Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6
(ee RUMUSAN (TEMA 2 ~ KESELAMATAN) a BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah Soalan 9: Rumusan Bahan 1 - Petikan Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan, Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan 10,382 kes kemalangan jalan raya berlaku di seluruh negara dalam tempoh 32 hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini. Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus meningkat kesan daripada sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri, Pihak berkuasa perlu mendidik para pemandu khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih berdisiplin ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan mengikut peraturan jalan raya perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia, Kemalangan jalan raya juga dapat diatasi melalui pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah. Pendekatan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid sekolah tentang kepentingan menjaga kesclamatan diri ketika berada di atas jalan raya. Selain itu, pihak berwajib juga perlu membaiki keadaan jalan raya di negara kita, Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan bahaya kepada para pemandu dan juga penunggang motosikal. Pihak berkuasa juga perlu mengadakan sekatan jalan raya untuk mendisiplinkan pemandu ketika berada di jalan raya, Sekatan jalan raya yang dilakukan ini dapat mengubah sikap pemandu yang sengaja memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan akhirnya mengundang berlakunya kemalangan, Sekatan jalan raya boleh mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan, Di samping itu, penganjuran kempen-kempen kesedaran dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dapat mengatasi masalah ini dengan mengubah sikap pemandu yang cuai semasa memandu di atas jalan raya. Pihak swasta dalam hal ini juga boleh menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan kempen-kempen tersebut melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar mahupun Intemet. Sebagai penutup bicara, banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak ini perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan kesan yang positif Dipetik dan diubah suai daripada *Cegah Sebelum Parah” Berita Harian, Jun 2018 Bahan 2 : Sajak Sajak Jalan-jalan Raya Kotaku Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur beni menerima kehadiran warga kota Temas dalam kesabaran Jelah meresahkan dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan. Memacu menghimpun pangkal kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia “ peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul ~ pada penghujung musim. ZAM ISMAIL antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] Soalan 9: Rumusan Bahan 1 —Petikan Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan, Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan, Kejadian tumpahan bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor membuka mata pelbagai pihak. Hal ini memberikan kesedaran betapa pentingnya mengambil langkah-langkah keselamatan. Orang ramai perlu sentiasa peka kepada arahan atau maklumat terbaharu tentang persekitaran di tempat mereka. Dalam situasi persekitaran yang tercemar, penutup mulut dan hidung berkualiti perlu digunakan bagi memastikan individu di kawasan berkenaan tidak mudah menghidu gas beracun. Hal ini dikatakan demikian kerana gas beracun sangat berbahaya kepada penduduk setempat. Bahan kimia yang dihidu boleh menyebabkan mangsa mengalami masalah kesukaran bernafas. Seterusnya, gas yang dihidu akan memasuki saluran darah yang menyebabkan fungsi otak dan buah pinggang terjejas. Hal ini menyebabkan mangsa mengalami masalah kesihatan yang serius. Jika keadaan seumpama ini berlaku, orang ramai dikehendaki minum air dengan kuantiti yang banyak. Mangsa akan mengalami dehidrasi yang mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Pada masa yang sama, mangsa juga akan mengalami muntah, loya dan sakit kepala. Sekiranya berlaku masalah kesihatan walaupun kecil; segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi memastikan masalah yang dialami itu dapat dikawal lebih awal. Sekiranya kawasan tempat tinggal tidak selamat, orang ramai perlu keluar dari kawasan tercemar. Mereka sewajamnya jangan ambil risiko terus tinggal di kawasan yang terjejas. teruk, Situasi menjadi lebih parah sekiranya mempunyai anak-anak kecil