Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/336316498

STAIL KEPIMPINAN JURULATIH DIGEMARI MEMPENGARUHI ORIENTASI


MATLAMAT ATLET BOLA TAMPAR

Conference Paper · March 2017

CITATIONS READS

0 2,612

12 authors, including:

Mohd Zulhazmi bin Md Zain


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd Zulhazmi bin Md Zain on 08 October 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

STAIL KEPIMPINAN JURULATIH DIGEMARI MEMPENGARUHI ORIENTASI


MATLAMAT ATLET BOLA TAMPAR

Mohd Zulhazmi Bin Md Zain


Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit,
Kuala Lipis, Pahang
zainzulhazmi@gmail.com

Shaharudin Bin Abd Aziz


Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak
shaharudin@fsskj,upsi.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat perkaitan antara stail kepimpinan jurulatih yang
digemari dan orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah
Lipis, Pahang. Responden kajian terdiri daripada pemain bola tampar (N=94) yang mewakili
lapan buat sekolah rendah kebangsaan di Kejohanan Bola Tampar Perempuan Bawah 12
Tahun MSSD Lipis 2013. Soal selidik yang digunakan adalah The Task and Ego Orientation
in Sport Questionnaire (TEOSQ), (Duda & Nicholls, 1989) dan The Leadership Scale for
Sport (LSS), (Chelladurai & Saleh, 1980) yang telah dialih bahasa. Versi LSS yang
digunakan adalah stail kepimpinan jurulatih kegemaran pemain. Dapatan kajian
menunjukkan orientasi matlamat bagi pemain pasukan berjaya dan gagal ialah orientasi
tugasan. Turutan stail kepimpinan jurulatih kegemaran bagi kumpulan berjaya dan gagal
adalah latihan dan maklum balas, pemberian ganjaran, demokratik dan hubungan sosial.
Stail kepimpinan yang kurang digemari adalah autokratik. Kajian menunjukkan terdapat
perhubungan yang signifikan antara orientasi tugasan dan stail kepimpinan jurulatih yang
digemari iaitu latihan dan maklum balas, demokratik, hubungan sosial dan pemberian
ganjaran. Kesimpulannya, kejayaan seseorang atlet juga bergantung pada pendekatan yang
digunakan oleh jurulatih. Justeru, jurulatih perlu peka terhadap keinginan dan
kecenderungan atlet dalam melatih.

KATA KUNCI: Stail Kepimpinan Jurulatih Digemari, Orientasi Matlamat

1. PENGENALAN

Kepimpinan membawa erti yang cukup besar dalam era sukan pada masa kini (Sofian, 2003).
Ia merupakan isu yang sering dibincangkan dan menjadi perhatian semua pihak tidak kira
atlet, barisan pengurusan sesebuah organisasi sukan atau peminat sukan. Isu kepimpinan ini
juga memainkan peranan yang penting dan memberi kesan secara langsung kepada prestasi
dan kecemerlangan seseorang atlet. Sejak kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan
dengan pelbagai isu berkaitan kejurulatihan. Salah satu daripadanya adalah isu peletakan
jawatan Rexy Mainaky sebagai ketua jurulatih badminton beregu wanita negara pada 30 April
2012 yang lalu. Pasukan negara pada ketika itu sedang bertungkus-lumus mempersiapkan
barisan terbaik beregu wanita negara ke Sukan Olimpik 2012 di London dan keputusannya,
pasukan beregu wanita negara kalah dalam kejohanan tersebut.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Menurut Wildman (2006), kepimpinan yang berkesan adalah satu elemen yang
penting dan perlu ditunjukkan demi meningkatkan prestasi sesebuah pasukan. Secara tidak
langsung, ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi sesebuah pasukan serta kemenangan
pasukan tersebut dalam sesebuah kejohanan atau pertandingan bukan hanya terletak kepada
kualiti dan kehebatan atlet semata-mata, tetapi kerjasama sekumpulan individu yang bekerja
secara berpasukan. Memang tidak dinafikan lagi, sesebuah pasukan yang mantap mestilah
terdiri daripada barisan pengurusan dan tenaga kerja yang berkualiti dan komited terhadap
tugas mereka. Barisan pengurus, jurulatih dan atlet mestilah memahami serta mendalami
bidang tugas dan peranan mereka dalam pasukan tersebut. Kepincangan akan wujud sekiranya
tidak wujud kerjasama dan kesatuan dalam sesebuah organisasi sukan dan secara tidak
langsung prestasi atlet akan merudum.

