Assignment Asia Timur (Korean War 1950)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

1 PENGENALAN

Perang Korea 1950-1953 merupakan konflik ketenteraan diantara pihak Republic of Korea
yang disokong oleh United Nations, dengan Democratic People`s Republic of Korea yang
mendapat sokongan daripada pihak People`s Republic of China (PRC) dengan bantuan
daripada Soviet Union yang merupakan sekutu PRC ini. Perang ini juga berlaku kerana Korea
menyertai PRC dan Soviet Union, sehingga mencetuskan perang pasifik atau dikenali
sebagai Pacific War yang berlaku setelah tamatnya perang dunia kedua.

Semenanjung Korea pernah diperintah oleh Jepun dari tahun 1910 sehingga
berakhirnya perang dunia kedua. Seterusnya tindakan pihak Jepun menyerah kalah pada
tahun 1945. Amerika Syarikat membahagikan semenanjung Korea tersebut kepada pihak
38th Parallel, dengan angkatan tentera Amerika Syarikat yang menguasai kawasan selatan
semenanjung Korea. Manakala, pihak Soviet Union pula menguasai kawasan utara
semenanjung Korea.

Kegagalan dalam pilihanraya di Korea pada tahun 1948 telah menyebabkan negara
Korea berpecah kepada dua bahagian, dimana bahagian utara diperintah oleh Kerajaan
Komunis. Disamping itu, pihak 38th Parallel pula menjadi sempadan politik diantara dua
pihak iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Walaupun, beberapa bulan sebelum peperangan
ini berlaku telah terdapat rundingan yang dijalankan bagi mengatasi masalah pembahagian
negara Korea ini, namun pencerobohan dan serangan keatas 38 th Parallel masih berterusan.
Akibat daripada situasi ini, telah menyebabkan pihak Korea Utara menceroboh Korea Selatan
pada 25 Jun 1950. Peristiwa ini dianggap sebagai permulaan kepada konflik bersenjata
Perang Dingin. Oleh itu, di dalam perbincangan ini akan menjelaskan secara terperinci
mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Korea 1950 ini.

1
2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG KOREA 1950

2.1.1 Perbezaan Ideologi

Perbezaan ideologi diantara Korea Selatan dan Korea Utara merupakan punca kepada
peperangan ini berlaku. Pada 10 Mei 1948, telah diadakan satu pilihanraya yang pertama di
Korea. Namun pihak Soviet Union telah memboikot pilihanraya tersebut, dan menuduh
Amerika Syarikat melanggar perjanjian yang dibuat di Moscow Conference. Kemudiannya,
selepas tiga bulan pilihanraya di Korea Selatan, iaitu pada 25 Ogos 1948 Korea Utara pula
mengadakan pilihanraya.1

Setelah tamatnya pilihanraya di Korea Selatan, pihak Korea Selatan telah


membentuk kerajaan yang anti-komunis. Kerajaan Korea Selatan dibawah perlembagaan
pada 17 Julai 1948, telah melantik seorang presiden iaitu Syngman Rhee pada 20 Julai
1948. Namun, pilihanraya tersebut dicemari dengan keganasan dan sabotaj sehingga
menyebabkan 600 nyawa terkorban pada waktu itu. Negara Republik Korea Selatan telah
berjaya dibentuk pada 15 Ogos 1948, yang berada dibawah pengaruh Amerika Syarikat.
Malahan, pihak Soviet Union pula telah membentuk kerajaan Komunis Korea Utara yang
diketuai oleh Kim II Sung. Kesan daripada pembentukan kerajaan Korean Selatan dan Korea
Utara ini, menyebabkan berlakunya perbezaan ideologi diantara kedua-dua pihak ini yang
mengamalkan ideologi komunis dan fahaman bukan komunis. Syngman Rhee telah
menolak ideologi Komunis yag diamalkan oleh Korea Utara. 2

2.1.2 Pencerobohan di Korea Selatan

Pihak Korea Utara telah melancarkan serangan keatas Korea Selatan. Korea Utara
telah menyusup masuk ke sempadan 38th Parallel dan melepaskan tembakan pada waktu
subuh, 25 Jun 1950. Pihak Korea Utara menyatakan bahawa Korea Selatan dibawah
pemerintahan Syngman Rhee telah menceroboh sempadan itu terlebih dahulu. Perkara ini
menyebabkan pihak Korea Utara dan Korea Selatan bertempur antara satu sama lain di
sempadan 38th Parallel. Pada 27 Jun 1950, Rhee telah memindahkan pegawai kerajaan di
Seoul untuk mengatasi masalah serangan daripada Korea Utara. Malahan, Rhee juga telah
mengarahkan pembunuhan secara beramai-ramai di Bodo yang bermula pada 28 Jun 1950.

