Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan

Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Magat, S.S. dan Margaret, R.Z. (2017),
nurseri merupakan suatu istilah yang didefinisikan sebagai lokasi di mana anak-anak pokok akan
disemaikan dan juga ditanam sebelum dipindahkan ke tempat penanaman yang lebih besar dan
sesuai ataupun dijual kepada orang lain (pengeluar tanaman ataupun para penggemar tanaman di
kawasan dan tempat yang lain). Di dalam negara Malaysia, wujudnya tiga jenis nurseri yang
berlainan iaitu nurseri kategori runcit, nurseri kategori borong dan juga nurseri kategori
landskap.

Pada masa yang sama, pandangan yang telah diberikan oleh Siti Nur Fikri Binti Abdul Karim
(2017) juga menunjukkan bahawa nurseri yang mempunyai kategori yang berlainan ini boleh
dijelaskan dalam konteks yang berbeza. Contohnya, nurseri runcit merupakan suatu tempat di
mana merupakan tmpat yang lebih kecil di mana hanya menjual tanaman hiasan. Unuk nurseri
runcit ini, kebanyakannya akan menjuadl item sampingan seperti baja, racun serangga, dan juga
pasu bunga yang sesuai. Sesungguhnya, anak pokok juga akan diperolehi dan dijual di nurseri
runcit ini.

Di sampimg itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Bang Moktor, Lim Teck Hui, & John
Kitman (2018) telah menunjukkan bahawa nurseri borang adalah suatu borang nurseri yang akan
menjual tanaman biasa dalam skala yang besar ataupun pukal kepada murseri yang kecil iaitu
nurseri runcit mahupun kontraktor landskap. Keterangan ini telah mendapatkan persetujuan
daripada Siti Nur Fikri Binti Abdul Karim (2017) dan beliau mengatakan bahawa nurseri ini juga
akan memberikan subkonstruk untuk beberapa buah nurseri yang berlainan dalam usaha untuk
menampungkan pengeluaran bahan tanaman hiasan. Sememangnya tidak boleh dinafikanbahawa
nurseri borang ini memerlukan suatu kawasan yang luas. Akhirnya, pandangan yang telah
diberikan oleh Abdullah, O., Ahmad, N., Sivapragasam, A. dan Hairuddin, M.A. (2018) juga
menunjukkan bahawa nurseri landskap di mana ia merupakan suatu bentuk landskap yang tidak
akan mengeluarkan tanaman sendiri tetapi akan memperolehi tanaman ini melalui pembekalan
daripada nurseri runcit ataupun borong di kawasan berdekatan.
Oleh yang demikian, suatu kajian akan dirancangkan dan dilakukan untuk mengkaji sesebuah
nurseri dan antara aspek yang akan dikajikan termasuklah susun atur dan pelan untuk seluruh
nurseri dan juga kerja-kerja rutin bagi nurseri tersebut. Pada masa yang sama, temuramah juga
akan dilakukan terhadap pengusaha untuk nurseri ini untuk mengetahui seluruh proses
pengurusan dan pengendalian serta kejayaan nurseri ini. Semua dapatan yang diperolehi melalui
sesi temuramah ini akan dibincangkan dengan jelas dalam laporan ini dan disokongkan dengan
menggunakan pelbagai contoh yang relevan dan juga berkesan.
2.0 Susun Atur dan Pelan Nurseri

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Siti Nur Fikri Binti Abdul Karim (2017), susun
atur dan pelan untuk nurseri mestilah dirancangkan dengan baik supaya ia adalah berkesan
terutamanya memberikan persepsi yang baik kepada para pelawat semasa mereka melawati ke
nurseri ini. Ia secara langsung akan mengalakkan mereka untuk membeli tanaman yang dijual di
tempat ini. Oleh yang demikian, susun atur dan pelan untuk nurseri yang dilawati akan
dibincangkan dengan jelas dan sistematik dalam bahagian kertas kajian ini. Penerangan ini akan
disokongkan dengan menggunakan contoh yang relevan dan juga sesuai.

