Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

DARAH TITIK DI SEMANTAN

ALESHA RAYHANA ABDUL RAHMAN


1 SETIA 2019
BIODATA PENULIS ARMAN SANI
Beliau dilahirkan di Pahang dan merupakan antara
pengarang yang sangat politik dan banyak karyanya yang
telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit seperti Dewan
Pustaka dan Bahasa (DPB)

TEMA:
Novel ini bertemakan semangat patriotism dalam kalangan
anak watan untuk membebaskan tanah air daripada penjajah.
Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah menentang pihak
Inggeris. Mereka telah menyusun strategi dan mengorbankan
nyawa demi tanah air.

PERSOALAN:
1. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan: contohnya
Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-
sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat
itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit
mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga
menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan
lebih sulit dan besar kerana bakal menghadapi 50 orang
mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala
satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan
yang diketuai oleh Tengku Ali

2. Keberanian untuk menegakkan kebenaran: contohnya Datuk


Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun
tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang
dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi
perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang
dengan membawa 50 orang mata-rnata Inggeris, Datuk
Bahaman menyerang dan menewaskan mereka.

3. Semangat cinta akan negara: contohnya Datuk Bahaman dan


orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi
menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia
membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa
oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah
tidak boleh diberi muka di bumi Semantan

4. Kesetiaan kepada Negara: Rahmad dan rakan-rakannya


sanggup belajar bermain senjata demi mempertahankan
tanah air mereka.

5. Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat:


Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk
membantu mereka menentang penjajah

6. Kepentingan mendengar arah ketua: Tuk Selampit


membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris
yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali kerana
takut sumpitannya tersasar mengenai Sultan

NILAI
1. Kerjasama: contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang
Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk
Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat
Lela dan Tuk Selampit mengawal ternpat tersebut.

2. Keberanian: contohnya Datuk Bahaman berani menentang


penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan
terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman
ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris

3. Patriotisme: contohnya Datuk Bahaman dan orang-


orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi
menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia
membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa
oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah
tidak boleh diberi muka di bumi Semantan.

4. Saling menghormati: Tok Muda Bidin dan Imam Perang


Weh sentiasa menghormati Datuk Bahaman sebagai
seorang ketua dan mematuhi arahannya supaya tidak
menembak askar Sultan

5. Patuh akan ajaran agama: Zahid dan rakan-rakannya


tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa
agar Tuhan memberikan pertolongan kepada mereka

PENGAJARAN
1.Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan
sesuatu pekerjaan

2.Kita perlulah berani menegakkan keadilan

3.Kita mestilah mempunyai semangat


patriotism

4.Kita haruslah saling membantu dan bersikap


ringan tulang

5.Kita hendaklah patuh akan ajaran agama

WATAK DAN PERWATAKAN

Zahid
1. Seorang yang pandai menentang musuh: Dia Berjaya
membaling buluh runcing tepat kea rah belakang
seorang askar Inggeris
2. Seorang yang patuh akan ajaran agama: Selepas
solat,dia sentiasa berdoa agar Tuhan memberikannya
pertolongan
3. Seorang yang mementingkan semangat setia kawan: Dia
dan rakan-rakannya mengambil giliran untuk menjaga
kubu
4. Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi:
dia berperinsip bahawa anak mua mestilah berani
mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak
penjajah dan anak muda tidak boleh mati di atas tilam

DATUK BAHAMAN
1. Orang kaya Semantan an Pembesar Negeri
2. Mempunyai dua orang anak iaitu Mat Lela dan Awang
Muhammad
3. Seorang yang tidak mementingkan pangkat atau
gelaran: dia tidak mengeluarkan air mata apabila
pangkatnya ditarik oleh Sultan malah meneruskan
perjuangannya
4. Seorang yang sangat berani: dia kembali ke Lubuk
Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak
Inggeris membakar rumah-rumah di Semantan
5. Seorang yang mahir dalam ilmu pukau: dia telah
memukau semua askar di dalam perahu semasa
beliau ingin berjumpa dan berbincang dengan Sultan
6. Seorang yang berpegang kepada janji: dia
menunaikan janjinya untuk tidak menyerang askar
Sultan walaupun anaknya terkorban semasa
menentang askar Inggeris dan askar Sultan

