Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

 

   ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

PENGENALAN 3

TIGA KAEDAH PENGAJARAN DAN KELEBIHAN 4-6

CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN KAEDAH 7

DALAM BENTUK (PdPR)

BAHAN BANTU MENGAJAR 8-9 

1
BAGI KETIGA-TIGA KAEDAH

CONTOH APLIKASI PEMBELAJARAN 9-10

TILAWAH AL-QURAN DAN KELEBIHANNYA

KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

PENGENALAN

  Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran merupakan salah satu pengajian yang memberikan
pendedahan berkaitan sukatan atau huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Di antara salah satu topik dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-
Quran ialah mengenai huruf hijaiyyah. Mengadakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
mengenai huruf hijaiyyah dengan pelbagai cara menyampaian yang dapat menarik minat dan
berpusatkan pelajar. Saya ditugaskan untuk mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar yang
lemah dalam bacaan dan hafazan surah al-Takathur

Selain itu dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran juga terdapat 3 kemahiran iaitu
kemahiran membaca. Kemahiran membaca menfokuskan kepada kebolehan pelajar membaca
ayat-ayat Al-Quran dengan menyebut perkataan dengan betul dan bertajwid. Kemahiran
membaca sangat penting dalam setiap pempelajaran terutamanya pembelajaran Asuhan Tilawah
Al-Quran supaya murid memperoleh kemahiran yang selaras dengan sukatan pelajaran.
Seterusnya, Kemahiran hafazan. Kemahiran hafazan pula memberi penekanan kepada kebolehan
pelajar menghafal surah-surah yang telah dipelajari atau yang terpilih dengan fasih dan lancar
setelah menguasai bacaan atau sebutan dengan Jelas. Ketiga ialah kemahiran kefahaman.
Kemahiran kefahaman pula memberi tumpuan kepada kebolehan pelajar memahami beberapa

2
surah yang telah di belajar atau surah yang tertentu dalam sukatan. Kemahiran kefahaman sangat
penting dalam setiap pengajian. Kemahiran kefahaman juga memudahkan proses hafalan ia
kerana apabila pelajar menghafal sesuatu ayat yang mana pelajar mengetahui maksud ayat
tersebut sekali gus pelajar akan mudah mengingat dan akan mengingat dengan jangka masa yang
panjang.

   Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran ini amat penting dalam setiap individu umat islam. Oleh
hal demikian kerana ilmu Asuhan Tilawah Al-Quran menjadi asas penting dalam membaca Al-
Quran di setiap hari.Guru pendidikan islam harus memastikan pengajian Asuhan Tilawah Al-
Quran yang di jalankan dalam bilik darjah benar-benar memberi kesan kepada murid dan pelajar
dapat menerima sepenuhnya apa yang hendak disampaikan oleh guru dengan jayanya. Pelbagai
usaha yang perlu di lakukan oleh guru pendidikan islam agar murid tidak berterusan lemah
dalam penguasaan Tilawah Al-Quran.

i) Untuk mencapai matlamat dan hasil yang dinginkan dalam pembelajaran.Guru haruslah
menggunakan pelbagai kaedah dalam menyapaikan ilmu. Kaedah-kaedah ini digunakan
bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran
iaitu membaca, menghafal dan memahami ayat-ayat al-Quran dengan betul. Antara beberapa
kaedah yang dapat di laksanakan dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran ialah kaedah
mendengar serta menyebut,kaedah talaqqi dan musyafahah dan juga kaedah latih tubi.

KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT

Kaedah mendengar serta menyebut ini merupakan salah satu kaedah yang asas yang mana
kaedah ini penting di melaksanakan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.
Terdapat banyak kelebihan atau faedah kepada pelajar-pelajar atau guru itu sendiri dalam usaha
memastikan pelajar-pelajar mendapat tercapai apa yang ingin disampai oleh guru dengan
sepenuhnya. Pelajar dapat mengusai bacaan atau hafazan surah-surah daripada Al-Quran atau
surah-surah sukatan.Guru bertindak sebagai sumber dan pelajar-pelajar pula akan menggunakan
sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru hendaklah menyebut atau melafazkan
sesuatu lafaz bacaan dari surah-surah tertentu dengan sebutan yang betul dan jelas dan pelajar-
pelajar pula mendengar dan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Sebagai contoh surah Al-
takakhur,surah Al-Takakhur mengandung ke semuanya 8 ayat. Guru boleh membaca dengan

