Modus Operandi Jenayah Komersil

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MACAU SCAM

PENYAMARAN TIPU PANGGILAN

MODUS OPERANDI
1. Suspek menghubungi mangsa dengan
menyamar sebagai penguatkuasa, pihak bank
atau syarikat perkhidmatan.
- Polis - LHDN - TM
- Mahkamah - SPRM - Pos Laju
2. Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah
atau mempunyai tunggakan bayaran pinjaman
bank, cukai dll.
3. Mangsa diugut akan ditangkap dan didakwa.
Mangsa diminta merahsiakan dari keluarga/
rakan.
4. Mangsa diarahkan menyerahkan maklumat bank
atau membuat pindahan wang ke akaun yang
lain bagi tujuan siasatan.

TIPS & NASIHAT


1. Jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
2. Beritahu pasangan, ahli keluarga atau rakan.
3. Semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitan
yang berhampiran untuk pengesahan.
4. Jangan dedahkan maklumat perbankan kepada
mana-mana pihak.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
POLIS DIRAJA MALAYSIA
TIPU E-DAGANG
JUAL/BELI DALAM TALIAN

MODUS OPERANDI
Mangsa adalah PEMBELI
1. Mangsa melihat tawaran iklan di media sosial.
2. Suspek menawarkan barang dengan harga
jauh lebih murah dari harga pasaran.
3. Mangsa membuat bayaran dan tidak terima
barang yang dibeli.
4. Mangsa juga gagal menghubungi suspek.
Mangsa adalah PENJUAL
1. Mangsa dihubungi suspek yang berminat
untuk membeli barang jualan mangsa.
2. Suspek telah terlebih membuat bayaran dan
meminta mangsa memulangkan baki wang.
3. Suspek menunjukkan resit bank palsu untuk
meyakinkan mangsa.

TIPS & NASIHAT


1. Berhati-hati dengan tawaran 'Too Good To Be True'
atau harga murah.
2. Pilih laman web yang dipercayai dan mempunyai
jaminan keselematan.
3. Semak review dan testimoni pengguna.
4. Semak no. telefon / akaun bank di SEMAKMULE.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
POLIS DIRAJA MALAYSIA
TIPU SMS

MODUS OPERANDI
Menang Peraduan
1. Mangsa terima SMS menang peraduan (Nestle,
Boost dll).
2. Mangsa diminta menekan pautan untuk ke
laman web untuk menuntut hadiah.
3. Mangsa diminta memasukkan butiran
perbankan. (No kad ATM, ID pengguna dan
kata laluan.
Penggunaan Kad Kredit
1. Mangsa terima SMS penggunaan kad kredit.
2. Mangsa diminta menghubungi nombor telefon
pada SMS.
3. Mangsa bercakap dengan suspek dan diminta
memberikan maklumat perbankan.

TIPS & NASIHAT


1. Semak dengan syarikat berkaitan tentang peraduan
tersebut.
2. Jangan beri maklumat perbankan kepada mana-
mana pihak.
3. Hubungi bank melalui nombor di belakang kad ATM
atau bank berhampiran anda.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
POLIS DIRAJA MALAYSIA
LOVE SCAM

MODUS OPERANDI
1. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui
media sosial.
2. Suspek akan menyamar sebagai askar, jurutera,
ahli perniagaan yang tinggal di luar negara.
3. Suspek akan memperdaya mangsa dengan :-
- Penghantaran hadiah
Mangsa diminta membuat pelbagai bayaran
seperti cukai, denda dll untuk melepaskan
barangan mewah dari luar negara yang
disekat.
- Wasiat / Pelaburan perniagaan
Mangsa diminta membuat bayaran bagi pihak
suspek untuk mendapatkan wang yang
dihantar dari luar negara.

TIPS & NASIHAT


1. Jangan layan individu tidak dikenali di media sosial.
2. Jangan mudah percaya rakan media sosial.
3. Maklum ahli keluarga / rakan sebelum membuat
transaksi.
4. Semak no telefon / akaun bank di SEMAKMULE.
5. Semak dengan pihak berkaitan.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
POLIS DIRAJA MALAYSIA
TIPU PELABURAN

MODUS OPERANDI
1. Mangsa melihat iklan pelaburan di media sosial
atau ditawarkan melalui whatsapp.
2. Mangsa menghubungi suspek dan ditawarkan
pelaburan yang mudah, untung besar dan tidak
akan rugi.
3. Mangsa membuat transaksi ke akaun bank
seperti yang diarahkan suspek.
4. Mangsa kemudian gagal menghubungi suspek.

TIPS & NASIHAT


1. Jangan percaya kepada pelaburan dalam talian.
2. Semak dengan Bank Negara Malaysia sebelum
membuat pelaburan.
3. Elak pelaburan yang menawarkan pelaburan mudah,
untung besar dan tidak akan rugi.

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL


POLIS DIRAJA MALAYSIA
PINJAMAN TIDAK
WUJUD
MODUS OPERANDI
1. Mangsa melihat iklan pinjaman di media sosial.
2. Mangsa ditawarkan dengan pinjaman yang...
- mudah lulus
- tanpa penjamin
- mohon hari ini, esok lulus
- yang disenarai hitam oleh bank boleh lulus
3. Urusan hanya dalam talian dan mangsa tidak
pernah berjumpa suspek.
4. Mangsa diminta untuk membuat pelbagai
bayaran (guaman, setem duti, yuran proses dll)
untuk mendapatkan wang pinjaman.
5. Mangsa tidak menerima wang pinjaman dan
suspek gagal dihubungi.

TIPS & NASIHAT


1. Jangan percaya pinjaman dalam talian.
2. Semak nama syarikat pinjaman atau lesen pemberi
pinjam wang dengan KPKT.
3. Pastikan urusan pinjaman dilakukan di pejabat
pemberi pinjam wang yang memaparkan lesen
perniagaan.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUSINESS EMAIL
COMPROMISE (BEC)
MODUS OPERANDI
1. Suspek menghantar emel yang menyerupai
alamat emel rakan niaga mangsa.
Contoh:
Emel sebenar : thermo-comp@tc.com.my
Emel suspek : therm0-compt@tc.cc
2. Suspek akan meminta syarikat mangsa untuk
membuat pembayaran ke akaun lain.
3. Mangsa kemudian telah membuat bayaran ke
akaun yang diberikan saspek.
4. Mangsa tersedar telah ditipu apabila rakan niaga
menghubungi mangsa memaklumkan belum
terima bayaran.

TIPS & NASIHAT


1. Semak dengan teliti alamat emel yang diterima.
2. Hubungi rakan niaga melalui telefon/surat/faks
untuk pengesahan.
3. Pastikan komputer di pejabat memasang dan
sentiasa mengemaskini antivirus.

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL


POLIS DIRAJA MALAYSIA
PHISHING

MODUS OPERANDI
1. Mangsa menerima SMS / emel mengandungi
pautan untuk mengemaskini maklumat
perbankan.
2. Mangsa yang telah menekan pautan akan masuk
ke laman web / aplikasi perbankan palsu yang
menyerupai laman web / aplikasi asal.
3. Mangsa log masuk menggunakan ID dan kata
laluan perbankan dan mengemaskini maklumat
perbankan mangsa.

TIPS & NASIHAT


1. Semak dengan teliti alamat laman web perbankan
yang diterima.
2. Jangan tekan pautan yang diterima dari SMS atau
emel yang tidak dikenali.
3. Pastikan security phrase atau gambar adalah betul
sebelum log masuk.

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL


POLIS DIRAJA MALAYSIA

You might also like