Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/333671565

KAJIAN NILAI-NILAI MURNI DALAM RANCANGAN KARTUN DI YOUTUBE: THE


AMAZING AWANG KENIT

Article · June 2019

CITATIONS READS

0 1,866

2 authors:

Ahmad Fahmi Mahamood Abdul Rahman Abdul Manaf


Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
29 PUBLICATIONS   8 CITATIONS    19 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

How and Why People Visualize Themselves in Facebook View project

Naratif Perngkisahan Sejarah Kota Muzium Kayang menggunakan Teknik Interaktif Pemetaan Dinding (Wall Projection Mapping) View project

All content following this page was uploaded by Ahmad Fahmi Mahamood on 10 June 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

KAJIAN NILAI-NILAI MURNI DALAM RANCANGAN


KARTUN DI YOUTUBE: THE AMAZING AWANG KENIT
(A STUDY OF MORAL VALUE FROM LOCAL CARTOON PROGRAMME IN YOU TUBE:
THE AMAZING AWANG KHENIT)

Nor Intan
Abdul Jalil Ramli
Norizah Ahmad
Ahmad Fahmi Mahamood
Maskor Bajuri
Tengku Kastria Tengku Yakob
Abdul Rahman Abdul Manaf

School of Human Development and Technocommunication


University Malaysia Perlis

Email: fahmi@unimap.edu.my

Abstrak: Selaras dengan kemajuan teknologi komunikasi terkini ianya telah memudahkan
pengguna untuk mendapatkan hiburan secara atas talian dengan pantas. Dengan wujudnya
aplikasi perkongsian video Youtube, semakin banyak rancangan kartun tempatan yang telah
dimuat naik dan menjadi daya tarikan kepada penonton terutamanya kanak-kanak. Rancangan
kartun mampu memberikan impak yang positif mahupun negatif kepada mereka yang menonton.
Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji nilai-nilai murni yang terdapat dalam
rancangan kartun tempatan di Youtube iaitu The Amazing Awang Khenit. Secara umumnya, tujuan
kajian ini bagi mengenalpasti nilai-nilai yang terdapat di dalam rancangan kartun tempatan The
Amazing Awang Khenit serta elemen pemupukan yang mampu memupuk nilai murni dalam diri
kanak-kanak yang menonton. Pendekatan analisis kandungan dengan menggunakan kaedah
kaedah tematik telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan data dari sampel yang dipilih.
Sepuluh episod di dalam rancangan kartun ini dipilih mengikut jumlah tontonan yang tertinggi di
aplikasi Youtube. Kajian yang dijalankan mendapati terdapat tujuh nilai murni yang dapat
diterokai iaitu taat kepada agama, sopan santun, keadilan, keberanian, kasih sayang, rasional
dan taat kepada raja. Selain itu, elemen pemupukan dapat dilihat dari segi watak yang dilakonkan,
perbuatan, imej visual, bahasa dan juga tema rancangan kartun tersebut. Kajian ini diharap dapat
membantu penonton rancangan kartun tempatan untuk memilih rancangan yang sesuai dan
mampu memberi kebaikan kepada mereka yang menonton terutamanya kanak-kanak.

Kata kunci: Nilai-nilai murni kartun, Rancangan kartun Youtube

66
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Abstract: In line with the existence of varieties form of modern technologies had facilitated the
consumers to receive entertainment online just a click away. With existence of YouTube video
share application, there were a lot of local cartoon programs that had been uploaded and had
been attraction to the viewer especially kids. Cartoon programs are capable in giving either
positive or negative impacts for those who viewing them. Thus, a research had been made to study
the moral value found from local cartoon programs in YouTube: The Amazing Awang Khenit. In
general, the objective of this research is to identify the moral values found from local cartoon
programs The Amazing Awang Khenit and the cultivating elements that cultivate the moral values
inside the hearts of the kids that watching. The approaches of content analysis with the using of
thematic method had been done in order to gather information and data from the choosen sample.
Only ten episodes of this programs had been choosen based on the highest views in YouTube
application. The study had found that there are seven moral values that can be explored. There
are being obedient towards religion, being gentle, justice, bravery, love, rational and obedient
towards the king. Furthermore, the cultivating elements can be seen from the characters play, the
acts, the visual images, the languages and not to be forgotten the theme of the cartoon programs
itself. This study hopefully can help the local cartoon programs viewers to choose suitable and
beneficial programs especially for the kids.

Keywords: Positive values in cartoon, Youtube cartoon’s programme


2019 JHLCB

Pengenalan
Media sosial merupakan sebuah aplikasi kepelbagaian berasaskan Internet yang telah dibangunkan
melalui dasar Web 2.0 iaitu platform daripada evolusi media sosial yang menghasilkan penciptaan
dan pertukaran kepada User Generated Content (Andreas & Michael, 2012). Ciri-ciri media sosial
dapat difahamkan sebagai user-based, interaktif, menghubungkan pengguna, kandungan yang
tiada batasan, kandungan yang disiarkan dengan cepat dan pengguna menentukan masa
interaksinya sendiri. Seiring dengan perkembangan semasa teknologi komunikasi, aplikasi media
sosial atas talian seperti Youtube mampu menjadikan rancangan kartun tempatan sebagai
fenomena buat kanak-kanak. Menurut Eno Bening (2014), aplikasi Youtube merupakan sebuah
laman web yang berfungsi sebagai medium menonton video yang boleh ditonton oleh sesiapa
sahaja tanpa mengira waktu asalkan dapat berhubung dengan Internet.

