Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk: Perpaduan kaum

Seperti yang kita sedia maklum, perpaduan kaum ini adalah sangat penting dalam
memastikan Negara dalam keadaan aman dan damai. Kita lihat sendiri di Negara kita yang
terdapat pelbagai kaum yang menjadi penduduk tetap di setiap negeri. Setiap tahun kita akan
menyambut perayaan untuk pelbagai kaum di Negara kita contohnya seperti Tahun Baru
China,Hari raya dan Deepavali. Perayaan-perayaan seperti ini akan menjadi penghubung
untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kita juga
sedia maklum kerajaan tidak pernah membezakan antara orang melayu, india dan china
dalam setiap aspek untuk memertabatkan rakyat Malaysia.

Peristiwa 13 mei yang berlaku di Negara kita merupakan perkara yang terburuk pernah
berlaku kerana ia melibatkan perbalahan antara kaum-kaum di Malaysia. Disebabkan
perkara tersebut kerajaan telah menerapkan perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu dalam
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rukun Negara turut digubal untuk membina masyarakat
yang bersatu padu, harmoni dan aman damai, serta cintakan tanah air. Semangat patriotik
sememangnya telah wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia membawa kepada
kemerdekaan Tanah Melayu kerana adanya masyarakat yang bersatu padu.

Namun,pada masa kini perpaduan kaum ini semakin terhapus hari demi hari disebabkan
rakyat Malaysia sendiri. Setiap tahun Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan namun
ia hanyalah sekadar sambutan kerana anak-anak muda zaman sekarang tidak menanamkan
semangat patriotik tersebut dalam diri mereka. Pengorbanan pemimpin dan tokoh-tokoh
terdahulu seperti tidak dihargai sedangkan mereka snaggup mengorbankan nyawa demi
menyelamatkan tanah air yang tercinta. Perkara-perkara tersebut haruslah dijadikan sebagai
panduan kerana meraka adalah bakal-bakal pemimpin di masa akan datang. Sekiranya
mereka tidak mempunyai sikap seperti itu ia akan menyebabkan Negara Malaysia dalam
keadaan bahaya seperti yang terjadi di dunia luar. Contohnya apa yang berlaku di Libya,
dimana rakyatnya menentang pemimpin dan berlakunya perpecahan kaum kerana tidak
mempunyai persefahaman. Ramai rakayat yang tidak bersalah terbunuh akibat daripada
peristiwa tersebut dan Negara juga berada dalam keadaan kucar kacir. Di samping itu kita
juga mengatahui bahawa terdapat satu persatuan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan iaitu
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu ( Hindraf ). Persatuan ini telah wujud pada 15 novenber
2007. Ahli persatuan ini menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi
mereka dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman serta Hindraf mendakwa
kaum India dan agama Hindu ditindas. Adakah mereka inginkan peristiwa 13 mei berulang
kembali? Adakah mereka tidak pernah menghargai erti kemerdekaan yang telah
menyatuhpadukan seluruh rakyat Malaysia? Tidakah mereka rasa bertuah kerana dapat
menjalani khidupan seharian dengan aman dan damai tanpa berlakunyan peperangaan?
Justeru itu,sebagai rayat Malaysia kita haruslah menyahut cabaran wawasan 2020 untuk
mengekalkan perpaduan Negara kita yang berbilang kaum.
KKD2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK : KERTAS REFLEKSI

(PERPADUAN KAUM)

SEMESTER : 2, 2010/2011

KUMPULAN KULIAH: B

NAMA: ROHANILAH BINTI MARTIN

NO MATRIK: (D20101039409)

NAMA PENSYARAH : CIK NURUL’AIN HIDAYAH BINTI ABAS

You might also like