Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH TUN SULAIMAN NINAM SHAH


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT SEKOLAH
BIL1( 2018 )

Tarikh : 11 JANUARI 2018


Masa : 2.00 PTG
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Dr Abd Malek Bin Samsuri (Pengetua)

Kehadiran/ Bilangan :
1. Dr Abd Malek Bin Samsuri
2. Pn Hjh Marina bt Ahmad
3. En Nasarudin bin Ibrahim
4. En Gan Kee Hong
5. Dr Abd Aziz Bin Poniran
6. Pn Tan Lay Moon
7. Pn Mariam bt Sulaiman
8. Pn Ang Bay Lee
9. Pn Hanani Binti Abd Rashid
10. En Mohd Rizal Bin Jalil
11. Pn Rosmaini Binti Awang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada


Tidak Hadir ( dengan kenyataan) : Pn Ernie HaryatI Binti Hamali (Cuti Sakit
Berpanjangan)

1.0 Kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir
kemesyuarat JPMS kali pertama tahun 2018.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawas Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah
kini terdiri daripada tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM
dan E-Operasi. Segala maklumat lanjut akan diterangkan oleh Guru Data sekolah.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat
membantu dalam Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.

Makluman
2.0 Pembentukan JPMS bagi tahun 2018

2.1 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun 2018


dibentuk. Pn Hanani dilantik sebagai setiausaha bagi tahun 2018.
2.2 Rujuk lampiran berkaitan Ahli-ahli dalam Jawatankuasa
Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun 2018.

Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa


2.3 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan
Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah.

2.3.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

Modul Pengurusan Sekolah (Emis)


Modul Pengurusan Guru (E-operasi)
Modul Pengurusan Murid (APDM)

2.3.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
.
2.3.3 Tujuan SPS diwujudkan adalah bagi mengelakkan kemasukan
data berulang pada masa akan datang.
2.3.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.
Makluman
3.0 Pembentangan Pelan Tindakan JPMS tahun 2018
3.1 Urusetia membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa
Pengurusan Maklumat Sekolah untuk Tahun 2018.
Makluman

4.0 Hal- hal lain.

4.1 GPK HEM menggesa agar guru kelas agar boleh mengemaskini
maklumat peribadi murid dalam Modul Pengurusan Murid sebelum akhir
bulan November ini sebagai persediaan sekiranya data diperlukan untuk
tujuan biasiswa.
4.2 Beliau juga memaklumkan guru kelas perlu mengemaskini maklumat
bagi kes pindah masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid
dengan kadar segara
Tindakan: Guru Kelas

4.3 GPK KURIKULUM juga menggesa agar semua guru dan


anggota kumpulan pelaksana sekolah boleh mengemaskini maklumat
peribadi dan mengesahkan maklumat dalam Modul Pengurusan Guru
sebelun akhir bulan Januari.
Tindakan: Semua Guru

4.4 GPK HEM berharap agar Guru Biasiswa Perdana dan Guru Biasiswa
PKKI dapat mengambil tindakan segera dalam menguruskan hal-hal
berkaitan biasiswa melalui Modul Pengurusan Murid.
Tindakan: Guru Biasiswa

4.5 Guru Data memaklumkan bagi kes lupa kata laluan, guru boleh
menggunakan idpengguna dan katalaluan Single Sign On (SSO) bagi segala
urusan dibincangkan. Rujuk Guru Data sekiranya bermasalah.
Tindakan: Semua Guru
5.0 Ucapan Penangguhan
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disahkan Oleh,


_______________ _______________ _____________
Hanani Abd Rashid Pn Hjh Marina Ahmad Dr Abd Malek Samsuri
Setiausaha JPMS GPK Pentadbiran Pengetua
SMK TUNAS SMK TUNAS SMK TUNAS

You might also like