Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT INDUK KALI PERTAMA

MAJLIS TADARUS AL QURAN DAN FESTIVAL NASYID


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM
ZON MEMBAKUT 2019

Tarikh : 24 Januari 2019


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Saga Saga

Kehadiran:
1. Ustaz Zulkifli Ishak SK Saga-Saga
2. Ustaz Azhan Noordin SK Saga-Saga
3. Pn Halipah Binti Hj Mumin PK KoKum SK Saga-Saga
4. En Abdul Wahab Bin Abdullah Guru Besar SK Sinoko
5. En Ag Anuar Bin Ali Ahmad Guru Besar SK Bambangan
6. Pn Minah Binti Dullah Guru Besar SK Binsulok
7. Pn Siti Hawa Hj Ag Amin Guru Besar SK Lembah Poring
8. Pn Wong Yue Lee@Elyna Shammim Guru Besar SJKC Pei Yin
9. Pn Hajah Lila Hj Latip Guru Besar SK Pg Jaya
10.Ustazah Siti Maimunah Mat Jari SK Binsulok
11.Ustazah Dg Hazimah Hj Ag Tengah SK St Patrick
12.Ustazah Dg Halimah Hj Ag Tengah SK Bandau
13.Ustaz Abdul Kifle Md Ismail SK Lembah Poring
14.Ustazah Saidah Binti Larisa SK Pekan Membakut
15.Ustazah Norazlyna Ilyas SJKC Pei Yin
16.Ustazah Suzanah Ali Hassan SK Sinoko
17.Ustaz Mohd Azwadi Ahmad SK Tahak
18.Ustaz Herwan Harun SK Pg Jaya
19.Ustaz Ag Mohd Najib bin Ag Damit SK Bambangan
20.Ustaz Mohd Sofieyan Bin Yusop SK Bambangan
21.Ustaz Mohd Yamin Mohd Yasin SK Tiong Baru

1
Agenda Mesyuarat
1. Bacaan Doa
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentukan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana
4. Pembentangan dan perbincangan Kertas Kerja MTQ SSR Zon Membakut 2019
5. Penetapan tarikh dan tempat pertandingan
6. Makluman penetapan sumbangan MTQ SSR Zon Membakut 2019
7. Hal-hal lain

1. Bacaan Doa

Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah.

2. Ucapan Pengerusi

Ucapan dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil Guru Besar SK Saga Saga, Ustaz Zulkifli
Ishak. Beliau memohon kerjasama dari semua sekolah Zon Membakut untuk menjayakan MTQ
Zon Membakut 2019.

3. Pembentukan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

PENASIHAT En Budreh Bin Hj Ahmad


Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort

PENGERUSI En Sulaiman Bin Ahmad

Guru Besar SK Saga-Saga Membakut

TIMB.PENGERUSI En Sham Bin Ahmad


Guru Besar SK Tiong Baru

SETIAUSAHA Ustaz Zulkifli Ishak


Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Saga-Saga Membakut

PEN. SETIAUSAHA Ustaz Azhan Bin Noordin


Ketua Panitia Bahasa Arab SK Saga-Saga Membakut

BENDAHARI Ustazah Mazlina Ahmad

2
GPI SK Saga-Saga Membakut.

JURU AUDIT Puan Rosni Bt Hj Ag Saman


SK Saga- Saga Membakut

AHLI JAWATAN KUASA 1. Guru Besar SK Pg Jaya Pimping


2. Guru Besar SK Kg Brunei
3. Guru Besar SJKC Pei Yin
4. Guru Besar SK Bandau
5. Guru Besar SK Pekan Membakut
6. Guru Besar SK ST Patrick
7. Guru Besar SK Kg Bambangan
8. Guru Besar SK Sinoko
9. Guru Besar SK Binsulok
10. Guru Besar SK Tamalang
11. Guru Besar SK Tahak
12. Guru Besar Lembah Poring

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI En Sulaiman bin Ahmad

Guru Besar SK Saga-Saga Membakut

TIMB.PENGERUSI En Sham Bin Ahmad


Guru Besar SK Tiong Baru

SETIAUSAHA Ustaz Zulkifli Ishak


Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Saga-Saga Membakut

PEN. SETIAUSAHA Ustaz Azhan Bin Noordin


Ketua Panitia Bahasa Arab SK Saga-Saga Membakut

BENDAHARI Ustazah Mazlina Ahmad


GPI SK Saga-Saga Membakut

PENGERUSI JEMAAH HAKIM


Ustaz Mohd Yamin Bin Mohd Yasin
SK Tiong Baru Membakut

TIMB. PENGERUSI JEMAAH HAKIM

3
Ustaz Wan Fazrizal Atan
SK St Patrick Zon Membakut
4. Pembentangan dan perbincangan Kertas Kerja MTQ SSR Zon Membakut 2019

Kertas Kerja MTQ Zon Membakut telah selesai dibentang, dibincang dan telah
dikemaskinikan oleh Timbalan Setiausaha MTQ Zon Membakut 2019.