Motivasi merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan prestasi dalam sukan.
Motivasi didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan
perlakuan seseorang individu (Shaharudin, 2001). Selain itu, ia juga merupakan satu keadaan
dalaman yang menggerak dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan, dan tingkah laku ke
arah pencapaian matlamat. Di samping itu, motivasi merujuk kepada dorongan untuk
memulakan aktiviti dan mencuba dengan bersungguh-sungguh agar mencapai matlamat dalam
sukan. Menurut Eccles dan Harold (1991) terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk
menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan persekitaran, dan faktor
peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada dorongan atau sokongan daripada individu yang
menyebabkan pelajar melibatkan diri dalam sukan. Faktor situasi dan persekitaran pula adalah
merujuk kepada motivasi individu itu sendiri untuk melibatkan diri dalam sukan contohnya
penetapan matlamat. Faktor yang terakhir ialah faktor personal, faktor ini bermaksud
penglibatan sukan adalah berdasarkan kemahiran dan kemampuan individu itu sendiri.
Penglibatan individu pelajar dalam aktiviti sukan adalah bergantung pada tingginya pengaruh
setiap faktor yang wujud, namun begitu pasti ada sebab lain wujudnya penglibatan pelajar
dalam aktiviti sukan (Rudai, 2007).

Objektif dan matlamat utama penyertaan individu dalam sukan juga berkait rapat
dengan orientasi matlamat mereka (Williams, 1994). Roberts (1992) melihat orientasi
matlamat dalam dua bentuk iaitu orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego.
Orientasi matlamat tugasan merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam menguasai
kemahiran motor paling tinggi berdasarkan sukan yang diceburinya dan berupaya
mempamerkan prestasi yang cemerlang secara automatik semasa kejohanan dan pertandingan.
Orientasi matlamat ego pula merujuk kepada kebolehan mengalahkan pihak lawan atau pun
melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Perkaitan antara orientasi matlamat atlet dengan stail
kepimpinan jurulatih yang diingini oleh atlet tersebut adalah penting kepada jurulatih bagi
mengatur dan menyusun pendekatan dan kaedah latihan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri atlet
berkenaan.

2. SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS

Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji berkenaan stail kepimpinan
jurulatih menggunakan soal selidik Leadership Scale for Sport (LSS), (Chelladurai & Saleh,
1980) untuk melihat stail kepimpinan jurulatih yang digemari oleh atlet. Kajian yang
dijalankan melihat stail kepimpinan atlet dalam pelbagai bidang sukan. Kepimpinan latihan
dan maklum balas merupakan stail kepimpinan yang digemari oleh atlet (Aznan, 2003;
Giddings, 2009; Rosilawati, 2007; Sarinah, 2014; Shabeshan, Wee, & Ravin, 2015; dan
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Smith, 2001). Atlet menggemari stail kepimpinan ini kerana ia adalah salah satu fungsi
terpenting bagi seorang jurulatih iaitu untuk meningkatkan kemampuan atlet. Stail
kepimpinan ini adalah stail kepimpinan jurulatih yang berorientasikan tugasan. Jurulatih
melatih dan memberi arahan kepada atlet untuk meningkatkan potensi dan kebolehan mereka
ke tahap yang maksimum dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta melatih mereka
berkenaan teknikal dan taktikal yang ada dalam sukan yang diceburi (Chelladurai & Saleh,
1980).

Selain daripada stail kepimpinan jurulatih latihan dan maklum balas, atlet juga
menggemari stail kepimpinan jurulatih pemberian ganjaran (Nelfianty, 2009; Shabeshan,
Wee, & Syed Kamaruzaman, 2013; Sherman dan Fuller, 1995; Turman, 2003). Stail
kepimpinan ini menuntut jurulatih untuk memberikan ganjaran dan sumbangan kepada atlet
sebagai merakam penghargaan kepada mereka setelah memperoleh kejayaan atau menghargai
mereka setelah mereka menyelesaikan satu-satu perkara (Chelladurai & Saleh, 1980). Stail
kepimpinan jurulatih yang berbentuk autokratik merupakan stail kepimpinan yang paling
kurang digemari oleh atlet (Nelfianty, 2009; Nur Syuhadah, Nelfianty & Santhiramathy,
2016; Sarinah, 2014; Shabeshan, Wee, & Syed Kamaruzaman, 2013; Shabeshan, Wee, &
Ravin, 2015; Turman, 2003). Stail kepimpinan autokratik adalah salah satu bentuk stail
kepimpinan membuat keputusan. Ia menunjukkan sejauh mana jurulatih mengekalkan dan
menegaskan pendapat dan pandangannya dalam berurusan dengan atlet. Dalam situasi ini,
jurulatih menuntut tahap kepatuhan dan keakuran yang tinggi daripada atlet dalam
melaksanakan tugasan dan arahan yang diberi (Chelladurai & Saleh, 1980).