Kini, rancangan kartun banyak tempatan banyak dimuatnaik ke dalam aplikasi Youtube. Ianya
merupakan medium baharu yang mampu menyampaikan mesej dan nilai moral kepada penonton
dalam bentuk hiburan. Maksud lain bagi kartun juga difahamkan sebagai animasi yang berasal
daripada perkataan latin iaitu dihidupkan dan menurut Muliyadi Mahamood (2004), kartun
merupakan seni lukis yang bercirikan pengurangan, perlebihan dan perubahan kepada sesuatu rupa
bagi tujuan tertentu seperti hiburan. Kajian yang dijalankan ini memilih rancangan kartun tempatan
The Amazing Awang Khenit yang telah disiarkan pada tahun 2014 oleh Sead Studio. Rancangan
ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Awang yang tidak boleh membesar
disebabkan oleh terkena sumpahan makhluk gergasi. Menurut Azman Anizam (2015), rancangan

67
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

ini telah memenangi Siri Animasi Terbaik Festival Filem serta memperoleh sambutan seramai 2.4
Juta penonton dalam masa seminggu siaran.

Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan kerana beberapa isu yang ditemui oleh pengkaji khusunya terhadap
rancangan kartun tempatan. Rancangan kartun yang disiarkan di laman Youtube tidak
mementingkan bahasa watak yang dipertuturkan iaitu bahasanya kasar, kurang sopan dan tidak
sesuai dengan umur kanak-kanak (Hamdan Daniel, 2018). Ini menyebabkan ramai kanak-kanak
terpengaruh dengan bahasa-bahasa tersebut dalam pergaulan seharian. Tambahan pula, gaya
pemakaian atau kostum watak kartun tersebut tidak sesuai ditonjokan mengikut budaya negara kita
yang mementingkan kesopanan dalam berpakaian (Nor Asiah yaakub, 2018). Pemakaian kostum
yang kurang sesuai atau adakalanya menjolok mata juga dilihat memberi kesan kepada corak dan
pemilihan pakaian oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian oleh Gerbner dan Signorielli (1990)
menyatakan rancangan kartun mempunyai unsur keganasan yang mampu mempengaruhi psikologi
kanak-kanak. Keganasan dalam rancangan kartun ternyata telah mempengaruhi minda dan emosi
kanak-kanak sejak dahulu lagi. Rancangan kartun juga mempunyai imej berunsur seks seperti
babak bercium, berpelukan dan bercinta (Abdullah, 2006).

Melalui permasalahan kajian tersebut, timbul persoalan kajian iaitu apakah nilai-nilai murni yang
terdapat dalam rancangan kartun tempatan seperti The Amazing Awang Kenit di laman Youtube
yang ternyata mempunyai ramai pengikutnya dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Selain
itu, timbul juga persoalan tentang bagaimanakah rancangan kartun tersebut mampu memupuk nilai
murni dalam diri kanak-kanak.

Persoalan Kajian
1. Apakah nilai-nilai murni yang terdapat dalam rancangan kartun tempatan The Amazing
Awang Khenit di Youtube
2. Bagaimanakah rancangan kartun tersebut mampu memupuk nilai murni dalam diri
kanak-kanak.

Objektif Kajian
1. Mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam rancangan kartun tempatan The
Amazing Awang Khenit di Youtube
2. Adakah rancangan kartun tersebut mampu memupuk nilai murni dalam diri kanak-
kanak.

Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti nilai-nilai murni dalam rancangan kartun tempatan The
Amazing Awang Khenit. Kajian ini penting untuk menerokai mesej dan kandungan yang terdapat
dalam rancangan kartun tempatan sama ada ianya selari dengan nilai-nilai murnio dan budaya
temnpatan di negara ini. Selain itu, mutu dan persembahan terutama penyampaian mesej dalam
rancangan kartun ini juga boleh ditingkatkan melalui penemuan kajian yang diperolehi.

Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif bagi mengkaji nilai-nilai murni dalam rancangan
kartun tempatan di Youtube. Menurut Denzin dan Lincoln (1994), kajian kualitatif merupakan

68
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

sebuah kajian yang melibatkan kepelbagaian kaedah yang dijalankan bagi menyelidik sesuatu
subjek dengan lebih terperinci. Bukan itu sahaja, kajian ini mampu membantu pengkaji
mendapatkan data dengan lebih tepat serta terperinci berkaitan dengan fenomena yang ingin dikaji
(Mugenda, 2003).

Menerusi kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu menganalisis
kandungan bagi rancangan kartun di dalam laman web Youtube. Analisis kandungan merupakan
sebuah kaedah yang terbaik digunakan bagi menganalisis bahan-bahan media seperti media cetak,
media elektronik dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, kaedah ini mempunyai kelebihannya yang
tertentu dan antaranya adalah tahap sensitivitinya terhadap kandungan sesuatu teks mahupun
media (K. Krippendorff, 2013). Menerusi rancangan kartun tersebut, pengkaji telah memilih hanya
sepuluh episod berdasarkan jumlah tontonan yang banyak di laman Youtube. Hanya sepuluh
episod ini dipilih kerana telah mencapai tahap ketepuan data.