1
Brune, Lester, Robin Higham, The Korean War: Handbook of the Literature and Research ,
Wesport, Connecticut: Greenwood Press, 1994, hlm.15.

2
Ibid., hlm. 21.

2
Selain itu, pada masa yang sama juga pihak Korea Selatan telah mengebom jambatan yang
menghubungkan Sungai Han untuk menghentikan serangan dari Korea Utara. 3

2.1.3 Campur Tangan Amerika Syarikat

Selain itu, perang Korea juga berlaku disebabkan campur tangan Amerika Syarikat.
Pihak Truman Administration berasa khuatir dengan tindakan yang dilakukan oleh Korea
Utara, kerana pencerobohan yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap Korea Selatan boleh
menggugat kedudukan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Sebelum pencerobohan berlaku
Korea tidak dimasukkan di dalam strategi Asian Defence Perimeter seperti yang dinyatakan
oleh Setiausaha State Acheson. Pakar ketenteraan Amerika Syarikat lebih menumpukan
keselamatan di Eropah dan ancaman dari Soviet Union berbanding bahagian Asia Timur.
pada masa yang sama, pihak pentadbiran ketenteraan Amerika Syarikat juga risau dengan
perang di Korea, kerana dikhuatiri akan merebak ke seluruh dunia, dan Amerika Syarikat
juga takut dengan penglibatan Soviet Union dan China di dalam peperangan di Korea ini.
Oleh itu, penglibatan Amerika Syarikat di dalam konflik ini bertujuan untuk menghalang
pengaruh komunis yang cuba dibawa oleh Soviet Union sehingga menyebabkan huru-hara di
Korea dan juga merebak ke bahagian Eropah.4

2.1.4 Keputusan Majlis Keselamatan United Nations

Pada 25 Jun 1950, Majlis Keselamatan United Nations bersepakat mengambil


keputusan menolak pencerobohan yang dilakukan oleh Korea Utara keatas Korea Selatan,
dengan resolusi 82 Majlis Keselamatan United Nations. Manakala, pihak Soviet Union selaku
pemegang kuasa veto telah memboikot majlis tersebut sejak Januari 1950 lagi. Soviet Union
bertindak demikian kerana membantah tindakan United Nations tidak membenarkan
penyertaan secara kekal pihak People`s Republic Of China di dalam majlis keselamatan
tersebut. Selepas berlaku pertikaian diantara United Nations dengan pihak Soviet Union dan
China, menyebabkan Majlis Keselamatan United Nations mengambil langkah dengan
menerbitkan resolusi 83 yang menyatakan bahawa ahli-ahli di dalam Majlis Keselamatan
United Nations yang mempunyai kuasa ketenteraan yang kuat supaya memberi bantuan
kepada Korea Selatan untuk menghadapi ancaman daripada Korea Utara. 5