Kajian orientasi matlamat telah dijalankan di banyak peringkat dengan melibatkan


pelbagai latar belakang atlet dan disiplin sukan. Ia menunjukkan bahawa orientasi matlamat
atlet adalah berorientasikan tugasan (Aris, 2005; Baharim, 2007; Nelfianty, 2009; Rosli,
Jawahir & Maslihan, 2008; Rudai, 2007; Sarinah, 2014). Atlet yang berorientasi matlamat
tugasan mempunyai kebolehan dalam menguasai kemahiran motor paling tinggi berdasarkan
sukan yang diceburinya dan berupaya mempamerkan prestasi yang cemerlang secara
automatik semasa kejohanan dan pertandingan. Seseorang individu yang berorientasikan
tugasan juga akan terus berlatih sehingga menguasai kemahiran yang diingini dengan
bersungguh-sungguh. Selain itu, mereka juga akan melakukan sesuatu tugasan tersebut
dengan rasa seronok serta akan memilih bidang yang sesuai dengannya. Seterusnya mereka
akan mencuba sebaik mungkin untuk mencapai matlamatnya yang telah ditetapkan (Duda &
Nicholls, 1989). Menurut Shaharudin (2001), atlet yang berorientasikan tugasan juga
cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan kemahiran diri serta menggunakan
prestasi kendiri sebagai kayu ukur kejayaan. Mereka juga tidak suka membandingkan
pencapaian mereka secara normatif dengan rakan yang lain. Selain itu, menurut Lochbaum &
Roberts (1993), menyatakan bahawa orientasi tugasan dalam diri seseorang atlet akan
beroperasi apabila tindakan mereka didorong oleh peningkatan prestasi peribadi, penguasaan
diri terhadap satu-satu kemahiran dan pencapaian kendiri yang tinggi. Kejayaan dan
kegagalan adalah subjektif bagi mereka berdasarkan persepsi dan penilaian peribadi mereka
berdasarkan prestasi kerja.

2.1. Objektif Kajian

Secara khususnya kajian ini ingin mencapai tiga objektif iaitu


2.1.1 Mengenal pasti orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan bawah 12 Daerah
Lipis, Pahang.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

2.1.2 Mengenal pasti stail kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan
bawah 12 Daerah Lipis, Pahang.
2.1.3 Mengenal pasti perkaitan antara orientasi matlamat dengan stail kepimpinan jurulatih
kegemaran pemain bola tampar perempuan bawah 12 Daerah Lipis, Pahang.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini ialah kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan dan menggunakan soal selidik
untuk mendapatkan data. Soal selidik digunakan kerana ia menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Selain itu kaedah pelaksanaannya adalah mudah untuk ditadbir kepada jumlah responden
yang ramai. Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada 94 orang atlet pasukan bola
tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah Lipis yang mewakili sekolah mereka ke kejohanan
Bola Tampar MSSD Lipis 2013. Pensampelan adalah berkaitan dengan proses memilih
sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian (Piaw,
2011). Kaedah pensampelan yang digunakan ialah kaedah pensampelan bertujuan. Hal ini
bermaksud pengkaji memilih sampel dari satu populasi mengikut tujuan kajiannya (Marican,
2005). Analisis kajian ialah salah satu daripada langkah dalam proses penyelidikan iaitu setiap
data yang diperoleh harus dinyatakan dalam bentuk pengetahuan, (Marican, 2005).

3.1 Instrumen Kajian

Dalam penyelidikan sains sosial, instrumen kajian biasanya merupakan soal selidik yang
direka khas untuk mengumpul data kajian (Piaw, 2011). Dalam kajian ini, satu set soal selidik
telah digunakan untuk mengumpul data. Set soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah berkenaan demografi atlet, Item yang terdapat
dalam bahagian ini adalah untuk mengetahui latar belakang dan demografi atlet yang dikaji.
Item demografi tersebut adalah seperti umur, tempoh pengalaman bermain bola tampar,
tempoh berlatih dengan jurulatih yang dikaji dan juga sekolah asal atlet tersebut iaitu sama
ada daripada sekolah di kawasan bandar atau luar bandar. Bahagian B adalah untuk
mengetahui orientasi matlamat atlet. Dalam bahagian ini, orientasi matlamat atlet akan
ditentukan dengan menggunakan Soal Selidik Task and Ego Orientation in Sport
Questionnaire (TEOSQ), (Duda & Nicholls, 1989). Pengkaji menggunakan soal selidik yang
telah dialih bahasa kepada versi Bahasa Malaysia oleh Shaharudin (1998). Soal selidik ini
terdiri daripada 13 item. Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alpha
.68 hingga .87 untuk faktor orientasi ego dan .77 hingga .86 bagi faktor orientasi tugasan
(Duda & Nicholls, 1989). Manakala pengujian kebolehpercayaan soal selidik ini dalam versi
Bahasa Malaysia ialah .80 untuk faktor orientasi tugasan dan .76 untuk faktor orientasi ego
(Shaharudin 1998). Bahagian terakhir dalam soal selidik ini adalah untuk menentukan stail
kepimpinan jurulatih yang digemari oleh atlet. Atlet akan menjawab soal selidik Leadership
Scale for Sport (LSS), (Chelladurai & Saleh, 1980) versi atlet iaitu setiap item dalam soal
selidik ini bermula dengan ayat “Saya menggemari jurulatih yang…”. Soal selidik yang
digunakan ini telah diterjemah ke Bahasa Malaysia oleh Balkaran (2004). Internal
Consistency Estimates (Cronbach’s Alpha) bagi stail kepimpinan jurulatih kegemaran atlet
berdasarkan lima sub skala LSS adalah .83 bagi pendekatan latihan dan maklum balas, .75
bagi pendekatan demokratik, .45 bagi pendekatan autokratik, .70 bagi pendekatan hubungan
sosial dan .82 bagi pendekatan pemberian ganjaran (Chelladurai & Saleh, 1980)
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

