Tugasan Keusahawanan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

SEMESTER (2) TAHUN (2020)

MPU 3223_V2

KEUSAHAWANAN

NO. METRIK : 860226435358001


NO. KAD PENGENALAN : 860226435358
NO. TELEFON : 0133711093
E-MAIL : cikguhidayatul@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 3-4

PERSEKITARAN MAKRO 5-6

ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO

YANG MEMBERI KESAN KEPADA

SYARIKAT PILIHAN SAYA (TOYOTA) 7-8

CADANGAN PENAMBAH BAIKAN 8

KESIMPULAN 8

REFLEKSI 9

RUJUKAN 10

2
PENGENALAN
Apa itu persekitaran makro? Jika dilihat gaya semasa usahawan abad ke-21 ini,
mereka banayk menggunakan inovasi dan kretiviti untuk membina sebuah perusahaan
berjuta-juta ringgit daripada perniagaan baru ditubuhkan. Ia merupakan proses dinamik yang
mampu muwujudkan kekayaan berlibat ganda. Ia berfungsi sebagai orang yang mereformasi
dan merevolusikan corak pengeluaran dengan mengeksploitasi ciptaan atau menginovasikan
sesuatu yang lama dengan cara yang baru.Persekitaran makro dibuat untuk jangka masa
panjang dan merupakan elemen yang tidak dapat dikawal. Melalui persekitaran makro
tersebut analisa dilakukan kepada syarikat pilihan untuk melihat kesan persekitaran makro
kepada organisasi.
Persekitaran makro sesebuah syarikat adalah merujuk kepada faktor-faktor luaran dan
tidak terkawal yang mempengaruhi pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi dan
menjejaskan prestasi dan strategi organisasi terbabit. Ia merupakan unsur atau elemen yang
tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Persekitaran makro atau luaran dalam aspek
menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan
kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan.
Walaupun ianya di luar kawalan, tetapi perlu sentiasa mengawasinya karana ia boleh memberi
peluang dan ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran
daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para
usahawan perlulah bijak menanganinya dengan memahami elemen-elemen persekitaran
makro tersebut. Oleh yang demikian, kesukaran-kesukaran yang ada perlu dikawal oleh
usahawan-usahawan dengan bijak. Bagi menangani dan memahami elemen-elemen
persekitaran makro yang terpaksa dihadapi oleh semua peniagaan yang terdiri daripada
elemen ekonomi, perubahan teknologi, kebudayaan sosial, serta politik dan undang-undang
(Mily, 2011). Persekitaran makro amnya dikenali juga sebagai unsur-unsur luar yang wujud
dalam luar kawalan syarikat yang memberi kesan kepada prestasi dan keupayaan untuk
bersaing di dalam pasaran.

Tugasan ini memerlukan saya menganalisis sebuah syarikat besar bagi memahami
persekitaran makro dalam menguruskan perniagaan atau organisasi adalah penting. Ia juga
adalah punca kejayaan dan mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang
dijalankan. Syarikat pilihan saya ialah Toyota Motor Corporation (TMC) (トヨタ自動車株
式会社トヨタ自動車株式会社) dalam Bahasa Jepun. Satu syarikat pengeluaran kenderaan
antarabangsa dari Jepun yang diasaskan oleh KiiChiri Toyoda pada tahun 1937. Toyota telah
mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat. Terdapat syarikat lain yang bernaung
dibawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. Toyota juga memiliki sebuah pasukan
formula Satu iaitu Panasonic Toyota Racing. Toyota Motor Corporation adalah salah satu
pengeluar kereta terbesar di dunia dan terkenal dengan kualiti yang tinggi dan kereta
kebolehpercayaan penuh. Toyota menghasilkan kira-kira 7500,000 kereta setiap tahun di
seluruh dunia dengan bantuan 3320.88 kakitangan
(http://www2.toyota.co.jp/en/about_toyota/overview/index.html diekses pada 4/3/2020)

