Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA


MELAYU

RAJA ALI HAJI

NAMA : AZIAN BINTI ABD LATIFF


NO.MATRIK : JEA08005
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
PENSYARAH: DR. AMRAN MOHAMAD
PENGENALAN

KONSEP FALSAFAH

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang pertama kali

digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M) pada abad ke-6. Perkataan falsafah ini

mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” (cinta) dan

“sophia”

( kebijaksanaan). Oleh itu, falsafah boleh diertikan cinta akan kebijaksanaan atau

kebenaran. Saya telah mengkaji tentang falsafah yang digunakan oleh Raja Ali Haji yang

menjadikannya seorang yang dikenali ramai dan terkenal.

RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar Raja Ali Haji ialah Raja Ali al-Haj bin Raja Haji Ahmad bin Raja

Haji Asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak. Beliau dilahirkan di Pulau Penyegat

Riau. Raja Ali Haji lahir pada akhir tahun 1808 atau awal tahun 1809 di Pulau

Penyengat. Ia dilahirkan di tengah tradisi besar Melayu (great tradition), iaitu budaya

Melayu yang berkembang dalam kalangan bangsawan. Disiplin ilmu yang banyak

dikaji dalam great tradition adalah kesusasteraan. Maka tidak hairan jika Raja Ali

Haji dilahirkan dari keluarga yang mencintai kesusasteraan. Selain itu juga, sewaktu

berusia 11 tahun beliau telah ke Mekah dan mempelajari agama. Apabila kembali ke

Riau beliau menjadi guru agama dan mengajar tasawuf, usuluddin, fikah serta ilmu nahu.

Bakat kepengarangan yang ada pada ayahnya iaitu Raja Ahmad, diwarisi oleh

Raja Ali Haji. Raja Ahmad menghasilkan setidaknya tiga buah karya sastera,
iaitu Syair Engku Puteri, Syair Perang Johor, dan Syair Raksi. Sementara Raja Ali Haji

menghasilkan serangkaian karya, seperti Gurindam Dua Belas, Bustan al-

Katibin,

Kitab Pengetahuan Bahasa, Tsamarat al-Muhimmah, Muqaddimah fi Intizam

al-

Wazaif al-Muluk, Syair Abdul Muluk, Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu Bugis, Sinar

Gemala Mestika Alam, dan lain-lain.

KUPASAN FALSAFAH

Tokoh Raja Ali Haji merupakan budayawan di gerbang abad baru, iaitu pada abad

ke-19. Pada pengamatan saya setelah saya fahami dan mendalami tokoh Raja Ali Haji ini,

dapatlah disimpulkan bahawa falsafah yang dipegang dan dibawa olehnya ialah Raja Ali

Haji berpegang teguh dengan mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan fahaman

Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur. Raja Ali Haji juga mengamalkan ilmu

tasawuf yang merupakan seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan

Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang

diamalkam secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi

Sabilillah yang semasa meninggal duinia datuknya itu masih memegang ktiab

Selawat.

Raja Ali Haji adalah sosok ulama yang tidak hanya fasih berbicara agama, namun

juga menguasai bidang politik, ketatanegaraan, sejarah, hukum, sastera, dan bahasa. Buah

pemikirannya dikenal dengan kekhasannya yang selalu berakar pada syari‘at Islam
kerana peganganya yang menggunakan mazhab Syafie dan juga tradisi Melayu. Karya-

karyanya di bidang sastera, bahkan sangat diperhitungkan pada masanya (abad ke-19),

hingga ia dikenal sebagai salah satu tokoh paling terkemuka di zamannya, baik di

kalangan agamawan, cendekiawan, bangsawan, mahupun sasterawan. Raja Ali Haji,

melalui karyanya Tsamarat al-Muhimmah Difayah li al-Umara wa al-Kubara wa li ahl

al-Mahkamah, secara tegas menyatakan bahawa seorang raja yang melalaikan tugasnya

dan mendurhakai Allah swt, tidak dapat diterima sebagai penguasa, dan jabatannya harus

diserahkan kepada orang yang lebih tepat. Pandangan Raja Ali Haji tersebut agaknya

dipengaruhi oleh Imam al-Ghazali. Hal ini dapat dilihat dari karya-karyanya yang banyak

menyebutkan buku Ihya Ulum ad-Din, karya ulama besar tersebut. Pengaruh al-Ghazali

sangat terasa dalam bagaimana Raja Ali Haji menggambarkan sosok raja yang ideal yang

seharusnya boleh menahan diri dari hal-hal yang bersifat duniawi dan lebih

mementingkan untuk mengurus permasalahan rakyat.

