Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

3.

3 VASCO DA GAMA

Foto 10: Vasco Da Gama

Sumber: Tanya Larkin, Vasco Da Gama, New York: Resen Publishing Group. Inc, 2001, hlm.
8-9

3.3.1 Latar Belakang

Vasco Da Gamma adalah seorang pelayar berbangsa Portugis yang telah menemukan jalan
atau jalur jalan laut langsung dari Eropah ke Malabar, India dengan melakukan penjelajahan
laut mengelilingi Afrika. Tarikh lahir Da Gamma adalah tidak diketahui dan Pada tahun 1524
iaitu semasa pelayaran ketiga beliau, telah menderita malaria setelah tiba di Goa dan
meninggal di kota Cochin pada Malam Natal 1524. Tubuhnya mula-mula dimakamka di
Gereja St. Francis, Fort Kochi, Kochi dan kemudian tulang rangkanya dipindahkan ke
Portugal pada 1539 dan dimakamkan kembali si sebuah tanah perkuburan yang indah di
Vidifueura.1

Namun berdasarkan kepada kepercayaan ahli sejarawan, Vasco Da Gamma dilhirkan


di Sines, Portugal pada tahun 1460 di sebuah pelabuhan kecil selepas Putera Henry the

1
Vasco da Gamma, http://www.asij.ac.jp/elementary/gr5web/c5r/explorer_reports/gwen.htm . Akses
pada 28 Februari 2011.
Navigator meninggal dunia.2 Bapa Da Gamma adalah antara ahli diraja kepada Prince Dom
Frenoyo dan beliau telah membesar di sebuah bandar yang dikenali sebagai Lisbon. Vasco
merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Estevao Da Gamma dan Isable
Sodr iaitu bapa dan ibu kepada Da Gamma telah mendidik Da Gamma dengan baik. Mereka
telah memastikan bahawa Da Gamma mendapatkan pendidikan yang baik. Pada usia yang
muda, Da Gamma telah diajar memancing, berenang dan belayar. Seterusnya, apabila di
bangku sekolah iaitu antara tahun 1484 dan 1492, beliau telah mempelajari bidang
astronomi dan ilmu pelayaran.3 Pada abad ke-16, seorang ahli sejarawan iaitu Gaspar
Correia talah menulis bahawa Evora merupakan the first encountered the sains astronomi
yang akan menyelamatkannya dalam pelyaran laut dalam. 4

Keluarga beliau bukanlah berasal daripada Portugal, tetapi Da Gamma tidak


memikirkan tempat lain sebagai rumahnya kecuali Portugal. Bapa beliau sebenarnya berasal
daripada Southern Provinces of Alentejo , iaitu salah sebuah wilayah Portugal. Manakala
keluarga sebelah ibunya pula adalah orang Enggeris. Pada tahun 1484 beliau telah menjadi
pelayar. Beliau telah berkahwin pada 1500 dengna seorang wanita yang bernama Cateriana
De Ataide

3.3.2 Ekspedisi Perlayaran Dan Penjelajahan

Secara umumnya, pelayaran yang dilakukan oleh Da Gama dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu pelayaran Pertama, kedua dan ketiga. Pelayaran pertama beliau lakukan
adalah dengan mengelilingi Tanjung Harapan, pelayaran yang kedua adalah ke India dan
pelayaran beliau yang ketiga adalah untuk ke Goa, India.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong pelayaran ini, antaranya ialah, beliau
telah diberikan tugas yang sangat besar oleh Raja Manuel untuk mecari jalan laut menuju ke
kepulauan rempah iaitu mencari jalan laut mengeliingi afrika untuk ke india yang akan
membantu Portugal untuk mendapatkan tanah dan menjadi negara yang kaya. Selain
2
Allison Stark Draper, Vasco Da Gama: The Portugues Quest For A Sea Route From Europe to India , New
York Resen Publishing Group. Inc. 2003, hlm. 1-15.