3.2 Prosedur Kajian

Pengkaji menjalankan kajian di kawasan yang selesa dan sesuai untuk atlet menjawab soal
selidik yang akan diberi. Masa untuk menjalankan kajian ini adalah semasa kejohanan
berlangsung. Pengkaji terlebih dahulu memberikan penerangan tentang kajian yang akan
dijalankan. Seterusnya, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Borang
soal selidik akan diedarkan serentak kepada semua 94 orang sampel kajian. Pengkaji
kemudiannya menerangkan kepada responden kaedah untuk menjawab soal selidik
berkenaan. Responden tidak dibenarkan sama sekali berbincang dengan rakan-rakan semasa
sesi menjawab dijalankan. Namun begitu, pengkaji membenarkan responden untuk
mengajukan soalan atau meminta penjelasan bagi mengelakkan timbulnya masalah semasa
menjawab soal selidik tersebut.

Pengkaji akan mengingatkan responden supaya menjawab semua item yang terdapat
dalam borang soal selidik dan memastikan responden menjawab soal selidik mereka dengan
jelas supaya tidak timbul keraguan semasa data dibaca. Responden juga dinasihatkan supaya
menjawab soal selidik tersebut dengan jujur dan ikhlas. Responden hendaklah menghantar
borang soal selidik tersebut setelah selesai menjawab semua item di dalamnya. Masa yang
diberikan untuk menjawab soal selidik tersebut adalah 15 hingga 30 minit. Pengkaji akan
mengumpul dan menyemak semua borang soal selidik tadi agar setiap item dijawab.
Sekiranya terdapat soal selidik yang tidak lengkap, pengkaji akan meminta responden
berkenaan melengkapkan soal selidik itu semula. Hanya soal selidik yang lengkap sahaja akan
dianalisis. Kefahaman subjek terhadap item-item soal selidik yang dikemukakan merupakan
jaminan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik. Segala maklumat dan jawapan yang
diberikan adalah rahsia dan digunakan semata-mata untuk tujuan kajian ini sahaja.

4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN

Data yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan akan dianalisis dengan menggunakan
program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Penyelidik akan
menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk menganalisis semua data yang diperoleh bagi
mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Persoalan kajian akan terjawab berdasarkan nilai
dan perbandingan min. Pearson Correlation digunakan bagi melihat perhubungan antara
setiap pemboleh ubah iaitu corak orientasi matlamat, gaya kepimpinan jurulatih yang
digemari dan gaya kepimpinan jurulatih sebenar. Pearson Correlation ialah prosedur statistik
yang digunakan bagi mengenal pasti perhubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah.
Pemboleh ubah tersebut boleh jadi dua atau lebih pemboleh ubah bebas dengan dua atau lebih
pemboleh ubah.

4.1 Analisis Data Orientasi Matlamat

Objektif kajian yang pertama adalah untuk melihat orientasi matlamat pemain bola tampar
perempuan bawah 12 Daerah Lipis, Pahang. Daripada objektif kajian ini, terdapat tiga
persoalan kajian yang perlu dijawab iaitu:
4.1.1 Apakah orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah
Lipis?
4.1.2. Apakah orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan pasukan berjaya bawah 12
tahun Daerah Lipis?
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

4.1.3. Apakah orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan pasukan gagal bawah 12
tahun Daerah Lipis?

Jadual 4.1
Orientasi Matlamat Pemain Mengikut Min Dan Sisihan Piawai .

Orientasi matlamat Min Sisihan Piawai .

Tugasan 4.26 .60


Ego 2.46 .67 .

Berdasarkan dapatan analisis pada jadual 4.1, menunjukkan bahawa orientasi


matlamat bagi kesemua 94 orang pemain adalah lebih berorientasikan tugasan (M = 4.26, SD
= .60) berbanding orientasi ego (M = 2.46, SD = .67).

Jadual 4.2
Orientasi Matlamat Pemain Pasukan Berjaya dan Gagal Mengikut Min dan Sisihan Piawai
.

Orientasi Matlamat Berjaya Gagal .

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai .

Tugasan 4.21 .65 4.30 .56


Ego 2.54 .66 2.39 .68 .

Jadual 4.2 pula menunjukkan orientasi matlamat bagi pasukan berjaya dan gagal
mengikut min dan sisihan piawai. Berdasarkan jadual tersebut, orientasi tugasan (M = 4.21,
SD = .65) adalah lebih tinggi berbanding orientasi ego (M = 2.54, SD = .66). Seterusnya,
berdasarkan jadual tersebut, orientasi matlamat pemain pasukan gagal adalah lebih
berorientasi tugasan (M = 4.30, SD = .56) berbanding orientasi ego (M = 2.39, SD = .68).