3
menggunakan dua peringkat. Pada peringkat pertama guru baca surah Al-takakhur ayat 1 hingga
4 dan pelajar mendengar dan mengulangsemula bacaan ayat tersebut kemudian pada peringkat
ke2 pula guru baca surah Al-takakhur ayat 5 hingga ayat ke8 dan pelajar boleh mengulang
bacaan ayat yang telah guru baca itu. Guru hendaklah membaca surah Al-Takathur ayat 1 hingga
ayat ke lapan dan juga memberi penerangan tentang surah Al-Takakhur itu serta
memperbetulkan tajwid dalam surah Al-Takakhur dengan betul. Dalam melaksanakan kaedah
mendengar dan menyebut ini guru haruslah menyebut dengan sebutan yang jelas dan kuat supaya
pelajar dapat mendengar dengan jelas. Pelajar-pelajar juga harus memberi sepenuh perhatian
semasa guru sedang mengajar supaya pelajar-pelajar dapat menangkap sepenuhnya apa yang
ingin disampaikan oleh guru dengan betul. Selain itu guru juga boleh menggunakan radio atau
bahan teknologi yang lain dalam usaha menarik minat pelajar-pelajar.

Dengan melalui kaedah menyebut dan mendengar ini akan memudahkan guru untuk mengenal
pasti pelajar-pelajar yang mana kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz-lafaz
bacaan surah-surah yang telah disebut oleh guru tersebut. Ini juga sekaligus memberi membuka
peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat
dilaksanakan dengan segera. Deangan usaha menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan
pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH

Seperti mana yang kita tahu mempelajari pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran ini bukan
sesuatu yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam
memastikan pelajar-pelajar benar-benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surau-surah
dengan betul dan fasih. Kaedah talaqqi dan musyafahah ini ialah kaedah mempelajari Al-Quran
yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan pelajar seperti mana yang
dipraktikan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa di Gua Hira’
ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran
dan didengari oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan
diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan
seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w.
Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Penggunaan

4
kaedah talaqqi dan musyafahah ini dilihat sebagai pemankin utama dalam usaha ini. Guru secara
langsung dapat menangkap sejauh mana pelajar-pelajar dapat mencapai pengguasaan bacaan atau
hafazan surah-surah yang telah dipelajari itu. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk memperbaiki
atau memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika pembelarang
dilangsungkan dan juga berhadapan dengan guru.

Kaedah ini amatlah sesuai diguna pakai oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan
bertepatan dengan syariat islam. Ia juga dianggap sesuatu kaedah yang cukup berkesan dalam
pemastikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk
surah-surah yang eterusnya.

KAEDAH LATIH TUBI

membaca atau menghafaz Al-Quran akan lebih mudah dikuasai oleh pelajar-pelajar seharusnya
diulang-ulang serta di amalkan selalu. Untuk memastikan pelajar-pelajar mudah menguasai
bacaan atau hafazan sesuatu surah itu,kaedah latih tubi ini sangat memainkan peranan utama
dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah-surah terhadap diri pelajar-pelajar
tersebut.Dengan pelajar sentiasa megulangi secara berterusan dengan bimbingan guru sudah
pasti dapat diguasai dengan mudah dan pantas oleh pelajar-pelajar. Contohnya setiap kali guru
ingin memulakan pembelajaran pelajar dikehendaki mengulang terlebih dahulu bacaan atau
hafazan surah Al-Takakhur dengan bacaan yang betul yang telah dipelajari itu.

Keadah ini amatlah mudah dilaksanakan dan hasilnya cukuplah berkesan kerana pelajar-pelajar
akan lebih mudah mengingat,menerima sesuatu ilmu kemahiran apabila ianya selalu diulang-
ulang. Disamping itu, bukan sekadar pelajar-pelajar memperolehi ilmu pengetahuan yang baru
tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,bacaan al-fatihah
yang selalu dibaca atau diulang-ulang setiap kali untuk menunaikan solat secara tidak langsung
pelajar-pelajar akan menjadi cepat fasih.

