FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR Lain

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.Antaranya


ialahfaktor fizikal.Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula
jadisejak ia dilahirkan.Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang.Ada
yangmempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka
tidaktergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina.Terdapat perbezaan
kemahiranantara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya
kanak-kanaklelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar
berbandingdengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi.Letar belakang
keluarga,termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga
mempengaruhikebolehan mendengar kanak-kanak.
Latar belakang keluarga juga
bolehmempengaruhi emosi kanak-kanak.Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak
akandapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar
biasanyaseseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang
bolehmempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental.
Kemahira
nmendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu
yangdidengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak
balas.Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka
mendengar.
HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR
18
Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar.Halangan-
halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruandalam
membezakan bunyi.Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalammenentukan
persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapatmemberi makna
terhadap apa yang didengar.Kekeliruan dalam membezakan bunyiakan menyebabkan
pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenartentang apa yang
terkandung dalam ayat.
Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang
didengar.Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini
akanmenyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut.Pelajar
yanglemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana
yangmenjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan
menghadapimasalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan
ayat.
Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat.Pendengar
yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar.Maklumat yang
didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.Contohnya seperti
semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanantersebutdisampaikan
kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidakdatang ke sekolah.
Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat.Pertuturan
yangterlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan
maknadan maklumat yang hendak disampaikan.Komplikasi ini menyebabkan murid-
muridsukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan.Gaya pertuturan juga
bolehmempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan
intonasi.Penggunaanciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran
juga bolehmempengaruhigaya pertuturan seseorang.Salah satu cara untuk
mengatasinyaadalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur.Selain
itu para
19
penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang
sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar.
Antara
perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Proses mendengar (hearing) ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telingasebagai
alat penerima bunyi-bunyi bahasa.Sungguhpun telinga merupakan alat asasdalam
proses mendengar, proses memahami pendengaran (listening) pula melibatkanproses
psikologi dan mental seperti pengamatan (perception), kecerdasan(intelligence) dan
pemikiran (thinking).Selain itu, kefahaman mendengar (listening
comprehension) juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan (concentration) yang
ada pada seseorang pendengar.
Sebagaimana Assuming that a speaker is making an effort to be heard and
understood, it is the responsibility of the listener to receive the
communicator’smessage.Listening requires us to concentrate very hard on what is
being said.Unlikereading, in which we can go over a passage several times if needed in
order tounderstand it, listening has no built-in switch.Unless we are using a tape
recorder, wecannot play yang kita semua sedia maklum, proses mendengar dan
memahami secara
berkesan bukanlah satu tugas yang mudah.Ini adalah kerana proses
tersebutmemerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada
pendengar.Menurut Hunt (1981 : 20) :
back what the speaker has said.Therefore, we must listen well to the message
as it is being presented.
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar
deretanbunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan
bunyidan bertindak terhadap bunyi.
Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi dari
unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu.Bunyi itu dapat
20

didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya.Pada peringkat


permulaanmendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat
dikesan.Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar
secarakeseluruhan.Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai
alatartikulasi dan pancaindera yang normal.
Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut.Sesuatu bunyi yangdidengar
itu dikaitkan dengan maksud tertentu.Apabila deretan bunyi tersebutdidengarkan dan
diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengarakan
menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengarolehnya.
Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yangdimaksudkan,
atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan.Prosesini yang
berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepadapendengar.
Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna
beberapaderetan bunyi.Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna
antara satuderetan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang
sama.Misalnya,bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan
perasaanmarah.Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja,
sedih,simpati dan sebagainya.Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami
danmengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan.Mereka bukan sahaja
bolehmemahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya.
Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi.Peringkat ini hanyaakan
terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang terdahulu
iaitumendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna
beberapaderetan bunyi.Ia berlaku apabila pendengar hendak membuat rumusan
dankeputusan.Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar
setelaharahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
21
Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua iaitu mendengar secara intensif
dan mendengar secara ekstensif.
MENDENGAR SECARA INTENSIF
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang
biasanyadilakukan di bawah kelolaan dan pengawasan guru.Mendengar secara intensif
bolehdibahagikan kepada dua jenis.Jenis pertama menekankan kepada latihan
yangberpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci.Jenis yang kedua
pulamenekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan

You might also like