Secara lazimnya, pemerhatian yang dilakukan telah mendapati bahawa seluruh nurseri yang
dilawati ini boleh dibahagikan kepada enam bahagian yang utama dan keenam-enam bahagian
yang dimaksudkan ini termasuklah rumah tumbuhan, pejabat dan tempat jualan, setor, tempat
penyediaan medium (potting shed), tempat pembiakan dan juga tempat pengerasan. Kesemua
seksyen dan bahagian ini akan dibincangkan dengan jelas dan terperinci dalam bahagian laporan
kertas kajian ini dan disokongkan dengan menggunakan contoh yang sesuai.

2.1 Rumah Tumbuhan

Untuk rumah tumbuhan ini, ia merupakan suatu tempat di mana pengusaha akan menggunakan
untuk menyimpankan tumbuh-tumbuhan di mana tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik
dan panas. Sesungguhnya, rumah tumbuhan ini akan dibuat dengan menggunakan kayu di mana
ia penting untuk pengaliran udara yang baik.

2.2 Pejabat dan Tempat Jualan

Bangunan kedua yang wujud dalam nurseri ini adalah pejabat ataupun dijadikan sebagai tempat
jualan untuk nurseri ini. Ia merupakan suatu tempat di mana pengusaha akan melakukan aktiviti
pengurusan dan kawalan aktiviti dalam dan luar nurseri dijalankan. Ia akan dilengkapi dengan
perabot yang sesuai untuk digunakan dalam
2.3 Setor

Pada masa yang sama, setor juga wujud dalam nurseri di mana ia merupakan suatu tempat di
mana melakukan simpanan terhadap peralatan dan bahan kimia pertanian yang digunakan.
Walau bagaimanapun, stok untuk bahan kimia akan disimpankan secara berasingan dengan
peralatan yang lain kerana ia adalah sangat berbahaya. Antara peralatan yang telah disimpankan
dalam setor peralatan termasuklah cangkul, sabit, beg politena, pasu, kereta sorong dan lain-lain.

2.4 Tempat Penyediaan Medium dan Pemasuan

Seterusnya, tempat penyedian medium dan juga pemasuan juga disediakan dan wujud dalam
nurseri ini di mana ia merupakan suatu tempat yang digunakan untuk melokasikan bahan
medium yang diperlukan dalam nurseri seperti seperti tanah, pasir dan bahan organic.
Sesungguhnya, bahan ini akan dilokasikan dalam sekatan konkrit.

2.5 Tempat Pembiakan

Kemudiannya, tempat pembiakan juga disediakan unuk tujuan perlaksanaan proses pembiakan
dan juga tempat sementara untuk bahan yang telah mengalami semaian sebelum ia dilokasikan di
tempat pengerasan dalam proses yang seterusnya. Untuk tempat ini, ia adalah ditutup dengan
menggunakan jaring hitam seupaya pancaran matahari yang terik tidak berlaku terhadap tanaman
yang ada. Untuk tujuan penyiraman, sistem siraman berbentuk renjisan kabus digunakan

2.6 Tempat Pengerasan

Tempat yang terakhir untuk nurseri ini adalah tempat pengerasan di mana ia merupakan suatu
lokasi yang terbuka supaya tanaman yang dipindahkan ke sini akan mendapatkan sinaran
matahari yang mencukupi. Ia juga digunakan sebagai tempat untuk memaparkan tanaman yang
ada pada tempat nurseri ini.

Pelan untuk seluruh nurseri yang dilawati ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang
berikut:
3.0 Kerja-Kerja Rutin di Sebuah Nurseri Tanaman

Pada asasnya, kerja-kerja harian di dalam nurseri tanaman yang dikajikan ini tidaklah semudah
yang disangkakan dan ia adalah penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Untuk
penerangan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan akan diberikan terhadap kerja-kerja rutin
di sebuah nurseri tanaman yang dilawati. Penerangan yang dilakukan ini akan disertakan
bersama-sama contoh yang relevan.