5
Dengan kaedah latih ubi ini pelajar-pelajar lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran.
Bukan sekadar pelajar-pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya
mudah diamalkan dalam kehidupan seharian.Amalan seharian yang selalu diamalkan atau
dilaksanakan oleh pelajar-pelajar ini merupakan satu kekuatan mengaplikasikan kaedah latih tubi
ini.

ii) Melaksanakan kaedah mendengar serta menyebut dalam PdPR sangat mudah dilaksanakan
kerana guru dan juga pelajar-pelajar boleh mengadakan kelas secara siaran langsung melalui
gadget atau kemudahan masing-masing di rumah masing-masing.Sebagai contoh,dalam
melaksanakan kaedah mendengar serta menyebut dalam PdPR ini guru boleh menyebut atau
membaca ayat-ayat Al-Takakhur dengan jelas kemudian pelajar boleh mengulangi bacaan yang
telah disebut oleh cikgu itu dengan betul dan fasih.Dengan cara mendengar dan menyebut cikgu
dapat memerhati sama ada pelajar itu dapat menerima ilmu yang telah disampai dengan sepenuh
atau tidak dan jika tidak cikgu boleh mengulangi lagi bacaan itu.

Seterusnya kaedah talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran kaedah talaqqi dan musyafahah
dalam Asuhan Tilawah Al-Quran adalah satu kaedah yang amat sesuai di guna pakai dan kaedah
ini juga telah di guna pakai dari zaman tertahulu lagi kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu
seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ia juga dianggap sesuatu kaedah yang
cukup berkesan dalam pemastikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar dapat meneruskan bacaan
atau hafazan untuk surah-surah yang seterusnya. Disebabkan seluruh dunia telah melanda dengan
penyakit pendemik covid-19 kerajaan telah berusaha pelbagai cara dalam memastikan pelajar
dapat mempelari ilmu dengan sepenuhnya. Pelbagai aplikasi yang tersedia yang boleh digunakan

6
ketika sesi PdPR berlangsung. Antara aplikasi yang biasa dipakai oleh Open Universiti Malaysia
sendiri ialah Google Meet dan Zoom Dan juga Whatsapps.Dengan adanya kemudahan aplikasi
ini ia memudahkan para-para guru untuk menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah ini dalam
pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran. Pembelajaran tetap berlaku secara biasa cuma bezanya
adalah belajar secara talian.

Selain itu,pembelajaran kaedah latih tubi juga sangat mudah diguna pakai dalam PdPR. Sebagai
contoh cara mengaplikasikan dalam PdPR ini para guru boleh membuat sesi soal jawap terlebih
dahulu apa yang telah dipelajar oleh pelajar sebelum ini. Supaya pelajar-pelajar boleh mengulang
atau mengingat semula apa yang telah mereka pelajari sekaligus dengan cara mengulang-ulangi
pelajar mudah untuk mengingati. Dan setiap kali tamat sesi pembelajaran guru-guru juga boleh
menyoal pelajar-pelajar apa yang telah dipelajari itu. Guru juga boleh meminta kepada pelajar
supaya membuat satu rakaman suara hafazan masing-masing dan hantar kepada guru.

iii) Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai bagi ketiga-tiga kaedah yang telah
saya sebutkan diatas tadi iaitu dengan penggunakan kaedah mendengar dan menyebut,kaedah
lataqqi dan syafahah dan juga kaedah latih tubi. Penggunaan bahan bantu mengajar amatlah
penting sekaligus ia dapat menarik minat pelajar-pelajar dan supaya pelajar-pelajar lagi rasa
terhibur untuk mempelajari sama ada dalam kelas mahupun dalam talian online. Bahan bantu
mengajar yang sesuai dalam ketiga-tiga kaedah ini ialah pembesar suara. Guru boleh
menggunakan pembesar suara sebagai alat dalam menyampaikan bacaan ayat Al-Takakhur
tersebut semasa sesi pembelajaran kerana dengan menggunakan pembesar suara akan lebih jelas
didengari apa yang dibaca oleh guru. Pelajar sekaligus dapat menerima dengan jelas dan sahih
bacaan guru itu. Dalam sesi soal jawab pelajar juga boleh menyoal soalan atau menjawab soalan
yang ditanya boleh guru dengan menggunakan pembesar suara ia secara langsung pelajar-pelajar
yang lain dapat sama-sama mendengar soalan atau pun jawapan itu.Dengan menggunakan
pembesar suara dalam sesi pembelajaran dapat menambah lagi keyakinan pelajar dan
menghilang rasa maluatau takut terhadap rakan-karan yang lain termasuk guru itu sendiri.

