Kampung Rawa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAH TEMPATAN :- KAMPONG RAWA,GEORGETOWN, PULAU

PINANG

Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserahkan hak kepada

Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan

Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British

daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali

sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau ini sebagai Pulau Prince of Wales untuk

menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di

hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari

Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkitkan minat Syarikat

Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal

perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita

orang Perancis di wilayah. Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat

perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British.

Apabila Syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu diserang oleh Siam, Sultan Kedah

cuba mengambil kembali pulau pada tahun 1790. Malangnya, percubaan itu gagal dan Sultan

Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat

sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun.

Bayaran ini kemudiannya dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan

penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada tahun 1800. Sehingga hari ini,

pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat bayarannya kepada

negeri Kedah. Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura,

menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran

1
British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada

1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Malayan Union, sebelum menjadi sebuah

negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di

dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pada 7 Julai 2008, pengiktirafan Melaka Bandaraya Bersejarah dan George Town

sebagai Tapak Warisan Dunia diumumkan secara rasminya dalam mesyuarat ke-32

UNESCO World Heritage Committee di Quebec, Kanada. Proses pencalonan,

penyenaraian dan penganugerahan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan

Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) perlu

melalui banyak proses dan prosedurnya agak sukar. Oleh itu, untuk mengekalkan

status tersebut bukan suatu yang patut diambil mudah (Jabatan Warisan Negara, 2008).

Bagi tujuan promosi, pihak kerajaan negeri telah mengetengahkan satu slogan iaitu

“Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat

memberi gambaran produk pelancongan yang disajikan kepada pelancong, iaitu

pelancongan yang bertemakan warisan sejarah dan budaya masyarakat (Er Ah Choy,

2013).

Kawasan Lebuh Acheh dan Lebuh Armenian yang terletak di hujung selatan

‘Jalan Muhibbah’ penuh dengan keragaman setempat. Corak khas kotanya terbentuk

oleh barisan rumah-rumah kedai yangdiselang-seli dengan jalan dan lorong. Dalam kota

tua ini tersimpan pusaka seni bina yang menampilkan peradaban kuno di samping tata bandar

yang memperagakan warisan sosial yang unik lagi kaya. Selama lebih dua kurun, kawasan

ini merupakan wadah tumpuan di Pulau Pinang, hubungan perdagangan, kerjasama dan

kebergantungan antara kelompok di pelabuhan George Town (GTWHI, 2010). Sejak lebuh

ini dikenal pasti untuk kelestarian bandar pada tahun 1989, kawasan ini telah ditingkatkan

2
dan dihidupkan kembali melalui usaha awam, pihak swasta dan perbadanan. Tiga projek baik

pulih telah memenangi anugerah iaitu banglo (rumah agam) Syed Alatas, Masjid

Melayu Acheh dan pentas opera Kongsi Khoo. Meskipun pengusaha budaya memberi

rangsangan baru bagi tempat ini, rumah-rumah kedai masih didiami oleh kaum kerabat

dan peniaga kecil-kecilan seperti kedai makanan, runcit dan kitar semula. Memori

penghuni asal, keterampilan, kisah dan kekerabatan mereka menjadi bahagian integral

warisan tidak ketara yang unik di Lebuh Acheh dan Lebuh Armenian (GTWHI, 2010).

Kawasan tapak warisan George Town terbahagi kepada dua bahagian iaitu zon teras

dan zon penampan. Zon teras melibatkan kawasan seluas 109.38 hektar dan mengandungi

sebanyak 1,700 buah bangunan. Kawasan ini disempadani oleh persisiran pantai sepanjang

utara dan timur dan bahagian utara ke barat ialah sepanjang Love Lane dan Gat Lebuh

Melayu, manakala di kawasan barat daya pula disempadani oleh Lebuh Carnarvon.

Seterusnya, ialah zon penampan yang melibatkan kawasan seluas 150.04 hektar yang

disempadani oleh laut, Jalan Transfer di sebelah barat sehingga Jalan Dr Lim Chwee dan Gat

Jalan Prangin di sebelah selatan barat (Jabatan Warisan Negara, 2008).

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia,

dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer

persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2016 ialah:

Cina: 723,600 (42.5%)

Melayu: 681,035 (40.0%)

India: 197,490 (11.6%)

Lain-Lain:

Bumiputra Bukan Melayu: 5,100 (0.3%)

3
Bukan Warganegara: 95,300 (5.7%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan

penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti

Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel,

komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga

Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai

golongan ekspatriat yang besar, kebanyakannya berasal dari United Kingdom, Australia,

negara-negara Eropah, dan Jepun

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient),

merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia

dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang

membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh

makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan

dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut serta mempunyai banyak

hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong

juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-

rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad

kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil

Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar

Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong

yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR,

bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan

sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang

4
aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih

terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya

disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara

negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan

sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran

negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat

pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola,

Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas

Bayan Baru.

Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri

Pulau Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga dearah paling maju dan

paling berpenduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis

Bandaraya Pulau Pinang. Dalam daerah Timur Laut ini banyak kampong yang mempunyai

banyak sejarah-sejarah yang tersimpan yang belum orang ramai ketahui. Antara kampong

yang ingin diceritakan adalah Kampong Rawa.

Kampung Rawa terletak di Jalan Sungai Pinang berhampiran kawasan Jelutong dan

Dato’ Keramat. Jawatan Kuasa Ketua Kampung (JKKK )ialah En. Lee Poh Leng, Alex yang

beralamat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Pinang, 88-03-02, Jalan

Jelutong, 11600 Pulau Pinang, Malaysia. Ahli Undangan (ADUN) kawasan tersebut adalah

YB. Lim Siew Khim beralamat No. 88-03-02 Jalan Jelutong, 11600 Pulau Pinang.

Kawasan Kampung Rawa juga mempunyai beberapa sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan Francis Light. Sekolah Francis Light dalam tahun 1929, apabila bangunan lima

5
tingkat Sekolah Inggeris Kerajaan di Jalan Northam didapati tidak selamat untuk terus

digunakan sebagai sekolah, kerajaan membenarkan pembinaan sekolah baru dan dua belas

rumah guru di suatu kawasan baru di Jalan Perak. Bangunan sekolah baru itu yang

sebahagian besarnya dibuat daripada kayu, dan bumbungnya asbestos tetapi tidak berlangit-

langit telah disiapkan sebelum akhir tahun. Dalam bulan disember 1929 semasa cuti sekolah,

perkakas dari sekolah Di Jalan Northam itu dipindah ke sekolah di Jalan Perak.

Pada 20 hb Januari 1930, 400 murid dan 16 orang guru dari Sekolah Jalan Northam

itu, bersama dengan Guru Besarnya, Encik E.T.M Lias, pindah ke Sekolah Baru. Seterusnya

dalam suatu mesyuarat di antara Guru Besar dan kakitangan Sekolah, nama sekolah telah

ditukar kepada Francis Light School, iaitu mengambil sempena nama pengasas Pulau Pinang,

Kapten Francis Light. Waktu sekolah ialah 9.30 pagi hingga 4.30 petang waktu rehat selama

15 minit dan waktu makan tengahari selama sejam. Oleh sebab bangunan kayu itu didapati

terlalu panas, waktu sekolah ditukar selepas penggal pertama kepada 8.00 pagi hingga 1.00

petang. Beberapa lama kemudian langit-langit dipasang dan kipas angin siling diadakan

dalam semua bilik darjah. Sekolah itu mempunyai sebuah Bilik Lukisan, sebuah Bilik Kerja

Tangan, sebuah Bilik Ilmu Alam dan sebuah Bilik Membaca atau Perpustakaan. Di luar ada

dua gelanggang tenis yang digunakan oleh kakitangan sekolah, guru-guru dari sekolah lain.

Padang sekolah tidak siap untuk digunakan sehingga pertengahan tahun 1931. Guru Besar

mendapat kebenaran untuk mendapat kebenaran untuk menggunakan Padang Dato’ Kramat

untuk permainan dan sukan. Sebaik sahaja sebelum Perang Dunia Kedua dua buah bilik

darjah telah digunakan sebagai Ibu Pejabat Tindakan mencegah Serangan Udara. Semasa

masa pendudukan Jepun Sekolah ini digunakan sebagai sekolah Jepun dari tahun 1942 hingga

1945.

Selepas perang, sekolah ini dibuka semula pada 1hb Oktober 1945 dengan 9 orang

guru dan 10 darjah. Tuan Haji S. M. Zainal Abidin yang menjadi Guru Besar sebelum

6
pendudukan Jepun, meneruskan jawatannya. Sekolah ini berkembang dengan pesatnya dan

menjelang tahun 1957, didapati perlu mengadakan sesi di sebelah petang dan pagi kerana

kekurangan bilik darjah. Pada masa itu jumlah bilik darjah hanyalah 21 sahaja. Sebuah

bangunan tambahan mengandungi 4 bilik darjah dibina dalam tahun 1960 dan sebuah blok 4

bilik darjah ditambah dalam tahun 1994, satu blok tiga tingkat dibina dibelakang bangunan

utama. Pada bulan Januari 1970 Sekolah Francis Light dibahagi dua iaitu Sekolah Francis

Light Satu dan Sekolah Francis Light Dua dengan seorang Guru Besar bagi setiap sekolah.

Sebuah sekolah untuk sesi pagi dan sebuah sekolah lagi sesi petang. Pada 1 hb Januari 1990

kedua-dua sekolah dicantum semula menjadi satu dengan menggunakan nama Sekolah

Rendah Kebangsaan Francis Light.

Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee juga terletak di kawasan Kampung Rawa.