SAMAD
1. Rakan kepada Zahid dan Awang Muhamma
2. Pernah ditangkap semasa membawa rotan
3. Seorang yang berani: dia mengingatkan rakan-rakannya
bahawa mereka perlu sentiasa berani dalam
meneruskan perjuangan
4. Seorang yang pandai menyimpan rahsia: berpura-pura
menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh
dia untuk menceritakan perkara sebenar
5. Seorang yang bijak mengatur strategi: dia telah
melarang rakan-rakannya untuk merosok pokok bagi
memudahkan mereka mengintip pihak musuh
6. Seorang yang mempunyai semangat kerjasama: dia dan
rakan-rakannya bekerjasama untuk membina kubu

MAT LELA
1. Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun
2. Anak atuk Bahaman dan abang kepada Awang
Muhammmad
3. Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
4. Seorang yang berfikiran terbuka: dia bersutuju apabila
bapanya mengatakan bahawa perjuangan memerlukan
strategi ddan akal fikiran
5. Seorang yang berterus terang: ia berterus terang
bahawa dia tidak mempercayai jani sultan dan
melihatya sebagai suatu muslihat

LAJIS
1. Guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya
2. Baru berkahwin dengan Kak Minah
3. Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia pergerakan
Inggeris di Kuala Semantan
4. Seorang yang muah bekerjasama apabila dia menyertai
Pak Uda untuk membuat bengkel senjata

RAHMAN
1. Rakan kepada Zahid
2. Jurutulis pelatih Datuk Bahaman
3. Turut sama berjuang bersama Datuk Bahaman untuk
menentang Inggeris
MAT KILAU
1. Anak Tuk Gajah
2. Orang penting kepada Sultan Pahang
3. Sering membawa berita dari istana kepada Datuk
Bahaman

GAYA BAHASA
1. DIKSI
2. BAHASA ISTANA: Baginda berangkat ke Pulau
Tawar dan Bersemayam disana
3. BAHASA KLASIK:Datuk Bahaman berhenti kira-kira
5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu
4. SIMILE:Bahagian tengah pisang itu hancur
sepertikena tikam
5. PERSONAKIKASI:Matahari memancar dengan
gagahnya di kaki langit timur
6. PERIBAHASA: Alang-alang menyeluk
pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan
7. SINKOPE:Tak guna kita tunggu di sini
8. METAFORA:Perajurit-perajurit kita sudah lapar
darah
9. INVERSI(AYAT SONGSANG);Selepas
bersembahyang subuh dan sarapan,aku bersalin
pakaian
PLOT

PENGENALAN
Pembaca diperkenalkan dengan tempat seperti
Semantan dan Lubuk Terua. Pembaca juga mula
diperkenalkan dengan watak Zahid, Rahman, Awang
Muhammad dan Mat Lela. Datuk Bahaman telah
digambarkan sebagai orang kaya Semantan

PERKEMBANGAN
Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua
untuk menentang penjajah dan membuat persediaan
untuk berperang dengan membuat latihan. Zahid ddan
rakan-rakannya mula membina kubu di Pangkat
Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah

PERUMITAN
Inggeris telah mula bertapak di Lubuk Terua. Mata-
mata Inggeris telah mula membina rumah pasung I tepi
tebing manakala Zahid dan rakan-rakannya mula
membina kubu dan menyediakan buluh runcing untuk
menentang penjajah. Pada masa yang sama, Datuk
Bahaman telah berkunjung ke Johor untuk berunding
dengan Gabenor Singapura. Kak Minah diganggu oleh
dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata
Inggeris. Lajis dan Pak Uda membina bengkel membuat
senjata. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad
menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris
telah bermesyuarat dengan Sultan ddan para
pembesar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk
Bahaman dan penduduk Semantan.

PUNCAK/KLIMAKS
Mat Kilau membawa berita Sultan mengisytiharkan
bahawa atuk Bahaman sebagai penderhaka kerana
dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang
dikurnia Sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik
semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap
oleh Inggeris tetapi telah bejaya diselamatkan oleh
Datuk Bahaman. Kemudian Pak Uda Ismail telah
dibunuh oleh pihak Inggeris. Datuk Bahaman
menjelaskan bahawa askar Inggeris,mata-mata Inggeris
dan askar Sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan
mudik ke Semantan. Tuk Sumpit menjadi marah
kepada Datuk Bahaman kerana melarangnya
menyumpit mata-mata Inggeris dan askar Sultan.
Askar-askar Sultan mungkir janji dimana mereka tidak
menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak
Mat Lela, Awang Muhammad dan Pengikut Datuk
Bahaman. Datuk Panglima Raja meminta Datuk
Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi
atuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat
terlalu marah dengan tindakan Datuk Bahaman, Imam
Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri
dan dibunuh oleh ketua askar Sultan.

