Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

BBRC4103

Tajuk Cadangan:

TAHAP SIKAP KERJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN


PRESTASI KERJA PEKERJA : KAJIAN DI SYARIKAT
TRIPLE A

1
BBRC4103
1.0 ULASAN LITERATUR
Tajuk berkaitan dengan sikap kerja pekerja berkemungkinan merupakan tajuk yang paling
kerap dibuat kajian dalam bidang gelagat organisasi. Locke (1976) menganggarkan
bahawa lebih daripada 3,350 artikel berkaitan dengan tajuk kepuasan kerja telah dihasilkan
ketika itu. Kajian-kajian berkaitan dengan sikap kerja pekerja semakin meningkat dari
semasa ke semasa. Ini terbukti apabila Cranny, et.al (1992) menganggarkan
berkemungkinan sehingga 1992 terdapat lebih daripada 5.000 artikel berkaitan dengan
sikap kerja pekerja telah dihasilkan.

Terdapat beberapa definisi sikap kerja pekerja yang telah diberikan. Lofquist dan Dawis
(1969) dalam Cranny et.al. (1992) mendefinisikan sikap kerja sebagai ‘a function of the
correspondence between reinforcer system of the work enviroment and the individual's
needs'. Locke (1976) pula mendefinisikan sikap kerja sebagai 'a pleasurable or positive
emotional state resulting from the appraisal of one’s job or job experiences.' Kalleberg
(1977) melihat sikap kerja pekerja daripada sudut pekerja yang melihat kerja dalam
pelbagai dimensi. Mengikut Kalleberg (1977) lagi, individu boleh berasa puas hati
terhadap beberapa perkara dalam tugas dan pada masa yang sama berasa tidak puas hati
terhadap perkara yang lain. Smith Kendall dan Hullin (1969), dan Korman (1971) melihat
sikap kerja pekerja berkaitan dengan lima dimensi berikut - keadaan kerja. gaji, penyelia,
kenaikan pangkat dan rakan sekerja.

Secara umumnya sikap kerja yang positif seperti kepuasan kerja merupakan keadaan emosi
yang menyeronokkan hasil tanggapan individu terhadap kerjanya. Sikap kerja individu
dipengaruhi oleh pelbagai dimensi sama ada yang berbentuk intrinsik ataupun ekstrinsik.
Sikap kerja mempunyai implikasi terhadap keadaan fizikal dan psikologiseseorang pekerja
(Ilardi, Leone, Kasser. Dan Ryan, 1993), menjejaskan tahap kesihatan individu berkenaan
(Oshagbemi, 1999) dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada prestasi kerja.

2
BBRC4103
2.0 REKABENTUK KAJIAN DAN PERSAMPELAN
Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau
juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Marshall, 1996). Sampel dalam
kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili
keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden terpilih dalam soal selidik
haruslah mengikuti beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Rajah 3.0: Persampelan dan populasi.

Pada asasnya persampelan membolehkan maklumat diperoleh daripada kumpulan yang


lebih besar. Kumpulan yang lebih besar ini dikenali sebagai populasi. Reka bentuk kajian
pula merujuk kepada pengunaan cara yang paling berkesan bagi mencapai matlamat kajian
dengan kos yang minimum. Kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku, Marshall (1996)menjelaskan
bahawa reka bentuk kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama untuk
mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal pembolehubah.
Selain itu, maklumat yang diperolehi adalah tepat. Dalam kajian ini, penyelidik memilih
pemboleh ubah tidak bersandar sebagai personaliti iaitu pergaulan, persetujuan,
kesungguhan, keterbukaan minda dan penyesuaian manakala pemboleh ubah bersandar
adalah prestasi kerja pekerja di syarikat Triple A (Rajah 3.1).

3
BBRC4103

Rajah 3.1: Rekabentuk Kajian

3.0 Kaedah persampelan


Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan kebarangkalian dan
persampelan tidak kebarangkalian. Persampelan kebarangkalian pula dibahagikan kepada
sampel rawak mudah, sampel bersistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok.
Persampelan tidak kebarangkalian terdiri dari sampel kuota, sampel ‘bola salji’, dan sampel
pertimbangan.

Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan kebarangkalian
secara rawak. Melalui kaedah ini, responden dipilih secara rawak bebas daripada setiap
bahagian di syarikat TripleA. Responden yang dipilih secara rawak ini merupakan pekerja
daripada kumpulan pengurusan dan juga operasi.

