Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Nama : ………………………………………………………………..

Kelas: …………………

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG


BADAK

UJIAN FORMATIF 1

TAHUN 4

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Jawab semua
soalan.
2. Bahagian A mengandungi 10 soalan objektif. Jawapan yang betul hendaklah dibulatkan.
Bagi satu soalan bulatkan di satu ruangan sahaja.
3. Bahagian B mengandungi 4 soalan subjektif. Semua jawapan hendaklah ditulis pada
ruangan yang telah disediakan.
4. Tunjukkan langkah-langkah penting bagi bahagian B. ini boleh membantu anda untuk
mendapatkan markah.
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tuliskan jawapan yang baru.
6. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan di akhir ujian.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

BAHAGIAN A (15 minit)


1. Apakah nama negara bagi mata wang Yen?
A. India
B. Jepun
C. Filipina
D. Malaysia

2. Bundarkan lima ratus dua belas ringgit enam puluh lima sen kepada ringgit yang
terdekat.
A. RM512.00
B. RM512.60
C. RM512.70
D. RM513.00

3. Rajah 1 menunjukkan beberapa keping wang dengan nilai yang berbeza.

20 Keping 50 Keping

50 Keping 100 Keping


Rajah 1

Hitungkan jumlah wang tersebut.

A. RM3 350
B. RM5 510
C. RM5 600
D. RM6 500
4. Puan Tan membeli sebuah peti sejuk dan sebuah mesin basuh masing-masing dengan
harga RM9 687 dan RM2 410. Dia membayar sebanyak RM13 000. Berapakah baki
wangnya?
A. RM903
B. RM4 321
C. RM9 963
D. RM12 097

5. RM34 930.45 – RM20 236.80 = X


Nilai X apabila dibundarkan kepada ringgit terdekat ialah
A. RM14 650
B. RM14 693
C. RM14 694
D. RM14 700

6. Encik Tan mempunyai RM63 920 di dalam simpanannya. Dia ingin membeli sebuah
kereta. Antara yang berikut, yang manakah harga yang mungkin bagi kereta supaya baki
simpanan Encik tan yang tinggal ialah antara RM5 500 dan RM6 000?

A. RM57 280
B. RM58 380
C. RM58 730
D. RM60 460

7. Jadual 1 menunjukkan senarai barangan yang dibeli oleh Azri beserta harganya dan
rajah 2 menunjukkan wang yang dimiliki olehnya.

No. Barangan Kuantiti Harga


1. Kamus 1 RM47.00
2. Buku catatan 3 RM5.00
3. Buku latihan 5 RM1.20
Jadual 1

Rajah 2

Setelah membeli barangan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1, Azri membeli lagi 8
buah buku latihan yang sama. Hitung baki wang Azri.
A. RM22.40
B. RM32.40
C. RM52.60
D. RM77.60

8. Jadual 2 menunjukkan wang yang disimpan oleh 4 orang murid dalam sehari.

Nama Wang simpanan


Chong RM2.15
Azman RM2.05
Puspa RM2.10
Alya RM1.95
Jadual 2

Wang simpanan siapakah yang paling hampir dengan RM72 selepas 5 minggu?

A. Alya
B. Puspa
C. Chong
D. Azman

Jenis Wang
(keping) RM 100 RM50 RM20 RM5 50 sen 10 sen
Nama

Zairi 2 4 3 1 5 100

Kumar 3 2 4 1 10 200

Sumarni 2 3 4 3 10 500

Siew
3 1 3 2 5 500
ling
Jadual 3

9. Berdasarkan jadual 3, nilaikan siapakah dia antara mereka yang mempunyai wang yang
paling banyak?
A. Zairi
B. Kumar
C. Sumarni
D. Siew Ling

10. Encik Samad menjual sebuah kipas dengan harga jualan sebanyak RM50. Hasil
daripada harga jualan tersebut dia mendapat untung sebanyak 10%. Namun begitu
Encik Samad bercadang untuk mengaut lebih banyak keuntungan iaitu sebanyak 20%.
Cadangkan cara yang boleh dilakukan oleh Encik Samad untuk merealisasikan
hasratnya.
A. Menjual kipas tersebut dengan harga RM55
B. Menjual kipas tersebut dengan harga RM60
C. Membeli kipas tersebut daripada pembekal yang menawarkan harga kos sebanyak
RM35
D. Membeli kipas tersebut daripada pembekal yang menawarkan harga kos sebanyak
RM55

BAHAGIAN B (15 minit)


1) Bahagikan RM68 512 dengan 32. [1 markah ]

1
2) Syarikat Penerbangan Sejati sedang mengadakan promosi penjualan tiket
penerbangan ke Indonesia. Jadual 4 menunjukkan harga tiket bagi setiap
kategori.

Kategori Harga
Kanak-kanak RM356.40
Dewasa RM427.10

Jadual 4
Sekiranya Puan Anne ingin membeli 24 tiket bagi orang dewasa dan 12 tiket
bagi kanak-kanak, berapakah yang perlu dibayar oleh Puan Anne?
[4 markah]

4
3) Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Mira mendapat duit raya
daripada saudara-mara dan jiran-jirannya. Mira mendapat 50 keping wang
kertas RM1, 100 keping wang kertas RM 5, 75 keping wang kertas RM 10,
5 keping wang kertas RM 20 dan 5 keping wang kertas RM 50. Dia
memberikan RM 135 daripada wang yang diperolehnya kepada adiknya.
Ayah Mira memberikan RM 170 kepada Mira lagi. Berapakah jumlah wang
yang ada pada Mira? [4 markah]

4) Jadual di bawah menunjukkan harga bagi tiga jenis barang.


Barang Harga (RM)
Baju 35.90
Seluar 39.90
Tudung 15.00

Puan Aminah membeli 15 helai baju, 30 helai seluar dan 15 helai tudung.
Puan Aminah mengatakan bahawa dia tidak akan mendapat baki apabila
membayar dengan 20 keping wang kertas RM100. Beri justifikasi anda sama
ada kenyataan Puan Aminah ini benar atau salah. [6 markah]

You might also like