Episod Jumlah penonton

Geng Jabai 672 Ribu


Putera Katak dan Sham 479 Ribu
Angkara Mahkluk Jadian Bahagian 2 207 Ribu
Angkara Mahkluk Jadian Bahagian 3 207 Ribu
Liga Ninja Tuntung 180 Ribu
Geng Jabai Mengganas 98 Ribu
Memori Silam 85 Ribu
Misteri Puteri Melati 34 Ribu
Angkara Mahkluk Jadian Bahagian 1 26 Ribu
Makhluk Besi Dari Angkasa 23 Ribu

.Jadual 1: Tajuk Episod The Amazing Awang Khenit yang dipilih sebagai sampel kajian

Berdasarkan sepuluh episod tersebut, pengkaji telah menganalisis data kajian ini
menggunakan kaedah analisi tematik iaitu kaedah secara manual yang dibahagikan mengikut tema,
sub tema dan sub-sub tema.

69
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Hasil Kajian dan Perbincangan

MEMBERI
SALAM
PEMAKAIAN
MEMBACA DOA
MEMBERI IDEA

BAHASA
YANG BAIK

TAAT
KEPADA
MEMBUAT AGAMA HORMAT
KEPUTUSAN
ORANG TUA
RASIONAL SOPAN
SANTUN

MENGHORMATI RAJA HUKUMAN


NILAI MURNI DALAM SETIMPAL
RANCANGAN
KARTUN THE
TAAT KEPADA AMAZING AWANG
RAJA KHENIT

KEADILAN

PATUH KEPADA
SURUHAN
PERTARUNGAN
KASIH
SAYANG KEBERANIAN

AHLI KELUARGA

MELAWAN MUSUH

RAKAN MEMPERTAHANKAN
RAKYAT DIRI

Rajah 1: Tema Utama bagi kajian Mengkaji Nilai-Nilai Murni dalam Rancangan Kartun
Tempatan di Youtube: The Amazing Awang Khenit.

Pengkaji telah menemukan tujuh sub tema bagi menjawab objektif kajian iaitu taat kepada agama,
sopan santun, keadilan, keberanian, kasih sayang, taat kepada raja dan rasional. Ketujuh-tujuh
subtema tersebut mempunyai sub-subtemanya yang tersendiri dan telah menjawab objektif kajian
yang pertama. Bagi sub tema pertama iaitu taat kepada agama, dua sub-subtema telah ditemui iaitu
elemen membaca doa dan memberi salam di dalam episod Memori Silam, Episod Putera Katak
dan Sham, Episod Geng Jabai dan Episod Makhluk Besi Dari Angkasa. Penemuan-penemuan ini
menunjukkan bahawa rancangan kartun ini sememangnya ada menerapkan nilai-nilai murni dalam

70
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

penyampaian mesej dan kandungannya. Penemuan ini selari dengan kajian oleh…yang mendapati
bahawa nilai-nilai murni dalam rancangan kartun tempatan ada dititikberatkan selain daripada
hiburan untuk golongan kanak-kanak.
Bagi subtema kedua iaitu nilai sopan santun telah menemui tiga sub-sub tema yang berbeza iaitu
elemen pemakaian, bahasa yang baik dan menghormati orang lebih tua. Ini dapat dilihat dalam
episod Misteri Puteri Melati, Liga Ninja Tuntung, Angkara Makhluk Jadian dan Makhluk Besi
Dari Angkasa, Pemakaian bagi watak rancangan ini menutup aurat, tidak longgar dam mengikut
budaya masyarakat Melayu seperti Baju Kurung dan Baju Melayu. Manakala, bahasa yang
digunakan tanpa bahasa kesat dan sopan iaitu meminta maaf dan ucapan terima kasih. Penemuan
ini juga membuktikan bahawa pemakaian kostum melalui watak-watak yang dipersembahkan
dalam rancangan kartun ini adalah tidak keterlaluan. Penemuan ini turut disokong kajian lalu
oleh..yang menyatakan bahawa kostum dan pemakaian yang ditonjolkan dalam kartun tempatan
tidaklah melampaui batasan seperti sesetengah rancangan kartun yang diterbitkan oleh pihak barat.
Subtema ketiga iaitu keadilan dapat dibahagikan kepada dua jenis sub-sub tema iaitu hukuman
yang setimpal dan pertarungan. Babak tersebut dalam dilihat dalam episod Geng Jabai dan Geng
Jabai Mengganas iaitu elemen keadilan apabila Geng Jabai telah dimasukkan kedalam penjaran
dan menerima hukuman setimpal di atas perbuatan mereka merompak bank dan kedai emas.
Manakala, mereka telah menyertai sebuah pertarungan yang adil bagi menentukan kemenangan
mereka dengan Awang Khenit.
Subtema keempat iaitu keberanian telah menemukan dua sub-sub tema iaitu melawan musuh dan
mempertahankan diri, keluarga dan masyarakat di dalam episod Misteri Puteri Melati, Angkara
Makhluk Jadian 1, Geng Jabai dan Memori Silam. Awang Khenit dan Badang mempunyai sifat
keberanian apabila mereka mampu untuk berhadapan dan melawan sesiapa sahaja yang telah
menceroboh negeri Indera Sakti dan juga mereka turut mempertahankan masyarakat negeri mereka
ketika babak rompakan di sebuah bank.
Subtema kelima iaitu nilai kasih sayang iaitu melalui tiga jenis sub-subtema dalam episod Memori
Silam dan Angkara Makhluk Jadian 2. Kasih sayang kepada keluarga dapat dilihat apabila ibu
Awang Khenit amat menyayangi Awang Khenit dengan memasakkan makanan kesukaan Awang
dan turut bergurau dengan suaminya. Selain itu, Mak Long iaitu ibu saudara Awang Khenit juga
menyayanginya dengan memberi kata-kata semangat. Selain itu, kasih sayang terhadap rakan
dapat dilihat apabila Awang Khenit berusaha untuk memulihkan Badang yang telah disumpah oleh
seekor Ikan Patin Jadian dan kasih sayang terhadap rakyat jelata iaitu Raja Mustafar juga turut
berusaha memulihkan Badang dengan bersungguh-sungguh.
Subtema keenam ialah taat kepada raja dan dibahagikan kepada sub-subtema mengikut suruhan
dan menghormati raja melalui episod Putera Katak dan Sham, Angkara Makhluk Jadian 1,
Angkara Makhluk Jadian 2 dan juga Angkara Makhluk Jadian 3. Awang Khenit merupakan
seorang pahlawan negeri Indra Sakti yang menurut perintah apabila menunaikan segala perintah
yang telah diberikan oleh Raja Mustafar dengan pantas serta menunaikan amanahnya. Manakala,
kesemua watak di dalam rancangan ini menghormati Raja Mustafar dengan berkomunikasi dnegan
lemah lembut dan menggunakan panggilan yang wajar.