3
Pada tahun 1947, Toyota telah mengeluarkan kereta dan trak bersaiz kecil iaitu
Toyopet SA, Toyopet SB, Toyopet Stout dan Toyopet Crown. Kiichiro meletak jawatan pada
1950 dan meninggal dunia pada 1952 ketika itu beliau berusia 57 tahun. Selepas kematianya,
pengurusan syarikat diambil alih oleh Taizo Ishida dari 1950 hingga 1961 dan Fukio
Nakagawa dari 1961 hingga 1967. Ketika pengurusan mereka, kenderaan keluaran Toyota
telah memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS). Pada tahun 1967, pengurusan syarikat
diambil alih oleh sepupu Kiichiro, Eiji Toyoda. Beliau memegang jawatan Presiden dari 1967
hingga 1981 dan memegang pengerusi dari 1981 hingga 1994. Ketika ini, beberapa rombakan
telah dilakukan. Ini adalah mengambil pendekatan yang sama dengan Syarikat Ford. Mereka
telah meniru kaedah pengeluaran. Rentetan daripada itu, toyota Corolla dan Lexus
dikeluarkan.

Walaupun pada dasarnya kita melihat sesuatu kejayaan itu sesuatu yang
mengagumkan, namun ianya bukanlah datang seperti buah yang bergolek. Jatuh bangun
sesebuah syarikat pasti akan dirasai oleh mana-mana yang bergelar usahawan. Toyota pernah
mengalami saat-saat genting sewaktu Perang Dunia Kedua. Malah, kilang asal Toyota di
Aichii pernah dibom semasa peperangan tersebut. Dalam memenuhi keperluan sewaktu itu,
Toyota telah menghasilkan kenderaan tentera berupa truk yang dipasangkan lampu utama di
hud. Ini menjadikan Toyota antara syarikat automotif terawal selain Honda dan Nissan yang
mendapat intensif kerajaan untuk membangunkan sektor automotif.

Di Asia Tenggara, China adalah negara terawal pasaran Toyota. China mengalami
pembangunan yang maju menjadikan jenama Toyota lebih mudah diterima. Selepas tempat
Kiichiri Toyoda diambil alih cucunya Akio Toyoda, beliau mengambil langkah awal dengan
memaksimumkan sistem automasi penuh dalam pengeluaran mereka. Beliau mengambil 30%
bayaran sebagai CEO pada tahun tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan Toyota terus
kukuh dan unggul dengan budaya perniagaan yang memandang optimis jauh ke hadapan.
Beliau juga memastikan kilang pengeluaran mereka tidak ditutup dan mendesak kerajaan
Jepun memperkenalkan dasar automotif yang mampu menyokong industri automotif secara
keseluruhan.

Pada era 80-an dan 90-an Toyota telah berjaya menghasilkanmodel-model yang
berinjin ekonomi. Toyota memperkenalkan Scion dan Lexus dan memiliki Hino dan Daihatsu
serta berkepentingan dalam uji Heavy Industries dan seterusnya membina Subaru.

PERSEKITARAN MAKRO
4
Sesebuah syarikat tidak terlepas persekitaran makro yang kebiasaanya mempunyai empat
elemen. Ianya perlu dihadapi dengan positif oleh semua organisasi. Elemen tersebut ialah elemen
teknologi, ekonomi, politik dan undang-undang, serta kebudayaan sosial.