(A) Menyediakan medium untuk tanaman

Aktiviti pertama di mana akan dilakukan dalam nurseri ini adalah menyediakan medium untuk
tujuan penyediaan medium tanaman. Pengusaha untuk nurseri ini telah mengatakan bahawa ia
merupakan suatu aktiviti di mana mereka akan menyediakan medium untuk tanaman dalam saiz
polibeg yang pelbagai berasaskan tempoh masa anak benih tersebut akan berada di tapak
semaian.

(B) Aktiviti membaja

Aktiviti yang kedua di mana dilakukan dalam nurseri ini adalah aktiviti membaja dan ia
merupakan suatu aktiviti yang amatlah penting. Menurut penerangan yang telah diberikan oleh
pengusaha nurseri ini, aktiviti membaja yang sistematik dan berkesan adalah sangat penting
untuk memastikan anak pokok sentiasa mendapat bekalan nutrien yang berterusan dan
penggunaan baja organik seperti baja tahi ayam adalah sangat bagus kerana bersifat slow release
yang boleh bertahan untuk tempoh seminggu atau lebih. Beliau turut mengatakan bahawa aktiviti
membaja ini biasanya akan dilaksanakan semasa sesebuah pokok bertumbuh daun yang pertama.
Teknik untuk membaja ini mestilah dilakukan di persekiaran anak pokok tersebut supaya ia tidak
akan mencederakan fizikal pokok tersebut,

(C) Aktiviti Merumpai

Selain itu, pengusaha juga mengatakan bahawa mereka juga melakukan aktiviti merumpai dari
masa ke semasa untuk memastikan pokok kecil dapat bertumbuh dengan baik di mana rumput
rumpai yang wujud di persekitaran pokok kecil ini tidak merampaskan nutrisi yang diperlukan
untuk tumbesaran. Sesungguhnya, pandangan ini juga dipersetujui oleh Khairol, I., Erwan, S.S.
dan Zulhazmi, S. (2016) dan beilau sendiri telah mengatakan bahawa pembersihan rumput
rumpai yang wujud di persekitaran pokok kecil ini adalah cukup penting untuk memastikan
sesebuah pokok kecil ini akan bertumbuh dengan sihat.

(D) Menanam Pokok Kecil

Kemudiannya, penjelasan yang telah diberikan oleh pengusaha nurseri ini juga menunjukkan
bahawa penanaman pokok kecil merupakan salah satu aktiviti rutin yang berlaku dalam nurseri
ini di mana ia adalah suatu proses pemindahan pokok-pokok kecil dari kawasan semaian ke
polibeg yang telah disediakan. Seluruh proses pemindahan ini mestilah dilakukan dengan
berhati-hati supaya anak pokok ini tidak mengalami kecederaan.

(E) Menyiram pokok

Aktiviti rutin yang terakhir yang akan dilakukan dalam nurseri ini adalah aktiviti menyiram
pokok-pokok dan tanaman yang ada pada nurseri ini. Beliau juga menekankan bahawa aktiviti
menyiram ini tidak boleh dilakukan pada waktu panas seperti tengah hari kerana ia akan
memberikan kesan kepada anak pokok yang disiram. Sesungguhnya, sprinkler akan digunakan
untuk melakukan siraman secara manual dilakukan sudah tentu anak pokok akan mengalami
kecederaan akibat daripada penyiraman yang terlalu kasar.

4.0 Penerangan Dapatan Temu Bual dengan Pengusaha Penubuhan Perkembangan dan
Kejayaan Nurseri

Seperti yang telah diterangkan oleh pengusaha untuk nurseri ini iaitu Encik Johan, seluruh proses
penyediaan dan pengurusan untuk nurseri ini adalah tidak semudah yang disangkakan dan penuh
dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Sejajar dengan itu, semua penerangan yang
dikemukakan oleh Encik Johan terhadap proses yang dialami oleh beliau sebelum berjaya dalam
pengurusan nurseri akan dibincangkan dalam seksyen ini dan perbincangan juga akan
disokongkan dengan mengunakan contoh yang relevan.