Selain itu, bahan bantu mengajar dalam bentuk bahan yang didengar sebagai contoh adalah
amat mustahak dalam proses menghafaz al-Quran. Teknik mendengar bacaan guru dan mengikut

7
bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-Quran yang akan
dihafaz kemudian mendengarnya melalui audio boleh membantu proses menghafaz al-Quran.
Contohnya pelajar -pelajar boleh diperdengarkan atau memerhati dan mengikut bacaan terbaik
oleh Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusori dari Mesir (Darul Quran, 2007). Kaedah ini
telah juga telah disarankan oleh Abu alFida’ (2006) dengan menyatakan bahawa penggunaan
teknologi moden sebagai bahan bantu berbentuk audio di dalam proses menghafaz adalah sangat
perlu. Pelajar boleh mendengar bacaan surah Al-Takakhur melalui audio dan menghafaz serta
merakamkan bacaan melalui alat bantuan audio seperti rekorder,mp3 dan sebagainya. Bahan
berbentuk audio kini lebih mudah diakses melaui telefon pintar yang dimiliki oleh kebanyakan
individu.Alat bantu hafazan yang boleh dilihat pula ialah paparan video bacaan qari tau huffaz
murattal atau bertarannum dari laman sesawang atau internet. Selain itu paparan mushaf yang
boleh dilihat di dalam skrin seperti flashQuran dan Al-Quran Android dapat membantu para
hafiz menekuni ayatayat al-Quran dalam imej yang lebih jelas, mudah dan menarik. Bahan bantu
mengajar dari jenis boleh dilihat seperti dalam bentu kaedah talaqqi dan musyafahah juga boleh
diakses para huffaz melalui komputer atau telefon pintar secara percuma dan mudah.

Menurut Al-Rabie (2008) pengajaran adalah satu perancangan menjayakan proses


pembelajaran bagi satu tempoh yang ditetapkan. Oleh yang demikian guru harus merancang
penggunaan alat atau bahan yang sesuai dan efektif dalam pengajarannya. Al-Quran amat
menitikberatkan perancangan sehingga umat Islam diseru untuk membuat persiapan fizikal dan
mental untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana firman Allah

Bermaksud: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka
menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkannya
semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang
yang tinggal". (Surah al-Taubah: 46) .

Oleh itu untuk mencapai matlamat pendidikan Asuhan Tilawah Al-Quran, persiapan seorang
guru dalam menyedia dan mengembeling PdPR yang sesuai dengan kaedah pengajaran adalah
selari dengan seruan Allah SWT supaya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti. Isu
PdPR dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Pengajaran di dalam kelas bersaiz kecil
dipercayai akan lebih terfok.

8
iv)

Untuk memudahkan pembelajaran Tilawah Al-Quran di telifon pinta di mana-masa sahaja