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis


kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel
secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat
dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti


saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek,
pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah 3.2
menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian secara rawak.

4
BBRC4103

Rajah 3.2: Proses prosedur persampelan kebarangkalian secara rawak.

Kaedah persampelan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pengumpulan data
yang tidak menyeluruh dan ianya melibatkan sebahagian daripada populasi sahaja daripada
keseluruhan kakitangan Syarikat Triple A.

3.1 Saiz sampel


Di antara aspek yang perlu diambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah
mengenai saiz sampel yang akan digunakan dalam kajian. Banyak persoalan yang timbul;
berapa banyak sampel yang perlu diguna, jenis saiz sampel untuk dapatkan signifikan,
bagaimanakah cara untuk menententukan saiz sampel, cara apa dan juga kerelevanan
sampel yang digunakan itu menepati ciri-ciri populasi kajian.

Dalam kajian ini, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan
yang tertentu, dengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan dan juga aras
keyakinan dan selalunya dipilih menggunakan ralat persampelan 5%, (significance level
(α)- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.

Penyelidik perlu menetapkan aras signifikan kajian untuk diuji hipotesis kajian . Aras
signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha
α). Terdapat juga penyelidik yang menetapkan aras signifikan alphanya pada .001 dengan
aras keyakinan 99%.

Justeru itu dalam kajian ini, jumlah sampel yang akan terlibat ialah seramai 100 orang.
Menurut Kothari (2004) bilangan sampel sebanyak 10% hingga 20% daripada populasi
adalah memadai. Begitu juga dengan pendapat Schumacher dan McMillan (2014) yang
mengatakan bahawa kajian tinjauan, bilangan subjek yang sesuai adalah lebih kurang 100
responden.

5
BBRC4103
Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik akan memilih 100 sampel daripada 224 pekerja di
syarikat Triple A yang terdiri daripada kakitangan operasi dan juga pengurusan. Sampel
kajian menggambarkan populasi iaitu satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran
yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Pemilihan sampel adalah secara
rawak berstrata atau persampelan berlapis berkadar (Deobold, 1993). Berasaskan jumlah
inilah, pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi. Jumlah sampel adalah seperti
jadual 3.3.

KUMPULAN JUMLAH SAMPEL PERATUS


Operator Pengeluaran 70 70%
Pekerja Am 10 10%
Penyelia 5 5%
Kerani 3 3%
Pemandu 12 12%
Jadual 3.3: Taburan Sampel Mengikut Kumpulan

4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA


Pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang diketahui
atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya dijadikan asas untuk membuat
kajian secara analisis atau kesimpulan.

Menurut Ott dan Longnecker (2015), ‘method of collection data is technique for physically
obtaining data to be analyzed in a research study.’ Kaedah pengumpulan data diertikan
sebagai teknik untuk mendapatkan data secara fizikal untuk dianalisis dalam suatu kajian
atau penyelidikan.

Untuk mendapatkan data yang baik maka perlu dikembangkan suatu instrumen yang baik
dan sesuai dengan tujuan kajian. Mertens (2010), menjelaskan beberapa langkah dalam
mengembangkan instrumen. Langkah-langkah pengembangan instrumen ini bersifat

6
BBRC4103
umum dan dapat diimplementasikan pada beberapa jenis pengumpulan data misalnya pada
pengembangan instrumen soal selidik, wawancara dan juga pemerhatian.

Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kualitatif dan
kuantitatif. Penyelidikan kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan,
ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan
seumpamanya. Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam
fenomena yang berlaku dalam pengkajian tersebut secara realitinya (Idris Awang, 2001).
Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam bentuk buku,
majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet,
wawancara dan observasi. Semua data yang diperolehi keseluruhannya terdapat pada bab
kedua, ketiga dan keempat dalam kajian ini.

Penyelidikan kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau
bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.
Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik.
Data-data yang diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual (Idris Awang,
2001). Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif adalah terdiridaripada
borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang telah dipilih.

Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa


instrumen pengumpulan data dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu
Kajian Pustaka (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research).

4.1 Kajian Pustaka


Penyelidikan pustaka merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik
bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Ia hampir
sama dengan kaedah dokumentasi. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan
melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya
dengan masalah-masalah yang diteliti (Charles Issawi, 1962). Dengan ini kaedah

7
BBRC4103
dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan studi terhadap dokumen-
dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-
dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya dirumuskan dan
membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Kaedah dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama, bab kedua, rumusan dan
kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan kertas
kajian ini.