3
Paul M. Edwards, Korean War Almanac, New York: Infobase Publishing, 2006, hlm.101.

4
James I. Matray, Historical Dictionary of the Korean War,
Wesport, Connecticut: Greenwood Press, 1991, hlm.154.

5
Keith D. McFarland, The Korean War: An Annotated Bibliography , London: Routledge, 2009, hlm.96.

3
Pada 27 Jun 1950, Presiden Amerika Syarikat iaitu Truman telah mengarahkan
pasukan tentera udara dan tentera laut supaya bersiap sedia untuk mebantu rejim Korea
Selatan untuk berperang dengan Korea Utara. Kemudian, pada 4 Julai 1950 timbalan
menteri luar Soviet Union menuduh Amerika Syarikat yang memulakan campur tangan
bersenjata untuk menolong pihak Korea Selatan menentang Korea Utara. Pihak USSR juga
telah mencabar kesahihan punca peperangan ini. Antaranya seperti berikut, The ROK Army
intelligence menurut resolusi 83, berasaskan maklumat daripada unit perisikan Amerika
Syarikat, malahan Korea Utara tidak dijemput untuk menyertai keahlian sementara di dalam
persatuan United Nations, selain itu mencabuli artikel 32 piagam UN dimana pihak United
Nations tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri konflik diantara Korea Selatan dengan
Korea Utara kerana peperangan ini dianggap sebagai perang saudara. Kesan daripada
perdebatan ini, menyebabkan perwakilan Soviet Union telah memulaukan tindakan United
Nations untuk menghalang tindakan Majlis Keselamatan dan mempersoalkan adakah
tindakan yang diambil oleh Majlis Keselamatan ini munasabah ataupun sebaliknya. Konflik
diantara kuasa besar yang membawa ideologi berbeza menyebabkan berlakunya Perang
Korea 1950 ini.6

2.1.5 Perbandingan Kekuatan Ketenteraan

Pihak tentera Korea Utara telah melancarkan rancangan peperangan yang dikenali
sebagai "Fatherland Liberation War". Melalui rancangan peperangan ini, satu serangan
komprehensif telah dilancarkan di udara dan darat dimana seramai 231,000 orang askar
dikerahkan untuk menjayakan rancangan ini. Rancangan peperangan ini melibatkan
kawasan-kawasan seperti wilayah Kaesong, Chuncheon, Uijeongbu, dan Ongjin. Kekuatan
askar Korea Utara juga diperkukuhkan dengan 274 buah kereta kebal T-34-85, 150 buah jet
pejuang Yak, 110 buah pesawat pengebom, 200 buah alterleri, 78 pelatih Yak, dan 35 buah
pesawat peninjau. Tambahan lagi, pasukan serangan KPA juga dilengkapi dengan 114 buah
jet pejuang, 78 buah jet pengebom, 105 buah kereta kebal T-34-85, dan bilangan tentera
seramai 30,000 yang ditempatkan di Korea Utara. Walaupun, kedua-kedua pihak ini tidak
mempunyai kekuatan dari segi angkatan tentera laut, iaitu hanya mempunyai beberapa
kapal perang kecil sahaja, tetapi askar-askar Korea Utara dan KPA mempunyai semangat
yang tinggi dalam peperangan ini.7

6
Nigel Thomas, Peter Abbott, The Korean War 1950-53,
United Kingdom: Osprey Publishing, 1986, hlm.20.
7
Michael J. Varhola, Fire and Ice: The Korean War, 1950-1953,
Boston: Da Capo Press, 2000, hlm.214.

4
Berbeza pula dengan pihak Korea Selatan dimana tidak menunjukkan sebarang
persediaan untuk menghadapi peperangan ini dan hanya memfokuskan kepada
perkembangan politik, walaupun mereka sedar dengan ancaman dari Korea Utara, tetapi
mereka tidak berjaya menyakinkan pihak pentadbiran ketenteraan Amerika Syarikat di Korea
Selatan mengenai ancaman tersebut. Di dalam penulisan South to the Naktong, North to the
Yalu (1961), R.E. Appleman menjelaskan bahawa askar-askar Korea Selatan tidak
mempunyai kelengkapan perang yang mencukupi dan kekurangan tenaga tentera untuk
menghadapi serangan daripada Korea Utara, kerana pada masa itu Korea Selatan hanya
mempunyai 98000 tenaga tentera, tidak mempunyai kereta kebal, 22 buah jet pejuang.
Selain itu, askar bantuan dari luar dan pasukan udara tidak ditempatkan di Korea Selatan
ketika pencerobohan tersebut tetapi semuanya ditempatkan di Jepun. Dalam beberapa hari
sahaja, pencerobohan di Korea Selatan berlaku ramai tentera ROK dibawah penguasaan
rejim Syngman Rhee telah berpaling tadah dan menyertai pihak KPA. 8

