Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Bahasa Melayu

Tahun 6

Sasaran Tahun 6 / Tahap 2


Subjek Bahasa Melayu
Tema / Topik Komuniti Prihatin / Mentor Prihatin, Menti Cemerlang
Nota Berkaitan Program Mentor dan menti merupakan program yang melibatkan ibu
Tema / Topik bapa yang membimbing murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan
Taman Kencana. Mentor bermaksud orang yang mempunyai
pengalaman dan memberikan bimbingan iaitu ibu bapa dalam petikan
tersebut. Manakala menti bermaksud orang yang dibimbing iaitu murid.
Sekolah anda tentu mempunyai aktiviti yang melibatkan ibu bapa
dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar. Anda boleh
kaitkan petikan ini dengan pengalaman anda di sekolah.
Standard 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan
Kandungan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.
Standard 2.5.1 Membaca dan memahami bahan untuk memindahkan maklumat
Pembelajaran dalam bentuk grafik.
Objektif 1. Murid dapat membaca dan memahami dengan memindahkan
Pembelajaran maklumat dalam bentuk garfik.
Tempoh 1 hingga 5 Mac 2021
Pelaksanaan
Aktiviti
Pentaksiran
Panduan Kerja
Buat

Lampiran Latihan:

Disediakan oleh:
Edwin @ Erwandy bin Bongkihoi
Sekolah Kebangsaan Laputong,
Tuaran, Sabah.
PPD Tuaran.
0168444231.
Aktiviti Pembelajaran

Membaca petikan dan memahami isi dan maklumat penting yang terkandung dalam
petikan . Murid mencari dan menyusun maklumat dengan memindahkan maklumat
tersebut dalam bentuk grafik.

Arahan

1. Baca petikan dan fahami maklumat penting yang terdapat dalam petikan.
2. Mencari maklumat petikan dengan menggunakan teknik penyoalan ( Langkah 1).
3. Lengkapkan bahan grafik dengan maklumat yang diperoleh (Langkah 2).

Gambar 1 : Petikan Mentor Prihatin, Menti Cemerlang.


Langkah 1 :

Cari maklumat penting yang terdapat dalam petikan dengan menggunakan teknik soalan
( apa, siapa, bila, berapa, di mana dan bagaimana ).

Soalan Maklumat dalam petikan


1. Siapakah peserta yang
dibimbing dalam Program
Mentor Menti?

2. Apakah aktiviti Program


Mentor Menti?

3. Apakah tujuan program


ini tersebut dibuat?

4. Bagaimanakah cara
pelaksanaan Program
Mentor Menti
dilaksanakan?
5. Jelaskan kesan positif
daripada program
tersebut.
*(kbat)

*Kbat – Kemahiran berfikir aras tinggi


Langkah 2:

Memindahkan maklumat yang diperoleh ke bentuk grafik.

1. Peserta 2. Aktiviti

Program
Mentor Menti

3. Tujuan 5. Kesan positif

4. cara pelaksanaan
Pentaksiran

Instrumen 1 :

1. Jelaskan maksud mentor?

2. Apakah maksud menti?

3. Apakah jenis bahan grafik yang dihasilkan?

4. Jelaskan aktiviti lain PIBG di sekolah anda?

5. Nyatakan faedah yang anda peroleh semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh
PIBG sekolah anda?
Instrumen 2 : Rubrik Pentaksiran

Tahap Kriteria
Penguasaan
• Membaca bahan yang diberi.
1 • Idea sangat terhad, murid tidak memahami maklumat dalam
petikan.
• Murid tidak dapat mencari maklumat.
• Membaca petikan dan memahami maklumat yang terdapat
dalam petikan.
2 • Idea terhad, murid dapat mencari maklumat dengan ayat yang
mudah.
• Tidak dapat menghasilkan idea baharu melalui pemindahan
maklumat dalam bentuk grafik.
• Membaca dan memahami maklumat.
• Idea sederhana dapat memahami maklumat dan
3 melengkapkan maklumat melalui teknik penyoalan.
• Menghasilkan idea baharu tahap sederhana dengan
memindahkan maklumat dalam bentu grafik.
• Membaca, memahami dan menaakul bahan yang dibaca.
• Idea jelas, murid dapat mencari maklumat dengan ayat yang
4 lengkap.
• Menghasilkan idea baharu melalui pemindahan bahan grafik
yang lengkap.
• Membaca, memahami dan menaakul bahan yang dibaca.
• Idea jelas dan terperinci, murid dapat mencari maklumat
5 dengan ayat yang lengkap dengan huraian.
• Menghasilkan idea baharu melalui pemindahan bahan grafik
yang lengkap dan terperinci.
• Membaca, memahami dan menaakul bahan yang dibaca.
• Idea jelas dan terperinci, murid dapat mencari maklumat
6 dengan ayat yang lengkap dengan huraian dan mengaitkan
dengan pengalaman sendiri.
• Menghasilkan idea baharu melalui pemindahan bahan grafik
yang lengkap dan terperinci serta dapat mengaitkan dengan
pengalaman sebenar.
Panduan Kerja Buat

1. Sasaran (murid) dan pendamping rapat ( ibu bapa) perlu memahami dahulu nota
berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Fahami arahan yang diberikan dalam setiap aktiviti langkah 1 dan langkah 2.
3. Murid boleh mencari maklumat dengan menggaris maklumat dalam petikan berdasarkan
soalan yang diberikan untuk tujuan mencari maklumat dalam langkah 1.
4. Hasil jawapan / maklumat yang diperoleh dalam Langkah 1 perlulah dipindahkan dalam
bahan grafik ( Langkah 2).
5. Instrumen 1 bertujuan mengukuhkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran.
Buku teks boleh digunakan sebagai rujukan murid dan pendamping rapat. Selain itu, murid
juga boleh mengaitkan pengalaman sedia ada untuk melengkapkan instrument 1.
6. Tempoh latihan atau langkah kerja boleh dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 5 hari.
Cadangan sehari boleh siapkan 1 aktiviti atau langkah kerja mengikut kesesuaian pelajar
dan pendamping.
7. Sekiranya Langkah 1 dan Langkah 2 serta instrument 1 telah siap, maka murid boleh
menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan ditaksir.

Selamat menjawab.
NOTA TAMBAHAN

Contoh-contoh bentuk grafik

You might also like