Kesimpulannya, dapatan daripada analisis yang dijalankan terhadap orientasi matlamat


pemain telah menjawab persoalan pertama, kedua dan ketiga kajian. Analisis menunjukkan
bahawa orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan daerah Lipis adalah lebih
berorientasikan tugasan berbanding ego. Dapatan yang sama juga diperoleh bagi orientasi
matlamat pemain bola tampar pasukan berjaya dan pasukan gagal daerah Lipis iaitu mereka
lebih berorientasikan tugasan berbanding ego.

4.2 Analisis Data Stail Kepimpinan Jurulatih Kegemaran Pemain

Selain melihat orientasi matlamat pemain, kajian ini juga bertujuan untuk melihat stail
kepimpinan jurulatih yang menjadi kegemaran pemain. Objektif kedua kajian ini adalah
untuk melihat stail kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan bawah 12
Daerah Lipis, Pahang. Berdasarkan kepada objektif ini, terdapat tiga persoalan yang perlu
dijawab oleh pengkaji iaitu:
4.2.1 Apakah stail gaya kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan
bawah 12 tahun Daerah Lipis?
4.2.2 Apakah stail gaya kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan
pasukan berjaya bawah 12 tahun Daerah Lipis?
4.2.3. Apakah stail gaya kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan
pasukan gagal bawah 12 tahun Daerah Lipis?
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual 4.3
Turutan Stail Kepimpinan Jurulatih Kegemaran Pemain Mengikut Min dan Sisihan Piawai .

SKJ (Kegemaran Pemain) N Min Sisihan Piawai .

Latihan & maklum balas 94 3.67 .69


Pemberian ganjaran 94 3.63 .74
Demokratik 94 3.47 .73
Hubungan sosial 94 3.31 .74
Autokratik 94 2.24 .90 .

Jadual 4.3 menunjukkan turutan stail kepimpinan jurulatih yang menjadi kegemaran
pemain mengikut min dan sisihan piawai. Hasil analisis mendapati, stail kepimpinan jurulatih
yang paling digemari oleh kesemua 94 orang pemain ialah stail kepimpinan latihan dan
maklum balas (M = 3.67, SP = .69), diikuti oleh stail kepimpinan pemberian ganjaran (M =
3.63, SP = .74), ketiga stail kepimpinan demokratik (M = 3.47, SP = .73) dan keempat stail
kepimpinan hubungan sosial (M = 3.31, SP = .74). Stail kepimpinan jurulatih yang kurang
digemari oleh kesemua 94 orang pemain tersebut ialah stail kepimpinan autokratik (M = 2.24,
SP = .90).

Jadual 4.4
Turutan Stail Kepimpinan Jurulatih Kegemaran Pemain Pasukan Berjaya Dan Gagal
Mengikut Min dan Sisihan Piawai .

SKJ (Kegemaran Pemain) Berjaya Gagal


(N=44) (N=50) .

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai .

Latihan & maklum balas 3.68 .74 3.66 .65


Pemberian ganjaran 3.61 .84 3.65 .65
Demokratik 3.54 .73 3.40 .72
Hubungan sosial 3.46 .70 3.19 .76
Autokratik 2.36 .97 2.13 .84 .

Hasil analisis deskriptif pada jadual 4.4 menunjukkan turutan stail kepimpinan
jurulatih kegemaran pemain pasukan yang berjaya berdasarkan min dan sisihan piawai. Stail
kepimpinan latihan dan maklum balas (m = 3.68, SP = .74) merupakan stail kepimpinan yang
paling digemari oleh mereka. Stail kepimpinan yang kedua ialah stail kepimpinan pemberian
ganjaran (m = 3.61, SP = .84), stail kepimpinan demokratik (m = 3.54, SP = .73) dan stail
kepimpinan hubungan sosial (m = 3.46, SP = .70). Stail kepimpinan yang kurang digemari
oleh pemain bagi pasukan yang berjaya ialah stail kepimpinan autokratik (m = 2.36, SP =
.97). Selain itu, jadual tersebut juga menunjukkan turutan stail kepimpinan jurulatih yang
menjadi kegemaran bagi pasukan yang gagal. Stail kepimpinan yang paling digemari oleh
mereka ialah stail kepimpinan latihan dan maklum balas (m = 3.66, SP = .65), diikuti oleh
stail kepimpinan pemberian ganjaran (m = 3.65, SP = .65), stail kepimpinan demokratik (m =
3.40, SP = .72) dan stail kepimpinan hubungan sosial (m = 3.19, SP = .76). Stail kepimpinan
yang kurang digemari oleh pemain bagi pasukan yang gagal adalah stail kepimpinan
autokratik (m = 2.13, SP = .84).

