Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 1:

Huraikan jenis-jenis hubungan yang membentuk keutuhan leksikal.

Keutuhan leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara sematik dalam
sesebuah wacana serta melibatkan unsur pengulangan perkataan. Keutuhan leksikal merujuk
kepada hubungan antara bahagian wacana iaitu antara perkataan (leksikal) dalam wacana
tersebut. Pertalian unsur-unsur leksikal dalam sesebuah wacana dapat dilihat melalui beberapa
hubungan seperti yang berikut. Contoh yang pertama ialah mengulang kata yang sama
(pengulangan). Repetisi ialah pengulangan satu lingual (bunyi, suku kata, kata dan perkataan)
yang dianggap penting untuk memberi tekanan dalam sesebuah konteks yang sesuai.
Berdasarkan tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repetisi dapat
dibezakan mengikut lapan jenis iaitu repetisi epizueksis, tautotes, anaphora, epifora, simplok,
mesodiplosis, epanalepsis dan anadiplosis.

Yang kedua ialah menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal. Contohnya, menunjukkan
penggunaan lebih daripada satu bentuk bahasa yang secara semantik memeiliki kesamaan
atau kemiripan. Sinonim terjadi pada morfem bebas dengan morfem terikat, kata dengan kata,
kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa, dan klausa atau kalimat dengan klausa
atau kalimat. Yang ketiga ialah menggunakan antonim. Antonim kata turut disebut sebagai
posisi makna, Posisi makna merupakan konsep yang berlawanan untuk menunjukkan makna
kontra sahaja. Berdasarkan antonim, posisi makna dapat dijelaskan kepada lima jenis iaitu
posisi mutlak, posisi kutub, posisi hubungan, posisi hierarki dan posisi majmuk. Contohnya,
hidup segan, mati tak mahu.
Soalan 2:

Huraikan kepentingan penanda wacana dalam penulisan esei.

Penanda wacana merupakan kata frasa tertentu yang digunakan untuk menyambung kata
dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Oleh itu, penyambungan ini
membentukkesatuan kata, frasa, ayat dan perenggan dalam bentuk lisan mahupun tulisan.
Oleh yang demikian, kehadiran wacana dianggap signifikan daolam Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana penanda wacana yang tidak tepat akan menyebabkan idea yang berturutan
seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap. Sebagai contoh, dalam
sesuatu ayat hendaklah mempunyai dua atau lebih bahagian iaitu subjek dan predikat. “Ayah
memetik rambutan.” Dalam ayat ini, perkataan “Ayah” merujuk kepada subjek manakala
“memetik rambutan” merujuk kepada predikat. Ayat boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat arahan. Ayat penyata menceritakan sesuatu
perkara dan memberi maklumat serta dapat difahami dengan jelas. Contohnya, Abang seorang
jurutera. Ayat tanya pula kebiasaanya diakhiri dengan tanda soal. Contohnya, siapakah kamu?.

Kepentingan yang kedua dapat dilihat melalui perenggan. Definisi bagi perenggan dalam
Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah batas, perhinggaan, sempadan, had, takat, bahagian daripada
muka atau bab dalam buku (rencana dan lain-lain) yang terdiri daripada beberapa baris dan
paragraf. Perenggan sangat penting kerana memudahkan penulis menyampaikan idea-idea
secara sistematik. Selain itu, perenggan dapat memberikan panduan kepada penulis untuk
menghasilkan perenggan-perenggan lain. Penulis dapat mengawal penyampaian isi karangan
secara tersusun satu demi satu sehingga selesai. Hal ini dapat mengelakkan penulis
mengulang ulang isi atau buah fikiran yang sama. Bagi pembaca, perenggan yang baik akan
memudahkan mereka untuk mengikuti dan memahami idea-idea penulis. Di samping itu,
perenggan membolehkan penulis mengeksploitasikan minat pembaca untuk meneruskan
bacaan mereka. Fungsi utama yang perlu ada pada perenggan pendahuluan adalah menarik
minat pembaca, menyatakan maklumat latar penulisan secara ringkas dan mengemukakan
tesis penulisan. Seterusnya, perenggan isi memiliki dua struktur iaitu bahagian judul yang
mengandungi ayat judul dan bahagian pewajaran yang mengandungi ayat sokongan dan
contoh. Akhir sekali, perenggan penutup berfungsi untuk menamatkan penulisan tersebut.
Perenggan ini akan membuat rumusan, kesimpulan atau konklusi yang merangkumi
keseluruhan idea penulisan yang dibincangkan, Perenggan penutup sangat penting untuk
memberikan isyarat kepada pembaca bahawa penulisan tersebut akan berakhir.
Soalan 3:

Cadangkan satu struktur penulisan ilmiah yang berkualiti

Struktur merupakan satu cara sesuatu itu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian,
unsur atau pola, sistem atau bentuk tertentu. Penulisan pula merupakan perihal atau kegiatan
menulis atau mengarang. Struktur penulisan yang berkualiti ialah pemerengganannya yang
berkesan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), perenggan bermaksud batas,
perhinggaan atau sempadan. Dalam konteks penulisan, perenggan ialah bahagian-bahagian
buku atau bahagian-bahagian rencana yang terdiri daripada beberapa baris.terdapat tiga
bahagian dalam pemerengganan ini iaitu pengenalan esei, isi esei dan penutup. Pengenalan
esei akan bermula secara umum dan kemudian pengenalan akan memfokuskan kepada
sesuatu idea utama. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri yang menyeronokkan, menyampai
dan memberi maklumat yang baharu untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca.
Selain itu, isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Penjelasan ini juga
menjadikan sesebuah esei lebih menarik dan senang difahami. Tambahan pula, kata
penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea dalam sesuatu esei dan memberikan
maklumat yang jelas kepada pembaca. Seterusnya ialah penutup. Penutup merupakan
bahagian terakhir dalam sesuatu esei. Bahagian ini harus Kembali kepada pengenalan dan
membuat kenyataan umum. Penutup haruslah menarik seperti pengenalan dan jumlah
perkataan haruslah lebih kurang sama dengan pengenalan.

Pemerengganan yang berkesan amat penting dalam menarik minat pembaca untuk terus
membaca penulisan kita. Oleh itu, bilangan perenggan yang banyak dalam satu halaman
menyebabkan pembaca berasa bosan. Maka, mereka akan melangkau kepada banyak muka
surat tanpa membacanya, manakala bagi bilangan perenggan yang sangat sedikit akan
menyusahkan pembaca kerana isi, huraian dan contoh tidak ditulis dalam satu perenggan.
Soalan 4:

Bincangkan resensi tentang sebuah buku bukan akademik yang pernah anda baca.

Novel ini menceritakan tentang kehidupan Nur dan Ustaz Adam selepas mendirikan
rumahtangga. Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras
dan anak lelaki sulung harapan keluarga kepada penceramah bebas yang cukup terkenal.
Ketika ustaz Adam memberi kuliah di masjid, Adam telah mendapat soalan daripada seorang
gadis yang bernama Nur yang merupakan anak kepada seorang pelacur. Adam berusaha untuk
membimbing dan membantu Nur untuk keluar dari jalan tersebut. Novel ini sangat menarik
kerana mempunyai banyak pengajaran. Yang pertama ialah jangan cepat menilai dari segi
luaran. Contohnya, watak Hamidi yang merupakan seorang pengetua sekolah tahfiz,
berpakaian lengkap dengan serban namun dia merupakan kaki perempuan yang melanggan
pelacur di malam hari manakala Nur yang berasal dari keluarga yang kurang dari segi
pengetahuan agama namun mempunyai hati yang baik, mencari rezeki yang halal serta
sentiasa mempunyai impian untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kita sering membuat
kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat dan bukannya mengetahui perkara yang sebenar.

You might also like