2.1.6 Penglibatan China

Pada 27 Jun 1950, dua hari selepas pencerobohan yang dilakukan oleh KPA dan tiga
bulan sebelum China menyertai peperangan ini, Presiden Truman telah menghantar armada
perang ketujuh Amerika Syarikat ke selat Taiwan untuk melindungi Nationalist Republic of
China (Taiwan) dari ancaman People's Republic of China (PRC). Manakala, pada 4 Ogos
1950, dengan pencerobohan PRC keatas Taiwan dibatalkan, Mao Zedong melaporkan
kepada Politburo bahawa beliau akan campur tangan dalam perang Korea apabila pasukan
pencerobohan People's Liberation Army's (PLA) Taiwan disusun semula menjadi pasukan
PLA North East Frontier Force.9 Malahan, pada 20 Ogos 1950, Zhou Enlai telah
memaklumkan kepada United Nations bahawa Korea itu merupakan jiran kepada negara
China. Masyarakat di negara China tidak boleh mengambil ringan mengenai isu peperangan
di Korea ini. pihak China juga memberi amaran kepada pihak United Nations jika
peperangan tersebut mengancam keselamatan negara China, pihak mereka akan menyertai
peperangan tersebut. Pihak Politburo memberi kebenaran kepada kepada pihak China untuk
campur tangan dalam isu di Korea ini pada 2 Oktober 1950, iaitu sehari selepas askar ROK
memasuki sempadan 38th Parallel. Kemudiannya pihak China mendakwa bahawa pasukan
pengebom Amerika Syarikat telah melanggar ruang udara antarabangsa PRC semasa ingin

8
Donald W. Boose, US Army Forces in the Korean War, 1950-53,
United Kingdom: Osprey Publishing, 2005, hlm.89.

9
Shen Zhihua, Mao, Stalin and the Korean War: Trilateral Communist Relations in the 1950s ,
London : Routledge, 2012, hlm.301.

5
melakukan pengeboman kepada Korea Utara sebelum campur tangan pihak China. 10
Seterusnya, pada 8 Oktober 1950, Mao Zedong telah dilantik semula untuk mengetuai PLA
North East Frontier Force yang dikenali sebagai Chinese People's Volunteer Army (PVA).
Melalui gerakan ini mereka berperang berdasarkan slogan "Perang Menentang Amerika dan
membantu Korea", dibawah arahan Marshal Peng Dehuai.11

3.1 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Perang Korea 1950 ini merupakan perang saudara diantara
Korea Selatan dan Korea Utara yang mempunyai ideologi yang berbeza diantara kedua-dua
pihak ini. Namun, peperangan ini juga telah menyebabkan peperangan yang lebih besar
10
Carter Malkasian, The Korean War, New York: The Rosen Publishing Group, 2008, hlm.50.

11
Steven Casey, Selling the Korean War : Propaganda, Politics, and Public Opinion in the United
States, 1950-1953: Propaganda, Politics, and Public Opinion in the United States , 1950-1953,
USA: Oxford University Press, 2007, hlm.113.

6
yang melibatkan dua kuasa dunia yang paling berpengaruh iaitu pihak United Nations yang
diketuai oleh Amerika Syarikat dan pihak Komunis yang terdiri daripada Soviet Union dan
China. Peperangan ini juga telah memberi kesan yang amat besar kepada Korea, kerana
akibat daripada peperangan ini menyebabkan tanah Korea terbahagi kepada dua iaitu Korea
Utara Dan Korea Selatan sehingga pada hari ini, akibat daripada peperangan ini.

RUJUKAN

7
Brune, Lester, 1994, Robin Higham,
The Korean War: Handbook of the Literature and Research,
Wesport, Connecticut: Greenwood Press.

Carter Malkasian, 2008, The Korean War, New York: The Rosen Publishing Group.

Donald W. Boose, 2005, US Army Forces in the Korean War, 1950-53,


United Kingdom: Osprey Publishing.

James I. Matray, 1991, Historical Dictionary of the Korean War,


Wesport, Connecticut: Greenwood Press.

Keith D. McFarland, 2009, The Korean War: An Annotated Bibliography, London: Routledge.

Michael J. Varhola, 2000, Fire and Ice: The Korean War, 1950-1953,
Boston: Da Capo Press.

Nigel Thomas, 1986, Peter Abbott, The Korean War 1950-53,


United Kingdom: Osprey Publishing.

Paul M. Edwards, 2006, Korean War Almanac, New York: Infobase Publishing.

Shen Zhihua, 2012, Mao, Stalin and the Korean War: Trilateral Communist Relations in the
1950s, London: Routledge.

Steven Casey, 2007, Selling the Korean War : Propaganda, Politics, and Public Opinion in
the United States, 1950-1953: Propaganda, Politics, and Public Opinion in the United
States, 1950-1953, USA: Oxford University Press.

You might also like