Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

3766/2 SULIT

Bahagian A

(50 markah)

Jawab mana-mana lima soalan sahaja.

1. Gambar 1 menunjukkan dua buah perniagaan yang menjalankan jenis milikan perniagaan
yang sama.

(a) Jelaskan bentuk perniagaan ini. (3 markah)


(b) Nyatakan tiga kelebihan syarikat induk menceburi jenis perniagaan ini. (3 markah)
(c) Jelaskan empat cabaran perniagaan bersaiz kecil. (4 markah)

2. (a) Nyatakan definisi pengurusan sumber manusia. (1 markah)


(b) Nyatakan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia (3 markah)
(c) Terangkan tiga jenis gaji yang dibayar oleh majikan kepada pekerja. (6 markah)

3. Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Alya.


Puan Alya sangat suka menghasilkan pelbagai rekaan pakaian . Pakaian -pakaian rekaan
beliau sering mendapat pujian daripada keluarga dan rakan-rakan. Rakan-rakan Puan Alya
menggalakkan beliau membuka perniagaan butik pakaian kerana rakan-rakannya yakin
pakaian-pakaian yang direka oleh Puan Alya akan laris di pasaran. Berbekalkan modal
berjumlah RM80 000 , Puan Alya ingin menubuhkan sebuah perniagaan bagi membekalkan
pakaian pelbagai rekaan kepada pelanggan-pelanggannya.

(a) Pada pendapat anda, apakah jenis milikan perniagaan yang sesuai untuk ditubuhkan
bagi perniagaan pakaian Puan Alya? Jelaskan. (4 markah)
(b) Huraikan ciri-ciri keperibadian usahawan yang perlu dimiliki oleh Puan Alya untuk
menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. (6 markah)

1
3766/2 SULIT

4. Encik Lau ialah pemilik dan pengurusan bengkel servis kereta motor. Beliau mempunyai
kemahiran dan pengalaman servis dan baik pulih pelbagai model kereta yang baharu dan
lama. Keluasan bengkel tersebut ialah 8000 m . Pejabat pentadbiran terletak bersebelahan
bengkel. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja. Seramai tiga orang pekerja mengurus
hal-hal pentadbiran menggunakan peralatan komputer sepenuhnya. Yang berikut adalah
beberapa mesin dan peralatan yang digunakan dalam bengkelnya.

(a) Senaraikan tiga sumber fizikal dan satu sumber teknologi yang dimiliki oleh perniagaan
Encik Lau. (4 markah)
(b) Jelaskan tujuan Encik Lau mengurus sumber fizikal perniagaannya. (6 markah)

5. Gambar di bawah ini menunjukkan contoh sumber teknologi sebuah syarikat pengeluaran
Jubin lantai.

(a) Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi oleh pengeluar Jubin yang berkenaan.
(6markah)
(b) Encik Sam ingin memulakan firma perakaunan untuk menyediakan perkhidmatan
simpan kira dan perakaunan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Terangkan dua jenis sumber teknologi yang diperlukan oleh Encik Sam. (4 Markah)

2
3766/2 SULIT

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

KILANG KEK SHIMA Nama Pemilik: Puan Shima

Tahun memulakan perniagaan: 2010

Modal permulaan: RM50 000

Simpanan peribadi dalam akaun simpanan:


RM35000

Simpanan keuntungan perniagaan


terkumpul dalam akaun semasa : RM80 000

(a) Nyatakan empat jenis modal yang diperlukan oleh perniagaan yang dikendalikan oleh
Puan Shima. (4 markah)
(b) Pada tahun ini, Puan Shima bercadang untuk membesarkan operasi perniagaan dengan
membeli peralatan baharu dan menambahkan bilangan pekerja. Beliau memerlukan
modal tambahan yang dianggarkan sebanyak RM120 000. Jelaskan sumber pembiayaan
yang boleh digunakan oleh beliau. (6 markah)

3
3766/2 SULIT

Bahagian B

(30 markah)

Jawab mana-mana DUA soalan daripada bahagian ini.

7. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu pembiayaan yang disediakan oleh bank
perdagangan.

Pada 1 Januari 2019 , Encik Ehsan mempunyai baki sebanyak RM1500 dalam akaun
semasanya. Pada 5 januari 2019, beliau telah memasukkan tunai sebanyak RM1000 ke dalam
akaun tersebut. Pada 10 Januari 2019 , dengan kelulusan pengurus bank, beliau telah
mengeluarkan cek bernilai RM4 500 untuk membuat pembayaran.

Jelaskan jenis pembiayaan berkenaan dan nyatakan tiga kelebihan jenis pembiayaan
berkenaan kepada peniaga. (9 markah)

(c) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Danish.

Pada tahun 2010, Encik Danish memulakan perniagaan penternakan burung puyuh
dengan modal sebanyak RM5 000 hasil simpanan beliau. Pada tahun ini, memandangkan
permintaan untuk telur dan daging burung puyuh begitu memberangsangkan, beliau
mengambil keputusan untuk membeli sebanyak lima buah mesin penetas telur puyuh
dengan jumlah harga RM2 500. Pada masa yang sama , beliau bercadang membesarkan
bangsal serta membeli peralatan makanan dan minuman, alat pemanas dan sebagainya
yang akan menelan belanja sebanyak RM20 000. Beliau bercadang untuk menggunakan
wang keuntungan perniagaan sebanyak RM4 000 dan meminjam bakinya daripada
TEKUN Nasional.

i. Jelaskan sumber pembiayaan dalaman yang digunakan oleh Encik Danish untuk
memulakan dan mengembangkan perniagaannya. (2 markah)
ii. Pada pendapat anda, mengapakah Encik Danish mengambil keputusan untuk
meminjam daripada TEKUN Nasional dan bukan daripada bank perdagangan?
(4 markah)

4
3766/2 SULIT

8. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Aishah Osong.