3
Ibid.

4
Ibid.
daripada itu, faktor keuntungan, kemegahan bangsa, raja dan negara. 5 Tujuan pelayaran
yang seterusnya adakah untuk mencari negeri-negeri Kristian di Benua Timur atas arahan
daripada Raja. Dalam satu perjalanan kembali ke Portugal, beliau telah membawa berita
bahawa beliau telah melihat sebuah kerajaan kristian di Afrika Timur. Ramai orang Portugal
percaya bahawa kerajaan kristian Prester John telah dijumpai. Apabila Raja Portugal
mendengan berita ini, baginda telah menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu
mempertahankan Kristian di Habsyah daripada serangan orang Islam. Mereka berpendapat
bahawa sekiranya orang Islam menjumpai kerajaan tersebut sebelum kerajaan Portugis,
maka kemungkinan besar untuk orang Islam mengawal kerajaan kristian
tersebut.6Seterusnya, penjelajahan ini adalah untukmenjalankan perdagangan dengan
penduduk di Afrika dan membangunkan pelabuhanuntuk perlindungan dan menyediakan
kelengkapan untuk kapal portugis dan untuk meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh
barthlomew Diaz yang telah Berjaya mengelilingi Tanjung Harapan pada 1487M. 7

Peta 3 : Laluan Perlayanan Vasco Da Gamma

Sumber: perlayaran Vasco Da Gamma


<http://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/iptek/100/Gama.html> akses pada 28 februari 2011.
3.3.2.1 Pelayaran Pertama Mengelilingi Tanjung Harapan

Pelayaran pertama Da Gamma melilingi Tanjung Harapantelahmembuktikan bahawa pantai


Afrika adalah penting bagi Portugis. Pelabuhan-pelabuhan di Afrika menyediakan air yang
bersih dan segala kelengkapan seperti kayu dan pelabuhan serta tempat untuk menunggu.
Ianya sangat penting kepada ekonomi Portugal. Dalam pelayaran melilingi Tanjung
Harapan, beliau telah tiba di Malindi dan menemui seorang pemuda Arab yang memandunya

5
Tanya Larkin, vasco da gama, NY: Resen Publishing Group. Inc, 2001, hlm. 6.

6
Patricia Calvert, Vasco Da Gama: So Strong a Spirit, US: Marshall Cavendish Corperation, 2005, hlm. 43.

7
Sivachandralingham Sundra Raja, op.cit., hlm. 506.
menyeberangi Lautan Hindi ke India dan Vasco Da Gammatelah tiba di India pada 20 Mei
1490 dan telah mengadakan perundingan dengan penguasa setempat yang bernama
Zamorin untuk memecahkan monopoli pedagangan Arab. Da Gammatelah berhasil untuk
memperolehi sebuah surat konsesi untuk hak-hak perdagangan yang membolehkanya
berdagang dengan bebas di sana. Selepas itu, Vasco Da Gammatelah mendarat di Calicut
pada 20 Mei 1498 dan kemudian meneruskan pelayarannya ke Goa. Semasa beliau berada
di Calicut, beliau telah mendirikan sebuah tugu batu marmar sebagai kenangan ataupun
bukti bahawa beliau telah menjumpai laluan laut atau jalanan laut yang baru dari Eropah ke
Timur. Setelah itu, beliau telah singgah sebentar di Ceylon sebelum kembali semula ke
Portugal pada September 1499 dan sekembalinya beliau ke Portugal, beliau telah diberikan
gelaran “Admiral Samudera Hindia” dan dianugerahi gelaran Dom (count) oleh raja Manuel
I.8

3.3.2.2 Pelayaran kedua ke India

Pada 12 February 1502, Da Gamma telah kembali belayar ke India dengan armada 20 kapal
perang dan telah mendirikan pusat perdagangan Portugis di sana. Pada masa yang sama,
beliau telah menawan Calicut dan membawa pulang sutera sertaemas untuk membuktikan
bahawa beliau telah singgah di India. Sepanjang perjalanan beliau ke India, beliau telah
singgah di beberapa buah kerajaan Afrika. Di Afrika dan India, beliau telah membunuh
banyak orang Islam dan India yang tidak bersalah atas alasan membalas dendam berikutan
tindakan atau layanan yang berbeza orang India dan Islam kepada pelayar portugis. Gamma
juga merompak sebuah kapal yang kembali dari Mekkah dan menyita semua barang
dagangnya. Beliau Kemudiannya telah membakar kapal tersebut yang dianggarkan
mempunyai seramai 380 anak kapal. Setelah kembali ke Portugal pada September 1503,
beliau telah diangkat menjadi Count dan dianugerahi dengan hak-hak feudal dan
perundangan ke atas Vidigueira dan Vila dos Frades.9

3.3.2.3 Pelayaran Ketiga ke Goa, India.

Da Gamma telah melakukan pelayaran ke tiga beliau menuju ke Goa, India setelah
mendapatkan reputasi sebagai “penyelesai” segala masalah yang muncul di India. Beliau
8
Patricia Calvert, op. cit., hlm. 45.