4.2 Kajian Lapangan


Dalam penyelidikan ini, kajian tinjauan banyak digunakan bagi melengkapi data pustaka
selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang baru. Ini adalah
kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang
dihadapi adalah area penghayatan dan pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal
(Syahrin Harahap, 2001).

Sehubungan dengan itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk membuat


pengpemerhatianamatan secara langsung dengan lebih jelas mengenai subjek kajian. Ia
bertujuan membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi responden atau
subjek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan kesimpulan yang
diperlukan.

Dengan cara sedemikian pengkaji dapat membuat capaian maklumat dengan lebih jelas
berdasarkan kesediaan pengkaji berada di tempat kajian. Di masa yang sama pengkaji dapat
mengetahui samada responden adalah berada di adalam kumpulan sasaran.

Justeru itu, instrumen-instrumen lain yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah
seperti berikut:

a) Soal Selidik (Questionaire)

8
BBRC4103
Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat daripada responden
yang ramai. Soal selidik merupakan suatu senarai yang terdapat rangkaian
pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian
soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk memperolehi
data yang merupakan jawapan-jawapan daripada para responden (Selo Soemardjan,
1985).

Menurut Mohd Majid Konting, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
di dalam penyelidikan pendidikan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumat
berkenaan fakta-fakta kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan jika saiz sampel adalah
besar. Ia berbentuk satu senarai soalan-soalan yang bertulis. Soalan-soalan ini
disediakan oleh pengkaji yang difikirkan merangkumi subjeknya dengan
menyenaraikan soalan-soalan yang terang dan senang difahami.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi menjawab
persoalan kajian yang berkaitan dengan sejauhmana aspek demografi seperti
jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan menjadi faktor kepada
sikap kerja.

Instrumen yang digunakan dalam kaedah ini adalah borang soal selidik. Borang
soal selidik ini mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab oleh responden iaitu
bahagian A: Maklumat Demografi, bahagian B: Personaliti, bahagian C: Prestasi
Kerja.

• Bahagian A: Maklumat Demografi


Bahagian ini mengumpul latar belakang responden iaitu umur, jantina, pendidikan,
kumpulan perkhidmatan dan tahun berkhidmat.

• Bahagian B: Personaliti

9
BBRC4103
Instrumen ini mengandungi 44 item. Instrumen adalah dari Model Lima Faktor
dibentuk oleh John & Srivistva (1999) dan diterjemahkan oleh Institut Terjemahan
Negara Malaysia (INTM, 2009).

• Bahagian C: Prestasi Kerja


Instrumen ini dibangunkan oleh Yusoff (2000) menggunakan 4 item dengan mengukur
dimensi kualiti, produktiviti kerja juga penilaian kerja berbanding rakan sejawat yang
melakukan kerja yang sama.

b) Temubual (Interview)
Instrumen temubual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan
keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden dengan bercakap-cakap
berhadapan muka (face to face) dengan responden (Koentjaraningrat, 1991).
Kaedah temubual juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang
melibatkan interaksi sosial antara individu, dan ia adalah salah satu cara yang
terbaik untuk mengetahui bagaimana sesuatu situasi dilihat dari perspektif orang
lain.

Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat, pengkaji telah


menggunakan kaedah ini dengan memilih beberapa orang responden yang
dirasakan mempunyai kelayakan yang secukupnya. Responden yang akan dipilih
terdiri daripada kakitangan operasi khususnya operator pengeluaran.

Selain itu juga, temubual tidak berstruktur dengan penyelia turut dilakukan untuk
mendapat maklumat tambahan. Kaedah temubual juga dapat memberi maklumat
berkenaan perasaan, kehendak dan sebagainya untuk mencapai sesuatu objektif
penyelidikan.

Temubual tidak berstruktur dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas yang
di luar jangkaan pengkaji. Temubual tidak berstruktur sesuai digunakan sekiranya
soalan yang dikemukakan menghendaki jawapan yang memerlukan pemikiran

10
BBRC4103
kritis bila mana pengkaji tidak dapat menjangka dengan tepat semua kemungkinan
jawapan yang diberi oleh subjek.