Raja Ali Haji juga telah menyebutkan tentang akhlak yang terdapat dalam

syair-syairnya, Secara etimologis, perkataan akhlak yang berasal dari bahasa Arab

adalah bentuk jamak dari kata khulk. Khulk di dalam Kamus Al-Munjid bererti budi

pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat (Asmaran, 1992: 1). Daripada pengertian di

atas dapat diketahui bahawa akhlak ialah sifat-sifat yang dibawa manusia sejak lahir yang

tertanam dalam jiwa dan selalu ada padanya. Sifat itu dapat berupa perbuatan baik yang

disebut akhlak yang mulia dan perbuatan buruk yang disebut akhlak yang tercela

sesuai dengan pembinaannya. Jadi pada hakikatnya akhlak merupakan suatu sikap

atau sifat yang telah meresap dalam jiwa dan menjadi keperibadian sehingga munculah
berbagai macam perbuatan dengan cara spontan tanpa memerlukan pemikiran. Melalui

keadaan berikut timbul kelakuan yang baik dan terpuji menurut pandangan syariat dan

akal fikiran, maka ia dinamakan budi pekerti yang mulia dan sebaliknya.

Selain itu, Raja Ali Haji juga dipengaruhi ulama seperti Ibnu Taimiyah dan Abu al-

Hasan Ali bin Muhammad Habib al-Mawardi. Pengaruh pemikiran al-Maturidi, secara

jelas, dapat dilihat dari pernyataan Raja Ali Haji yang menjelaskan bahawa suatu negara

lebih baik dipimpim oleh raja yang zalim selama enam puluh tahun daripada satu malam

tanpa raja. Sebagaimana dijelaskan dalam karyanya, “bahwa raja itu di dalam negeri

adalah seperti nyawa di dalam tubuh adanya, maka jika nyawa itu bercerai

daripada

tubuh niscaya binasalah tubuh itu” (Raja Ali Haji, 1887: 65). Menurut Faisal,

penjabatan Raja Ali Haji mengenai politik yang terangkum dalam bukunya,

“Tsamarat al-Muhimmah” memperlihatkan adanya persamaan dengan

pemikiran Imam al-Ghazali yang tertuang dalam karyanya “Nasihat al-Mulk”. Kedua

karya tersebut memandang bahwa fungsi negara dan kewajipan utama masyararakat

adalah menciptakan iklim yang mendorong pelaksanaan agama yang wajar, sehingga

setiap orang mampu melaksanakan tugas spiritualnya demi mempersiapkan dirinya untuk

hari akhir nanti.


KESIMPULAN

Kesimpulanya, dapatlah dilihat Raja Ali Haji amat berpegang kepada mazhab

Syafie ini dan karya-karyanya juga berlandaskan syariat islam yang menggunakan

fahaman Abu al-Hasan Ali bin Muhammad Habib al-Maturidi dalam ilmu politiknya

melalui pegangan falsafahnya ini beliau dapat menghasilkan banyak karya yang amat

berguna kapada kita semua. Jasa dan sumbangan beliau amat dihargai kerana

menghasilkan karya-karya sepeti Kitab Pengetahuan bahasa, Tuhfat al-Nafis dan syair-

syair yang mempunyai nilai-nilai didaktis.


RUJUKAN
Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Hasan Junus. 1988. Raja Ali Haji Budayawan Di Gerbang Abad XX. Universiti Islam
Riau Press: Pekanbaru.

Hashim Bin Haji Musa, ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu
(Suatu Pengenalan). Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Mohd Pauzi Mahmad. 1999. Siri Kesusasteraan Melayu STPM, Kertas 1(Sejarah Dan
Kritikan Sastera). Eastview Publication Sdn. Bhd: Selangor.

Mhtml:file://H:\ltr%20belakang%20RAH2.mht

Mhtml:file://H:\Politik%20Islam%20Melayu%20(Studi%20Pemikiran%20Raja%20Ali

Mhtml:file://H:\Biografi%20Raja%20Ali%20Haji.mht

You might also like