Dapatan daripada analisis yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa stail kepimpinan
jurulatih yang paling digemari oleh pemain bola tampar perempuan daerah Lipis ialah stail
kepimpinan latihan dan maklum balas, diikuti oleh stail kepimpinan pemberian ganjaran, stail
kepimpinan demokratik dan stail kepimpinan hubungan sosial. Stail kepimpinan yang kurang
digemari oleh pasukan ini ialah stail kepimpinan autokratik. Seterusnya stail kepimpinan yang
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

digemari oleh pemain pasukan yang berjaya dan gagal ialah sama iaitu stail kepimpinan
latihan dan maklum balas, diikuti oleh stail kepimpinan pemberian ganjaran, stail kepimpinan
demokratik dan stail kepimpinan hubungan sosial. Stail kepimpinan yang tidak digemari oleh
kumpulan gagal ini ialah stail kepimpinan autokratik.

4.3 Analisis Data Hubungan antara Orientasi Matlamat dengan Stail Kepimpinan Jurulatih
Kegemaran Pemain

Objektif terakhir kajian ini adalah untuk melihat perhubungan antara orientasi
matlamat dengan stail kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan bawah
12 Daerah Lipis, Pahang. Data pada jadual 4.5 menunjukkan perhubungan antara orientasi
matlamat dan stail kepimpinan jurulatih kegemaran pemain bola tampar perempuan daerah
Lipis (n = 94). Keputusan ujian korelasi menunjukkan kekuatan korelasi yang lemah antara
stail kepimpinan latihan dan maklum balas dan orientasi tugasan, r = 349, p = .001, stail
kepimpinan demokratik dan orientasi tugasan, r = .346, p = .001, stail kepimpinan hubungan
sosial dengan orientasi tugasan, r = .352, p = .001, dan stail kepimpinan pemberian ganjaran
dan orientasi tugasan, r = .343, p = .001. Keempat-empat korelasi ini adalah signifikan pada p
< .01. Kesimpulannya, hubungan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih
kegemaran pemain menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi yang lemah antara stail
kepimpinan latihan dan maklum balas dan orientasi tugasan, stail kepimpinan demokratik dan
orientasi tugasan, stail kepimpinan hubungan sosial dengan orientasi tugasan dan stail
kepimpinan pemberian ganjaran dan orientasi tugasan.

Jadual 4.5
Perhubungan antara Orientasi Matlamat dengan Stail Kepimpinan Jurulatih Kegemaran Atlet
SKJ (Kegemaran Pemain) Orientasi Tugasan Orientasi Ego .

Latihan dan maklum balas r .349** .066


Sig(2-tailed) .001 .530
N 94 94 .

Demokratik r .346** .103


Sig(2-tailed) .001 .323
N 94 94 .

Autokratik r -.207* .114


Sig(2-tailed) .045 .274
N 94 94 .

Hubungan sosial r .352** .222


Sig(2-tailed) .001 .032
N 94 94 .

Pemberian ganjaran r .343** -.206


Sig(2-tailed) .001 .046
N 94 94 .

* Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)


** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

5. KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan orientasi matlamat pemain bola tampar


perempuan bawah 12 daerah Lipis, Pahang adalah lebih kepada orientasi tugasan berbanding
ego. Dapatan ini adalah sama dengan kajian yang dijalankan oleh Aris (2005), Baharim
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

(2007), Nelfianty (2009), Rosli, Jawahir & Maslihan (2008), Rudai (2007), Sarinah (2014).
Kesemua kajian ini menunjukkan orientasi matlamat responden kajian mereka adalah
cenderung kepada orientasi tugasan berbanding orientasi ego. Hal ini menunjukkan atlet bola
tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah Lipis secara umumnya telah mempamerkan
prestasi yang terbaik dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Lipis 2013. Penyataan ini adalah
selaras dengan pernyataan daripada Duda & Nicholls (1989). Mereka menyatakan bahawa,
atlet yang berorientasikan tugasan akan melakukan dan mempamerkan persembahan yang
terbaik dalam apa-apa jua kejohanan dan pertandingan yang disertai oleh mereka.

Menurut dapatan kajian, orientasi matlamat pemain bola tampar perempuan bagi
kumpulan yang berjaya adalah lebih kepada orientasi tugasan berbanding ego. Faktor-faktor
yang mempengaruhi dan telah membawa kejayaan kepada pasukan ini ialah mereka telah
berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai kejohanan dan mereka tidak bosan dan
berasa seronok akan sukan bola tampar. Selain itu, mereka dapat menguasai kemahiran sukan
ini dengan baik dan dapat melakukan kemahiran tersebut dengan sempurna dalam kejohanan.
Pendapat ini adalah selaras dengan penyataan Duda dan Nicholls (1989). Mereka menyatakan
bahawa atlet yang berorientasikan tugasan dapat menguasai kemahiran motor paling tinggi
berdasarkan sukan yang diceburinya dan berupaya mempamerkan prestasi yang cemerlang
secara automatik semasa kejohanan dan pertandingan. Selain itu, mereka akan terus berlatih
sehingga menguasai kemahiran yang diingini dengan bersungguh-sungguh dan mereka juga
akan melakukan sesuatu tugasan tersebut dengan rasa seronok.