yang amat sensitif atau mudah menerima kesan dengan sebarang perubahan persekitaran dan mengancam nyawa mereka. Sementara itu, mangsa yang mengalami pernafasan yang teruk akan mengalami koma yang mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Cara rawatan yang biasa dilakukan jika berkaitan dengan pernafasan, mangsa akan dibantu dengan alat bantuan penafasan, Bagi mangsa yang kritikal sehingga buah pinggang terjejas, mungkin kaedah dialisis adalah salah satu cara untuk pemulihan yang relevan. Namun begitu, aspek yang perlu dititkberatkan ialah semua pihak tidak mengambil mudah isu pencemaran bahan kimia dan mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan diri dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Risiko Tumpahan Bahan Kimia’ Oleh Serena Lim, Dewan Kosmik, Bil. 02/2019 Bahan 2 - Bahan Grafik fats KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA /KIMIA Langkah Pencegahan Orang Awam Diminta Untuk mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian Orang awam dan petugas yang terlibat ‘Orang awam yang berkemungkinan a di kawasan kejadian diminta mengambil terdedah kepada sisa kimia berkaitan, Jangkah-langkah keselamatan dan pencegahan dinasihatkan mandi dan cuci = Yang perlu termasuk alat pelindung diri pakaian secara berasingan SJ yang sesuai mengikut arahan pihak bagi mengelakkan Jabatan Bomba & Penyelamat pendedahan melalui kulit Malaysia nena ‘Orang awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah Cega berdekatan kawasan Sg. Kim Kim, Pasir gah Sebelum Parah [J Gudang sehingga arahan seterusnya Sumber: Jebaten Kesihatan Neger! Johor { (eee RUMUSAN (TEMA 7- ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HUAU) } BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] goalan 9 : Rumusan Bahan 1 : Petikan Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan, Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah halus lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini terjadi akibat zarah, debu dan asap yang terampai pada cuaca yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul pada paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan manusia. Apabila situasi semakin buruk, jerebu menyebabkan masalah pernafasan kepada manusia dan orang ramai dinasihati agar mendapatkan rawatan jika penyakit semakin kronik, Jerebu juga dikaitkan dengan pembakaran bahan api fosil yang terdapat di lapisan atas permukaan tanah, Pembakaran bahan api fosil ini membebaskan asap hitam ke udara yang berbahaya kepada kesihatan manusia, Selain itu, sikap manusia yang mementingkan diri juga menjadi punca kejadian jerebu. Dalam konteks ini, sifat manusia yang mengutamakan keuntungan semata-mata menyusahkan orang ramai. Sebagai contohnya, aktiviti pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian berskala besar dan tidak terkawal menyebabkan jerebu terus terjadi di negara kita. Di samping itu, kegiatan pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan yang tidak dikawal juga menjadi punca berlakunya jerebu. Aktiviti ini perlu dihentikan serta-merta demi menjaga kescimbangan alam sekitar dan kesihatan masyarakat setempat. Sekiranya kegiatan ini tidak diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab, keadaan akan menyebabkan udara dipenuhi oleh debu dan asap sekali gus mengganggu aktiviti harian. Masyarakat diminta agar kerap membasuh muka untuk mengurangkan kesan jerebu. Oleh itu, amalan minum air dalam kuantiti yang banyak juga dapat menghindarkan diri daripada penyakit akibat jerebu. Amalan kerap minum air ini dipercayai dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tekak dan mengurangkan batuk akibat jerebu. Jerebu juga terjadi akibat daripada. fenomena El-Nino apabila cuaca menjadi kering dan kemarau. Selain itu, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan semula jadi juga mengundang berlakunya jerebu. Sebagai langkah berjaga-jaga semasa jerebu, masyarakat perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa. Maklumat ini dapat membantu masyarakat dalam mengelakkan risiko penyakit akibat jerebu. Fenomena alam ini merupakan suatu hakikat yang tidak boleh dielakkan. Suka atau tidak, kita terpaksa ‘menerima fenomena ini dalam jangka masa yang tertentu. Dipetik dan diubah suai daripada “Jerebw’ oleh Sharon Ang Jia Xuan Dewan Siswa, Bil. 2/2020 Bahan 2 : Bahan Grafik Kurangkan Risiko Penyakit Akibat JEREBU Tutup tingkap. rumah atau bangunan aktiviti yang

You might also like