sendiri. Sebagai salah satu penyakit yang dapat diambil ialah sakit gigi, iaitu kanak-kanak
mungkin banyak terdedah banyak kepada makanan ringan seperti gula-gula dan snek.

2.0 KESAN-KESAN PEMAKANAN

Kesan pemakanan yang baik dan tidak baik banyak memberikan impak yang mendalam
bagi bayi dan kanak-kanak. Diantara strategi penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti
daripada aspek pemakanan yang diulaskan di artikel tersebut ialah pemakanan yang berkhasiat
dan seimbang menjamin kesejahteraan hidup. Kesan pemakanan yang tidak bersih dan tidak
berkhasiat terhadap kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak mengalami keracunan
makanan. Kanak-kanak akan mengalami keracunan makanan kerana makanan yang dimakan
tidak dijaga kebersihannya. Selain itu ialah kanak-kanak mudah mendapat penyakit kerana
antibody kanak-kanak lemah berbanding dengan orang dewasa, oleh itu mereka mudah mendapat
sesuatu jangkitan. Sebagai contohnya ialah penyakit demam.

Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang bagi kanak-kanak akan menyebabkan
malnutrisi iaitu kekurangan nutrien tertentu dalam makanan. Kesan yang seterusnya ialah akan
menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyakit ialah Kwashiorkor, iaitu penyakit yang
kekurangan protein di dalam badan. Diantara tanda-tanda terjadinya penyakit ini ialah gejala
seperti perut buncit, pertumbuhan badan, dan otak terencat, kehilangan selera makan dan badan
menjadi sentiasa lemah. Penyakit yang seterusnya ialah Skurvi, iaitu penyakit ini disebabkan oleh
kekurangan vitamin C, badan menjadi lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas. Selain itu
juga, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Selain itu, ialah penyakit
darah tinggi, iaitu ianya sangat berbahaya dan pembawa utama kepada serangan jantung dan
strok. Penyakit darah tinggi ini disebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan yang
membawa kepada kegagalan ginjal untuk berfungsi. Penyakit yang selalunya berlaku kepada
kanak-kanak mahupun orang dewasa ialah penyakit diabetes. Ianya berlaku apabila aras glukosa
yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah. Kesan penyakit ini amat berbahaya.
Oleh itu, cegahlah daripada makan makanan yang terlalu manis dan yang mengandungi banyak

3
Universiti Pendidikan Sultan Idris

kandungan gula. Seterusnya penyakit osteoporosis, iaitu sejenis penyakit yang berlaku kerana
pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kurang
kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh serta mudah patah. Oleh
itu,susu amat penting bagi kanak-kanak dan harus diamalkan hingga dewasa. Sakit jantung dan
strok juga adalah salah satu kesan yang akan berlaku. Penyakit ini terjadi kerana tahap kolesterol
dalam darah adalah tinggi serta kolesterol yang berlebihan terenap pada dinding arteri dan
menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah. Seterusnya, ialah penyakit
obesiti, iaitu seperti yang sedia maklum penyakit ini adalah disebabkan makan terlalu banyak,
dan tidak ada diet yang seimbang yang diamalkan. Obesiti ini berlaku apabila berat badan adalah
20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya. Obesiti ini juga akan
menyebabkan diabetes mellitus, darah tinggi, dan kanser klon. Terdapat banyak kesan-kesan
yang akan berlaku pada kanak-kanak jika amalan pemakanan yang betul tidak diambil dengan
bersungguh-sungguh. Ianya akan mendatangkan kesan yang buruk pada terhadap kanak-kanak
pada masa hadapan kelak.

3.0 LANGKAH-LANGKAH PEMAKANAN

Terdapat banyak langkah-langkah yang dapat diambil bagi pemakanan yang sihat dan
langkah-langkah bagi mengelakkan pemakanan yang tidak sihat. Secara umumnya, alam kanak-
kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat
pemakanan kepada sesuatu makanan. Selain itu, tabiat pemakanan yang betul perlu
dititikberatkan di peringkat ini. Terdapat beberapa panduan bagi amalan pemakanan kanak-
kanak. Panduan yang pertama ialah mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan tiga
kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.Ini akan membolehkan kanak-kanak
membezakan jenis makanan yang perlu dimakan mengikut masa yang ditetapkan agar jadual
pemakanannya teratur dan sistematik. Kedua, ialah tambahkan jenis makanan yang baru secara
perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa makanan pada masa yang sama.
Jika makanan yang sama dihidangkan pada kanak-kanak, mereka akan berasa puas dan tidak
mahu makan lagi, dan manyebabkan mereka hilang selera makan. Panduan yang seterusnya ialah

4
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak-anak sebelum
menambahkan rempah ratus. Ini seharusnya dilakukan, kerana bahan-bahan yang digunakan
sewaktu memasak kemungkinannya tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Bak kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan” kerana jika pemakanan yang tidak sihat diamalkan akan
memberikan penyakit yang berbahaya. Oleh itu, makanlah makanan yang sihat sebelum adanya
penyakit.