Tujuan pengkaji mengadakan temubual ini adalah untuk mendapatkan maklumat


yang sukar diperolehi secara langsung seperti isu sensitif, sensasi dan sebagainya.
Melalui metode ini juga pengkaji akan mendapat maklumat sokongan mengenai
budaya kerja di Syarikat Triple A bagi melengkapkan kajian ini.

4.3 Kaedah Menjalankan Kajian


Langkah pertama dalam menjalankan kajian ini adalah menyediakan satu rangka kerja
yang sistematik sebagai rujukan dan panduan bagi melicinkan perlaksanaan kajian.
Seterusnya, selepas borang soal selidik dikumpulkan akan diteliti terlebih dahulu oleh
pengkaji bagi memastikan setiap borang soal selidik dijawab oleh responden. Ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan kerosakan alat kajian bagi tujuan analisis.

Prosedur kajian dimulakan dengan pemilihan tajuk kertas projek, perbincangan dengan
penyelia dan membuat permohonan kelulusan tajuk daripada pihak Open University
Malaysia (OUM). Setelah mendapat kelulusan dari pihak universiti, pengkaji akan
mendapatkan kebenaran dari Pengurus Besar Syarikat Triple A untuk menjalankan kajian.

Borang soal selidik akan diedarkan kepada warga kerja Syarikat Triple A yang telah dipilih
secara rawak sebagai responden. Para responden diberikan penerangan yang teliti dan masa
secukupnya bagi menjawab borang soal selidik ini. Segala maklumat yang diberikan
responden dirahsiakan dan bertujuan untuk kajian sahaja. Pengkaji memberikantempoh 2
minggu kepada responden bagi melengkapkan serta memulangkan borang soal selidik
tersebut.

Sepanjang tempoh dua minggu itu pula, pengkaji akan berada di premis Syarikat Triple A
untuk membuat temubual pekerja-pekerja yang terlibat. Pengkaji akan cuba berada

11
BBRC4103
sepanjang waktu pekerjaan untuk mendapatkan gambaran penuh sikap kerja pekerja-
pekerja dan juga budaya kerja di Triple A.

Setelah tamat tempoh dua minggu, pengkaji akan mengumpulkan semua borang soal
selidik dari Syarikat Triple A dan juga membuat dokumentasi lengkap temubual yang telah
dibuat. Borang soal selidik yang lengkap akan dianalisis dengan menggunakan program
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.

4.4 Ujian Kebolehpercayaan


Kebolehpercayaan sesuatu data berlaku apabila sesuatu ujian mengukur perkara yang sama
yang dilakukan berulang kali dan menghasilkan keputusan yang sama pada setiap kali ujian
(Green & Salkind, 2010). Menurut Sekaran (2003) kebolehpercayaan yang kurang
daripada 0.61 adalah lemah, 0.61 hingga 0.79 adalah boleh diterima dan nilai antara 0.8
adalah tinggi. Dalam kajian ini, penyelidik memilih kelima-lima dimensi yang mempunyai
ketekalan dan kebolehpercayaan yang tinggi oleh Rammstedt dan John (2007), dan John,
Naumann dan Soto (2008) iaitu pergaulan (0.86), penyesuaian (0.87),
persetujuan (0.79), keterbukaan minda (0.83) dan kesungguhan (0.82). Manakala
instrumen prestasi kerja telah digunakan oleh seperti Stevens, Beyer, dan Trice (1978), Al-
Gattan dan Ahmad (2002) bahawa ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman bagi skala ini
ialah 0.80.

5.0 PERBINCANGAN TENTANG KAEDAH SURVEI


Kajian ini menggunakan kaedah survei soal selidik (questionaire) dan juga temubual
(interview) untuk mencapai matlamat kajian. Di bahagian ini kita akan membincangkan
mengapa kaedah survei sesuai digunakan dalam konsep penyelidikan ini.

Kajian tinjauan atau biasa disebut kaedah survei merupakan salah satu kaedah penyelidikan
bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang
khususnya dalam bidang sains sosial. kaedah survei juga banyak digunakan dalambidang
pendidikan. Kaedah survei digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada

12
BBRC4103
responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Idid, 1993). kaedah survei
dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah
mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang
diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang
keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kaedah survei
ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

Berikut disenaraikan ciri-ciri kaedah survei: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau
masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut
secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum
untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel
dalam kaedah survei iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling),
pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling)
dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel
dalam kaedah survei adalah secara rawak daripadasesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay
& Airasian, 2003).