71
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Terakhir, subtema ketujuh adalah rasional iaitu dibahagikan kepada dua sub-sub tema membuat
keputusan dan memberi idea. Ianya dapat dilihat di dalam episod Angkara Makhluk Jadian 1,
Angkara Makhluk Jadian 2 dan juga Putera Katak dan Sham. Awang Khenit amat pintar dalam
membuat keputusan kerana memikirkan kesan yang buruk pada masa akan datang apabila dia
menghalang Badang untuk tidak memakan muntah Ikan Patin Jadian. Manakala, Puteri Melati juga
bijak dalam menyampaikan idea yang bernas apabila menyarakankan agar Awang Khenit mencari
Tok Kerisik bagi memulihkan sumpahan Badang dan idea tersebut diterima pakai oleh Raja
Mustafar.

Perbincangan

Mengenalpasti Nilai-Nilai Murni Yang Terdapat Dalam Rancangan Kartun Tempatan The
Amazing Awang Khenit Di Youtube.

Menurut hasil kajian yang telah diperolehi, pengkaji telah berjaya menemui sebanyak tujuh nilai-
nilai murni yang terdapat di dalam rancangan kartun tempatan The Amazing Awang Khenit di
Youtube. Bagi nilai murni yang pertama adalah nilai murni taat kepada agama. Taat kepada agama
dapat difahamkan sebagai mematuhi dan melakukan segala amalan yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T dan tidak melakukan larangannya (Qosim, 2015). Kajian yang dilakukan oleh Supriatini
dan Surismiati (2018) turut menemui 79 nilai taat kepada agama ini di dalam kajiannya yang
bertajuk Analisis Nilai-Nilai Pendidikan Islam pada Filem Sang Pencerah Garapan. Nilai murni
kedua yang telah ditemui oleh pengkaji adalah nilai sopan santun iaitu tingkah laku yang
mencerminkan sikap individu terhadap orang lain bagi tujuan menghormati mereka (Mona, 2018).
Selain daripada rancangan kartun The Amazing Awang Khenit ini, kajian oleh Basirudin (2010)
yang menganalisis Kartun Upin Ipin juga mendapati kartun ini mempunyai nilai murni sopan
santun yang mampu memberi perspektif yang murni dan pengaruh yang baik kepada kanak-kanak
yang menonton. Bagi nilai murni yang ketiga adalah nilai keadilan iaitu keputusan yang telah
diambil atau tindakan yang dilaksanakan dengan sama rata dan tidak berat sebelah. Kajian yang
dijalankan oleh Mohd Amir (2005) berkaitan dengan Anime dan Nilai Masyarakat Jepun: Satu
Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto dan DragonBall, turut menemukan nilai murni keadilan
yang membawa kepada sikap positif watak di dalam rancangan anime tersebut.