Dapatan kajian menunjukkan, orientasi matlamat bagi pemain bola tampar perempuan
bawah 12 tahun untuk kumpulan gagal adalah cenderung kepada orientasi tugasan. Namun
begitu perbezaan dapatan kumpulan yang gagal ini dengan kumpulan berjaya ialah, nilai
orientasi ego mereka adalah lebih rendah berbanding kumpulan berjaya. Hasil analisis ini
menunjukkan bahawa, untuk berjaya, seseorang atlet juga memerlukan orientasi ego yang
tinggi di samping memiliki orientasi tugasan yang baik. Smith, Balaguer dan Duda (2006)
menyatakan bahawa atlet yang memiliki orientasi tugasan dan ego adalah lebih baik daripada
atlet yang memiliki orientasi tugasan yang tinggi berbanding orientasi ego. Nelfianty (2009)
mencadangkan bahawa, jurulatih perlu memupuk orientasi tugasan kepada atlet tanpa
mengabaikan orientasi ego bagi meningkatkan prestasi atlet.

Secara keseluruhan, urutan stail kepimpinan jurulatih yang digemari oleh pemain bola
tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah Lipis, Pahang bagi pasukan yang berjaya ialah
latihan dan maklum balas, pemberian ganjaran, demokratik dan hubungan sosial. Stail
kepimpinan jurulatih yang kurang digemari oleh atlet ini ialah stail kepimpinan autokratik.
Stail kepimpinan jurulatih yang paling digemari oleh atlet ialah latihan dan maklum balas.
Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Azman (2003),
Rosilawati (2007), Smith (2001) & Giddings (2009). Dapatan ini menunjukkan bahawa
pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun Daerah Lipis bagi kumpulan yang
berjaya menggemari jurulatih yang fokus kepada latihan dan peningkatan kemahiran sukan
bola tampar. Selain itu, mereka juga gemar akan jurulatih yang memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada usaha dan kejayaan yang diperoleh mereka. Mereka juga gemar akan
jurulatih yang menerima dan mendengar pendapat mereka. Di samping itu juga, mereka juga
menggemari sikap jurulatih yang memberi tumpuan kepada keperluan dan kehendak mereka
semasa mengikuti jadual periodisasi yang ditetapkan oleh jurulatih. Stail kepimpinan jurulatih
yang tidak digemari oleh pemain ialah stail kepimpinan autokratik. Dapatan kajian ini adalah
sama dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith (2001), Nelfianty (2009) dan
Giddings (2009). Stail kepimpinan ini juga ialah stail yang paling kurang dipraktikkan oleh
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

jurulatih. Jelas di sini bahawa keselarasan wujud antara pemain dan jurulatih. Pemain
kumpulan berjaya tidak menggemari jurulatih yang hanya memberi arahan tanpa mengambil
kira pendapat dan cadangan daripada mereka.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stail


kepimpinan yang digemari dengan orientasi matlamat pemain tetapi agak lemah. Hubungan
tersebut adalah antara orientasi tugasan dengan stail latihan dan maklum balas, stail
kepimpinan demokratik, hubungan sosial dan pemberian ganjaran. Berdasarkan dapatan ini,
didapati pemain pasukan berjaya adalah berorientasikan tugasan. Mereka merupakan
kumpulan yang akan berlatih dengan bersungguh-sungguh sehingga menguasai kemahiran
yang diingini (Duda & Nicholls, 1989). Mereka juga berupaya mempamerkan prestasi yang
cemerlang dalam kejohanan dan pertandingan yang disertai. Penyataan ini jelas
menggambarkan status mereka sebagai kumpulan cemerlang dan layak ke peringkat separuh
akhir. Mereka memerlukan seorang jurulatih yang dapat memberi arahan kepada mereka
supaya potensi dan kemahiran mereka dapat dipertingkatkan lagi. Selain itu, mereka juga
menggemari jurulatih yang boleh mendengar dan menerima pendapat mereka dalam membuat
sesuatu keputusan untuk pasukan mereka. Seterusnya mereka menginginkan seorang jurulatih
yang sentiasa memberi sokongan moral dan dapat mewujudkan suasana yang mana ahli-
ahlinya saling memenuhi keperluan interpersonal antara satu sama lain. Kumpulan atlet ini
juga suka akan ganjaran dan sumbangan daripada jurulatih sebagai penghargaan kepada
mereka setelah mereka selesai melakukan sesuatu perkara.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji mendapati kajian
berkaitan perhubungan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih ini perlu
diperluaskan lagi bagi mendapatkan keputusan dan dapatan kajian yang lebih global.
Pengkaji-pengkaji yang akan datang boleh mempelbagaikan lagi kajian dalam bidang ini
dengan mempelbagaikan sampel kajian seperti perbezaan umur contohnya pemain bawah 18
dan 12 tahun serta perbezaan antara jantina, lelaki dan perempuan.

RUJUKAN

Aris Fadzil Ujang. (2005). Kebimbangan pra pertandingan dan orientasi matlamat dalam
kalangan peserta merentas desa. Published Master Thesis, Universiti Putra Malaysia.