pelajar berada, saya mencadangkan agar pelajar downlond satu aplikasi Al-Quran.Terdapat
pelbagai aplikasi Al-Quran dalam internet seperti Muslim Pro,Smart Quran,Tilawah
Malaysia,Al-Quran Melayu dan lain-lain lagi.Dalanm setiap aplikasi ini pastinya ada kelebihan
dan kekurang masing-masing pelajar seharusnya bertanya guru atau mendapat bimbingan dari
orang yang lebih tahu terlebih dahulu. Dengan pelajar mendownlod aplikasi ini ianya
memaparkan seperti seakan-akan Al-Quran sebenar yang pelajar baca. Jadi ianya seolah-olah
pelajar membaca kitab Al-Quran itu sendiri.Selain itu,dengan adanya aplikasi ini pelajar juga
boleh dengar bacaan daripada qari terkenal, ada mod malam, anda tag pada setiap ayat, pelajar
boleh bookmark untuk setiap muka surat dan terjemahan bahasa melayu juga disediakan.
Aplikasi ini juga mempunyai tajwid berwarna bagi memudahkan bacaan. Setiap hukum tajwid
juga mewarnakan dengan warna yang berbeza bagi memudahkan pelajar mengenal hokum-
hukum tajwid yang ada dalam Al-Quran.Terdapat juga aplikasi yang dibangunkan untuk orang
melayu di bangunkan dalam bahasa melayu sepenuhnya.Maka sangatlah sesuai untuk orang
Malaysia. Zaman sekarang terdapat banyak juga golongan ustazah yang membuat kelas dalam
talian online seperti dalam facebook,instagram atau pun telegram yang kita selalu jumpa secara
percuma.Sesiapa saahaja boleh mengikuti kelas tersebut tanda ada bayaran. Cara ustazah
mengajar adalah membaca Al-Quran serta menerang hukum tajwid dan serta memperbetulkan
cara bacaan Al-quran yang betul.

Dengan adanya aplikasi ini pelajar boleh membaca walaupun tiada naskah Al-Quran itu
sendiri. Pelajar boleh baca di dalam LRT menggunakan aplikasi. Pelajar boleh baca sambil
menunggu bas, di dalam kereta dan dimana-mana tempat yang sesuai.Pelajar juga boleh
memasang ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh syiekh-syiekh ternal yang terdapat dalam
aplikasi itu sendiri. Walau bagaimana pun membaca Al-Quran terus dari kitab Al-Quran itu
sendiri. Ingatlah membaca sahaja itu ibadah dan besar pahalanya walaupun satu huruf.

9
KESIMPULAN

Asuhan Tilawah Al-Quran amatlah penting untuk setiap umat islam pelajari kerana ia berkaitan
tentang bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga tafsirnya. Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang
zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi Kelebihan Al-Quran
yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir
zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi
terdahulu.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya”. (Surah Al-Hijr, ayat 9).

Oleh itu,Guru haruslah memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar untuk belajar
Al-Quran dengan berusaha menggunakan kaedah-kaedah yang boleh menarik minat pelajar.

10
Guru juga henlaklah mempunyai kemahiran pedagogi Tilawah Al-Quran yang tinggi untuk
memjamin keberkesanan pengajaran Tilawah Al-Quran. Guru juga haruslah menanam sikap dan
ciri-ciri guru Al-Quran dalam diri jika ingin memaju pelajar dalam Tilawah Al-Quran walaupun
bidang ilmu ini tidak termasuk dalam subjek peperiksaan sekali pun.

RUJUKAN / REFERENSI

1) Ummahmud. (2010). APA style: Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Retrieved Sept 28, 2010, from

http://ummahmud.blogspot.com/2010/09/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html

2) Slideshare. (2011).

APA style: kaedah dan teknik pengajaran tilawah al-Quran

Retrieved Okt 13, 2011, from

https://www.slideshare.net/nikazehar/kaedah-dan-teknik-pengajaran-tilawah-al-quran

3) anakayamtercekikdedak.blogspot. (2015).

APA style: kelemahan dan kekuatan kaedah ketika

Retrieved Wed, Feb 25, 2015, from

http://anakayamtercekikdedak959493.blogspot.com/2015/02/kelemahan-dan-kekuatan-kaedah-
ketika.html

4) AzizahBukhari.blogspot. (2015).
11
APA style: kaedah tasmik pengenalan bacaan

Retrieved Mon, Nov 16, 2015, from

http://azizahbukhari.blogspot.com/2015/11/kaedah-tasmik-pengenalan-bacaan-adalah.html

5) CikguComel16.blogspot. (2016).

APA style: jenis-jenis bahan bantu mengajar

Retrieved May, 2016, from

http://cikgucomel16.blogspot.com/p/jenis-jenis-bahan-bantu-mengajar_23.html

12

You might also like