Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR

SMK PULAU GAYA

1. MATLAMAT

1.1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap alam sekitar .

1.2. Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat bagi
menjaga alam sekitar.

1.3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap Kepentingan
menjaga alam sekitar.

2. OBJEKTIF

2.1. Ahli KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR dapat menanam nilai moral yang tinggi di
dalam diri mereka .

2.2. Melahirkan kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar demi kebaikan dan
kesejahteraan berpanjangan.

2.3. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pada setiap murid dalam memastikan alam
sekitar terpelihara dengan baik.

2.4 Memastikan keadaan alam sekitar sentiasa dijaga dan dipelihara .

3. KEAHLIAN

3.1. Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

3.2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

3.3. Ahli boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak hadir setiap kali perjumpaan melainkan atas
alasan yang boleh diterima.

4. GURU PENASIHAT

4.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

4.2. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

5.2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.

5.3. Pemilihan AJK secara undian.

5.4. AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada
Guru Penasihat.

5.6. AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada:

PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
PENOLONG BENDAHARI
AJK SETIAP TINGKATAN

5.7. Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA

6.1. Sumber utama kewangan kelab adalah melalui yuran ahli-ahli dan peruntukan dari sekolah
yang ditetapkan.

6.2. Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti lain yang difikirkan sesuai.

7.KEHADIRAN / PENYERTAAN

7.1. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.

7.2. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin

8. AKTIVITI

8.1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

8.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN

9.1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

9.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli.

9.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
10.2. Tindakaqn disiplin adalah mengikut cara berikut:

10.2.1. Amaran lisan

10.2.2 Amaran bertulis

10.2.3 Gantung keahlian

10.2.4 Pecat keahlian

10.3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin , akan hilang semua hak keahlian.

10.4. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
guru penasihat unit kokurikulum persatuan / kelab dan kelab sukan /

10.2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

10.2.1. Amaran lisan

10.2.2 Amaran bertulis

10.2.3 Gantung keahlian

10.2.4 Pecat keahlian

10.3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin , akan hilang semua hak keahlian.

10.4. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
guru penasihat unit kokurikulum persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamat.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

11.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis.

11.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.

11.4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Guru Besar.

12. HAL-HAL LAIN

12.1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

12.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

You might also like