Forum 4a

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Terima kasih atas pendapat saudara saudari.

Saya juga ingin menyumbang kefahaman saya


mengenai kedua kaedah pembelajaran ini dan kelebihan kedua-dua kaedah ini.
Bagi pembelajaran koperatif, menurut pemahaman saya secara umum, kaedah
pembelajaran ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang dilaksanakan secara berkumpulan dan
bekerjasama dalam mencapai matlamat kumpulan pelajar tersebut. Pencapaian matlamat dilihat
apabila kumpulan pelajar tersebut Berjaya menguasai pengetahuan atau kemahiran sesuatu
pembelajaran pada tahap optimum. Kaedah ini boleh dilihat melalui aktiviti berkumpulan yang
dikawal oleh guru melalui beberapa peraturan. Kebaikan pelaksanaan kaedah ini adalah murid dapat
bertukar idea, maklumat dan kemahiran antara satu sama yang lain untuk mencapai objektif atau
matlamat mereka dalam tugasan atau aktiviti berkumpulan. Selain itu, kaedah ini juga boleh
menyemat nilai-nilai murni seperti semangat sepasukan dan bermotivasi serta dapat berinteraksi
antara murid dengan murid dan murid dengan guru secara berkesan.
Manakala bagi kaedah pembelajaran teradun pula, kaedah ini merupakan kaedah yang
menggabungkan dua mod pembelajaran iaitu pembelajaran bersemuka dan pembelajaran atas
talian. Dalam pelaksanaan kaedah ini, murid tidak hanya mendapat maklumat secara bersemuka
atau dengan cara konvensional, tetapi murid boleh mencari maklumat melalui pelbagai medium
secara atas talian, dengan kata lain, murid dalam mengakses maklumat atau pengetahuan tanpa
had. Antara kelebihan pelaksanaan kaedah pembelajaran teradun adalah maklumat yang didapati
oleh murid tidak terhad dan boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja mereka berada. Selain
itu, kaedah ini juga memudahkan murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk terus
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di sekolah secara atas talian. Oleh hal
yang demikian, tidak ada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran. Akhir sekali, murid juga boleh
meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan alat teknologi maklumat yang semakin canggih
mengikut arus perkembangan dunia.

You might also like