1. Elemen Teknologi
Mengikut peredaran zaman, kini telah banyak teknologi dicipta. Kepesatan masa
secepat teknologi berkembang.Dengan perubahan dan inovasi yang dicipta ini, banyak
pasaran dan peluang baru yang boleh dicipta (Azizalin 2007). Contohnya penglibatan
Toyota dalam menyertai perlumbaan kereta Formula 1 (F1). Selain itu, Toyota juga
sebenarnya ada mengeluarkan kenderaan perdagangan dan merupakan syarikat
peneraju peralatan perindustrian. Pengeluaran forklift, kren, penarik pesawat, traktor
dan peralatan lain. Kecanggihan teknologi Toyota turut memiliki sistem penyimpanan
barang dalam gudang serta kenderaan yang dipandu secara automatik tanpa pemandu.
Operasi pengeluaran peralatan perindustrian berpusat di Takahama Selatan Nagoya.
Selain itu, Toyota Motor Corporation telah menggunakan pelbagai alatan yang lebih
canggih antaranya mesin berteknologi tinggi berbanding sebelumnya. Pengeluaranya
juga lebih inovatif dan produktif. Oleh yang demikian terhasilah Toyota Hilux, Toyota
Stout yang lebih hebat berbanding sebelumnya dalam pelbagai aspek. Toyota juga
telah memperkenalkan model kenderaan berkuasa hibrid pada tahun 2000 iaitu Toyota
Prius. Strategi Toyota dengan Prius adalah yang paling terbaik dan mampu bersaing
dengan kenderaan lain dengan jualan pra pesanan sahaja mencecah 10,000 buah.
Toyota prius menggunakan teknologi hibrid yang mesra alam tanpa menggunakan
minyak petrol. Ia dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
pencemaran alam. Pencapaian Toyota bukan sahaja dalam teknologi penciptaanya
bahkan telah menjadi peneraju dan sering dijadikan rujukan dalam standard
pengeluaran automobil dunia. Lexis, Herier dan Celsior adalah antara beberapa model
kenderaan penumpang keluaran kumpulan Syarikat Toyotayang menggunakan
teknologi terunggul dalam dunia.

2. Elemen Ekonomi
Kebiasaannya persekitaran ekonomi melibatkan permintaan terhadap produk dan
perkhidmatan dalam ekonomi. Ini boleh dirujuk melalui kuasa beli pengguna dan
corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011). Sesebuah syarikat perlu mengawasi pola utama
pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna. Pengguna adalah kuasa
pembeli yang boleh mempengaruhi kestabilan dan prestasi sesebuah syarikat. Kuasa
beli pengguna juga bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan
tabungan. Ekonomi membantu dalam pemasaran pada peringkat global, nasional, dan
tempatan. Contohnya UMW Toyota Motor Sdn. Bhd adalah pengedar kenderaan dan
produk Toyota di Malaysia. UMW Toyota Motor Sdn. Bhd terlibat dalam
pemasangan, pemasaran dan pengedaran kenderaan dan produk Toyota Motor Sdn.
Bhd. Malaysia menjadi pilihan kerana faktor ekonomi yang berkembang dan
mempunyai pasaran yang besar di Asia dan Dunia.

3. Elemen Kebudayaan Sosial


Kebudayaan sosial dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek demografi dan
aliran kebudayaan dalam masyarakat. Demografi adalah populasi yang berkait dengan
saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi, dan
statistik lain yang berkait dengan populasi (Mily. 2011). Toyota tidak terlepas dengan
demografi. Toyota awalnya menubuhkan pejabat perwakilan di Shah Alam, Selangor.
Toyota dan UMW ditubuhkan pada bulan Oktober 1982. Pada bulan Oktober 1987,
Sejati Motor pula dimiliki Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB), Kemudian ASSB

5
ditukar nama UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. ASSB tetap menjadi anak syarikat
UMWT dan berfungsi sebagai pemasang eksklusif kenderaan Toyota di Malaysia.
Walaubagaimanapun, Toyota mempunyai rancangan untuk mengembangkan lagi
pasarannya ke peringkat global sebelum wujudnya Proton pada pertengahan 1980-an.
Disebabkan krisis ekonomi, kedua-duanya mempunyai implikasi yang teruk pada
jualan dan pelaburan toyota. Namun begitu, UMWT tetap membangunkan pelaburan
mereka dan jenama Toyota akhirnya menjadi satu jenama bukan nasional terlaris
dipasaran Malaysia. Bertempat di Shah Alam, Selangor Toyota membangun dengan
pesat kerana Shah Alam merupakan pusat tumpuan ekonomi dan ia juga merupakan
kawasan tumpuan penduduk.
Menyentuh aspek aliran budaya pula, ia berkait dengan cara hidup dan nilai sosial
masyarakat, kepercayaan, bahasa, gaya hidup keluarga, perubahan aliran citarasa
pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan
dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat
atau usahawan. Disebabkan elemen inilah kadar permintaan boleh berubah dan
mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.
Toyota menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan negara-negara
jiranya. Penggunalah yang menentukan kehendak hidup mereka samada memilah
untuk menggunakan kereta import atau kenderaan tempatan.

