Jemputan Menyertai Asia Pacific Youth Cooperatif Summit 3.0

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ministry of Education Malaysia


BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
Sports, Co-curricular And Arts Division
Aras 1, 2 & 7, Blok E 13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Telefon : +603 88841002/88841333
62604 PUTRAJAYA Faks : +603 88841034/88886790
MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my

KPM.600-12/1/1 Jld.12(68)
28 Jun 2021

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk Dr. / Dr. / Tuan / Puan,

HEBAHAN PROGRAM ASIA PACIFIC YOUTH COOPERATIVE SUMMIT 3.0 DALAM


KALANGAN ANGGOTA KOPERASI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada
Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) Ruj. AKKM (U) 20/BKS/PKS Jld.1
(57) bertarikh 24 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ANGKASA


melalui International Cooperative Alliance Asia And Pacific (ICA-AP), akan
mengadakan Program Asia Pacific Youth Cooperative Summit 3.0 pada 27 hingga
29 Julai 2021 melalui aplikasi webinar seperti di lampiran.

3. Sehubungan itu, Bahagian ini memanjangkan jemputan daripada pihak


ANGKASA kepada semua sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk Dr. / Dr. / Tuan / Puan
bagi menggalakkan penyertaan dalam kalangan koperator sekolah. Bersama-sama ini
dilampirkan surat pemakluman daripada pihak ANGKASA untuk rujukan sekolah-
sekolah yang ingin menyertai webinar ini. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara
tersebut, pihak YBhg. Datuk Dr. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Noor
Azlita Haniff (ANGKASA) di talian 012-3901809 atau Encik Hafiz Ridhuan Bin Md
Daud (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM) di talian 03-8872 1762,
emel: hafiz.daud@moe. gov.my.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI RAZUKI BIN A.RAHIM)


b.p Pengarah,
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

HRMD/hrmd

You might also like