Kaedah survei boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual
secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik
ialah instrumen pengumpulan data yang paling popular dalam kaedah survei manakala
temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal
selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui
proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya
penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil
perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan
responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen
disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen
digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian
tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual

13
BBRC4103
berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun
temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini
biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena
atau isu (Gay & Airasian, 2003). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah
penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar,
soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi- maksud, soal
selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang
digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Idid, 1993).
Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala
perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian, 2003).

Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu
bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula
jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar
yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati
responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.

Oleh itu, adalah jelas yang penggunaan kaedah kaedah survei iaitu sol selidik dan temubual
adalah sesuai dengan keperluan kajian ini yang memerlukan data-data yang tepat dari
responden yang terlibat. Seperti yang telah dibincangkan diatas, data-data ini akan diukur
tahap kebolehpercayaannya sebelum analisis data dapat dilakukan. Penggunaan kaedah
soal selidik juga sesuai dengan persekitaran kajian yang memfokuskan kepada sikap kerja
pekerja di syarikat Triple A.

6.0 ANALISIS DATA


Sesuatu usaha penyelidikan tidak berakhir setakat pengumpulan data. Langkah seterusnya
ialah mempersembahkan data dalam bentuk pengetahuan. Tanpa proses analisis, data yang
dikumpul akan hanya bersifat data mentah (raw data).

14
BBRC4103
Data mentah ialah data asal yang dikumpul sendiri oleh penyelidik bagi menjawab soalan
penyelidikan. Data mentah juga dikenali sebagai data primer. Dalam konteks penyelidikan
tinjauan soal selidik, data boleh dianggap kiraan terhadap ciri, fakta, kejadian atau ukuran
sesuatu peristiwa yang direkodkan berdasarkan pemboleh ubah yang diselidiki. Bagi
penyelidik baru, analisis data tertumpu kepada pengukuran statistik deskriptif asas seperti
min (purata), median (titik tengah), mod (kekerapan), peratusan, dan pangkatan.

Kegunaan data dalam penyelidikan ialah untuk meringkaskan maklumat tentang sampel
dan populasi supaya dapat menggambarkan respons yang diperoleh daripada pentadbiran
instrumen soal selidik yang telah dijalankan. Dari situ penyelidik dapat menentukan sama
ada data yang diperoleh akan berbentuk normal atau pencong (skewed). Kadang- kadang
data yang dikumpul mungkin akan berbentuk campuran (bimodal).

6.1 Data Kajian Kuantitatif (Soal Selidik)


Data kuantitatif adalah data seragam yang boleh diukur. Dalam kajian ini data kuantitatif
adalah data yang diperoleh dari instrumen soal selidik. Jawapan-jawapan dari soal selidik
ini diasingkan mengikut soalan dianalisis. Teknik analisis data dalam kajian kuantitatif
adalah menggunakan statistik. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan untuk
menganalisis data dalam kajian, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.

6.1.1 Kaedah Analisis Data Kajian


Setelah semua set soal selidik dikembalikan, jawapan kepada item diberikan
nombor siri kod yang tertentu. Contohnya, data mentah ditukar kepada bentuk yang
lebih mudah difahami dan dijelaskan, iaitu peratusan. Data peratusan kemudiannya
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta, taburan kekerapan,atau histogram.

Dalam kajian ini, analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan. Analisis
deskriptif ialah statistik yang digunakan untuk menganalisa data dengan cara
mendeskripsikan atau menggambarkan data yang telah terkumpul sebagaimana

15
BBRC4103
adanya tanpa bermaksud membuat kesimpulan umum. Data statistik deskriptif
melibatkan skala nominal seperti peratus dan kekerapan. Data ini digunakan di
dalam demografi responden di Bahagian A. Manakala statistik deskriptif ini
menggunakan petunjuk seperti min, median dan mod untuk mengukur sukatan
memusat dan sela, varians dan sisihan piawai untuk mengukur serakan data.
Bahagian B dan C pula menggunakan analisis deskriptif bagi memenuhi objektif
kajian iaitu untuk mengenal pasti tahap persepsi pekerja Syarikat Triple A terhadap
dimensi ciri personaliti dan prestasi kerja. Fungsi analisis deskriptif antara lain
mengklasifikasikan suatu data variabel berdasarkan kelompoknya masing-masing
dari semula belum teratur dan mudah diinterpretasikan. Selain itu analisis deskriptif
juga berfungsi mewujudkan informasi yang asli, sehingga data yang dihasilkan dari
kajian dapat dimanfaatkan oleh orang lain yang memerlukan.