4. Elemen Politik dan Undang-undang


Dalam persekitaran makro wujudnya undang-undang yang digubal oleh pihak
kawalan organisasi yang memberi pengaruh atau had dalam firma atau individu dalam
masyarakat. (Armstrong & Kotler, 2011). Undang-undang dalam persekitaran makro
meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti reka
bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan, pengiklanan, upah
dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang yang diwujudkan yang
memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Antara undang-undang yang mengawal organisasi ialah Undang-undang
Kontrak,Undang-undang jualan barang-barang, Undang-undang sewa beli, undang-
undang perkongsian, Undang-undang syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh
sesuka hati melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan
keadaan yang sedia ada. Contohnya, undang-undang dimana UMW Toyota Motor
Sdn. Bhd. (UMWT) tidak akan menaikkan harga kenderaan yang ditawarkan terlalu
tinggi walaupun harga komoditi meningkat. Ini bertujuan mengekalkan kesetian
pelanggan. UMWT juga berpegang pada undang-undang agar kepuasan pelanggan
terus tinggi dan tidak hilang.

ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO YANG MEMBERI KESAN KE ATAS


SYARIKAT PILIHAN SAYA (TOYOTA)

6
Kesan elemen persekitaran makro terhadap organisasi ialah teknologi. Menurut (Yusof et
al 2004) menyatakan tindakan firma membawa masuk teknologi yang baru ke dalam firma yang
mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada syarikat tersebut.
Dengan penukaran teknologi akan menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma,
proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta proses melaksanakan tugasan (Kotler et al,
2004). Hal yang demikian, mampu membuatkan firma menjadi sukar untuk menyesuaikan diri
terutama jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar firma. Perubahan yang
dibuat kadang kala boleh mendatangkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang,
dan juga sumber-sumber lain (Mily,2011). Antara kesan yang sangat difikirkan ialah sekiranya
perubahan teknologi berubah peluang pemasaran juga akan berubah. Ini kerana peningkatan
dalam teknologi akan mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya, UMW Toyota Motor Sdn.
Bhd. (UMWT) telah meningkatkan dan mengembangkan penggunaan mesin seperti robot bagi
tujuan mengeluarkan produk yang lebih bermutu dan berinovatif. Namun, kesanya menyebabkan
berlakunya pengurangan dalam tenaga kerja yang membawa kepada masalah penganguran dalam
negara.

Dari segi ekonomi pula, ia memberi kesan dimana kuasa beli pengguna dan corak
perbelanjaan pengguna. Ia menjadi kerisauan kepada sesebuah pemasaran kerana ianya berkait
dengan kos, harga, dan keuntungan. Contohnya, apabila pendapatan meningkat kuasa beli juga
akan meningkat. Dengan senario harga barang dan taraf kehidupan yang meningkat kini, kuasa
membeli pengguna sudah pasti menjadi kurang. Lihat sahaja semasa negara mengalami
kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, industri automobil menghadapi kesukaran apabila unit
jualan semakin menurun. UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) turut menerima kesan
kemerosotan penjualan syarikat daripada 70% kepada 30%.

Seterusnya melalui kebudayaan sosial, ia diambil kira daripada demografi atau


kebudayaan. Melalui persekitaran demograi berkait dengan jumlah kauntiti produk yang akan
dikeluarkan, produk apa yg sesuai dipasarkan, dan siapa kumpulan sasaran sesuatu produk
tersebut adalah hal yang diambil kira. Manakala kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa besar
akan memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku
(Kotler er al,2011). Sekiranya strategi yang digunakan tidak sesuai ini akan merugikan syarikat.
Contohnya, sikap prejudis masyarakat Malaysia pada ketika dahulu terhadap negara Jepun ekoran
kekejaman semasa menceroboh Tanah Melayu. Kesanya semasa awal penubuhan UMW Toyota
Motor Sdn. Bhd. di Malaysia, terdapat persepsi negatif daripada masyarakat serta tidak mendapat
sokongan daripada ramai pihak. Ini kerana masyarakat pada waktu tersebut prejudis kepada
negara Matahari Terbit iaitu Jepun (Danny Tan, 2012)