Pemakanan yang sihat penting untuk kanak-kanak kerana ianya membekalkan nutrien untuk
perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu juga, makanan yang berkhasiat akan membekalkan
tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak sememangnya
aktif dalam bermain, oleh itu mereka menggunakan banyak tenaga semasa bermain. Makanan
yang bervitamin dan berkhasiat baik untuk tambahan tenaga untuk kanak-kanak. Selain itu juga,
makanan berkhasiat membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan
penyakit, contohnya seperti demam, iaitu vitamin di dalam badan kurang dan akan menyebabkan
antibody menjadi lemah. Oleh itu, vitamin perlu diambil oleh kanak-kanak pada setiap hari,
contohnya vitamin yang terkandung pada buah epal, oren, pisang dan sebagainya lagi.

Langkah pertama yang dapat diambil ialah ibu bapa perlu memberikan anak-anak mereka
makanan yang seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Selain itu, bukan setiap
hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang
dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari. Piramid Makanan Malaysia memberi
panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan
yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

5
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Rajah 1.1 Panduan Piramid Makanan Malaysia

Gambar rajah 1.1 menunjukkan Piramid Makanan Malaysia, yang harus diamalkan oleh
masyarakat Malaysia. Pada aras pertama merujuk kepada bijirin dan ubi-ubian, iaitu kumpulan
makanan ini adalah sumber yang paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga
kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus memberi anak-anak mereka lebih banyak makanan dari
kumpulan ini. Kumpulan makanan ini mengandungi vitamin, mineral, serat, dan sejumlah
protein. Contohnya ialah nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati, dan biskut. Kanak-kanak
memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari. Berikut di bawah adalah jadual hidangan bagi
kanak-kanak pada peringkat umur yang berlainan.

6
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Satu hidangan bijiran dan  Bilangan hidangan sehari


sumber bijiran dan ubi 2-3 Tahun 4-6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi 
1/2 Capati
6* 8*
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin

Seterusnya, piramid makanan pada aras kedua ialah buah dan sayur. Ia membekalkan vitamin
mineral, dan serat kepada kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya dua
hidangan setiap hari. Kanak-kanak juga digalakkan mengambil makanan jenis ini secara
berlebihan, kerana pada aras dua ini terdapat banyak kebaikan bagi tubuh badan kanak-kanak.

Satu hidangan bijiran dan  Bilangan hidangan sehari


sumber bijiran dan ubi 2-3 Tahun 4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang
telah di masak
2* 2*
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-
sayuran
Satu hidangan buah-buahan
1/2 Biji jambu sederhana 
1 Biji kecil atau sederhana buah
oren, sejenis buah berwarna hijau
1* 1*
(pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai

Pada aras yang ketiga piramid makanan ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dan hasil
tenusu. Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang

7
Universiti Pendidikan Sultan Idris

sederhana. Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral.
Selain itu, keperluan untuk kanak-kanak pada aras ini ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik,
daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan  Bilangan hidangan sehari


sumber bijiran dan ubi 2-3 Tahun 4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang
telah di masak
2* 2*
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-
sayuran
Satu hidangan buah-buahan
1/2 Biji jambu sederhana 
1 Biji kecil atau sederhana buah
oren, sejenis buah berwarna hijau
1* 1*
(pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai

Seterusnya ialah aras yang terakhir piramid makanan ialah aras empat iaitu lemak, minyak dan
kumpulan gula. Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka agar mengurangkan pengambilan
daripada pengumpulan makanan jenis ini. Jika kanak-kanak mengambil lemak yang berlebihan
yang terkandung di dalam makanan, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan
mengalami penyakit yang tidak diingini seperti obesiti, diabetes, penyakit buah pinggang dan
sebagainya lagi yang susah untuk dipulihkan. Oleh itu, ibu bapa mahupun penjaga haruslah
mengambil tindakan yang lebih awal bagi mengelak penyakit tersebut.