Analisis deskriptif dapat dibezakan menjadi: (1) analisis potret data (frekuensi dan
presentasi), (2) analisis kecenderungan sentral data (nilai rata-rata, median, dan
modus) serta (3) analisis variasi nilai (kisaran dan simpangan baku atau varian).
Dalam menentukan tahap-tahap ini, pengkaji menggunakan min sebagai titik
tengah yang memisahkan antara tahap tinggi, sederhana dan rendah sebagaimana
jadual 6.1 bagi dimensi sikap kerja dan jadual 6.2 bagi dimensi prestasi kerja:

Jadual 6.1: Penanda Aras Tahap Sikap Kerja Pekerja

16
BBRC4103

Jadual 6.2: Penanda Aras Tahap Prestasi Kerja

Dalam kajian ini, korelasi Pearson digunakan bagi mengukur perkaitan linear antara
dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu skala interval dan skala nisbah untuk
menunjukkan signifikan, arah (positif atau negatif) antara ciri personaliti dengan
prestasi kerja. Kekuatan perkaitan di antara pemboleh ubah yang dibangunkan
Davis (1971) berdasarkan jadual 6.3.

Jadual 6.3: Nilai Korelasi dan Kekuatan Hubungan

Untuk mendapatkan keputusan analisis yang jitu dan tepat, perisian ‘Special
Package for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 22’ untuk menganalisis
data kuantitatif.

6.2 Data Kajian Kualitatif (Temubual)

17
BBRC4103
Data kualitatif berbentuk deskriptif, ianya berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang
tingkah laki manusia yang dapat diamati (Taylor & Bogdan, 1984). Data kualitatif yang
diperoleh dalam kajian ini adalah data yang diperolehi dari kaedah temubual.

6.2.1 Analisis Data Kualitatif


Pendekatan analisis kandungan seperti mana yang dicadangkan oleh Merriem
(1998) telah digunakan untuk menganalisis data temubual. Menurut Burn (1995)
analisis kandungan merupakan kaedah analisis yang sering digunakan dalam kajian
kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep, dan
makna. Dalam hal ini, analisis kandungan memerlukan sistem pengekodan yang
berkaitan dengan maklumat sesuatu penyelidikan.

Menurut Burn (1995), kategori pengekodan harus dibangunkan sebaik sahaja


pengumpulan data pertama dilakukan. Pengekodan memudahkan seorang pengkaji
memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi panduan kepadanya untuk
menentukan apakah yang harus difokuskan kepada maklumat seterusnya. Miles dan
Hubermen (1994) menyatakan bahawa pengekodan bukanlah sesuatu data yang
telah siap dianalisis tetapi ianya terbit terus menerus sepanjang proses
pengumpulan data. Oleh itu, pembentukan kategori pengekodan merupakan suatu
bentuk analisis yang berterusan, makna setiap kategori diperhalusi sehingga
kategori-kategori tertentu dapat menggambarkan keadaan yang berlaku didalam
kes-kes yang dikaji.

Justeru itu, berdasarkan penerangan diatas, analisis data kualitatif kajian ini dibuat
melalui jenis transkripsi temubual (Rajah 6.2). Data temu bual ditranskripsikan
kemudian ditaip dan diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan
kosong di sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data.

Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan ditulis di ruang
sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat
ini akan memudahkan pengkaji mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan

18
BBRC4103
memberi penerangan lanjut berkaitan tingkah laku berkenaan. Transkripsi dibaca
dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan.

Proses pengekodan dijalankan sehingga tamat satu transkripsi temu bual bagi
seorang peserta kajian. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk
memerihalkan semula atau menggunakan kekerapan tema yang diperoleh melalui
transkripsi temu bual.

Maklumat / Data Temubual Kod / Tema


Responden 1 Motivasi
Persetujuan
Responden 2 Keterbukaan Minda

Responden 3 Kesungguhan
Pergaulan
Responden 4 Keterbukaan Minda

Responden 5 Penyesuaian

Responden 6 Penyesuaian
Pergaulan
Rajah 6.2: Contoh ringkas transkrip temubual

19
BBRC4103
7.0 PERANCANGAN GERAK KERJA
Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 12 bulan iaitu pada keseluruhan
kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ia dapat dilihat dalam jadual
7.1.