Selain itu, nilai murni yang keempat dijumpai di dalam rancangan kartun The Amazing Awang
Khenit ini adalah nilai keberanian yang bermaksud mempertahankan dan memperjuangkan apa
sahaja yang dianggap benar dan mampu menghadapi apa sahaja rintangan yang menghalangnya
(Paul Findley, 1995). Bagi menyokong kajian tersebut, 80 kajian lepas yang dilakukan oleh Esha
(2015) iaitu melalui analisis rancangan kartun Big Hero 6 mendapati terdapat watak di dalam
rancangan ini yang membawa nilai keberanian. Seterusnya, bagi nilai murni kelima yang ditemui
oleh pengkaji melalui analisisnya adalah nilai kasih sayang iaitu tindakan tarikan di antara manusia
dengan manusia, haiwan atau alam yang mana berkongsi perasaan, intergrasi rohani serta emosi
sehingga mereka mencapai tahap kepuasan yang sama rata (Manal Samhat, 2013). Terdapat satu
kajian yang bertajuk Ideologi Filem Kartun Animasi Anak oleh Siti dan Hastanti (2008), yang
menyatakan bahawa terdapat sebuah kartun Disney yang menampilkan nilai murni kasih sayang
di dalam animasinya. Bukan itu sahaja, pengkaji turut menemukan nilai yang keenam di dalam
rancangan kartun ini iaitu nilai taat kepada raja dan melalui sebuah kajian yang dijalankan oleh
(Rendra 2008) bertajuk Analisis Tema bagi cerita Narnia, turut mendapati rancangan animasi

72
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

tersebut menggunakan nilai taat kepada raja sebagai tema utama bagi memupuk nilai tersebut yang
kian pudar dalam masyarakat masa kini. Terakhir, nilai murni yang berjaya dianalisis oleh pengkaji
adalah nilai rasional iaitu membuat pertimbangan melalui akal fikiran yang waras, menyampaikan
idea serta memberi pendapat yang bernas. Bagi menyokong penemuan ini, satu kajian yang turut
menampakkan nilai rasional ini di dalam kajiannya adalah kajian yang dilaksanakan oleh Mohd
Amir (2015) berkaitan dengan Analisis Rancangan Kartun Anime Naruto dan juga Dragon Ball.

Pengaruh Rancangan Kartun Tempatan The Amazing Awang Khenit Di Youtube Mampu
Memupuk Nilai Murni Dalam Diri Kanak-Kanak
Melalui dapatan kajian yang telah ditemui berdasarkan objektif pertama, akan dihuraikan dengan
lebih terperinci bagi mencapai objektif kedua iaitu elemen pemupukan nilai murni murni yang
terdapat dalam rancangan kartun tempatan The Amazing Awang Khenit. Melalui penemuan
subtema bagi objektif pertama iaitu nilai taat kepada agama, pengkaji mendapati rancangan kartun
ini mengetengahkan dua elemen pemupukan iaitu dengan perbuatan membaca doa dalam episod
Memori Silam dan juga memberi salam dalam episod Putera Katak dan Sham, Geng Jabai dan
Makhluk Besi dari Angkasa. Elemen tersebut dapat dikaitkan dengan nilai taat kepada agama
adalah kerana perbuatan watak yang mengikut suruhan Allah S.W.T dan ini juga selari dengan
kajian yang berjaya dijalankan oleh Noor Aida dan Nasihah (2015) berkaitan dengan analisis
rancangan kartun Upin Ipin. Kajian tersebut menemukan nilai kuat pegangan agama di dalam
sebahagian babak kartun Upin Ipin dengan memasukkan elemen pemupukan dari segi perbuatan
iaitu ibadah solat serta puasa (Esok Puasa, 2007), mengerjakan umrah (Rind Opah, 2011) dan juga
membayar zakat fitrah (Zakat Fitrah, 2008).

Selain itu, subtema kedua iaitu nilai sopan santun mengetengahkan elemen pemupukan dari segi
pemakaian watak, bahasa yang baik dan sikap menghormati orang yang lebih tua dalam episod
Misteri Puteri Melati, Angkara Makhluk Jadian serta Liga Ninja 82 Tuntung. Bagi imej visual,
watak telah mengenakan pakaian tradisional melayu iaitu baju kurung dan baju pahlawan Melayu
yang sopan serta tidak mendedahkan aurat. Manakala bagi elemen bahasa pula, watak
menggunakan bahasa yang sopan seperti memohon maaf dan sering mengucapkan terima kasih
serta elemen perbuatan menghormati orang tua pula dapat dilihat apabila watak sering bersopan
santun apabila berkomunikasi mahupun berhubungan dengan orang yang lebih tua. Kajian ini
dapat dikuatkan lagi dengan sokongan kajian lepas oleh Norzaliza et al. (2018) mengenai analisis
Karya Lat yang mengatakan elemen pemakaian dalam sesebuah karya mampu menyampaikan nilai
baik kepada penonton sekiranya watak kartun itu mengenakan pakaian tradisi seperti Baju Melayu,
Baju Kurung dan bertudung. Kajian oleh Mohd Amir (2015) berkaitan dengan analisis rancangan
kartun Naruto dan Dragon Ball mengatakan elemen pemupukan dari nilai keadilan dapat dilihat
apabila watak di dalam rancangan kartun tersebut sering dikenakan hukuman yang bersesuaian
dengan kesalahan. Melalui nilai keadilan tersebut akan dapat membantu penonton
mempraktikannya di dalam kehidupan seharian mereka mengikut konteks yang bersesuaian
dengan situasi (Mohd Amir, 2015).