9
Vasco da Gamma, http://www.asij.ac.jp/elementary/gr5web/c5r/explorer_reports/gwen.htm . Akses
pada 28 Februari 2011.
telah diutus semula untuk ke India sekali lagi pada 1524 bagi menggantikan Eduardo de
Menezes sebagai raja muda atau sebagai mewakili wilayah kekuasaan Portugal. 10Walau
bagaimanapun, dalam perjalanan menujuk ke India, beliau telah jatuh sakit dan telah
meninggal dunia setelah sampai pada 24 disember1524 di India. Mayat beliau telah
dikebumikan di India, kemudian pada tahun 1539, mayat beliau telah dihantar semula ke
Vidigueir, Portugal.11

3.3.3 Jenis Kapal dan Armada

Pada 1492, beliau telah mengetuai angkatan tentera untuk mempertahankan Portugal
daripada serangan Perancis di Guinea. Kemudian beliau telah melancarkan ekspidisi ke
Timur tengah dengan empat buah kapai iaitu the Sao Gabriel, the Sao Rafael,San Miguel
dan sebuah kapal kargo yang tidak mempunyai nama. Kapal tersebut mempunyai belakan
makana dan wine untuk bekalan selama 3 tahun. 12 Kapal Sao (Saint) Gabriel dipimpin oleh
abang belaiu sendiri iaiu Paulo Da Gamayangmempunyai panjang 23 meter dan 5 meter
lebar. Manakala Sao Rafael pula dipimpin oleh beliau sendiri. Seterusnya, kapal the San
Miguel diketuai oleh Nicolas Coelho. Anak-anak kapal untuk ketiga-tiga kapal tersebut terdiri
daripada mereka yang terbuang.13

Semasa dalam ekspidisi keduanya, beliau telah membawa 20 kapal yang dilengkapi
dengan senjata dalam usaha untuk membalas dendam di atas perbuatan orang Islam
kerana memberikan layanan yang berbeza kepada orang Portugal. 14

Foto 11 : Kapal Portugis

10
Ibid.

11
Vasco da Gamma, http://www.asij.ac.jp/elementary/gr5web/c5r/explorer_reports/gwen.htm . Akses
pada 28 Februari 2011.

12
Allison Stark Draper, op. cit.,hlm. 1-15.

13
(T. Penulis), The Journeys Of Bartholomew Dias And Vasco D Agama, Two Great Portuguese Navigators Travel
EastAnd Discover The Vital Sea Routue To India 1487-1497.

14
Vasco da Gamma, http://www.asij.ac.jp/elementary/gr5web/c5r/explorer_reports/gwen.htm . Akses
pada 28 Februari 2011.
Sumber : Sivachandralingham Sundra Raja, Tamadun Dunia, Selangor: Fajar Bakti, hlm.
506.

3.4 Sumbangan

Terdapat beberapa sumbangan Da Gama Vasco yang telah memberikan nafas baru kepada
dunia pelayaran. Sebagai sumbangan pertama beliau adalah menerusi kebolehan beliau
dalam menemukan jalan baru menunju ke India. Da Gamma merupakan seorang pelayar
yang telah berjaya membangunkan jalan laut dari Eropah ke India tanpa menggunakan
jalan Kalifah Jalur Sutera antara Timur Tengah dan Asia Tengah. Selain daripada itu juga,
beliau merupakan pelayar pertama yang menghasilkan era dominasi Eropah selama ratusan
tahun melalui kekuatan laut dan perdagangan. Beliau juga menjadikan Portugis sebagai
kolonialisme selama 450 tahun di India yang menghasilkan kekayaan dan kekuasaan bagi
takhta Portugal. Seterusnya, kejayaan Da Gama telah mendorong banyak kapal Portugis
belayar ke Timur untuk memperoleh lada hitam, sutera, batu permata dan rempah.
Terdapat beberapa pengkalan perdagangan telah didirikan di Ceylon, Sumatera, Jawa dan
kepulauan rempah. Begitu juga dengan pelayar-pelayar British yang telah menjadikan
pelayaran yang dilakukan oleh Da Gamma sebagai perintis kepada pelayaran-pelayaran
yang mereka lakukan dengan metlamat utama untuk mendapatkan keuntungan dan
memecah monopoli pedagang Portugal dan Sepanyol.

You might also like