Jadual 7.1: Perancangan Gerak Kerja Kajian Penyelidikan

20
BBRC4103
8.0 KESIMPULAN
Pekerja yang menunjukkan kelakuan sikap kerja yang negatif mampu memberi kesan
kepada prestasi syarikat. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada produktiviti
syarikat malahan memberi kesan kepada pengurusan syarikat. Justeru itu, kertas cadangan
ini adalah satu cadangan kajian penyelidikan untuk mencari hubungkait antara sikap kerja
pekerja dengan prestasi kerja. Dapatan dari kajian ini akan dapat memberi gambaran
kepada pihak penguurusan syarikat Triple A dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
dalam memastikan budaya sikap kerja yang negatif dapat dihakis.

Kajian ini menggunakan kaedah survei yang mana sampel kajian dipilih secara rawak dari
keseluruhan tenaga kerja di Syarikat Triple A. Instrumen soal selidik dan temubual telah
dipilih untuk tujuan pengumpulan data yang mana set soalan yang mengandungi tiga
bahagian termasuklah demografi, personaliti dan prestasi kerja. Manakala instrumen
temubual berstruktur dan tidak berstruktur dijalankan ke atas responden.

Bagi kaedah soal selidik, set-set soalan ini akan diedarkan kepada 100 orang pekerja di
syarikat Triple A yang terdiri dari kumpulan pengurusan dan operasi dan dalam masa yang
sama temubual akan dijalankan serentak dalam tempoh dua minggu tersebut.

Bagi tujuan analisis data, jenis analisis kuantitatif dan kualitatif telah dipilih untuk
menganalisis data yang telah dikumpul. Pengkaji menggunakan perisian ‘Special Package
for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 22’ untuk menganalisis data kuantitatif.
Dalam kajian kuantitatif ini, analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan untuk
memastikan data-data yang dikumpul dapat diasingkan mengikut rekabentuk kajian yang
dirancang. Bagi analisis data kualitatif pula. Data disemak dan diukur mengikut temayang
mana dapatan dari kaedah ini menyokong dapatan dari kaedah kuantitatif.

Pengkaji berharap kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang tepat untuk syarikat
Triple A untuk dijadikan sebagai landasan yang amat berguna kepada pihak pengurusan
sumber manusia bagi usaha untuk memperbaiki tahap sikap kerja di organisasi berkenaan.
Hasil daripada dapatan kajian ini akan dapat memberi gambaran yang sebenar

21
BBRC4103
serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada tahap sikap kerja dan hubungannya
dengan prestasi kerja pekerja di TripleA.

(5540 PATAH PERKATAAN)

22
BBRC4103
RUJUKAN

Abdul Halim bin Haji Mat Diah (1987). Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi.
Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.

Ahmad, J. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju


Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri
Selangor (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Al-Gattan, A.R.A. (1983). The path goal theory of leadership: an empirical and
longitudinal analysis. Disertasi tidak diterbitkan, America: Arizona State
University

Avey, J. B., Wernsing, T. S., & Luthans, F. (2008). Can positive employees help positive
organizational change? Impact of psychological capital and emotions on relevant
attitudes and behaviors. The Journal of Applied Behavioral Science, 44(1), 48-70.

Brayfield, A. H., & Crockett, W. H. (1955). Employee attitudes and employee


performance. Psychological bulletin, 52(5), 396.

Burn, R. B. (1995). Introduction to Research Method. Melbourne: Longman

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. (Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill.

Charles Issawi (1962). Filsafat Islam Tentang Sejarah. (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta
Mas.

Cranny, C. J., Smith, P. C., & Stone, E. (1992). Job satisfaction: How people feel about
their jobs.

Dawis, R. V., Lofquist, L. H., & Weiss, D. J. (1968). A Theory Of Work Adjustment: A
Revision. Minnesota studies in vocational rehabilitation.

Davis, J.A.(1971). Elementary Survey Analysis. Parentice Hall

Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 125; Syed Arabi Idid (2002), Kaedah
Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Education research. Competencies for Analysis and
Applications, New Jersey.

Green, S. B., & Salkind, N. J. (2010). Using SPSS for Windows and Macintosh: Analyzing
and understanding data. Prentice Hall Press.

23
BBRC4103
H. Syahrin Harahap (2001). Metodologi Studi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin.
Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Herman, J. B. (1973). Are situational contingencies limiting job attitude—job performance


relationships?. Organizational Behavior and Human Performance, 10(2), 208-224.