Begitu juga dengan dapatan kajian pengkaji, mendapati dua elemen pemupukan nilai keadilan
dalam rancangan kartun The Amazing Awang Khenit adalah hukuman yang setimpal serta
pertarungan yang adil. Elemen tersebut dapat dilihat dalam episod Geng Jabai dan Geng Jabai
Mengganas ketika watak penjenayah telah dimasukkan ke dalam penjara di atas kesilapan

73
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

merompak dan mereka juga harus mengikuti sebuah pertarungan antara dua belah pihak bagi
menentukan kemenangan. Tambahan pula, dapatan yang seterusnya berkaitan dengan kajian
Representasi Nilai Anti Kekerasan Dalam Film Big Hero 6 (Esha, 2015) dimana hasil dapatan
tersebut mendapati watak Hero dan Baymax, berani melawan musuh mereka iaitu Prof. Callagna
dan Sang Villain sehingga berjaya tanpa menggunakan kekerasan. Begitu juga dengan kajian yang
dilakukan oleh penyelidik, mendapati melalui episod Misteri Puteri Melati, Angkara Makhluk
Jadian 1, Geng Jabai dan Memori Silam turut meletakkan elemen melawan musuh dan
mempertahankan diri. Ini dapat dilihat apabila Awang Khenit dan Badang merupakan seorang
pahlawan telah berjaya mengawal keadaan di negeri Indra Sakti dengan menghalang musuh
melakukan kerosakan di negeri mereka serta menyelesaikan situasi rompakan di Bank. Selain itu,
kajian ini menemukan dapatan nilai kasih sayang dan membahagikan kepada tiga elemen iaitu
terhadap ahli keluarga, rakan dan rakyat jelata. Hal ini dirungkaikan dalam episod episod Memori
Silam, Misteri Puteri Melati dan Angkara Makhluk Jadian 2. Watak Awang Khenit yang rapat
dengan ibu bapanya serta Maklong menampakkan nilai kasih sayang dengan cara budi bahasa
mereka serta perbuatan. Begitu juga dengan cara Awang Khenit sayang akan Badang iaitu
berusaha memulihkan sumpahan Badang dan Raja Mustafar yang sayang kepada rakyat jelata
dengan mencari jalan penyelesaian membantu Awang Khenit dan Badang. Selari dengan kajian
Siti Hastanti (2008) mendapati Kartun Disney menampilkan watak Cinderella yang amat
menyayangi orang sekeliling, tumbuhan mahupun alam sekitar dan nilai tersebut turut ditampilkan
oleh bapanya yang amat mengambil berat tentang Cinderella. 84 Seterusnya, sebuah kajian yang
dilakukan oleh (Rendra 2008) mengenai analisis tema animasi Narnia mendapati wujud nilai taat
kepada raja yang dilakonkan oleh watak. Nilai tersebut dapat dikenalpasti apabila empat watak
iaitu Peter, Susan, Edmund dan Lucy mengikuti segala suruhan yang diamanahkan oleh Raja Aslan
untuk mempertahankan kota mereka, Narnia.
Begitu juga dengan dapatan yang diperolehi oleh pengkaji melalui kartun The Amazing Awang
Khenit iaitu apabila watak Awang Kheni dan Badang tidak ingkar akan suruhan yang diminta Raja
Mustafar dan akan menghormati Raja Mustafar seperti dalam episod Putera Katak dan Sham serta
Angkara Makhluk Jadian. Bagi nilai terakhir iaitu rasional telah dikenal pasti dalam episod
Angkara Mahkluk Jadian dan Putera Katak dan Sham. Elemen pemupukan tersebut adalah
membuat keputusan yang rasional serta memberi idea yang bernas iaitu watak Awang Khenit yang
membuat keputusan menghalang Badang untuk memakan muntah Ikan Patin Jadian serta watak
Puteri Melati yang bijak dalam memberi idea-idea bagi menyelamatkan Badang. Menurut Mohd
Amir (2015), rancangan kartun Naruto dan Dragon Ball turut menampakkan elemen pemupukan
membuat keputusan rasional apabila watak Naruto membawa anaknya, Boruto untuk bersama-
sama melawan musuh kerana dia telah yakin tentang kebolehan dan kekuasaan anaknya.

