Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6
SURUHANJAYA KOPERAS! SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA Pekeliling Berhubung Pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 Bagi Mesyuarat Agung Tahunan 31 Disember 2020 Pekeliling Berhubung Pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 Bagi Mesyuarat Agung Tahunan TUJUAN 1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyatakan implikasi perundangan berikutan pengecualian di bawah seksyen 87 Akta Koperasi 1993 [Akta 502] berkenaan pemakaian seksyen 39 Akta 502 berhubung mesyuarat agung tahunan. LATARBELAKANG 2. Di bawah peruntukan subseksyen 39(1) Akta 502, setiap koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan (MAT) anggota atau perwakilannya tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. 3. Walau bagaimanapun, berikutan daripada pengisytiharan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia yang telah mengklasifikasikan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 12 Mac 2020, beberapa arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan agar semua perhimpunan termasuk segala mesyuarat ditangguhkan atau dibatalkan bagi suatu tempoh tertentu sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini. 4. Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memberikan pengecualian kepada semua koperasi daripada pemakaian subseksyen 39(1) Akta 502 bagi maksud mengadakan mesyuarat agung tahunan atau perwakilannya tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan untuk tahun kalendar 2020. 5. Berikutan daripada pengecualian yang diberikan, koperasi dibenarkan untuk tidak mengadakan MAT dalam tahun kalendar 2020. Walau bagaimanapun, pengecualian yang diberikan ini tidak menghalang koperasi daripada mengadakan MAT atas keperluan kepentingan ekonomi tertakluk kepada pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 6. Bagi koperasi yang tidak berupaya mengadakan MAT dalam tahun kalendar 2020, koperasi tersebut hendaklah mengadakan MAT dalam tahun kalendar 2021 sekali sahaja mengikut tahun kewangan masing-masing sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 39(1) Akta 502. IMPLIKASI PERUNDANGAN 7. Walaupun pengecualian MAT 2020 diberikan, koperasi hendaklah memastikan akaunnya diaudit sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap tahun kewangan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 60 Akta 502. “Seksyen 60 : Pengauditan “tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan akaunnya diaudit sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap tahun kewangan oleh seorang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) atau seorang pegawai Suruhanjaya”. Justeru, semua koperasi hendaklah mematuhi seksyen 60 Akta 502 berdasarkan tahun kewangan dan menyenggara akaun sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 58 akta yang sama. 8. Bagi koperasi-koperasi yang akan mengadakan MAT dalam tahun kalendar 2021 mengikut tahun kewangan masing- masing, koperasi hendaklah mematuhi fungsi-fungsi mesyuarat agung tahunan seperti dinyatakan di bawah Peraturan 14 Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 termasuk perkara berikut: 8.1 Akaun Teraudit Koperasi Bagi mesyuarat agung tahunan (MAT) yang diadakan dalam tahun kalendar 2021, koperasi dibenarkan untuk membentangkan lebih daripada satu penyata kewangan dalam MAT yang diadakan. Sebagai contoh, koperasi dibolehkan untuk membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020 dalam MAT yang diadakan pada atau sebelum 30 Jun 2021. 8.2 Pelantikan Anggota Lembaga Pengguguran satu pertiga daripada bilangan Lembaga yang sepatutnya berlaku dalam tahun kalendar 2020 adalah dikecualikan memandangkan MAT tidak diadakan dalam tahun 2020. Keperluan pengguguran satu pertiga daripada bilangan Lembaga hanya akan berlaku apabila MAT diadakan pada tahun terbabit. Dalam erti kata lain, tiada keperluan untuk satu pertiga Anggota Lembaga Koperasi meletak jawatan bagi tahun kewangan 2019/2020. 8.3 Belanjawan Isu yang timbul akibat daripada MAT yang tidak diadakan dalam tahun kalendar 2020, koperasi tidak mempunyai 3 8.4 8.5 mandat daripada anggota untuk sebarang perbelanjaan. Bagi mengatasi isu ini, koperasi hendaklah mengguna pakai belanjawan terdahulu untuk perbelanjaan operasi bagi tahun 2021 tidak termasuk perbelanjaan modal dan luar biasa. Belanjawan ini hendaklah dibentangkan untuk kelulusan (pengesahan) dalam MAT yang akan diadakan pada tahun 2021. Dividen Bagi meringankan bebanan ekonomi anggota akibat penularan Covid-19, koperasi boleh membayar dahulu dividen sebelum mesyuarat agung tahunan dengan syarat penyata kewangan telah diaudit. Kelonggaran pembayaran dividen ini adalah dalam dua (2) kaedah berikut: (a) Koperasi mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya negeri dan melampirkan penyata kewangan terkini yang telah diaudit dengan syarat kadar dividen hendaklah tidak melebihi 10%; atau (b) Bagi permohonan dividen yang tertakluk kepada kelulusan seperti dinyatakan dalam _ Garis Pembayaran Permohonan Pembayaran Dividen Oleh Koperasi (Pindaan 2012)(GP2), permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara dalam talian untuk kelulusan Suruhanjaya. Pembayaran dividen ini hendaklah dibentangkan untuk kelulusan (pengesahan) dalam MAT yang akan diadakan pada tahun 2021. Honorarium Pembayaran honorarium kepada Lembaga koperasi hanya boleh dilaksanakan melalui persetujuan anggota dalam 4 MAT 2021 dan diluluskan oleh Suruhanjaya selaras dengan perenggan 57(5)(c) Akta 502. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 9. Pekeliling ini terpakai kepada semua koperasi mulai pada 31 Disember 2020. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” @ (DATUK NORDIN BIN SALLEH) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

You might also like