Pada asasnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Encik Johan telah menunjukkan bahawa
rekaan nurseri beliau adalah dilakukan berdasarkan enam prinsip yang utama, iaitu keringkasan,
kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan juga skala. Sesungguhnya,
enam prinsip yang diketengahkan ini adalah sangat penting dan signifikan untuk memberikan
imej yang baik kepada orang ramai terutamanya mereka yang melawati ke nurseri tersebut.

Selain itu, Encik Johan juga mengatakan bahawa murseri yang berjaya mestilah dimulai dengan
perancangan yang berkesan terhadap seluruh proses pengurusan nurseri mestilah sepadu dan
berpandanan terhadap di antara elemen binaan dan juga rekaan taman. Maka, beliau akan
melakukan proses penyelidikan dan kajian terhadap elemen-elemen yang ingin diliputi sebelum
melakukan rekaan dan pembinaan nurseri ini. Beliau juga mempertimbangkan elemen-elemen
seperti skala, saiz, warna dan rekaan bentuk.

Kemudiannya, beliau juga mengatakan bahawa pertimbangan akan dilakukan terhadap saiz
kepada pokok dan juga kematangan persekitaran kawasan nurseri. Ia adalah sangat penting
supaya saiz pokok yang ditanamkan sekiranya terlalu besar, ia akan melindungi tingkap,
pendawaian elektrik dan pemandangan. Oleh yang demikian, semua susun atur dalam nurseri ini
mestilah dilakukan dengan baik dan berkesan supaya pemandangan yang penting tidak
dihalangkan oleh tanaman ini.

Pada asasnya, Encik Johan telah mengatakan bahawa kebanyakan pelanggan akan menziarahi ke
nurseri terlebih dahulu sebelum mereka megambil keputusan membeli ataupun tidak terhadap
tanaman yang dipaparkan. Dengan itu, Encik Johan menegaskan bahawa beliau akan merekakan
dan memastikan susunan nurseri adalah lebih menarik minat orang ramai. Contohnya, beliau
akan membina lorong laluan yang luas (sekurang-kurangnya) 1 meter supaya beberapa orang
dewasa boleh berjalan beriringan dan lebihkan ruang untuk tumbuh-tumbuhan rending. Beliau
juga mengatakan bahawa bangku kecil juga akan disediakan di lorong tersebut.

Sementara itu, Encik Johan juga mengatakan bahawa beliau selalu akan berusaha untuk
meningkatkan kualiti tanaman yang dijual dalam taman ini. Ia akan dilakukan melalui pelbagai
jenis kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap tanaman yang sedia dalam nurseri ini.
Contohnya, beliau akan melakukan penyelidikan dan kacukan terhadap tanaman yang sedia ada
supaya menwujudkan spesis yang berlainan di mana boleh dijual dalam pasaran dengan harga
yang lebih baik. Ini adalah sangat penting kerana beliau berpendapat bahawa spesis yang unik
akan menarik minat lebih banyak pelanggan untuk membelikannya.

Dalam pada itu, Encik John juga mengatakan bahawa beliau akan selalu menziarahi ke negara
lain untuk mengkaji spesis tumbuhan yang ada di luar negara tetapi tidak di Malaysia.
Sesungguhnya, beliau akan berusaha untuk membawa balik tanaman tersebut untuk ditanamkan
di dalam nurseri yang dimiliki ini. Ia merupakan suatu proses yang penting dan mestilah
dilakukan dari masa ke semasa serta tidak boleh dihentikan untuk memastikan perniagaan untuk
beliau terus berkembang maju.

Akhirnya, penerangan yang telah dikemukakan oleh Abdullah, O., Ahmad, N., Sivapragasam, A.
dan Hairuddin, M.A. (2018) juga membuktikan bahawa ia adalah sangat signifikan untuk
memastikan semua susun atur bangunan dan juga tanaman untuk nurseri ini dilakukan dengan
baik dan sistematik. Ini adalah sangat penting kerana susun atur yang kemas dan sistematik akan
memberikan imej yang baik kepada pelanggan semasa mereka menziarahi ke nurseri ini. Secara
langsung, ia akan mempertiingkatkan kemungkinan mereka membeli tanaman di nurseri tersebut.