Kesan seterusnya pada politik dan undang-undang. Dengan kuasa politik setiap kumpulan
akan bersaing untuk mendapatkan kepentingan, perhatian dan sumber. Hal yang demikian kerana
para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang, dan peraturan sesuatu
tempat dimana perniagaan dijalankan. Unsur-unsur politik dan undang-undang tidak dapat tidak
diadakan bagi tujuan pelaburan. Perniagaan akan terjejas jika berada dikawasan yang berlaku
ketidakstabilan politik, keganasan, dan risiko rasuah yang tinggi. Ini menyebabkan kesukaran
untuk usahawan membeli, melindungi, dan mengatur sumber yang akhirnya akan berlakunya
penambahan kos. Melalui undang-undang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar,dan
amalan kompetitif ia akan mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya objektif organisasi,
dasar syarikat, keputusan, sekatan undang-undang, dan berkaitan cukai. Keadaan ini menyekat
dan menghalang sumber aliran bebas daripada negara lain. Keadaan ini turut memberi impak
besar kepada UMW Toyota Sdn.Bhd. menjalankan aktiviti import keadaan dari Jepun untuk
dibawa masuk ke Malaysia kerana wujudnya perlindungan kepada industri tempatan seperti
industri automobil di Malysia.

7
Melalui undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap perkhidmatan

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Dalam aspek teknologi, Toyota Motor Copration perlu membuat perubahan terhadap reka
bentuk, penggunaan teknologi baru, pengeluaran bahan, pemasaran, dan pengedaran. Mereka
harus pandai memantau perubahan teknologi untuk memenuhi keperluan manusia supaya produk
yang inovatif dapat dikeluarkan dan diterima dipasaran dengan kos yang lebih murah tetapi kekal
dalm kualiti pengeluaran produk. Contohnya, pada pengeluaran produk pelbagai jenis model
kenderaan seperti kenderaan pelbagai pengguna (MPV), Sport Utility Vehicle (SUV), sedan serta
trak dan kenderaan perniagaan.
Seterusnya dari aspek ekonomi, syarikat perlu membuat analisa terhadap dasar ekonomi,
sistem ekonomi, dan persekitaran ekonomi dari pasaran tempatan, nasional, dan global. Ini kerana
persekitaran ekonomi memberi impak yang besar kepada syarikat. Analisa yang perlu dilakukan
ialah meliputi suasana awal perniagaan sehinggalah ketika perniagaan sedang berkembang
( Azianlin, 2007). Contohnya, Toyota telah melakukan kajian dan analisa pasaran sesebuah negara
melalui faktor ekonomi. Keadaan ini memberi kesan yang positif pada permintaan pasaran dan
kejayaan syarikat.
Dari aspek demografi pula, dicadangkan agar syarikat membuat pemantauan dan
penyelidikan dari aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk,kelas sosial, dan statistik
berkaitan populasi penduduk sesebuah kawasan. Organisasi perlu menilai perubahan demografi
untuk peluang perniagaan yang lebih besar. Dalam aspek kebudayaan pula, usahawan perlu
menilai perubahan citarasapengguna mengikut peredaran trend semasa. Contohnya, awal
penubuhan Toyota Motor Copration telah memasarkan trak bersaiz kecil. Ini semua hasil kajian
kerana pada masa itu masyarakat banyk yang bertani dan mereka menggunakan kenderaan ini
untuk mengankut muatan hasil pertanian mereka dan tahan lasak dengan harga yang berpatutan.
Akhir sekali cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dari aspek politik
dan undang-undang. Menurut (Hogan,1999) memperbaiki pengurusan persekitaran undang-
undang iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar
dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Syarikat perlu menilai dan mengawasi
persekitaran politik untuk mengetahui ancaman dan peluang yang ada. Ini dapat mengelakkan
persaingan dalam pasaran dan memastikan hanya persaingan yang sihat sahaja ada dalam syarikat
untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Contohnya syarikat UMW Toyota
sahaja yang menjadi pengeluar tunggal di Malaysia. Kesannya tidak wujud persaingan dalam
pasaran tempatan.