5. Penetapan tarikh dan tempat pertandingan

Tarikh MTQ Zon Membakut : 14 Mac 2019 (Khamis) – SK Saga Saga Membakut

Lokasi Penetapan Acara MTQ dan AJK Kecil Pengelola

BIL ACARA LOKASI PENGELOLA

1 TILAWAH (L) Pusat Sumber SK Pekan / Tiong Baru

2 TILAWAH (P) Bilik Muzik SK Pg Jaya / SK Tahak

3 HAFAZAN (L/P) Bilik Kesihatan SK Kg Brunei / SK Bandau / SJKC Pei Yin

4 BERCERITA (L) Bilik Linus SK ST Patrick / SK Sinoko

5 BERCERITA (P) Bilik Pemulihan SK Binsulok / SK Bambangan

6 NASYID Dewan Terbuka SK Tamalang / SK Lembah Poring

7 PENTAS UTAMA Dewan Terbuka SK Saga-Saga

8 BILIK HAKIM Bilik Mesyuarat SK Saga-Saga

6. Makluman penetapan sumbangan MTQ SSR Zon Membakut 2019


Ketetapan Sumbangan MTQ 2019:

Bi Individu / Organisasi Sumbangan


l
1 Guru Besar Zon Membakut RM 20.00
2 Guru Muslim / Muslimah RM 10.00
3 AKP Muslim / Muslimah RM 5.00
4 Guru dan AKP Bukan Muslim Seikhlas Hati
5 Setiap sekolah RM 100.00
6 PIBG RM 100.00

7. Hal-hal lain
7.1 Makluman dari Ustaz Ag Najib Ag Damit SK Bambangan. Tuan Rumah MTQ Daerah
2019 adalah Zon Membakut dan Peringkat Bahagian adalah Daerah Beaufort. Kemungkinan Zon

4
Membakut akan diberi tugas untuk mengelola MTQ tersebut. Walau bagaimanapun keputusan
MTQ Daerah Beaufort dan Bahagian bergantung kepada keputusan Mesyuarat Agung MTQ
Daerah Beaufort 2019.

7.2 Ustaz Herwan Harun SK Pg Jaya mencadangkan supaya merujuk kepada Taqwim MTQ
seperti yang telah diedarkan bersama Dokumen Soalan Edaran MTQSS KPM 2019. Beliau juga
mencadangkan kepada semua sekolah melayari bulandakwah.com bagi tujuan merujuk
perkembangan berkaitan dengan aktiviti Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah dan Aktiviti Ko-
Kurikulum Pendidikan Islam.

7.3 Ustaz Kiflee Md Ismail SK Lembah Poring mencadangkan Tuan Rumah MTQ Zon
Membakut 2019 berhubung dengan Ustazah Masneah di PPD Beaufort untuk memastikan tarikh
pelaksanaan sebenar MTQ Beaufort 2019. Beliau juga memaklumkan bahawa papan Tanda
Nama Hakim yang telah diperbaharui ada bersama dengan SK Lembah Poring dan dialukan
untuk diguna pakai pada MTQ Zon Membakut 2019.

7.4 Ustaz Mohd Yamin Mohd Yasin SK Tiong Baru yang telah dilantik sebagai Pengerusi
Jemaah Hakim MTQ Zon Membakut 2019 meminta supaya Tuan Rumah MTQ 2019
memperbanyakkan Borang Penghakiman MTQ yang akan digunakan pada MTQ Zon Membakut
nanti.

7.5 Ustazah Suzanah Ali Hassan SK Sinoko dan Ustazah Saindah Larisa SK Pekan
Membakut bertanya berkaitan dengan Soalan Spontan Acara Bercerita diadakan atau sebaliknya.
Perkara tersebut akan dibincangkan dan ditetapkan pada Muzakarah Hakim MTQ.

7.6 Acara MTQ 2019: Tilawah Al Quran/Syarahan Terbuka Kategori Staff (Bukan
GPI/GBA) dikekalkan.

7.7 Tuan Rumah MTQ Zon Membakut 2019 diminta untuk mengemaskini maklumat dan
menyediakan peralatan yang belum mencukupi seperti menyediakan kabel panjang mikrofon
yang akan digunakan untuk acara Nasyid.

7.8 Mengadakan Mesyuarat Induk Kali Ke 2. Dicadangkan pada 22 Februari 2019 – Jumaat.

7.9 Makluman berkenaan Sukan Daerah Beaufort. Akan diadakan pada 5 hingga 7 Mac 2019.

7.10 Perasmi MTQ Zon Membakut 2019. AJK Mesyuarat Induk telah mencadangkan
En Budreh Bin Hj Ahmad selaku Pegawai Pendidikan Daerah PPD Beaufort.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan ucapan salam.

Minit disediakan oleh: Disahkan oleh:

5
AZHAN BIN NOORDIN SULAIMAN BIN AHMAD
Timbalan Setiausaha Pengerusi,
MTQ SSR Zon Membakut 2019 MTQ SSR Zon Membakut 2019

Cadangan minit disahkan oleh : ___________________________________

Disokong oleh : ___________________________________

You might also like