5.0 Penerangan Strategi dan Aktiviti Pemasaran

Untuk seksyen ini, perbincangan yang akan dilakukan akan berfokus terhadap penerangan yang
dilakukan oleh pengusaha nurseri yang dilawati ini iaitu Encik Johan terhadap strategi dan juga
aktiviti pemasaran yang dirancangkan dan dilakukan oleh beliau terhadap tanaman yang ditanam
dalam nurseri ini. Semua pandangan yang telah diberikan oleh Encik Johan akan diterangkan
dengan jelas dan sistematik dalam seksyen ini dan disokongkan dengan menggunakan contoh
yang sesuai dan juga relevan.

(A) Menggunakan Media Sosial untuk tujuan Pemasaran

Pada asasnya, Encik Johan telah mengatakan bahawa media sosial merupakan suatu platform
yang penting untuk melakukan pemasaran untuk tanaman dan pokok kecil yang ditanamkan. Ini
adalah kerana media sosial berupaya untuk berkomunikasi dengan orang lain tanpa sempadan.
Encik Johan juga mengatakan bahawa beliau kerap kali mengambil gambar tanaman baru yang
ada dalam nurseri dan diposkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk dilihat
oleh orang ramai. Kadang-kala, beliau juga akan berkongsi segala informasi yang relevan dengan
teknik-teknik penanaman tanaman dan juga tanaman (spesis) yang unik di mana wujud dalam
nurseri beliau ini. Beliau sendiri juga akan merekodkan video seluruh proses bagaimana
melakukan penanaman dan dikongsi dalam laman sosial ini dan semua aktiviti yang dilakukan
secara talian ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkan populariti nurseri beliau ini.
(B) Keizinan Lawatan Secara Percuma

Pada masa yang sama, Encik Johan juga mengatakan bahawa nurseri ini adalah terbuka untuk
semua orang yang suka akan tanaman dan berhasrat untuk membelikan tanaman tersebut. Beliau
juga akan mempelawakan supaya sekolah menghantar murid-murid untuk menziarahi ke nurseri
ini dari masa ke semasa. Untuk menjadikan lawatan orang ramai ke nurseri ini lebih bermakna,
beliau akan mengaturkan orang / pakar dalam tanaman supaya menemani rombongan lawatan
yang melawati ke nurseri supaya beliau boleh menerangkan tentang tanaman yang ada dalam
nurseri ini. Oleh yang demikian, beliau sendiri akan melakukan latihan untuk pegawai yang akan
ditugaskan untuk menemani rombongan lawatan yang dimaksudkan ini. Sesungguhnya, semua
usaha ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkan peluang untuk Encik John ini menjual
tanaman yang dihasilkan dan dipaparkan dalam nurseri yang berkesan ini.

(C) Penajaan Tanaman di Majlis yang Tertentu

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh Encik Johan, nurseri ini juga kerap kali menaja
tanaman yang sesuai seperti orkid dan lain-lain untuk majlis-majlis ataupun acara-acara yang
sesuai. Contohnya, mereka akan menaja orkid supaya digunakan untuk menghiasi pentas makan
malam peringkat kerajaan negeri dari masa ke semasa. Beliau menerangkan lagi bahawa usaha
menaja tanaman di majlis yang berprestig adalah sangat penting untuk memperkenalkan tanaman
yang ada pada nurseri ini kepada orang ramai / masyarakat tempatan. Beliau mempercayai
bahawa majlis-majlis sama ada sektor awam mahupun swasta merupakan platform terbaik untuk
membolehkan beliau mendedahkan lebih banyak orang kepada tanaman.
(D) Penganjuran Aktiviti di dalam Nurseri

