Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sistem Feudal ialah sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu

tertentu dan bukan di bawah kerajaan pusat. Kedudukan seseorang individu mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Terdapat perbandingan ciri-ciri antara
sistem feudal di Englanf dan Jepun pada abd ke 16 dan 17.

Perbandingan yang pertama ialah golongan pahlawan. Di England, golongan


pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight berkhidmat
dengan golongan bangsawan. Knight terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di
England buta huruf. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan dalam bidang
ketenteraan. Mereka tidak mempunyai minat dalam bidang kesenian dan intelektual.
Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun dikenali sebagai
samurai. Samurai berkhidmat dengan golongan bangsawan. Samurai terikat kepada
konsep bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang kesenian dan
kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di
Jepun.

Perbandingan yang kedua ialah peralatan perang. Di England, antara peralatan


perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang
digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam
medan peperangan. Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama
seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada
logam atau sutera.

Perbandingan yang ketiga ialah penyatuan negara. Di England, penyatuan


negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari
dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan
negara bangsa di England. Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan
beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima tentera memainkan peranan dalam
memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.

Perbandingan yang keempat ialah pengaruh agama. Feudalisme di England


dipengaruhi oleh agama Kristian. Institusi gereja amat berpengaruh dalam kehidupan
masyarakat feudal. Institusi gereja mengongkong segala aspek kehidupan masyarakat.
Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha. Keadaan politik yang tidak
stabil pada zaman Kamakura menyebabkan rakyat mendapatkan perlindungan
daripada institusi agama. Golongan pahlawan melakukan meditasi bagi mendapat
ketenangan.

Perbandingan yang kelima ialah pemilikan tanah. Di England, golongan knight


menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang
bekerja di tanah mereka. Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah.
Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo iaitu tuan tanah.

Perbandingan yang keenam ialah kewajipan peribadi. Di England, sistem


feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan hak,
undang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal. Manakala di Jepun,
sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun
menekankan aspek moral berbanding undang-undang.

Kesimpulannya, terdapat perbezaan dan persamaan di antara sistem feudal


England dan di Jepun. Kedua-dua sistem feudal tersebut mempunyai kepentingan dan
keunikan bagi negara masing-masing.

You might also like