Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

5 - Unit 2: Aktiviti Sekolah

Kamu menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah


"Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum"

1. Ucapan alu-aluan/ tajuk


2. Maksud / Jenis
3. Kebaikan
4. Kebaikan
5. Kebaikan
6. Penutup - menegas kepentingan

① Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah
"Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum "
② Hadirin sekalian, 2

Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan di luar bilik darjah.


Aktiviti tersebut terbahagi kepada persatuan, unit beruniform dan
sukan.

③ Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat melatih diri


menjadi lebih berdisiplin, berdikari dan penuh keyakinan.

④ Bakat murid dicungkil dengan menyertai persatuan.


Antaranya seperti mengarang, bercerita dan berbahas. Selain itu,
badan murid menjadi sihat dengan menyertai aktiviti sukan.
⑤ Seterusnya, sikap bekerjasama dapat dipupuk di kalangan
murid. Mereka perlu bermuafakat agar aktiviti berjalan dengan
lancar. Maka, persahabatan antara murid-murid bertambah erat.
22
⑥ Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa kegiatan
kokurikulum amat penting. Oleh itu, setiap murid sewajarnya
menyertai kokurikulum.

Sekian, terima kasih.


(112 perkataan)

You might also like