Aznan Abas. (2003). Stail kepimpinan jurulatih bola sepak bawah 18 tahun sekolah-sekolah
menengah Daerah Besut Terengganu. Unpublished Bachelor Thesis, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Baharim Hashim (2007). Orientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental di


kalangan pemain bola baling remaja. Published Master Thesis, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Chelladurai, P. & Saleh, S. D. (1980). Dimensions of leader behavior in sport: development of


a leadership scale. Journal of Sport Psychology. 2, 34-45.

Duda, J.L., & Nicholls, J.G. (1989). The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire:
Psychometric properties. Unpublished manuscript.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Eccles, J. S. & Harold, R. D. (1991). Gender differences in sport involvement: applying the
eccles’ expectancy-value model. Journal of Applied Sport Psychology. 3(1), 7-35.

Giddings, A. (2009). Coaching leadership behaviors in successful women’s collegiate rowing


programs. Pro Quest Information and Learning Company.

Lochbaum, M. R., & Roberts, G. C. (1993). Goal orientations and perceptions of the sport
experience. Journal Of Sport & Exercise Psychology. 15, 160-171.

Marican, S. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial, Malaysia : Pearson Prentice Hall.

Nelfianty Mohd Rashid. (2009). Motif penglibatan, orientasi matlamat dan gaya kepimpinan
jurulatih dari perspektif atlet sekolah sukan Malaysia. Published Doctoral
Dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nur Syuhadah Sailan, Nelfianty Hj. Mohd Rasyid & Santhiramathy Subramaniam (2016).
Profil psikologi atlet berpasukan kriket wanita Malaysia. Movement, Health & Exercise.
5(2), 65-72.

Piaw, C. Y. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan, kaedah penyelidikan, buku 1, (Edisi
ke-2). Malaysia : Mc Graw Hill Education Companies.

Roberts, G.C. (1992). Motivation in sport and exercise. Champaign : IL; Human Kinetics.

Rosilawati Abdul Rahman, (2007). Stail kepimpinan jurulatih bola tampar peringkat mssd
wakaf baharu, kelantan. Unpublished Master Dissertation, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Rudai, J. R., (2007). Orientasi matlamat serta kaitannya dengan penglibatan pelajar 15 & 18
tahun lelaki & perempuan dalam aktiviti sukan. Unpublished Thesis, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Sarinah Kasbi. (2014). Perkaltan antara orientasl matlamat dan stall keplmpinan jurulatlh
dengan prestasl pencapaian pasukan bola jaring. Published Master Dissertation,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shabeshan, R., Wee, A. S. S. L., & Syed Kamaruzaman. S. A. (2013). Gaya kepimpinan
jurulatih yang diminati atlet-atlet sekolah menengah di Malaysia berasaskan jantina dan
bangsa. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 1(4), 1-11.

Shabeshan, R., Wee, A. S. S. L., & Ravin, S. (2015). Tahap dan perbezaan amalan
kepimpinan jurulatih yang popular dalam kalangan atlet berpasukan sebuah institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 2(1), 1-9.

Shaharudin Abd. Aziz. (1998). Aggressive tendency among malaysian youth soccer players:
an examination of individual and contextual factors. Unpublished doctoral
dissertation, University of Iowa, Iowa City.

Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengimplikasi teori psikologi dalam sukan, Cheras, Kula
Lumpur : Utusan Publication & Distributor. Sdn. Bhd.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Sherman, C. A., Fuller, R. & Speed, H. D. (1995). Gender comparisons of preferred coach
behavior in australian sports. Journal of Sport Behavior. 23(4), 389-406.

Smith, K. G., (2001). Preferred and perceive leadership styles of intercollegiate athletes. Bell
& Howell Information and Learning Company.

Sofian Omar Fauzee. (2003). Penyelesaian masalah atlet melalui pendekatan psikologi.
Cheras : Utusan Publication & Distributor. Sdn. Bhd.

Turman, P. D. (2003). Athletic coaching from an instructional communication perspective:


the influence of coach experience on high school wrestlers’ preferences and
perceptions of coaching behaviors across a season. Communication Education. 52(2),
73–86.

Wildman, J. C. (2006). The athlete leader role: interaction of gender, sport type, and coaching
style. University of North Texas.

Williams, L., (1994). Goal orientations & athletes' preferences for competence information.
Journal of Sport & Exercise Psychology. 19, 416-430

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS

Penulis 1
Nama : En. Mohd Zulhazmi Bin Md Zain
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan : Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan, United
State Sport Academy, 2014.
: Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi), Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006
: Sarjana Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013
Kepakaran : Psikologi Sukan
E-Mail : zainzulhazmi@gmail.com

Penulis 2
Nama : Profesor Madya Dr. Shaharudin Bin Abd Aziz
Asal : Tanjong Malim, Perak
Pendidikan : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pendidikan Jasmani, Eastern New
Maxico University, USA, 1985
: Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Eastern New Maxico University,
USA, 1987
: Doktor Falsafah (Ph.D) (Sains Sukan / Psikologi Sukan), Universiti of Iowa,
USA, 1998
Kepakaran : Psikologi Sukan
E-Mail : shaharudin@fsskj,upsi.edu.my

View publication stats

You might also like