Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 10
BE EES JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Tel 03-5514 9600 No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, Faks 03.5510 3308 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN aman We aaa my Emel info@yatsgovmy Ruj. Kami: JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) Tarikh 28 Ramadhan 1442H 40 Moi 2021M S.F. Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam ‘Semua Pengurus Masjid Pengurusan Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Institusi Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Kariah Negeri Selangor Semua Pengerusi Surau Kebenaran Jumaat Negeri Selangor ‘Semua Pengerusi Surau Negeri Selangor EDARAN TERHAD Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan, BUKAN UNTUK EDARAN AWAM PELAKSANAAN SOLAT SUNAT EIDUL FITRI 1442H DAN BERHARI RAYA DI SEMUA MASJID, SURAU DAN RUMAH KEDIAMAN DI NEGERI SELANGOR Dengan hormatnya izinkan saya menarik pethatian Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan mengenai perkara di atas. 2. Sebagaimana diketahui umum, umat Islam di Negeri Selangor dan negara ini dijangka akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri bersamaan 1 Syawal 1442H pada 13 Mei 2021 (Khamis). Menjadi kelaziman amalan sebahagian besar Umat Islam menyambut ketibaan Eidul Fitri setelah sebulan berpuasa dengan ibadah takbir, Solat Sunat Eidul Fitri di masjid dan surau di Negeri Selangor dan kemudiannya menziarahi tanah perkuburan Islam, 3. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan penularan kes dalam komuniti di Negeri Selangor meningkat secara amat drastik akhir-akhir ini, maka jabatan membuat ketetapan pelaksanaan Solat Eidul Fitri Dan Berhari Raya Tahun 1442H Masjid Dan Surau Negeri Selangor seperti berikut:- 3.1. Takbir Malam Hari Raya Eidul Fitri (Selepas Pengisytiharan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja) a) Takbir Hari Raya Di Masjid Dan Surau Amalan sunat bertakbir pada malam Hari Raya Eidul Fitri boleh ksanakan di masjid dan surau oleh pegawai yang berlugas bersama dengan jemaah yang menunaikan Solat Fardhu Maghrib atau (CEKAP, CEPAT pAN BERKUALITI sO Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 (22 ) Isyak sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menjalani ibadah puasa bulan ramadhan. b) Takbir Hari Raya Rumah Ke Rumah Walaubagaimanapun, aktiviti takbir hari raya dari rumah ke rumah (dalam atau halaman rumah) oleh mana-mana Pentadbir Masjid dan Surau atau oleh di kalangan ahli kariah samada di daerah yang terlibat dalam pelaksanaan PKP atau PKPB adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan penularan Covid-19. c) Penggunaan Pembesar Suara Semasa Takbir i. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah ‘Alam, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyber Jaya dan semua Masjid Pengurusan serta Masjid Institusi adalah dibenarkan untuk mengumandangkan takbir menggunakan pembesar suara luar masjid; dan ii, Masjid dan suraukariah hanya dibenarkan untuk mengumandangkan takbir menggunakan pembesar suara ruang solat utama dan ruang limpah sahaja 4d) Takbir Di Rumah Kediaman Ahli-ahli kariah yang tidak dapat bersama bertakbir di masjid dan surau adalah digalakkan untuk mengumandangkan takbir bersama keluarga di kediaman masing-masing. 3.2. Pelaksaanaan Solat Sunat Eidul Fitri 1442H 3.2.1 Tempat Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri Solat Sunat Eidul Fitri 1442H hanya dibenarkan untuk dilaksanakan di Masjid, Surau dan rumah kediaman sahaja. Tempat-tempat yang lain tidak dibenarkan. 3.2.2. Ketetapan Bilangan Jemaah Solat Sunat Eidul Fitri Di Masjid Dan Surau, a) Ketetapan Khas Bilangan Jemaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) at Ketetapan Jemaah | Ketetapan Jemaah tnseieus| Muslimii Muslimat Masjid Sultan 500 Salahuddin Abdul | 100 | Aziz Shah (Masjid sem ele jemaah muslimat Negeri) Masjid Tengku 500 | 50 Ampuan Jemaah | jemaah termasuk — ssrnaah muslimat Bukit Jelutong pentadbir semaah mustimat b) Ketetapan Bilangan Jemaah Di Semua Masjid Dan Surau Negeri Selangor Institusi Ketetapan Jemaah Masjid Pengurusan 100 Masjid/Surau Institusi 100 Masjid Kariah 100 ‘Surau Kebenaran Jumaat 50 Surau Kariah | 50 | c) Mengutamakan Ahli Kariah ‘Sebagai langkah berjaga-jaga dan mengawal kadar penularan kes semasa yang tinggi, maka hanya ahli kariah yang tinggal dalam kariah masjid atau surau sahaja dibenarkan untuk hadir dan mendirikan Solat Sunat Eidul Fitri. d) Pematuhan SOP Mengi Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) kkan Ruang Sesak, Sempit dan ‘Sembang Dekat (3S). Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri di semua masjid dan surau Negeri Selangor akan melibatkan kehadiran jemaah pada bilangan yang ditetapkan. Menyedari wabak Covid-19 yang mudah menular kepada orang lain melalui keberadaan di tempat yang sesak, sempit dan tertutup serta sembang dekat yang tiada penjarakan (38), maka Pentadbir Masjid dan Surau hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:- vi. Memaklumkan kepada para jemaah agar dapat hadir awal ke masjid atau surau bagi mengelakkan kelewatan yang boleh mengakibatkan kesesakan di pintu masuk utama; Menyediakan petugas secukupnya bagi membantu kelancaran kehadiran jemaah di pintu utama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) asas seperti menyemak pass / kad jemputan, pemakaian pelitup mulut dan hidung (facemask) serta sejadah; Menambah peralatan pengimbas_~— suhu (Digital Thermometer), menambah bilangan salinan QR Code MySejahtera dan hand sanitizer bagi membolehkan urusan jemaah masuk ke ruang solat utama atau ruang limpah dapat disegerakan; Menyediakan lorong khas yang ditandakan dengan penjarakan sekurang-kurangnya 1 Meter sebelum sampai ke kaunter / seksyen khas penyemakan / meja pendaftaran; Menyediakan petugas di ruang solat utama dan ruang limpah bagi menunjuk arah kepada jemaah yang hadir mengenai kedudukan tempat solat yang masih kosong untuk dipenuhkan; Membuka pintu utama Dewan Solat Utama (kanan dan kiri atau belakang) bagi membolehkan ruang solat utama yang berhawa dingin atau berkipas tidak tertutup pada waktu yang lama; Ruj. Kami ; JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) vi, Pentadbir Masjid atau Surau hendaklah membuat pengumuman kepada jemaah agar mematuhi semua SOP yang ditetapkan semasa berada di kawasan masjid atau surau, termasuk tidak berebut-rebut semasa keluar dari dewan masjid atau surau; viii Menyediakan petugas di kawasan pintu utama keluar dari dewan solat bagi memastikan jemaah tidak berasak-asak semasa keluar dari dewan masjid atau surau; dan ix. Petugas menegur jemaah yang didapati berbual / berbincang atau beramah mesra dengan rakan taulan dalam keadaan dekat tanpa penjarakan. 3.2.3. Solat Sunat Eidul Fitri Di Kediaman a) b) °) Memandangkan ketetapan jemaah mendirikan Solat Eidul Fitri di masjid dan surau di Negeri Selangor dihadkan pada jumlah tertentu sahaja, maka umat Islam di Negeri Selangor yang tidak dapat menunaikan solat sunat tersebut adalah dianjurkan untuk mendirikan solat tersebut di rumah bersama ahli keluarga masing-masing Ketua keluarga hendaklah mengambil peranan penting untuk menggerakkan usaha bagi membolehkan solat sunat tersebut dapat dilaksanakan dengan tertib oleh seluruh umat Islam. Solat Sunat Eidul Fitri merupakan suatu ibadah sunat yang dianjurkan, maka perkara-perkara yang berkaitan dengannya juga perlu dizahirkan sebagai ibadah seperti pemilihan tongkat yang sesuai semasa berkhutbah. 3.2.4 Penyelarasan Waktu Pelaksanaan Solat Solat Sunat Eidul Fitri merupakan salah satu syiar Islam dan simbol penyatuan ummah. Maka bagi merealisasikan tujuan_tersebut, pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri akan diselaraskan seperti berikut:- Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) MASA 7.50 pagi KETERANGAN Imam dan bilal masjid / surau /ketua keluarga keluarga hendaklah_—bersedia_—_untuk melaungkan Takbir Hari Raya 8.30 pagi Imam dan bilal masjid / surau / ketua keluarga memberi taklimat kaedah pelaksanaan solat dan seterusnya mendirikan Solat Sunat Eidul Fitri Dan Doa secara serentak Imam dan bilal / ketua keluarga disunatkan membaca Khutbah Khas Hari Raya Eidul Fitri 8.40 pagi yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor 9.00 pagi | Selawat dan bersurai 3.2.5 Khutbah Khas Solat Sunat Eidul Fitri Imam, bilal dan ketua keluarga boleh memuat turun Khutbah Khas Solat Sunat Eidul Fitri yang diteritkan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor melalui portal https://e-masiid. jais. aov.my/ sebagai teks khutbah rujukan. 