Nama pemilik : Aishah Osong


Tahun memulakan perniagaan : 2010
Modal permulaan : RM25 000
Perniagaan kedai kek Cik Aisyah sudah semakin maju. Baru-baru ini , beliau telah mendapat
kontrak membekalkan kek dan biskut ke beberapa hotel. Justeru, beliau menambahkan
bilangan pekerja., membeli peralatan baharu, dan bahan mentah. Selain itu, beliau juga
memerlukan sebuah van untuk menghantar bekalan kek dan biskut ke semua hotel pada
setiap pagi. Beliau memerlukan modal sebanyak RM60 000 tidak termasuk untuk membeli
kenderaan. Beliau mempunyai simpanan peribadi sebanyak RM25 000. Keuntungan
perniagaan sebanyak RM50 000 disimpan dalam akaun semasa bank.

(a) Nasihatkan sumber pembiayaan yang boleh digunakan oleh beliau bagi memenuhi modal
tambahan RM60 000 berkenaan. (6 markah)
(b) Terangkan sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh Cik Aisyah untuk
membeli kenderaan perniagaan. (5 markah)
(c) Huraikan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan yang dipilih oleh Cik Aisyah di (b).
(4 markah)

5
3766/2 SULIT

9. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Maju Constraction Sdn. Bhd.

Syarikat Maju Contraction Sdn Bhd. ditubuhkan pada 30 Disember 2018 di Ipoh, Perak.
Pada awalnya, struktur organisasi Syarikat Maju Construction Sdn. Bhd terdiri daripada
seorang pengurus besar dan seorang pengurus bagi setiap jabatan iaitu pembinaan dan
kewangan. Pada Mei 2019, satu lagi jawatan baharu ditubuhkan iaitu pengurus
pemasaran.

(i) Nyatakan jenis struktur organisasi yang terlibat dalam Syarikat Maju Contraction Sdn.
Bhd. (1 markah)
(ii) Jelaskan ciri-ciri struktur organisasi di 9(a)(i) (3 markah)

(b) Jelaskan peranan bahagian fungsian kewangan dan pemasaran dalam Syarikat maju
Constraction Sdn. Bhd. (5 markah)

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Aminah.

Puan Aminah merupakan seorang balu yang tidak bekerja dan mempunyai lima orang
anak. Beliau bercadang untuk memulakan perniagaan membuat kek di rumah. Beliau
mempunyai simpanan barang kemas dan berhasrat menggunakan kemudahan gadaian
bagi mendapatkan modal.

Huraikan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan yang dipilih oleh Puan Aminah.

(6 markah)

6
3766/2 SULIT

Bahagian C

(20 markah)

Soalan ini Wajib dijawab.

Tauke Beras, Bihun, Tepung lulusan PMR

10. Encik Razali hanya mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah(PMR) telah Berjaya
mencipta kejayaan dengan menjadi pemilik kilang padi, bihun, dan pelbagai jenis tepung dengan
menggunakan jenama beras Era Mas manakala tepung dan bihun cap Tiga Teratai. Razali merupakan
pemilik Syarikat PRM Food dan Marketing Sdn. Bhd. (PRM) yang beroperasi di kawasan perindustrian
Sungai Petani, Kedah. Syarikat beliau bukan sahaja mengeluarkan beras sebanyak 1560 tan sebulan,
malahan tiga buah kilangnya yang beroperasi di situ juga turut mengeluarkan pelbagai jenis tepung
gandum, tepung pulut, tepung jagung dan tepung ubi. Jualan bersih bagi aktiviti pengeluaran produk
adalah seperti berikut.

Tahun Jualan Bersih


2009 RM7 juta
2014 RM40 juta
2019 RM53 juta

PRM merupakan satu-satunya syarikat milik bumiputera yang memulakan perniagaan memproses
makanan pada tahun 1996 dengan bantuan modal permulaan sebanyak RM50 000 daripada Yayasan
pembangunan Usahawan (YPU). Kini, syarikat ini berjaya mencatat peningkatan dalam rekod untung
bersih iaitu daripada RM22.4 juta(2014) kepada RM28 juta(2019). PRM menjadikan kegiatan
memproses makanan dan pertanian di Thailand sebagai rujukan untuk mencapai kejayaan di dalam
perniagaan makanan. Seterusnya ia mendorongnya membangunkan kilang memproses tepung ubi
kanji di tanah seluas 2.3 hektar berhampiran tapak kilangnya menjelang 2025.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan prosedur mengurus sumber fizikal perniagaan yang perlu dijalankan oleh Syarikat PRM
food & Marketing Sdn. Bhd(PRM). (4 markah)

(b) Mengapakah Encik Razali memilih jenis pemilikan di atas? (4 markah)

(c) (i) Terangkan sumber pembiayaan yang diperoleh Encik Razali. (2 markah)

(ii) Jelaskan kelebihan sumber pembiayaan di 10( c) (i) di atas. (5 markah)

(d) Jelaskan kepentingan keuntungan kepada perniagaan. (5 markah)

7
3766/2 SULIT

You might also like