Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Ruj.Kami : JPNPk.SPM.KOKU600-1/2 Jld.

2 (23)
Tarikh : 20 Zulkaedah 1442H
1 Julai 2021

Pegawai Pendidikan Daerah


Seluruh Negeri Perak

Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Seluruh Negeri Perak
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah Seluruh Negeri Perak

YBrs, Dr/ Tuan/ Puan,

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGUAN SECARA


DALAM TALIAN DAN PENGISIAN DATA DALAM SISTEM PENTAKSIRAN
AKTIVITI JASMANI, SUKAN, DAN KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Surat daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia, KPM.600-4/1/1 JLD 3 (52) bertarikh 25 Jun 2021 adalah
berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan


Kokurikulum (PAJSK) akan dibuka untuk pengisian bermula 1 Julai 2021. Semua aktiviti
Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform, dan Sukan/ Permainan termasuk
perjumpaan mingguan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Walaubagaimanapun,
aktiviti kokurikulum mingguan di peringkat sekolah haruslah diselaraskan agar tidak
menjejaskan waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) guru serta murid. Jumlah perjumpaan yang ditetapkan bagi
tahun 2021 adalah seperti di Lampiran 1.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pentadbir sekolah untuk


menyelesaikan pengisian data dalam sistem PAJSK pada atau sebelum 21
Disember 2021 (Selasa) melalui pautan http://pajsk.moe.gov.my/index.php. Garis
Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) juga boleh
dimuat turun melalui sistem login sekolah di pautan tersebut.
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGUAN SECARA
DALAM TALIAN DAN PENGISIAN DATA DALAM SISTEM PENTAKSIRAN
AKTIVITI JASMANI, SUKAN, DAN KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2021
JPNPk.SPM.KOKU600-1/2 Jld.2 (23) 1 Julai 2021

4. Untuk makluman, pengurusan sistem PAJSK hanya melibatkan sekolah


kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan
sistem PAJSK. Bagi sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan sistem APDM,
pihak sekolah boleh berhubung dengan Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi tujuan pendaftaran murid dalam sistem
PAJSK.

5. Sukacita diingatkan bahawa hasil kutipan data PAJSK ini juga akan diguna
pakai bagi tujuan pemverifikasian oleh pihak-pihak yang berkeperluan. Oleh itu,
integriti dalam pematuhan terhadap prosedur yang telah ditetapkan perlu diberi
perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan proses pentaksiran ini. Maklumat
tambahan berkaitan seperti di Lampiran 2.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di jabatan ini, Norhidatul Erma


binti Kamarudin di talian 019–4774197 atau Wan Muhamad Huzairi bin Shukri di
talian 012 – 9559071.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZNAN BIN HAJI ALIAS, AMP.)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Perak

s.k. 1. Pengarah Pendidikan Negeri Perak

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”


LAMPIRAN 1

JUMLAH KEHADIRAN DAN BILANGAN PERJUMPAAN BAGI TAHUN 2021

A. Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Bilangan Perjumpaan
Perkara Pasukan Badan Sukan/
Kelab/ Persatuan
Beruniform Permainan
Januari –
5 5 5
Disember 2021
Jumlah
15
Perjumpaan

B. Murid Tingkatan 6 Semester Ketiga Kohort Tahun 2020/2021

Bilangan Perjumpaan
Perkara Pasukan Badan Sukan/
Kelab/ Persatuan
Beruniform Permainan
Semester 1
6 6 6
(STPM 2021)
Semester 2
4 4 4
(STPM 2021)
Semester 3
3 3 3
(STPM 2021)

13 13 13
Jumlah
Perjumpaan
39
C. Murid Tingkatan 6 Semester Pertama Kohort Tahun 2021/2022

Bilangan Perjumpaan
Perkara Pasukan Badan Sukan/
Kelab/ Persatuan
Beruniform Permainan
Semester 1
6 6 6
(STPM 2022)
Jumlah
18
Perjumpaan

Nota:
1. Jumlah bilangan perjumpaan adalah berdasarkan jumlah minggu persekolahan
semasa mengikut Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan)
tahun 2021.
2. Perubahan jumlah dan bilangan perjumpaan yang dinyatakan di atas akan
disesuaikan dengan sistem PAJSK.
3. Satu perjumpaan lengkap mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam bagi
Sekolah Menengah (1 kali perjumpaan bersamaan 3 jam) manakala sekurang-
kurangnya 2 jam bagi Sekolah Rendah (1 kali perjumpaan bersamaan 2 jam).
4. Log masuk sistem PAJSK kali pertama menggunakan:

• Login ID : KODSEKOLAH
• Kata laluan : Pajsk2021
Mohon kemaskini kata laluan dan maklumat setelah log in kali
pertama.
LAMPIRAN 2
MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Sekolah Rendah

1.1. Pengisian PAJSK melibatkan semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada
tahun 2021 sahaja termasuk Murid Berkeperluan Khas.
1.2. Tempoh kiraan markah PAJSK bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ialah
mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
1.3. Kiraan markah PAJSK bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 - jumlah markah
yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul (Cummulative Grade Point
Average) bagi tiga tahun.

2. Sekolah Menengah

2.1. Pengisian Data PAJSK melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga


Tingkatan 6 (termasuk calon STPM dan STAM) pada tahun 2021
termasuk Murid Berkeperluan Khas.
2.2. Tempoh kiraan markah PAJSK bagi
• murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ialah mulai 1 Januari 2021
hingga 31 Disember 2021.
• calon STPM Tahun 2021 ialah sepanjang tempoh calon berada di
Tingkatan 6.
• calon STAM adalah lanjutan dari Tingkatan 5 dan sepanjang tempoh
calon dalam STAM.
2.3. Kiraan markah kokurikulum dan sukan bagi
• murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul
(Cummulative Grade Point Average) bagi lima tahun (Sekolah
Menengah).
• calon STPM Tahun 2021
Jumlah markah yang dikira adalah sepanjang tempoh calon berada di
Tingkatan 6 sahaja.
• calon STAM Tahun 2021
Jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul
(Cummulative Grade Point Average) lanjutan daripada Tingkatan 5.

3. Bagi calon SPM/ STAM/ STPM 2021, Sijil Pelaporan PAJSK hendaklah dimuat
turun, dicetak dan diserahkan kepada semua calon bersama-sama dengan
keputusan peperiksaan yang diumumkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
4. Bagi murid selain calon SPM /STAM/ STPM 2021, sekolah-sekolah WAJIB
menyimpan slip secara softcopy dan perlu diserahkan kepada murid setiap tahun
(softcopy/hardcopy).

You might also like