Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI

MALAYSIA.

TAHUN 1940 – 1960


Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibuka oleh missionari Kristian dengan Pendidikan
berpengaruh British dan diajar oleh bekas guru sekolah rendah yang tiada pengalaman.

TAHUN 1969
Dengan sumbangan dari Yaysan Asia kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia,
tertubuhnya tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika tersebut
di tubuhkan di Kampung Muniady, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di negeri
Selangor.

TAHUN 1970
Selaras dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru yang berfokuskan kepada program
“Pembasmian Buta Huruf” Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengambil
keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan
Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur
empat hingga enam tahun untuk membantu rakyat yang miskin.

TAHUN 1972-1976
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal
Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961.

Seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS di latih di Maktab
Penguruan Ilmu Khas, Cheras dalam Pendidikan Prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

Majlis Perhubungan Masyarakat membuat keputusan untuk menubuhkan prasekolah contoh

TAHUN 1980
Diikuti old FELDA dan Risda pula menubuhkan prasekolah contoh untuk sumbangan kebajikan
kepada peneroka dan juga untuk pekebun-pekebun kecil getah di luar bandar.

TAHUN 1981
Yayasan Sabah telah menubuhkan Insitut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-
Kanak dan mendapat nasihat daripada University Malaya.
TAHUN 1984
Tertubuhnya Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Ini adalah kerana terdapat beberapa
pihak tuntut bahawa Pendidikan awal kanak-kanak harus bermula pada umur di bawah 4
tahun.

TAHUN 1986
Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti
guru prasekolah.

TAHUN 1993
Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia diperkenalkan dan digunakan
untuk sekolah rintis di KPM.

SEHINGGA KINI
Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4
tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan menjadi rujukan utama bagi
Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

You might also like