Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Mata Pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 4

Tajuk Bab 4 : Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita (Siri 4)

Standard Kandungan 4.0 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Standard Pembelajaran 10.3.6 Menerangkan penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo


Utara British kepada British.
10.3.7 Menganalisis reaksi penduduk tempatan terhadap
penyerahan Sabah.
K10.3.11 Menghuraikan kepentingan menghargai kepimpinan
tokoh terdahulu dalam membina negara,

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:

a) Menceritakan tentang faktor-faktor penyerahan Sabah


kepada British oleh Syarikat Borneo Utara British.
b) Menganalisis sebab-sebab penentangan rakyat tempatan
terhadap penyerahan Sabah kepada British.

Tempoh Masa 2 jam nota dan latihan


Nota Rujuk lampiran 1 dan 2
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberikan
dalam Lampiran 1 hingga 2 (anda digalakkan untuk membina
peta minda/i-Think berdasarkan nota)
2. Jawab soalan pada lampiran 3 hingga 4 dengan merujuk nota
atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang dan
bahan bacaan lain.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Lampiran 3 hingga 4.

STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Menyatakan pengetahuan tentang era peralihan kuasa British di
negara kita.
2 Menjelaskan pengetahuan tentang era peralihan kuasa British di
negara kita beserta contoh.
3 Membuat kronologi tentang era peralihan kuasa British di negara
kita.
4 Mencerakinkan maklumat tentang era peralihan kuasa British di
negara kita.
5 Membuat justifikasi tentang era peralihan kuasa British di negara
kita.
6 Menjana idea tentang kesan era peralihan kuasa British di negara
kita bagi mewujudkan sistem pentadbiranyang cekap dan berkesan
pada masa hadapan.

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

TARIKH:
LAMPIRAN
1
4.6 PENYERAHAN SABAH KEPADA KERAJAAN BRITISH

Pentadbiran BMA  Selepas tentera Jepun menyerah kalah, British Military


administration (BMA) diperkenalkan di Sabah.
 28 September 1945, Kota Kinabalu dibebaskan
daripada kawalan tentera Jepun.
 19 Oktober 1945, Sandakan pula dibebaskan
 BMA diketuai oleh C.F.C. Macaskie.
 BMA berusaha untuk mengembalikan keamanan dan
ketenteraman negeri.

Faktor Penyerahan Sabah kepada British


 Pada 26 Jun 1946 SBUB menandatangani perjanjian dengan British.
 Sabah menjadi tanah jajahan British
 Pentadbiran negeri akan ditadbir oleh Gabenor sbg Ketua Kerajaan.
 Gabenor British pertama ialah Sir Edward Twining.

Faktor-faktor Penyerahan;
Memenuhi kepentingan  Perdana Menteri Britain Clement Attlee ketika itu
British sedang menyelesaikan soal pemberian kemerdekaan
kepada Sri Lanka, India dan Burma.
 Sabah berpotensi menggantikan tanah jajahan
tersebut kerana berupaya untuk membekalkan sumber
bahan mentah dan kawasan pasaran bagi barangan British.

Meneruskan dasar  Semasa pemerintahan SBUB, Sabah menjadi negeri


British dalam hubungan naungan British.
luar.  British menguasai perhubungan luar negeri dan
pertahan Sabah.
 Keadaan ini mendorong SBUB membuat keputusan
untuk menyerahkan Sabah kepada British pada tahun
1946.

Masalah kewangan  Sebelum meninggalkan Sabah, tentera Jepun telah


SBUB memusnahkan Jeselton, Kudat dan Sandakan. 
 Kerosakan ini memerlukan kos yang besar dan tidak
mampu ditanggung oleh SBUB bagi membangunkan
Sabah. 
 Pihak syarikat bersetuju menyerahkan Sabah kepada
kerajaan British kerana kekurangan dana.

NOTA

TARIKH:
LAMPIRAN
2
4.7 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN SABAH

- Penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak mendapat penentangan
daripada rakyat tempatan di Sabah kerana perkara berikut:
Dasar British
1. British menindas kegiatan  Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai
berpesatuan kumpulan etnik yang berbeza dari aspek bahasa,
budaya, sistem kepercayaan, pertempatan dan
kegiatan ekonomi. 
 Keadaan ini menyukarkan pemimpin Sabah untuk
menghimpunkan semua etnik dalam satu pertubuhan.
 Walaupun begitu, terdapat juga persatuan yang
ditubuhkan seperti:
a. Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS)
b. Persatuan kebangsaan Melayu di Sabah yang
dipimpin oleh Tengku Nordin, Zakaria Gunn dan
Abu Bakar K. Ahmad
c. Barisan pemuda Sabah 
(BARIP) yang dipimpin oleh Mandor Muhammad
Syarif, Imam Suhaili Yaakob, Seruji Yaakob dan
Zulkifli Apong Abang Abdul Hadi.
 Pada awalnya, organisasi ini ditubuhkan untuk
memperbaik keadaan ekonomi dan politik kaum
bumiputera. 
 Kemudianya, pemimpin persatuan ini bergiat aktif
membangkitkan kesedaran berpolitik dalam kalangan
masyarakat setempat. 
 British khuatir pengaruh pemimpin ini akan
menggugat kedudukan mereka di Sabah.
 Bagi melumpuhkan gerakan nasionalisme ini,
British bertindak secara halus menawarkan jawatan
kenaikan pangkat kepada ahli persatuan ini. 
 Selain itu, British turut memindahkan ahli dan
pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan ke
bandar lain.
 Kegiatan berpersatuan ini akhirnya menjadi lemah
kerana mengalami masalah kewangan dan
kekurangan pemimpin yang berkebolehan.

2. Menghadkan peluang -  Dasar British menghadkan peluang kepada penduduk


dalam pentadbiran. tempatan melibatkan diri dalam bidang pentadbiran
menyebabkan penduduk Sabah kurang mempunyai
pengalaman dalam sistem birokrasi Barat.

Kepentingan sosial ekonomi penduduk tempatan.


 Penyerahan Sabah dianggap sebagai peluang kepada penduduk tempatan untuk
melibatkan diri dalam pentadbiran, memajukan bidang perniagaan dan meluaskan
jaringan perdagangan. 
 Selain itu, penyerahan ini dapat membangunkan negeri Sabah selepas Perang. 
 Oleh sebab itu, kebanyakkan penduduk enggan melibatkan diri dalam aktiviti
menentang penyerahan Sabah kepada British.
 Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan daripada
penduduk tempatan kerana mereka tidak memahami tujuan penyerahan tersebut.
 Hal ini disebabkan oleh dasar British yang menindas kesedaran nasionalisme
dalam kalangan anak watan. 
 Gelombang kebangkitan nasionalisme di Sabah berlaku apabila British
memperkenalkan langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah.
LATIHAN OBJEKTIF

TARIKH:
LAMPIRAN
3
BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

4.6 : Penyerahan Sabah Kepada Kerajaan British

1. Apakah kesan perjanjian antara SBUB dengan kerajaan British pada 26 Jun
1946? ms 114

A British menguasai perdagangan


B Sabah menerima penasihat British
C Sabah menjadi tanah jajahan British
D Kerjasama ekonomi SBUB dan British

2. Semasa pemerintahan SBUB, Sabah merupakan negeri naungan British.


Apakah aspek yang dikuasai oleh British semasa Sabah menjadi negeri
naungannya? ms 114

I Pertahanan Sabah 
IIPentadbiran Sabah
III Perdagangan Sabah
IV Perhubungan Luar Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Apakah faktor Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan


pentadbiran kepada kerajaan British pada tahun 1946. ms 115
A Pemodenan pentadbiran 
 B Kepentingan ekonomi 
 C Pemulihan prasarana
 D Desakan British
4. Gambar 1 menunjukkan kemusnahan bandar Sandakan selepas
dibom oleh tentera Jepun. Berdasarkan peristiwa tersebut, mengapakah SBUB
bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British? ms115
A Kekurangan dana
B Masalah pentadbiran 
C Masalah pembangunan
D Kehilangan banyak nyawa

4.7 : Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sabah

5. Bilakah penyerahan Sabah kepada British berlaku?  ms 116


A. 15 Julai 1946
B. 25 Julai 1946
C. 15 Ogos 1948
D. 18 ogos 1958

6. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pemimpin di Sabah sukar


untuk menghimpunkan kesemua etnik dalam satu pertubuhan untuk
melakukan gerakan nasionalisme?  ms 116

A. Etnik di Sabah sering berbalah


B. Masyarakat di Sabah tidak bersatu padu 
C. British telah melakukan sekatan dan penindasan kepada penduduk
D. Perbezaan dari aspek bahasa, budaya, sistem kepercayaan, petempatan dan
kegiatan ekonomi.

7. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada


rakyat tempatan di Sabah. 
Mengapakah penyerahan ini tidak mendapat tentangan?  ms 116, 117

I.Dasar British.
II. British menjanjikan kemerdekaan 
III. Penduduk tempatan diugut bunuh oleh British 
IV. Kepentingan sosioekonomi penduduk tempatan.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
LATIHAN ESEI

TARIKH :
LAMPIRAN
4
1

  a Apakah faktor faktor penyerahan Sabah kepada British? [6 markah]

b Mengapakah rakyat Sabah tidak menentang apabila Sabah menjadi tanah jajahan
. mahkota?

   [6 markah]

c Sarawak dan Sabah penting bagi British. Beri hujah anda.


[8 markah]

You might also like