Usaha pemasaran yang terakhir di mana diambil oleh Encik Johan ialah menganjurkan pelbagai
aktiviti yang relevan dalam nurseri ini di mana untuk menarik minat orang ramai supaya
menziarahi ke nurseri ini. Beliau juga mengatakan bahawa ia adalah sangat penting untuk
menarik lebih banyak orang untuk menaziarahi ke nurseri ini dan ia boleh dilakukan melalui
penganjurkan pelbagai jenis aktiviti. Antara aktiviti yang dicadangkan termasuklah aktiviti
melukis, aktiviti sukaneka, dan aktiviti lain-lain. Melalui perlibatan diri dalam aktiviti seumpana,
orang ramai berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri kecantikan tanaman yang dihasilkan
dalam nurseri yang dikajikan ini.
6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, istilah nurseri boleh ditafsirkan sebagai sebagai lokasi di mana anak-anak
pokok akan disemaikan dan juga ditanam sebelum dipindahkan ke tempat penanaman yang lebih
besar dan sesuai ataupun dijual kepada orang lain (pengeluar tanaman ataupun para penggemar
tanaman di kawasan dan tempat yang lain). Untuk negara Malaysia, wujudnya tiga jenis nurseri
yang berlainan iaitu nurseri runcit, nurseri borong dan nurseri landskap. Nurseri runcit
merupakan suatu tempat di mana merupakan tmpat yang lebih kecil di mana hanya menjual
tanaman hiasan tetapi borang adalah suatu borang nurseri yang akan menjual tanaman biasa
dalam skala yang besar ataupun pukal kepada murseri yang kecil iaitu nurseri runcit mahupun
kontraktor landskap. Untuk nurseri landskap, ia merupakan suatu bentuk landskap yang tidak
akan mengeluarkan tanaman sendiri tetapi akan memperolehi tanaman ini melalui pembekalan
daripada nurseri runcit ataupun borong di kawasan berdekatan. Secara lazimnya, nurseri yang
dilawati ini boleh dibahagikan kepada enam bahagian yang utama dan keenam-enam bahagian
yang dimaksudkan ini termasuklah rumah tumbuhan, pejabat dan tempat jualan, setor, tempat
penyediaan medium (potting shed), tempat pembiakan dan juga tempat pengerasan. Antara kerja-
kerja rutin yang wujud dalam nurser ini tersebut adalah meliputi menyediakan medium untuk
tujuan penyediaan medium tanaman, aktiviti membaja, aktiviti merumpai, menanam pokok kecil,
dan menyiram pokok. Akhirnya, usaha dan langkah-langkah pemasaran yang diambil oleh Encik
Johan iaitu pemilik nurseri ini adalah termasuklah menggunkan media sosial untuk tujuan
pemasaran, keizinan lawatan secara percuma, penajaan tanaman di majlis yang tertentu, dan
penganjuran aktiviti di dalam nurseri. Sesungguhnya, semua strategi ini adalah sangat penting
untuk mendedahkan tanaman di dalam nurseri ini kepada orang ramai dan sekaligus memupuk
kemimatan mereka terhadap tanaman tersebut.
7.0 Rujukan

Abdullah, O., Ahmad, N., Sivapragasam, A. dan Hairuddin, M.A. (2018). Manual teknologi
penanaman kelapa, m.s. 14 – 16. Serdang: MARDI

Bang Moktor, Lim Teck Hui, & John Kitman (2018). Tapak semaian. Dalam: Buku perusahaan
sawit di Malaysia, satu panduan, m.s. 101 – 122. Bangi: MPOB

Khairol, I., Erwan, S.S. dan Zulhazmi, S. (2016). Influence of growing media on quality and
productivity of coconuts seedling growth. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 4th
symposium of Malaysian society of applied biology, 29 – 31 Mei 2016, Swiss Garden
Resort, Melaka

Magat, S.S. dan Margaret, R.Z. (2017). The nutritional deficiencies and fertilization of coconut
in The Philippines. Philippine Coconut Authority, R and D Tech. (Report No. 2),
Philippines

Siti Nur Fikri Binti Abdul Karim (2017). Coconut. Dalam: Plant analysis as a guide to the
nutrient requirement of temperate and tropical cops. (Martin-Prevel, P., Garnard, J. dan
Gautier, P., ed.). New York: Lavoisier Publishing Inc

You might also like