Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Kes 1

Pada 6 Januari 2021, jam 3.05 ptg, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat MegaMewah
Sdn. Bhd. telah menerima laporan perubatan doktor panel melalui pihak pengurusan syarikat yang
menyatakan bahawa En. Abu iaitu seorang pekerja di bahagian penyelenggaraan telah mengalami
penyakit kulit dermatitis. Beliau telah diberi cuti sakit selama 3 hari. Sila hantar pelaporan kemalangan
JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 2

En. Ong seorang pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat Bisnes Bagus Sdn. Bhd. telah
diarahkan untuk menyiasat satu kemalangan yang berlaku pada 15 April 2021, jam 2.00 ptg.
Kemalangan ini telah mengakibatkan kaki kiri En Johnny telah terseliuh. Mangsa telah diberi cuti sakit
selama 2 hari tetapi hari yang ke tiga, beliau telah datang untuk bekerja semula dan hari yang keempat
beliau menyambung semula cuti sakitnya selama 4 hari lagi. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP
6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 3

Pada 18 Mac 2021, jam 6.30 pagi, En. Muthu dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya
menggunakan motorsikal. Walau bagaimanapun, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan
jalanraya dengan sebuah motorsikal yang lain. Kemalangan ini telah mengakibatkan beliau mengalami
kecederaan yang teruk di beberapa bahagian tubuh badannya. Beliau telah dihantar ke hospital dan
telah ditahan untuk pemeriksaan selanjutnya. Setelah berada selama 8 hari di wad hospital
berkenaan, beliau telah dibenarkan pulang oleh pihak doktor dan telah diberikan cuti sakit selama 5
hari agar beliau dapat berehat di rumah. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8
ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 4

En. Kumang seorang pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat PJ Construction Sdn. Bhd.
Beliau telah diarahkan oleh majikannya untuk menyiasat satu kemalangan dalam ruang yang
terkurung (confined space) yang berlaku pada 15 April 2021, jam 2.00 ptg. Kemalangan ini telah
mengakibatkan dua orang pekerja telah mengalami kesesakkan nafas dan telah pengsan. Mangsa
segera dikeluarkan dan telah dihantar ke hospital yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa-mangsa telah pulih setelah dirawat di hospital selama 6 hari. Sila hantar pelaporan
kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.
Kes 5

Pada 6 Januari 2021, jam 9.30 pagi, doktor panel bagi syarikat Maju Chemical Sdn. Bhd. telah
mendapati bahawa En Hamzah Kamal iaitu seorang pekerja di bahagian ‘mixing and formulation’ telah
mengalami penyakit dermatitis. Beliau telah diberi cuti sakit selama 3 hari. Sila hantar pelaporan
kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 6

En. Yeo seorang pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat A2Z Sdn. Bhd. telah diarahkan
untuk menyiasat satu kemalangan yang berlaku pada 8 Mei 2021, jam 10.09 pagi. Kemalangan ini telah
mengakibatkan seorang pekerja iaitu En Maten mengalami kecederaan siku tangan kiri. Mangsa telah
diberi cuti sakit selama 3 hari dari tarikh kemalangan berkenaan. Hari yang ke empat dan ke lima,
beliau telah bekerja semula. Tetapi pada hari yang ke enam, beliau telah mengadu kesakitan dan
doktor yang merawatnya telah memberikan 2 hari lagi cuti sakit. Sila hantar pelaporan kemalangan
JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 7

Pada 8 Februari 2021, jam 10.00 pagi, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat Southern
Frontier Industry Sdn. Bhd. telah menerima laporan perubatan doktor melalui pihak pengurusan yang
menyatakan bahawa Puan Suzana iaitu seorang kerani pentadbiran yang telah mengalami hilang
pendengaran. Beliau diberikan cuti sakit selama 8 hari. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP 6, JKKP
7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 8

En. Ahmad seorang pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat Southern Frontier Industry
Sdn. Bhd. telah diarahkan untuk menyiasat satu kemalangan yang berlaku pada 16 Jun 2012, jam 2.00
ptg. Kemalangan ini melibatkan seorang kerani di bahagian stor iaitu En. Sugu. Dalam perjalanan
pulang ke pejabat setelah selesai menghantar barangan kepada pelanggan, beliau telah menerima
panggilan dari Pengurus Besarnya supaya mengambil anaknya (anak Pengurus Besar) dari sekolah.
Kemalangan jalanraya ini telah berlaku ketika En. Sugu dalam perjalanan untuk menghantar pulang
anak Pengurus Besar ini ke rumah. Mangsa telah diberi cuti sakit selama 6 hari akibat dari kecederaan
yang dialami olehnya. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke pihak DOSH
serta sila berikan justifikasi anda.
Kes 9

Pada 8 Februari 2021, jam 7.20 pagi, En. Gondang perlu untuk menghadiri satu mesyuarat syarikatnya
yang akan diadakan di Hotel Ave, Kota Kinabalu, Sabah. Dalam perjalanan beliau ke sana dari
rumahnya, beliau telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya. Kemalangan ini telah
mengakibatkan beliau mengalami kecederaan patah tangan kanan. Beliau telah dihantar ke hospital
dan telah ditahan untuk pemeriksaan selanjutnya. Setelah berada 2 hari di hospital, beliau telah
dibenarkan pulang oleh pihak doktor. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 ke
pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

Kes 0

En. Kabali seorang pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat TrueWork Sdn. Bhd. telah
diarahkan untuk menyiasat satu kemalangan yang berlaku pada 15 April 2021, jam 2.00 ptg.
Kemalangan ini telah mengakibatkan kaki kiri En. Depp telah terseliuh. Mangsa telah diberi cuti sakit
selama 6 hari tetapi hari yang ke tiga, beliau telah datang untuk bekerja semula dan hari yang keempat
beliau menyambung semula cuti sakitnya. Sila hantar pelaporan kemalangan JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP
8 ke pihak DOSH serta sila berikan justifikasi anda.

You might also like