PELERAIAN
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka
telah berundur ke Darat Kelubi. Askar Sultan dan pihak
Inggeris sangat gembira. Mat Kilau membawa surat
bahawa penduduk Semantan telah mendapat
pengampunan Sultan kecuali Datuk Bahaman.
Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah
masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan
Pak Cik Hassan Tahmid menghebahkan berita tersebut.
Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahman
pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi.
Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan
terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang
berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata
Inggeris dan askar Sultan yang diketuai Wise atang
mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak
dijumpai. Rumah penduduk tempatan ibakar dan
terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya
Datuk Bahaman telah pulang ke Lubuk Terua dan
membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu,
Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.

TEKNIK PLOT
1. TEKNIK PEMERIAN
2. TEKNIK DIALOG
3. TEKNIK IMBAS KEMBALI
4. TEKNIK IMBAS MUKA
5. TEKNIK MONOLOG DDALAMAN
6. TEKNIK KEJUTAN
7. TEKNIK SASPENS
LATAR
LATAR MASA
1. HARI JUMAAT; Samad mengajak rakan-rakannya menggali kubu
di Pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat
2. PADA WAKTU PAGI:Setiap pagi Rahmad dan rakan-rakannya
berlatih membaling bamboo runcing di dusun durian
berhampiran dengan Mempahit.
3. PADA WAKTU TENGAH HARI: Selepas makan tengah hari, Zahid
an rakan-rakannya solat zuhur di kubu mereka
4. SELEPAS WAKTU MAGHRIB:Selepas solat maghrib, Zahid dan
rakan-rakannya membaca surah Yassin dan berdoa gar
memperoleh kejayaan menentang Inggeris
5. PAA WAKTU PETANG: Mat Kilau dating ke Darat Kelubi bersama
surat pengampunan beramai-ramai penduduk Semantan
6. PADA WAKTU MALAM:Lajis disuruh oleh mata-mata Inggeris
untuk menghantar makanan kepada orang salah iaitu
Ismail,Abas dan Samad

LATAR TEMPAT
1. LUBUK TERUA: Syres selalu datang ke Lubuk Terua untuk
mencari rahsia tentang Datuk Bahaman
2. LUBUK SENGARAT: Zahid dan rakan-rakannya telah membina
kubu di Lubuk Sengarat sebagai banteng pertahanan
menentang Inggeris
3. JOHOR: Datuk Bahaman pergi ke Johor mewakili raja dan
orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor bagi
mengadu kepada Sultan tentang penjajahan di Semantan
4. RUMAH PASUNG TEMERLOH: DDatuk Bahaman menggunakan
ilmu menidurkan orang untuk menyelamatkan Ismail,Abas dan
Samad.
5. KUBU BERHAMPIRAN POKOK MERBAU BERDARAH: Zahid ddan
rakan-rakannya mengintip musuh di dalam kubu

LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT PEJUANG:Datuk Bahaman dan pengikut-
pengikutnya berjuang untuk membebaskan tanah air daripada
belenggu penjajahan
2. MASYARAKAT MATA-MATA INGGERIS DARI INDIA AN
BENGGALA: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari
India dan Benggala untuk menakut-nakutkan penduduk
tempatan supaya tidak menentang Inggeris
3. MASYARAKAT PENJAJAH INGGERIS: Pihak Inggeris ialah
penjajah yang ingin mendapatkan kuasa di daerah Semantan
4. MASYARAKAT YANG MENGENANG JASA: Lijas berterima kasih
kepada Zahid dan rakan-rakannya yang menyelamatkan Kak
Minah yang diganggu oleh dua orang pemuda tempatan yang
menjadi mata-mata Inggeris dibawah suruhan Owen
5. MASYARAKAT YANG BEKERJASAMA:Zahid dan rakan-rakannya
bekerjasama membina kubu di Lubuk Sengarat

You might also like