Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

2.2.

2 Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail


• Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format.
• Format yang dipilih untuk menyimpan sesuatu imej bergantung kepada kegunaannya
Jenis fail Kegunaannya

JPEG • Digunakan untuk menyimpan imej digital dalam laman sesawang terutamanya imej yang melibatkan
(Joint Photographic Experts pelbagai warna dan corak.
Group) • Sesuai untuk imej mempunyai bilangan warna 256 hingga 16 juta warna.
• Digunakan untuk memadatkan imej.
• Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail tetapi kualiti imej akan berkurang.
GIF • Digunakan dalam pembinaan laman sesawang
(Graphics Interchange • Tidak sesuai untuk imej yang mempunyai banyak dan pelbagai warna deperti gambar foto.
Format) • Sesuai untuk imej berbentuk ikon, garis,butang, kartun dan ilustrasi.
• Satu format mampatan dengan saiz fail yang kecil.
BMP • Salah satu format fail yang paling lama wujud semenjak kemunculan system pengoperasian Microsoft
Bitmap Windows 3.0.
• Sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna 256 sehingga 16 juta warna.
• Sesuai untuk menyimpan imej grafik kualiti tinggi kerana data imej tidak boleh dimampatkan.
• Saiz fail adalah besar.
TIFF • Sering digunakan dalam percetakan dan penerbitan atas meja.
Tagged Image File Format • Sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna 256 hingga 16 juta warna.
• Fail imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti imej.
• Khusus digunakan bagi menyimpan fail imej bitmap yang diperoleh daripada peranti penangkap imej seperti
pengimbas imej, kamera digital dan sebagainya.
2.2.3 Perkaitan Antara Kualiti, Saiz, Kedalaman Warna dan Resolusi Imej

1. Saiz fail imej yang sama dengan resolusi berlainan


• Kualiti suatu imej akan menjadi jelas, tajam dan menarik apabila resolusi imej tersebut adalah tinggi.
• Imej dengan resolusi yang lebih tinggi, iaitu 300 dpi menghasilkan imej yang lebih baik berbanding imej
dengan resolusi 72 dpi.
• Semakin banyak piksel yang digunakan bagi membentuk sesuatu imej, semakin banyak bilangan bit
atau bait yang diperlukan dan seterusnya saiz bagi fail imej tersebut akan menjadi lebih besar.

2. Saiz fail imej yang sama dengan dimensi berlainan


• Dimensi bagi sesuatu imej juga akan mempengaruhi kualiti serta saiz imeh tersebut.
• Imej dengan dimensi yang lebih besar akan menghasilkan saiz imej yang lebih besar berbanding imej
yang mempunyai dimensi yang lebih kecil.

3. Saiz bagi fail imej yang sama dengan kedalaman warna berlainan
• Saiz bagi sesuatu imej akan menjaid lebih besar jika kedalaman warna yang digunakan bagi imej
tersebut adalah tinggi.
• Kedalaman warna yang digunakan bermaksud piksel per bit bagi imej tersebut.
• Semakin tinggi piksel per bit yang digunakan saiz imej akan menjadi lebih besar.
2.2.4 Perhubungan antara saiz audio dengan kadar kedalaman bit
• Saiz bagi suatu fail audio bergantung kepada kedalaman bit.
• Rumus untuk menghitung kadar kedalaman bit, dalam unit bit per saat (bps)

• Dalam pengiraan kadar kedalaman bit, saluran terdiri daripada audio mono dan stereo.
• Audio stereo lebih berkualiti berbanding audio mono kerana audio stereo menggunakan dua saluran
dalam satu-satu masa.
2.2.5 Saiz fail dan kualiti untuk audio yang sama dalam pelbagai format fail
2.2.6 Penukaran saiz data dari bit ke bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait
bagi fail audio dan imej

Hubungan antara bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait


Contoh 2.14 (tak perlu salin)
Saiz fail audio

Contoh 2.15
- TAMAT-

You might also like