Iaffaldano, M. T., & Muchinsky, P. M. (1985). Job satisfaction and job performance: A
meta-analysis. Psychological bulletin, 97(2), 251.

Idris Awang (2001). Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan. Kuala Lumpur : Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.

Ilardi, B. C., Leone, D., Kasser, T., & Ryan, R. M. (1993). Employee and Supervisor
Ratings of Motivation: Main Effects and Discrepancies Associated with Job
Satisfaction and Adjustment in a Factory Setting. Journal of Applied Social
Psychology, 23(21), 1789-1805.

Idid, A. (1993). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jaafar, A. S. (2005). Organisasi industri: teori dan aplikasi. UUM Press.

Judge, T. A., Erez, A., & Bono, J. E. (1998). The power of being positive: The relation
between positive self-concept and job performance. Human performance, 11(2-3),
167-187.

John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. (2008). Paradigm shift to the integrative big five
trait taxonomy. Handbook of personality: Theory and research, 3, 114-158.

Katzell, R. A., Thompson, D. E., & Guzzo, R. A. (1992). How job satisfaction and job
performance are and are not linked. Job satisfaction, 195-217.

Kalleberg, A. L. (1977). Work values and job rewards: A theory of job satisfaction.
American sociological review, 124-143.

Koentjaraningrat (1991). Metode-metode Penelitian Masyarakat, cetakan kedua. Jakarta :


Pustaka Utama Gramedia.

Korman, A. K. (1971). Industrial and organizational psychology. Prentice Hall.

Kothari, C. R. (2004). Research methodology: Methods and techniques. New Age


International.

Lawler III, E. E., & Porter, L. W. (1976). The effect of performance on job satisfaction.
Job satisfaction—A reader. United Kingdom: Palgrave Macmillan.

24
BBRC4103

Locke, E. A. (1969). What is job satisfaction?. Organizational behavior and human


performance, 4(4), 309-336.

Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality.

McShane, S. L., & Von Glinow, M. A. (2000). Organizational culture. SL McShane.


New York.

Marshall, M. N. (1996). Sampling for qualitative research. Family practice, 13(6), 522-
526.

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (2014). Research in education: Evidence-based


inquiry. Pearson Higher Ed.

Mertens, D. M. (2010). Transformative mixed methods research. Qualitative inquiry.

Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.


(2nd Ed.) San Fransisco: Jossey-Bass

Miles, M. B. dan Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded


Sourcebook. 2nd Ed. Thousand Oaks. Califf: Sage.

Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 202.

Oshagbemi, T. (1999). Overall job satisfaction: how good are single versus multiple-item
measures?. Journal of Managerial Psychology, 14(5), 388-403.

Ott, R. L., & Longnecker, M. T. (2015). An introduction to statistical methods and data
analysis. Nelson Education.
Rammstedt, B., & John, O. P. (2007). Measuring personality in one minute or less: A 10-
item short version of the Big Five Inventory in English and German. Journal of
research in Personality, 41(1), 203-212.

Schumaaher, B. & McMillan, S.H (1993). Research in Education-A Conceptual


Introduction (3rd.ed). New York L Harper Collins College Pubisher.

Selo Soemardjan (1985). Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner, dalam


Koentjaraningrat (ed.). Metod-metod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh,
Jakarta : PT Gramedia.

Sempane, M. E., Rieger, H., & Roodt, G. (2002). Job satisfaction in relation to
organisational culture. SA Journal of industrial Psychology, 28(2).

Staw, B. M. (1976). Intrinsic and extrinsic motivation. General Learning Press.

25
BBRC4103

Smith, K., & Kendall, L. Hulin (1969). The measurement of satisfaction in work and
retirement: A strategy for the study of attitudes.

Stevens, J. M., Beyer, J. M., & Trice, H. M. (1978). Assessing personal, role, and
organizational predictors of managerial commitment. Academy of Management
journal, 21(3), 380-396.
Taylor, SJ., R. Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Reasearch Method: Thesearch
for meanings. 2nd Edition. Toronto: John Miley & Sons.

Uma Sekaran. (2000). Research methods for business: A skill-building approach. John
Wiley & Sons.

Williams, L. J., & Anderson, S. E. (1991). Job satisfaction and organizational commitment
as predictors of organizational citizenship and in-role behaviors. Journal of
management, 17(3), 601-617.

33

View publication stats

You might also like