Ramai ibu bapa setuju, pemakanan yang sihat sangat penting kepada keluarga. Namun
begitu, ramai juga yang beranggapan, pemakanan sihat sukar diamalkan dalam keluarga, terlalu
banyak cabarannya. Jadual yang sibuk, anak makan memilih, pengaruh media serta persekitaran
dan pelbagai lagi masalah membuatkan ramai ibu terpaksa akur dan menutup sebelah mata

8
Universiti Pendidikan Sultan Idris

dengan memberikan keluarga mereka makan makanan yang tidak berkhasiat. Untuk
menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa panduan serta langkah-langkah yang boleh
diambil. Langkah yang pertama ialah ibu bapa haruslah menjadikan waktu makan adalah waktu
bersama keluarga, iaitu mencuba sekurang-kurangnya makan bersama keluarga sekali dalam
sehari. Apabila anak-anak makan bersama keluarga, dia lebih cenderung untuk makan sayur,
buah, dan lain-lain makanan yang dikongsi bersama-sama ibu bapa mereka.
Langkah yang seterusnya ialah, ajak keluarga bersama-sama menyediakan hidangan makanan.
Selain itu, ibu bapa dirumah haruslah dijadikan dapur sebagai makmal untuk pembelajaran, biar
anak-anak menolong keluarga mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan usianya seperti
menyukat tepung, memasukkan telur, memotong sayur dan sebagainya. Kanak-kanak biasanya
suka makan makanan yang dimasaknya.

Seterusnya ialah tabiat makan yang baik bermula sejak dari kecil lagi, oleh itu ibu bapa
perlu memupuk tabiat ini bermula daripada bayi lagi dengan memberikannya makanan yang
seimbang ketika usianya lebih kurang enam bulan lagi. Ibu bapa harus memastikan dapur mereka
sentiasa ada makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan, susu dan sebagainya. Ibu bapa
harus menyediakan makanan yang seimbang setiap hari kepada anak-anak mereka. Selain itu
juga, ibu bapa memerlukan sedikit kemahiran kreatif iaitu cuba hidangkan makanan dalam cara
yang berlainan. Untuk kanak-kanak pastikan makanan itu menarik, dengan pelbagai tekstur dan
warna. Langkah lain yang boleh diambil ialah pelbagaikan snek di rumah dan pastikan ia sedia
ada dan sentiasa ada. Antara snek sihat, biskut lemak kurang garam, buah-buahan segar,
popcorn, bijirin dan pelbagai lagi. Ibu bapa boleh menghidangkan snek dengan cicah yang
berlainan seperti yogurt, sos buatan sendiri dn lain-lain lagi. Ramai masyarakat di luar sana
mengatakan makan di rumah lebih baik daripada makan di luar. Sebenarnya makan di luar pun
ada baik sebenarnya, asalkan mencari restoran yang memasak makanan yang sihat, dan tempat
restoran itu bersih. Selain itu juga, ibu bapa boleh minta tukang masak masak makanan yang
kurang minyak, garam dan tanpa serbuk perasa tiruan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga
perlu memperbanyakkan minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari.
Selain itu, kanak-kanak perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi
pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih.

9
Universiti Pendidikan Sultan Idris

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, apa yang boleh saya ulaskan disini ialah kesihatan diri bagi kanak-
kanak pada awal usia merupakan harta yang paling paling berharga serta sangat penting, namun
ramai yang tidak menyedarinya sehingga anak-anak mereka ditimpa sesuatu penyakit yang
tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk kanak-kanak bagi memastikan kesihatan yang baik untuk mereka. Selain itu, apa yang
dapat saya tegaskan disini ialah corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan
sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,” Diri Anda ialah Apa Yang Anda Makan” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan
kanak-kanak mahupun orang dewasa, kerana diet yang tidak teratur akan memburukkan
kesihatan. Oleh itu, ibu bapa, guru dan masyarakat di sekeliling perlulah mendidik kanak-kanak
makan makanan yang seimbang, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Kanak-kanak yang cergas
dan cerdas adalah bermula daripada pemakanan yang baik.

5.0 RUJUKAN

http://intim.wordpress.com/2007/11/10/penjagaan-kesihatan-kanak-kanak/

10
Universiti Pendidikan Sultan Idris

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Pemakanankanak.php

http://ratuhati.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22:amalkan-pemakanan-
sihat-untuk-anak-anda&catid=46&Itemid=100088

http://www.slideshare.net/syazayasmin/makanan-dan-amalan-pemakanan

11

You might also like