3.2.6 Panduan Ringkas Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri Jabatan ‘Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil inisiatif menerbitkan Diagram / Nota Poket iaitu Panduan Ringkas Solat Sunat_Eidul Fitri Tahun 2021M / 1442H yang boleh dijadikan panduan oleh umat Islam di Negeri Selangor dan boleh dimuat turun menerusi a) b) Laman web rasmi JAIS. www. jais.gov.my Facebook rasmi. http:/www.facebook.com/JabatanAcamalslamSelangor! Instagram rasmi. http://www. instagram.com/jabatan.agama.islam.selangor/ Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) 3.2.7 Jamuan Selepas Takbir Atau Solat Sunat Eidul Fitri a) Jamuan selepas Takbir Eidul Fitri malam hari raya atau selepas mendirikan Solat Sunat Eidul Fitri hanya dibenarkan untuk petugas sahaja yang terdiri dari Pentadbir Masjid dan Surau sahaja. b) Penyediaan jamuan untuk ahli jemaah pada ketetapan bilangan jemah yang dibenarkan hanya boleh dibuat secara bungkus “pack food" untuk dibawa pulang sahaja dan tidak dibenarkan untuk dimakan di masjid dan surau, 3.3. Ziarah Hari Raya Program ziarah yang turut menjadi kelaziman masyarakat Islam di Malaysia sempena ketibaan Eidul Fitri pada 1 Syawal di Negeri Selangor adalah tertakluk sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 3.4 Menziarahi Tanah Perkuburan Islam Di Akhir Ramadhan Dan Selepas Solat Sunat Eidul Fitri 3.4.1 Menziarahi tanah perkuburan Islam di akhir Ramadhan atau selepas menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri adalah tidak dibenarkan. Bagi menggantikan kelaziman amalan tersebut, umat Islam di kawasan ini dianjurkan untuk membaca tahiil,zikir dan doa di kediaman masing- masing untuk dikirimkan kepada arwah kaum keluarga dan kerabat yang telah kembali ke rahmatullah, 3.4.2. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak Pentadbir Masjid dan Surau yang menguruskan tanah perkuburan Islam di Negeri Selangor hendaklah membantu pihak JAIS dalam memastikan ketetapan ini dapat dilaksanakan di semua kawasan tanah perkuburan yang terletak di bawah kawalan seliaan masing-masing 4. Pihak JAIS amat mengharapkan kerjasama dari Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Tuan dalam melaksanakan ketetapan ini. Semoga pelaksanaannya di peringkat masjid atau surau serta pihak PBT dapat mengekang kebolehjangkitan Covid-19 yang semakin menular secara agresif dalam komuniti. Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) Segala perhatian dan keprihatinan semua pihak dalam menggalas tugas penting dan tanggungjawab yang diamanahkan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih, ‘Sekian, wassalam. “SELANGOR MAJU BERSAMA” “BERKH|DMAT UNTUK NEGARA” jalankan amanah, (DATO’ HJ. MOHD SHAHZIHAN BIN AHMAD) pp.w.s, PP. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Ruj. Kami : JAISEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) Salinan Kepada: 10. 1, 12. 13, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor Y.B. Dato’ Nor Azmie bin Diron Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor $.S. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid Mufti Negeri Selangor Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal Negeri Selangor Y.D.H. C.P Dato’ Arjunaidi bin Mohamed Ketua Polis Negeri Selangor Y.Bhg. Dato’ Lela Bakti Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor Y.Bhg. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor Semua Y.D.H Orang Besar Daerah Timbalan Pengarah Operasi, JAIS Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAIS Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 22 ) Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Selayang Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang Yang Dipertua, Majlis Daerah Kuala Langat Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor Yang Dipertua, Majlis Daerah Kuala Selangor Yang Dipertua, Majlis Daerah Sabak Bernam 10

You might also like