Bangunan asal sekolah ini terletak di tapak Kilang Bijih Timah Syarikat Dato Keramat.

Setelah disiapkan pada tahun 1887 bangunan sekolah mula digunakan pada tahun yang

sama. Pada ketika itu seramai 40 orang murid dengan seorang tenaga pengajar berada di

sekolah ini. Akhibat pembinaan kilang bijih timah Syarikat Dato Kramat , sekolah ini

terpaksa dipindahkan ke tempat baru yang terletak di Jalan Kajang 400 meter daripada tapak

asalnya. Selama 25 tahun sekolah ini betapak di tempat ini sebelum berpindah ke lokasi

sekarag iaitu Jalan Timah. Jumlah murid pada ketika itu lebih kurang 100 orang dipimpin

oleh 2 orang guru. Bangunan tambahan dibina pada tahun 1924 berikutan dengan

penambahan murid. Dalam tempoh 1930 hingga 1959 sebanyak 2 buah bangunan tambahan

telah dibina untuk menampung murid seramai 900 orang.

Pada 1967 jumlah pelajar beertambah ke 1,222 orag murid dengan tenaga

pengajarseramai 38 oarang. Pada ketika itu sekolah 2 sesi perlu dijalankan dan Sekolah

Kebangsaan Kampong Jawa merupakan merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid

yang paling ramai. Pada 1970an dan 80an menyaksikan pembinaan sekolah-sekolah baru di

7
sekitar kawasan ini dan ini mengakibatkan pemindahan penduduk ke tempat-tempat lain

berlaku dengan ketara. Pembangunan ekonomi dengan pembinaan kilang-kilang dan kawasan

perindustrian juga menyumbang kepada perpindahan penduduk kawasan ini ke tempat-

tempat yang baru untuk mencari peluang pekerjaan dan kawasan perumahan baru.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan Dato Kramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Abdullah Munshi juga terletak didalam kawasan Kampung Rawa. Sekolah-sekolah tersebut

juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang mungkin ramai orang tidak ketahui. Selain

itu, terdapat satu masjid iaitu Masjid Jamek Kampung Rawa,

Bercerita tentang masjid, ada satu sejarah yang telah mengemparkan negara pada satu

ketika dahulu. Cerita bermula pada Januari 1998, anak-anak Qaryah Masjid Kampong Rawa

menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada

pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang,

dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid

kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat

maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang

solat.

Kemudian pada Januari 1998 juga Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti

isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil

tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong

Rawa. Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas

tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..Dalam tempoh

tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil

Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.Dari maklumat yang di perolehi, tuan

tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil

8
tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan

lagi dalam masa yang singkat.

Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu

banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis

Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu

yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Menurut bancian, bilangan kuil

Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil

atau yang besar. Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga

tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi

mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas

nama kuil.

Pada 13 Mac 1998 hari Jumaat, kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai

kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi

telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid

Kampong Raya telah di adakan. Lima hari kemudian Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan

perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.

Selang dua hari demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid

Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai apabila pihak

polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk

berunding.Kemudian pada 22 Mac 1998 mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu

malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid

Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta

9
badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua

Menteri Pulau Pinang Dato’ Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di

perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam). Pihak Qaryah dan penduduk

Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di

pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.

Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di

bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan

yang berhampiran. Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau

Pinang. Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan

perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023. Penganut

Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan

KOMTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil

tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.Minggu tersebut, bermula dari

Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan

berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan

lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi

supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan

mendengar berita angin.

Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke

Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat

sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak

berkumpul pada Jumaat 27 Mac 1998. Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan

Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong

Rawa dalam keadaan bersiap sedia. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi

10
pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di

kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak

mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan

dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).

Pada 24 Mac 1998 (Selasa) – Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil

tersebut dengan zink. Kemudian 26 Mac 1998 (Khamis) pada waktu pagi umat Islam semakin

ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil

tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines

Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil

baru tersebut. Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit

demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa,

beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan

Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang.

Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar

mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.

Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan

oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur. Kemudian pada

27 Mac 1998 (Jumaat) kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar

biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada

hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna. Waktu 02.30 petang

keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula

berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka

mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA. 3.00

ptgPolis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia,

melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.

11
Jam 6.00 ptg pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan

seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang

telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal. Jam 9.00 mlm

penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40

hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah

merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu

Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang

orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buah restoran

mamak di Penang Road. Jalan penyelesaian Selaku penduduk Pulau Pinang , Timbalan

Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun padang dan

mendamaikan kedua-dua AJK masjid dan AJK kuil supaya berunding dan mencari jalan

persefahaman. Berikutan itu ketegangan berjaya dikendurkan kerana tidak menyangka

Timbalan Perdana Menteri prihatin terhadap permasalahan mereka. Sehingga kini tidak

diketahui butir-butir perbincangan tersebut.Tan Sri Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri

Pulau Pinang turut mendamaikan kumpulan-kumpulan terbabit.

12

You might also like