74
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

RUJUKAN

Abdul Majid & Dian Andayani. (2011). Pendidikan Karakter Prespektif Islam. Bandung:
Remaja
Rosdakarya. Ahmad, M. S. (2004). Penerapan Pendidikan Bersepadu Di Politeknik. Tesis
Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Ahmed, S., & Wahab, J. A. (2014). Animation and Socialization Process: Gender Role Portrayal
on Cartoon Network. Asian Social Science, 10(3).
Aisyah, S. (2016). Elemen Dakwah dalam Siri Animasi Ummi: Ceritalah pada Kami. Jurnal
Usuluddin, 85-116.
Alias, N., Razak, S. H., Elhadad, G., Nurul Rabihah Mat Noh Kokila Kunjambu, & Muniandy, P.
(2013). A Content Analysis in the Studies of YouTube in Selected Journals. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 103, 10-18.
Amzan Anizam (2015). Singapore's MediaCorp Suria Orders The Amazing Awang Khenit.
Retrieved 10 November, 2018, from http://kr8tifexpress.com/article/149 Anansa Jacob (2014).
Animated in Malaysia. Retrieved 10 November, 2018, from
http://www.thesundaily.my/news/1219982
Anastasia, M. (2018). Pengertian Faktor dan Peranan Nilai Sopan Santun. Retrieved November
3, 2018 from https://www.plukme.com/post/pengertian-faktor-danperanan-nilai-sopan-santun-
uXMxdkj
Arshad, M., Zafar, N., & Kausar, R. (2018). Cartoon Addiction and Executive Functioning in
School Going Children. Global Journal of Addiction & Rehabilitation Medicine. 5(4) Aynur, A.
(2013). Hidden effects of cartoons on little spectators. Retrieved 8 November, 2018, from
http://www.azernews.az/analysis/58562.html
Basirudin. (2010). Nilai-nilai Dakwah dalam Film Serial Kartun Upin dan Ipin. Komunikasi
Penyiaran Islam
Bowker, L. H., Bogdan, R., & Taylor, S. J. (1978). Introduction to Qualitative Research
Methods: A Phenomenological Approach to the Social Sciences. Teaching Sociology, 5(2), 213.
Braun, V. and Clarke, V. (2006) Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in
Psychology, 3 (2). pp. 77-101
Bryman, A. (2012). Social Research Methods. 4th edition. New York: Oxford University Press
Chukwu,
M. (2014). Effects of Cartoons on Children. Retrieved 7 November, 2018, from
http://www.psychologyandi.com/effects-cartoons-children/ Cleaver, S. (2008). Comics and
graphic novels. Instructor, 117(6), 28-30.
Dewi, R, S. (2012). Representation Of Communication Between Cultures And Moral Messages
In Animation Film (Study Analysis Of Animation Film "Upin Ipin" In Mnc Tv). Jurnal
Komunikasi Pembangunan, 10(1).

75
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Denzin, NK & Lincoln, YS. (1994). "Introduction: Entering the field of qualitative research." In
NK Denzin and YS Lincoln (Eds.) Handbook of Qualitative Research (1-17). Thousand Oaks:
Sage Publications.
Dzulhadi, Q. N. (2015). Islam sebagai Agama dan Peradaban. Tsaqafah, 11(1), 151. Eno
Bening. (2014). Youtube as a New Media: It’s Impact on Indonesia Society According to Jean
Baudrillard’s Thought. Indonesia
Faiqah, F., Nadjib, M., & Amir, S, A. (2016). Youtube Sebagai Sarana Komunikasi Bagi
Komunitas Makassarvidgram. Jurnal Komunikasi KAREBA, 5(2).
Fathurohman, I., Nurcahyo, A. D., & Rondli, W. S. (2015). Film Animasi Sebagai Media
Pembelajaran
Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA : Mc. Fraw-
Hill Inc.
Habib, K., & Soliman, T. (2015). Cartoons’ Effect in Changing Children Mental Response and
Behavior. Open Journal of Social Sciences, 03(09), 248-264
Hamdan Daniel. (2018). Watak Animasi: Kesan Dan Pengaruh Terhadap Minda Kanak-Kanak.
Retrieved 8 November, 2018, from https://eniaga.awal.my/blogs/pendidikan/watak-animasi-
kesan-dan-pengaruh terhadap-minda-kanak-kanak.
Hamzah, M. I., Ishak, N. M., Ariffin, S. R., & Amat, S. (2009). The Roles of Emotional
Intelligence and Emotion Focused Solution: Developing Leadership Qualities among College
Students. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences: Annual Review,4(6),
187-200.
Harian, W. S. (2016). Penerapan nilai murni dalam animasi Malaysia. Retrieved 10 November,
2018, from http://www.sinarharian.com.my/rencana/penerapan-nilaimurni-dalam-animasi-
malaysia-1.531444 90
Hasan,M Iqbal. 2002. Pokok-pokok Materi Statistika 1 (Statistik Deskriptif). Edisi Kedua. PT.
Bumi Aksara. Jakarta. Hashifah (2011). Kartun. Retrieved 23 October, 2018, from
https://mediapls2009.wordpress.com/2011/03/28/kartun/
Haqqy, R, E. (2015). Representasi Nilai Anti Kekerasan Dalam Film (Studi Analisis Semiotika
John Fiske Dalam Film Big Hero 6). e-Proceeding of Management, 2(3).
Hsieh, H., & Shannon, S. E. (2005). Three Approaches to Qualitative Content Analysis.
Qualitative Health Research,15(9), 1277-1288.
Hussin, S. (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Edisi
kedua Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Siaran Akhbar Statistik Kanak-Kanak, Malaysia.
Kaplan, A. M., & Haenlein, M. (2012). Social media: Back to the roots and back to the future.
Journal of Systems and Information Technology, 14(2), 101-104.
Kerlinger, F. (1986). Foundation of behavioural research (3rd ed.). New York: Holt,