KESIMPULAN
Kejayaan sesebuah syarikat sebenarnya bermula daripada awal penubuhannya, iaitu
melalui perancangan penubuhan lagi. Syarikat perlu membuat perancangan yang baik melalui
strategi yang berkesan dan organisasi perlu memahami persekitaran makro terlebih dahulu.
Dengan memahami dan mengetahui pengaruh persekitaran makro, organisasi akan
mengetahui kesan yang terdapat secara langsung ataupun tidak lenagsung yang membawa
kepada pilihan samada peluang atau ancaman. Perubahan sentiasa silah berganti samada
secara cepat atau lambat.

REFLEKTIF

8
Apakah yang saya pelajari dari kursus ini?
Kursus ini memberikan saya celik minda berkaitan keusahawanan yang selama ini saya
kurang menggemarinya. Selepas mempelajari kursus ini saya mula kenal dan bersemangat untuk
meneroka bidang keusahawanan ini. Kursus ini menambah kemahiran saya memahami modul,
forum,menonton video dan menjawab soalan kerana subjek ini tiada tutorial hanya kelas maya.
Saya belajar meneroka berkaitan konsep, mitos, visi, inovasi, rancangan perniagaan dan paling
penting saya telah faham perbezaan antara peniaga dan usahawan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?


Kursus ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya dalam memahami berkaitan
keusahawanan seperti contoh bagaimana kita perlu menyusunan perancangan dan strategi untuk
mencipta kejayaan. Aspek ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan saya dimana bila kita
hendak berjaya kita perlulah berjaya dalam menyusun perancangan. Sepanjang saya mengikuti
kursus ini banyak ilmu yang saya perolehi serta banyak berkongsi pengalaman dengan rakan yang
kebetulan seorang peniaga. Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang guru yang
mampu menerapkan pengetahuan keusahawanan kepada murid-murid saya supaya dalam
kalangan mereka nanti lahir seorang usahawan yang berjaya satu hari nanti.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?
Saya mencadangkan agar pihak OUM menjemput tokoh-tokoh usahawan yang berjaya
untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan ilmu keusahawanan. Selain itu
saya mencadangkan agar pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini diajar dan didedahkan cara
untuk membuat perancangan perniagaan dan cara-cara mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM.

(2724 patah perkataan)

RUJUKAN

9
1. Haberberg, A. & Rieple, A. 2008, Pengurusan Strategik: teori dan aplikasi, edisi 1,
Oxford University Press, New York.
2. Johnson, G. Scholes K. Whittington, R. (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka
Meneroka Strategi Korporat, London pp 69-71, 734-737
3. Toyota Motor Corporation (2009). Laporan Tahunan 2009: The Way Kanan
Hadapan.
4. UMW Toyota Motor (Malaysia), (2016), [Online], dimuat turun dari
https://en.wikipidia.org/wiki/UMW_Toyota_Motor_(Malaysia)
5. Entreprenuership: Persekitaran Makro, (2015), [Online], dimuat turun dari
https://zabedahibrahim.blogspot.my/2015/09/entreprenuership-persekitaran-
makro.html
6. Sejarah Ringkas Toyota, (2013), [Online], dimuat turun dari
http://hawabudakhostel.blogspot.my/2013/03/sejarah-ringkas-toyota.html
7. Analisis Perusahaan Toyota, (2014), [Online], dimuat turun dari
http://selviepey.blogspot.my/2014/06/analisis-perusahaan-toyota_7909.html
8. http://www2.toyota.co.jp/en/about_toyota/overview/index.html

10

You might also like