76
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Rinehart, and Winston Krippendorff, K. (2013). Content analysis: An introduction to its


methodology. 3rd ed. Sage
Latifah, A.M., Wan Nasyrudin, & Nurul Hidayah. (2012). Penerapan Nilai Murni Dan
Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal
Hadhari Special Edition, 51-65.
Lewis Thomas & Elaine B. Johnson. (2014). Contextual Teaching Learning. Jakarta: Kaifa
Mahamood, M. (2004). The history of Malay editorial cartoons, (1930s-1993). Kuala Lumpur:
Utusan Publ. Majid, L.
Abdullah, N & Zakhi, N. H. (2012). Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri Kanak-
Kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 51-
65. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. 2001. Akta Kanak-Kanak 2001. (Act 611). 91
Mugenda O.M. & Mugenda A.G. (2003). Research Methods Quantitative and qualitative
approaches. Nairobi: Acts Press.
Murtiningsih, S., & Nugroho, H, S,. (2008). Ideologi Film Kartun Animasi Anak (Refleksi
Filosofis Atas Pedagogi Tersembunyi Dalam Dunia Disney). Jurnal Filsafat.18(2).
Naik, Umesha. & Shivalingaiah, D. (2008). Comparative Study of Web 1.0, Web 2.0 and Web
3.0, Allahabad :CALIBER.
Norsaliza, Mohd Shuhaini, Mohd Rosli & Azhar H.W. (2017). Keupayaan Pengurusan
Intelektualisme Kanak-Kanak Dalam Kekuasaan Animasi Upin Dan Ipin. Jurnal Peradaban
Melayu, 12. 71-87
Norzaliza, Maizatul Azura, Ainal Akmar & Fatinah. (2018). Perpaduan Dalam Seni Lukis
Kartun: Analisis Semiotik. International Journal of Education, Psychology and Counseling,
3(11) 30-41.
Nor Asiah Yaakub. (2018). Kesan animasi luar ke atas personaliti kanak-kanak. Retrieved 8
November, 2018, from http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kesan-animasi-luar-ke-atas-
personalitikanak-kanak-1.585262
Noor Aida & Nasihah Hashim. (2015). Citra Wanita Melayu Dalam Cerita Animasi Kanak-
Kanak Upin dan Ipin. Journal of Education and Social Sciences. Vol 2.
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Penerbit
Universiti Putra Malaysia, Serdang
Özer, D., & Avcı, I. B. (2015). Cartoons as Educational Tools and the Presentation of Cultural
Differences Via Cartoons. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 191, 418-423. 92
Rahim, A. Halim, H. A., & Mamat, R. (2014). Learning via Television Cartoon. Asian Social
Science, 10(15). Renra, P. (2008). An Analysis of Themes In the Chronicle Of Narnia.
University of Malang Rezki, P.S,
Salhah, A, Dini, F.B. (2009). Penerapan nilai- nilai Islam melalui penggunaan media dalam
pendidikan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran Islam. 21-22 Julai. Hotel
Equatorial, Bangi.

77
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 3: No. 12 (May 2019) page 66-78 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Rizka, H. (2017). Bahasa Dan Gender Dalam Film Kartun Go Diego Go Dan Dora The Explorer
Sebuah Kajian Sosiolinguistik.
Sabitha Marican (2006). Penyelidikan Sains Sosial – Pendekatan Pragmatik. Selangor:
Edusystem Sdn
Sultana, S. (2014). Role Of Cartoon: A Brief Discussion On How Cartoon Put An Impact On
Children. ENH Community Journal, 01(01)
Supriatini, S., & Surismiati, S. (2018). Analisis Nilai-Nilai Pendidikan Islam Pada Film Sang
Pencerah Garapan Sutradara Hanung Bramantyo. Jurnal Bindo Sastra, 2(2), 208.
Swing, E. L., Gentile, D. A., & Anderson, C. A. (2008). Violent video games: Learning
processes and outcomes. In R. E. Ferdig (Ed.), Handbook of research on effective electronic
gaming in education (pp. 876–892).
Thompson, A. (2010). Pros and cons of cartoons on children. Retrieved November 1, 2018,
from http://www.ehow.com/list_6874711_pros-conscartoonskids.html#ixzz0xbVkv0R0 93
Tiarina, Y. (2012). Prinsip Kerjasama dalam Film Kartun Avatar. Komposisi: Jurnal Pendidikan
Bahasa, Sastra, Dan Seni 11(1).
Tripathi, P., & Singh, A. (2016). The effect of cartoon on children. Asian Journal Of Home
Science, 11(2), 400-403 Untar
M. F., & Purnomo, F. U. (2016). Kajian Nilai Moral Dalam Film Kartun Upin Dan Ipin Edisi
“Ikhlas Dari Hati” Produksi Les’ Copaque. Malih Peddas (Majalah Ilmiah Pendidikan Dasar),
6(1).
Zanariah Noor. (2010). Aplikasi prinsip kebajikan kanak-kanak dalam kes hadanah. Malaysian
Journal of Syariah and Law, 2: 63-93.
Zulzaidi. (2008). Pengaruh Televesyen Terhadap Perkembangan Minda KanakKanak. Retrieved
10 November, 2018, from https://zulzaidi.wordpress.com/2008/03/18/pengaruh televesyen-
terhadapperkembangan-minda-kanak-kanak.

78

View publication stats

You might also like